Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT WAHA, KOTA TINGGI.

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2008


TEKS PENGACARA MAJLIS

Masa Cue Ann 1 (Bain)


8.30 pagi Apabila isyarat ketibaan YB Mengumumkan ketibaan YB Haji
Perasmi diberi. Paluan Rasman bin Ithnain, Ahli Dewan
kompang bermula. Undangan Negeri Johor, kawasan
Sedili.

Masa Cue Ann 2 (Bain)


8.35 pagi Apabila paluan kompang Lagu ‘Negaraku’ akan berkumandang.
berhenti. YB mengambil Hadirin diminta berdiri dan turut sama
tempat di atas pentas menyanyi.
menerima tabik hormat.

Masa Cue Ann 3 (Bain)


8.38 pagi Apabila lagu ‘Negaraku’ ‘Parade Commander’ Mohd Zulhanif bin
tamat. Ismail memohon izin memeriksa
pasukan unit beruniform.

Masa Cue Ann 4 (Bain)


8.40 pagi Apabila YB turun dari pentas YB Haji Rasman bin Ithnain akan
dan mula berjalan. memeriksa barisan unit beruniform
SK Bukit Waha dengan kekuatan 66
orang ahli terdiri daripada Persatuan
Puteri Islam, Tunas Puteri, Pengakap,
Tunas Kadet Remaja dan Persatuan
Bulan Sabit Merah.

Masa Cue Ann 5 (Bain)


8.50 pagi Apabila YB berdiri semula di ‘Parade Commander’ memohon izin
pentas menerima tabik menjalankan tugas seterusnya.
hormat.

1
Masa Cue Ann 6 (Bain)
8.52 pagi Apabila ‘Parade Commander’ Pn. Hajah Paridah binti Suhaimi
selesai mengucap terima mengiringi dan mempersilakan YB Haji
kasih kepada YB. Rasman bin Ithnain masuk ke dalam
dewan.

Masa Cue Ann 7 (Bergilir)


9.00 pagi Apabila YB dan semua dif Daun layu di tengah gurun,
jemputan duduk Nampak jalur pohon cemara;
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara. (Bain)

Hari ini menugal jagung,


Hari esok memetik peria;
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria. (Fataya)

Bain - {Membaca basmallah dan


hamdalah.}
[Protokol] :
Yang Berhormat Tuan Haji Rasman bin
Ithnain, Ahli Dewan Undangan Negeri
Johor bagi kawasan Sedili,

Yang Berusaha Puan Hajah Paridah


binti Suhaimi, Guru Besar SK Bukit
Waha,

Yang dihormati, En. Abd. Aziz bin A.


Bakar, YDP PIBG SK Bukit Waha serta
ahli jawatankuasanya,

Yang dihormati Tuan Haji Mohd Isa


bin Abdul Hamid, Pengurus Felda Bukit
Waha,

Pengetua SMK Bandar Easter,


Guru Besar SK Bandar Easter,
Dif-dif jemputan,
Guru-guru Penolong Kanan,

2
ibu bapa, guru-guru dan murid-murid
yang dikasihi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Terlebih dahulu, kami mengucapkan
selamat datang kepada Yang Berhormat
Haji Rasman b. Ithnain ADUN Sedili,
ke majlis Hari Anugerah
Kecemerlangan Pelajar SK Bukit Waha
Tahun 2008.

(Fataya)
Tanda setuju angguk-anggukan,
Adab tertib anak gemilang;
Selamat datang kami ucapkan,
Ke majlis Anugerah Pelajar Cemerlang.

Majlis turut merakamkan ucapan


terima kasih tidak terhingga kepada
semua hadirin yang sudi melapangkan
masa, hadir dan memeriahkan majlis ini.

(Bain)
Cari ikan tepian selasih,
Anak keli main di titi;
Kami ucapkan terima kasih,
Budi dan bakti tetap di hati.

Masa Cue Ann 8 (Fataya)


9. 05 pagi Bacaan doa. Bagi menambah keberkatan majlis pada
pagi ini, marilah bersama-sama kita
mengaminkan doa yang akan dibacakan
oleh Ustaz Eka Harnizam b. Mohd
Haris.
Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.

3
Masa Cue Ann 9 (Bain)
9.10 pagi Selepas bacaan doa. Jazakallahu khairan kasira diucapkan
kepada Ustaz Eka Harnizam atas
pimpinan doa itu tadi.

Bagi meneruskan acara, hadirin akan


dihiburkan dengan sebuah tarian yang
akan dipersembahkan oleh kanak-kanak
prasekolah SK Bukit Waha.
Dipersilakan.

Masa Cue Ann 10 (Fataya)


9.15 pagi Apabila tarian selesai. Persembahan tarian itu tadi di bawah
bimbingan Cik Annie Than II.
Majlis mengucapkan terima kasih.

Selanjutnya, majlis mempersilakan Puan


Hajah Paridah binti Suhaimi, Guru
Besar SK Bukit Waha untuk melafaz
kata mengungkap bicara sepatah dua.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Masa Cue Ann 11 (Bain)


9.25 pagi Apabila ucapan guru besar Majlis mengucapkan ribuan terima
selesai. kasih kepada Puan Hajah Paridah binti
Guru besar telah duduk. Suhaimi, Guru Besar SK Bukit Waha
atas ucapan sebentar tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan pula


YB Haji Rasman bin Ithnain ADUN
Sedili untuk tampil menyampaikan
ucapan dan merasmikan Hari Anugerah
Kecemerlangan Pelajar SK Bukit Waha
Tahun 2008.

Yang Berhormat dipersilakan.

4
Masa Cue Ann 12 (Fataya)
9.50 pagi Apabila ucapan YB selesai. Buah selasih di dalam puan,
YB mengambil tempat duduk. Dibawa gadis ke tengah laman;
Takkan hilang jasamu tuan,
Jadi ingatan sepanjang zaman.

Majlis merakamkan ucapan ribuan


terima kasih kepada YB Haji Rasman
bin Ithnain ADUN Sedili, atas ucapan
perasmian itu tadi.

Hadirin sekalian,
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan
Pelajar SK Bukit Waha 2008
diteruskan dengan mempersilakan
murid-murid Tahun 3 yang akan
menyanyikan sebuah lagu berjudul
Setangkai Mawar. Dipersilakan.

Masa Cue Ann 13 (Bain)


9.55 pagi Apabila persembahan Nyanyian berharmoni itu tadi dibimbing
nyanyian selesai. dan dilatih oleh En. Ahamd Helmi bin
Murid-murid turun dari Abdullah.
pentas. Majlis mengucapkan terima kasih.

Para hadirin sekalian,


Pengelola penerima skrol segmen seterusnya adalah penyampaian
Tahun 6 memberi isyarat sijil tamat persekolahan rendah kepada
sedia. murid-murid Tahun 6 SK Bukit Waha.
Bagi menyempurnakan penyampaian
Jawatankuasa Hadiah skrol berkenaan, majlis mempersilakan
bersedia di meja hadiah. YB Haji Rasman bin Ithnain untuk naik
ke pentas dengan diiringi oleh Pn.
Hajah Paridah binti Suhaimi. Guru
Besar SK Bukit Waha. Dipersilakan.
[RUJUK SENARAI NAMA]
{LAMPIRAN 1}

5
Masa Cue Ann 14 (Fataya)
10.30 pagi Apabila penerima hadiah Sebagai tanda penghargaan dan terima
terakhir turun dari pentas. kasih, majlis mempersilakan Puan Hajah
Paridah binti Suhaimi, Guru Besar SK
Bukit Waha untuk menyampaikan
cenderamata kepada YB Haji Rasman.
Dipersilakan. Terima kasih Yang
Berhormat.

Untuk makluman hadirin, YB Rasman


mempunyai agenda yang sama di SK Lok
Heng. Beliau memohon maaf kerana
perlu meninggalkan majlis ini sekarang.
Warga SK Bukit Waha sekali lagi
mengucapkan ribuan terima kasih
kepada YB Rasman bin Ithnain kerana
sudi mampir ke majlis ini.
Terima kasih.

Apabila YB dan para Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


pengiring keluar dewan. Bahasa Arab merupakan salah satu
Pasukan Kalam Jamaie elemen dalam program
bersedia di luar dewan. J-QAF. Sekarang, bersama-sama kita
saksikan persembahan choral speaking
dalam bahasa Arab atau kalam jamaie
yang akan dipersembahkan oleh murid-
murid Tahun 5 SK Bukit Waha.
Dipersilakan.

Masa Cue Ann 15 (Bain)


10.45 pagi Apabila persembahan kalam Untuk makluman hadirin, persembahan
jamaie selesai. kalam jamaie itu tadi telah dilatih dan
dipimpin oleh Ustazah Rabihahana binti
Surif.
Majlis mengucapkan terima kasih.

6
Masa Cue Ann 15 (Fataya)
10.50 pagi Pengelola penerima sijil Para hadirin sekalian,
prasekolah memberi isyarat Segmen seterusnya adalah penyampaian
sedia. sijil tamat prasekolah kepada kanak-
kanak prasekolah SK Bukit Waha Tahun
Jawatankuasa Hadiah 2008. Bagi menyempurnakan
bersedia di meja hadiah. penyampaian sijil berkenaan,
majlis mempersilakan En. Abd. Aziz b.
A. Bakar YDP PIBG SK Bukit Waha,
naik ke pentas dan menyampaikan sijil
diiringi oleh Puan Hajah Paridah binti
Suhaimi. Dipersilakan.

[RUJUK SENARAI NAMA]


{LAMPIRAN 2}

Masa Cue Ann 16 (Bain)


11.15 pagi Apabila penerima sijil Majlis diteruskan dengan acara
prasekolah terakhir turun penyampaian hadiah kecemerlangan
dari pentas. akademik 2008 iaitu hadiah kedudukan
Pengelola penerima hadiah dalam kelas dan hadiah terbaik
bersedia. matapelajaran. Untuk itu, majlis
Penerima hadiah beratur di mempersilakan Tuan Haji Mohd Isa bin
luar dewan. Abd. Hamid Pengurus Felda Bukit Waha
untuk menyampaikan hadiah.
Dipersilakan.
[RUJUK SENARAI NAMA]
{LAMPIRAN 3}

Masa Cue Ann 17 (Fataya)


11.45 pagi Apabila penerima hadiah Majlis mengucapkan terima kasih
terakhir turun dari pentas. kepada Tuan Haji Mohd Isa atas
kesudian menyampaikan hadiah.

7
Masa Cue Ann 18 (Bain)
11.50 pagi Apabila Tuan Haji Mohd Isa Hadirin sekalian, sesungguhnya sekolah
duduk. merupakan wadah menggilap bakat dan
potensi diri anak-anak yang bakal
memimpin negara Malaysia tercinta ini.
Dengan penuh rasa syukur, SK Bukit
Waha menobatkan dua penerima hadiah
utama pada majlis Hari Anugerah
Kecemerlangan Pelajar Tahun 2008
iaitu Tokoh Kurikulum dan Tokoh Ko-
kurikulum.
Penerima anugerahTokoh Kurikulum
2008 ialah adik Mohd Zahin bin ………….
Manakala penerima anugerah Tokoh Ko-
kurikulum pula ialah adik …………………..
Majlis mempersilakan kedua-dua tokoh
untuk naik ke pentas.

Masa Cue Ann 19 (Fataya)


12.00 tgh. Apabila kedua-dua tokoh
telah naik ke pentas. [MEMBACA BIODATA TOKOH]

Masa Cue Ann 20 (Bain)


12.10 tgh. Selesai membaca biodata Bagi menyempurnakan penyampaian
tokoh. anugerah Tokoh kurikulum dan ko-
kurikulum 2008, majlis sekali lagi
mempersilakan Tn. Hj. Mohd Isa b. A.
Hamid untuk naik ke pentas diiringi
oleh Pn. Hjh. Paridah binti Suhaimi.
Dipersilakan.

8
Masa Cue Ann 21 (Fataya)
12.15 tgh. Apabila kedua-dua tokoh Sesungguhnya kerjasama erat yang
turun dari pentas. terjalin di antara pengurusan SK Bukit
Waha dengan pengurusan Rancangan
Felda Bukit Waha yang dipimpin oleh
Tuan Haji Mohd Isa bin Abd. Hamid
telah menunjukkan perkembangan yang
amat positif. Hal ini lebih terserlah
dengan wujudnya program Skim Tusyen
Felda (STF) yang diselia oleh Puan
Ramlah binti Yunus selaku SDA Sosial
Felda Bukit Waha. Bagi menghargai
hubungan akrab ini, majlis dengan
sukacita mempersilakan Puan Hajah
Paridah Suhaimi menyampaikan
cenderamata kepada Tuan Haji Mohd
Isa. Dipersilakan.
Majlis turut mempersilakan Puan Ramlah
binti Yunus, SDA (Sosial) Felda Bukit
Waha untuk menerima cenderamata.
Dipersilakan.

Masa Cue Ann 22 (Bain)


12.20 tgh. Apabila Puan Ramlah Yunus Majlis mengucapkan terima kasih kepada
turun dari pentas. Puan Hajah Paridah binti Suhaimi kerana
sudi menyampaikan cenderamata.

Hadirin sekalian,
Juruteknik bersedia Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan
dengan CD lagu ‘Negaraku’ Pelajar SK Bukit Waha Tahun 2008 telah
sampai ke penghujungnya. Ahli
jawatankuasa pengelola dan seluruh
warga SK Bukit Waha menyusun jari
sepuluh meminta maaf jika terdapat
kesilapan sepanjang majlis ini
dilangsungkan. Lagu ‘Negaraku’ akan
dimainkan. Hadirin diminta berdiri.

Terima kasih.

9
Jika ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi;
Jika ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Wabillahi taufiq wal hidayah


Wassalamualaikum wrt wbt.

Copyright controlled:
Mohd Arbain 2008

10

Anda mungkin juga menyukai