Anda di halaman 1dari 7

1) Yang berusaha, Encik Zulkifli bin

Mohd Tahir, Guru Besar Sekolah


Kebangsaan Kantan Permai,
Yang dihormati Tuan Haji Zainudin bin
Samingan, Pen Kanan Kurikulum,
Yang dihormati Puan Haslinah bt Mohd
Din, Pen Kanan HEM,
Puan Noor Azizah by Basiron, Pen Kanan
Kokurikulum, rakan guru serta muridmurid yang dikasihi sekalian.

2)
Assalamualaikum
1Malaysia
3)

dan

salam

Ceria wajah dalam majlis,


Hati berkobar semangat dibawa,
Ambang merdeka penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa.

4) Selamat datang ke Majlis Ambang


Kemerdekaan peringkat SK Kantan
Permai. Sama-sama kita panjatkan rasa
syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia dan izinNya kita dapat
bersatu di sini. Semoga penyatuan
tekad dan semangat ini senantiasa
diiringi
dengan
kedamaian
dan
keamanan yang berpanjangan.

5)

Hadirin sekalian,

6) Hakikatnya,
sambutan
ambang
kemerdekaan ini diadakan sebagai
tanda semua guru dan anak-anak didik
di sekolah ini bersama melangkah
seiring menggenggam iltizam menjadi
warganegara yang patriotik.
7) Dengan tema SEHATI SEJIWA, secara
rasminya menunjukkan Malaysia akan
meraikan ulangtahun yang ke-58 ,
sekaligus menjadi lambang kematangan
negara di bawah kepimpinan yang
mantap, berinovasi serta berwawasan

yang
boleh
disaksikan
menerusi
pembangunan,
kecemerlangan
dan
kemakmuran yang dikecapi secara
berterusan.
8) Ulangtahun kemerdekaan Malaysia
yang ke-58 ini, hakikatnya menjadi
refleksi kepada tarikh keramat
kemerdekaan negara pada tahun 1957.
Justeru, kita perlu mencerminkan impian
dan harapan serta semangat cinta akan
negara yang tidak berbelah bahagi
rakyat terdahulu, semoga menjadi
pedoman dan panduan kepada generasi
Malaysia pada hari ini, terutamanya
golongan muda.
9) Ekoran itu, bangsa 1Malaysia yang
melata
di
muka
bumi
Malaysia,
terutama golongan muda inilah yang
mampu membentuk ke mana hala tuju
Malaysia. Sehubungan itu, sebagai
rakyat Malaysia, kita perlu memainkan
peranan
penting
untuk
mempertahankan
kemakmuran,
keharmonian, dan keselesaan, yang
sedia ada sekarang.

10) Anak-anak permai,


11) Ada pepatah mengatakan, hendak
tengok negara kita akan datang, lihatlah
anak remaja sekarang. Jika baik, maka
baiklah kelak. Jika sebaliknya, maka
bersedialah.
Lantaran
itu,
fikirlah
sejenak apa akan jadi pada negara pada
zaman kalian menjadi dewasa kelak.
12) Jika kita lihat, pelbagai perubahan
dari segi pembangunan dan teknologi
yang sedang kita lalui. Kita semestinya
bersyukur dengan kemerdekaan negara
kita. Negara Malaysia aman, damai dan
bebas daripada sebarang ancaman dan
jajahan seperti Palestin.
13) Hadirin sekalian,
14) Tanpa membuang masa, majlis
diteruskan dengan ucapan Encik Zulkifli
bin Mohd Tahir, Guru Besar SK Kantan
Permai, sempena Sambutan Ambang

Kemerdekaan
Dipersilakan....

Malaysia yang ke-58.

15) Terima kasih atas ucapan itu tadi.


16) Keris Melayu Lambang Pusaka,
Sayang terjatuh di dalam sumur,
Negara Sudah Aman Merdeka,
Hidup Rakyat Bergaul Makmur.

Ayam Jantan Lawan Berlaga,


Bebas Merdeka Dari ancaman,
Maruah Kita Hendaklah dijaga ,
Benteng Kuat sepanjang zaman.
17) Hadirin sekalian,
18) Percayalah, Jika kita seluruh rakyat
Malaysia bersatu padu, apa yang kita
nikmati dan kecapi sekarang ini akan
terus berkekalan..Sama-samalah kita
berdoa agar negara dan rakyat Malaysia
terus selamat dan terhindar daripada
sebarang bala bencana.

19) Bagi meneruskan acara pada hari ini,


majlis diteruskan dengan bacaan tahlil
yang akan dikendalikan oleh panitia
agama Islam. Dengan penuh takzimnya
dipersilakan
al fadhil ustaz Hasbullah bin Abu Bakar..
20) Sekian sahaja
sambutan Ambang
Kemerdekaan pada kali ini. Mohon maaf
andai ada salah dan silap. Sama-sama
kita berdoa agar kita terus merasai
nikmat kesejahteraan dan keselamatan
yang berterusan, terhindar dari segala
keburukan,
kemungkaran
mahupun
kemaksiatan agar kita terus dapat
berbakti kepada agama, bangsa dan
negara tercinta ini.
21) Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai