Anda di halaman 1dari 6

Kemahiran Membaca

Teknik Membaca KWLH

Teknik Membaca SQ3R

Skimming dan Scanning

Seseorang pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari,
pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca untuk
pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada
masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang
pembaca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik
membaca. Oleh itu guru perlu membimbing pelajar pelajar menguasai teknik-teknik tersebut
dari peringkat sekolah rendah lagi.

Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut;
untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara
untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara
untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep
untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan

Secara umumnya seseorang perlu menguasai dua teknik membaca, iaitu;


membaca pantas
membaca kritis

Untuk membaca pantas seseorang boleh menggunakan teknik skimming dan scanning,
manakala untuk membaca dengan kritis seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH
dan SQ3R.

Teknik Membaca KWLH

KWLH adalah singkatan bagi yang berikut;


K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca
seterusnya)

Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca;
mengingat dahulau apa yang telah diketahui
membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui
melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih)
mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan
menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)

Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar


mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca
menentuka apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan
menentukan apakh lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat
tambahan

Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah sekiranya
dikehendaki menggunakan teknik KWLH.

Know (K) Want (W) Learned (L) How (H)


Apa yang sudah Apa yang hendak Apa yang telah Apa lagi maklumat
diketahui? diketahui? dipelajari/diperoleh? tambahan diperlukan?
       

       

       

Teknik Membaca SQ3R

SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia
merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian
maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu
diselesaikan.

SQ3R adalah singkatan bagi;

S (survey)     tinjau

Q (question) soal/tanya

R (read)       baca

R (recite)     imbas kembali atau nyatakan secara lisan

R (review)   baca semula

Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang
apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar,
tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan
pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau  teks.

Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan
scanning.

Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri
soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan
tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang
ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak.
Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.
Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif
serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraiakannya
sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan
tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan
pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang
ditemuinya.

Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca, pelajar cuba
mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan
maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba
menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota
atau bahan yang telah dibaca.

Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian


buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang
dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.

Ke Atas 

Skimming dan Scanning

Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas
seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan
majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea
penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja
diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula. fokus kita diberikan  kepada bahagian
tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan
pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang
dibaca.

Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk
mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau
bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan
menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang
dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian,
pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming.

Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya,
kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika
bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik scanning untuk
mendapatkan maklumat khusus yang dicari.

Pengenalan
Maklumat yang dikumpul daripada berbagai-bagai sumber dan dengan berbagai-bagai cara perlu diproses supaya mudah dianalisis, dibuat kesimpulan
dan menghasilkan laporan maklumat yang ringkas, tepat dan menarik. 
 
Menyusun Maklumat
Maklumat yang terkumpul boleh diproses berdasarkan: 
 ·              kronologi (masa dan peristiwa)
 ·              Keutamaan 
 ·              Kata tanya
 ·              Kategori 
 
Menyusun Maklumat Mengikut Urutan Kronologi.
         
           Maklumat berkaitan dengan sesuatu peristiwa boleh disusun mengikut urutan masa, contohnya maklumat
tentang  “perarakan kemenangan pasukan bolasepak negara” boleh disusun seperti berikut :
 
Peristiwa 1
Jam 7.30 pagi
Berkumpul di Stadium <![endif]> Peristiwa 2
Merdeka Jam 8.00 pagi

 
Peristiwa 3   Mula berbaris mengikut pertubuhan 
Jam 9.30 pagi 

Pemeriksaan barisan oleh   Peristiwa 4


Presiden FAM  Jam 10.00 pagi
 
  Mengalungkan bunga
Peristiwa 5 kepada pemain kebangsaan
 
Jam 10.15 pagi
    Peristiwa 6
Mendengar ucapan presiden Jam 10.30 pagi
FAM  
  Perarakan bendera pasukan bola
Peristiwa 7   sepak negara dan bendera
Jam 11.00 pagi  Malaysia 

Nyanyian lagu Malaysia


Berjaya dan bersurai
 
 
Menyusun Maklumat Mengikut Keutamaan
Maklumat yang telah dikumpulkan harus disusun mengikut keutamaan atau kepentingannya.
Katakanlah pelajar ingin menulis sebuah karangan bertajuk “Faktor yang menyebabkan
kejayaan pelajar dalam pelajaran”. Guru dan pelajar seharusnya berbincang atau melakukan
sumbangsaran, mencari faktor yang sesuai untuk disenaraikan. Faktor-faktor itu kemudiannya
disusun mengikut keutamaan.
 
Menyusun Maklumat Mengikut Kata Tanya
Isi sesuatu penulisan boleh juga disusun berdasarkan kata tanya yang berikut; siapa, apa,
dimana, bagaimana dan mengapa. Misalnya tajuk “Seorang ahli sukan yang berjaya di
Malaysia” boleh ditulis seperti berikut:
 

 
Menyusun Maklumat Mengikut Kategori
Maklumat yang terkumpul anda boleh juga disusun mengikut ciri yang sesuai. Misalnya, dalam tajuk
“Makanan kita “ pelajar mungkin telah mengumpul maklumat seperti berikut :
        beras                                                              sawi
        kangkung                                                        bayam
        jagung                                                             kacang panjang
        gandum                                                           petola
        barli                                                                 durian
        daging ayam                                                     manggis
        mangga                                                             langsat
        daging lembu                                                     kelapa
        rambutan                                                           kacang tanah
        kubis
Butiran di atas boleh disusun dalam bentuk rajah seperti berikut:

 
Membuat Lakaran Grafik    
Lakaran grafik adalah penting untuk menyusun maklumat. Lakaran grafik adalah maklumat yang ditunjukkan
menggunakan simbol, rajah, graf dan gambar bersama-sama dengan sedikit maklumat bertulis.
Jadual 
Cara yang paling kemas untuk mempersembahkan maklumat yang mengandungi nombor atau sesuatu yang
boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan yang sama, ialah dengan menggunakan jadual. Maklumat
seperti itu boleh dimasukkan ke dalam lajur dan baris. Cara ini amat berguna jika seseorang ingin
membandingkan satu kategori maklumat dengan kategori yang lain, seperti kewangan dengan bilangan atau
kuantiti barangan, atau antara kekuatan dengan kelemahan sesuatu.
Graf  
Graf digunakan untuk menunjukkan perubahan pembolehubah. Graf membolehkan kita melihat trenda atau gaya
perubahan tersebut.
Graf Garis
Graf garis menggunakan garisan tegak dan mendatar sebagai paksi untuk kita plot data bagi dua variabel.
Kedua-dua paksi x dan y biasanya mempunyai  skala yang sekata.
Graf Bar 
Bagi variabel yang diskrit seperti bilangan syarikat atau bulan Januari, Febuari dan lain-lain, lebih sesuai
maklumat itu dinyatakan dalam graf bar seperti yang ditunjukkan dalam rajah  di bawah.
Graf Pai
Graf pai digunakan untuk menunjukkan peratusan atau pecahan pembolehubah. Graf pie adalah seperti yang
ditunjukkan dalam rajah di bawah.
Piktograf
Kadangkala sesuatu maklumat itu lebih menarik dan lebih mudah difahami jika diberikan dalam bentuk grafik
berbanding dengan angka. oleh itu angka diwakili dengan simbol seperti yang ditunjukkan dalam rajah di
bawah.  Bentuk grafik tersebut di kenali sebagai piktograf.
Carta Pokok/Organisasi
Carta menggunakan grafik dan perkataan untuk mempersembahkan ringkasan (overview) sesuatu maklumat.
Carta digunakan untuk menunjukkan hubungan dan turutan dengan cara yang tersusun, Contoh; carta struktur
sebuah organisasi.  
Carta Alir
Maklumat tentang suatu proses sebaiknya ditunjukkan menggunakan carta alir. Carta ini berbentuk cabang atau
lingkaran.
Carta Stream  
Jika sesuatu maklumat itu boleh dikelaskan dan setiap kelas itu mempunyai hubungan antara satu sama lain,
maklumat itu sesuai disusun dalam bentuk carta stream.

  Rajah 

Rajah adalah sejenis grafik yang menggunakan garisan, tanda dan simbol untuk menunjukkan hubungan idea,
kedudukan objek, proses atau sistem. Contoh, ialah rajah litar elektrik.
Peta
 Maklumat tentang keadaan dan kedudukan sesuatu tempat biasanya lebih jelas ditunjukkan dengan
menggunakan peta.
Lakaran
Ada maklumat lebih mudah dan lengkap diwakilkan secara lakaran. Misalnya bentuk sehelai daun lebih mudah
dipaparkan dalam bentuk lakaran.
Gambar
Gambar adalah bentuk grafik yang dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan menarik bagi sesuatu objek
maujud. Gambar mewakili seribu perkataan. 
Mengganalisis Data
Maklumat yang telah disusun atau diproses perlu di analisis untuk membuat kesimpulan yang jelas dan tepat.
Ada beberapa langkah menganalisis data:            
 Menghubungkaitkan Fakta
 Mengsintesis Data
 Membandingkan Fakta
 Membaca Yang Tersirat
 Membuat kesimpulan
 

Anda mungkin juga menyukai