Anda di halaman 1dari 5

3.

4 CONTOH TEKS UCAPAN TETAMU KEHORMAT


TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
MAJLIS LAWATAN PERDANA
BERTEMPAT DI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR
25 FEBRUARI 2010,
JAM 08.00 PAGI

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam


1Malaysia.
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat
Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dapat kita berhimpun dalam
satu majlis yang bersejarah yang menandakan permulaan transformasi IPG Sukan
sebagai institusi peneraju dalam pendidikan guru di negara kita.
Saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada Institut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melewar yang diiktiraf sebagai Institut pendidikan Guru Sukan pada
tahun ini. Syabas juga saya ucapkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia atas
kejayaan mencapai salah satu sasaran penting di bawah bidang keberhasilan utama
kementerian, iaitu dengan segala pembangunan bagi menaiktarafkan IPG Kampus
Raja Melewar sebagai IPG Sukan yang terulung dan dilengkapi dengan segala
kemudahan yang diperlukan.

Pelan Transformasi Kerajaan Meluaskan Akses kepada Pendidikan Berkualiti


Baru-baru ini kerajaan telah melancarkan Pelan Hala Tuju Program
Transformasi Kerajaan untuk memacu negara kita ke arah mencapai Wawasan
2020. Intipatinya merangkumi tumpuan ke atas perkara-perkara yang utama dan
sangat penting kepada rakyat sejajar dengan konsep Satu Malaysia, Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Dalam bidang pendidikan, komitmen kerajaan adalah untuk memastikan
setiap warga Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan juga latar belakang dapat
menikmati pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan. Dan untuk mencapai
hasrat ini, kerajaan kita telah menyusun pelan transformasi menyeluruh dalam
sistem pendidikan negara. Bermula daripada peringkat pra-sekolah sehinggalah ke
tahap pengajian tinggi termasuk pendidikan guru.
Matlamat kita adalah untuk menjadikan pendidikan berkualiti sebagai
landasan bagi melahirkan modal insan yang kreatif, inovatif, berkemahiran tinggi dan
cergas. Ini adalah sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan daya saing
negara melalui peningkatan kualiti modal insan yang dilahirkan oleh sistem
pendidikan kita. Dalam model ekonomi baharu yang akan diumumkan oleh Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri, kejayaan untuk melahirkan modal insan yang
berinovasi dan meneroka bidang-bidang baharu bagi menjana kekayaan negara
merupakan faktor yang kritikal, yang akan menentukan kemajuan dan kemakmuran
masa depan negara.
Dalam konteks ini, pendidikan daripada seorang guru yang sihat dan cergas
amat penting. Pendidik sebegini mampu menyediakan laluan utama ke arah untuk
melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi dan seterusnya menjadi
penyumbang kepada penjanaan kekayaan baharu bagi negara kita. Oleh itu,
peningkatan kualiti pendidikan yang berteraskan kecergasan ini, perlu diperkasa dan
mesti dijadikan agenda utama dalam memenuhi keperluan modal insan Negara
sejajar dengan dasar yang telah saya sendiri lancarkan iaitu dasar 1 Murid 1Sukan.

Transformasi Sukan Negara


Saya percaya program Transformasi IPG sukan yang dilancarkan pada hari
ini merupakan satu usaha penting ke arah meningkatkan kualiti dan memperkasa
pendidikan di negara kita. Transformasi ini boleh dijayakan melalui Kecergasan
Utama atau Main Fitness yang menambah nilai kepada proses dan keberhasilan
pendidikan. Ini bermakna bahawa warga pendidik perlu sentiasa memikirkan cara
baharu dan kaedah baharu untuk meningkatkan keberhasilan pendidikan. Ini
termasuklah melakukan inovasi dari segi pembangunan kurikulum, latihan sumber
manusia, menambahbaik struktur dan tadbir urus institusi serta pengukuhan
kerjasama antara institusi dan majlis sukan.
Kolaborasi Pendidikan
Pada hemat saya, antara contoh kecergasan utama yang telah dimulakan
ialah memanfaatkan kedudukan strategik IPG yang terletak selepas pendidikan
menengah untuk menawarkan laluan pendidikan tinggi yang lebih singkat. Dengan
cara ini, lulusan IPG akan dapat mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam masa
yang lebih singkat dan sekali gus akan menjadikan IPG sebagai institusi pilihan
utama bagi pelajar-pelajar yang berhasrat untuk mengikuti pengajian dalam bidang
pendidikan.
Kemahiran Insaniah Melalui Jaringan Industri
Kecerdasan yang dimaksudkan ialah dari segi kaedah latihan yang lebih
berkesan bagi meningkatkan keupayaan ataupun ability graduan IPG. Ini merupakan
aspek penting pendidikan dalam melahirkan guru yang berkemahiran tinggi, yang
kreatif dan juga yang inovatif. Dan untuk itu, IPG perlu memperkukuh jaringan
kerjasama dengan pihak pendidikan yang lain.
Usaha seperti ini akan memberikan nilai tambah kepada proses dan
keberhasilan pendidikan dan latihan di IPG yang akan meningkatkan kualiti guru
yang dilahirkan. Saya percaya dengan komitmen seluruh warga IPG, untuk
menerapkan budaya kecergasan, institusi pendidikan guru akan muncul sebagai

peneraju utama pendidikan bagi guru yang berkualiti bukan sahaja di negara ini
tetapi Insyaallah di rantau ini. Melalui persembahan yang begitu hebat tadi juga,
Universiti Perguruan
saya yakin bahawa IPG mampu melahirkan golongan pendidik yang serba boleh.
Saya berharap usaha untuk memperkasa IPG boleh direalisasikan dengan
penubuhan IPG Sukan yang akan menjadi pelengkap kepada pendidikan di peringkat
pengajian tinggi di negara kita. Penubuhan IPG Sukan akan membolehkan pelajar
mengikuti pengajian perguruan pada peringkat ijazah sarjana muda di bawah satu sistem
pendidikan tanpa perlu menyambung pengajian ke insititusi yang lain. Dengan
menawarkan pakej pendidikan peringkat sarjana muda, sistem IPG pastinya akan berjaya
menarik minat pelajar-pelajar terbaik di negara ini untuk mengikuti pendidikan keguruan
dan potensi mereka boleh digarap serta ditingkatkan lagi untuk menyumbang kepada
kemajuan negara.
Program transformasi IPG Sukan ini mempunyai makna yang besar. Ia bukan
sahaja satu langkah ke hadapan, dalam meningkatkan kualiti pendidikan guru di negara
ini, tetapi juga bakal mengubah persepsi terhadap pendidikan berteraskan kecerdasan.
Pendidikan guru, selepas ini bukan lagi menjadi aliran pilihan kedua ataupun ketiga bagi
pelajar-pelajar yang lemah dalam pencapaian akademik tetapi akan menjadi aliran pilihan
utama pelajar-pelajar terbaik di negara kita ini. Dengan perubahan persepsi ini, saya
berharap lebih ramai tenaga muda yang berpotensi menceburi bidang keguruan
berteraskan kemahiran tinggi

ini sekaligus meningkatkan daya saing negara dalam

menghadapi cabaran ekonomi global yang semakin kompetitif dan Inilah sumbangan
utama transformasi IPG Sukan yang akan dijayakan oleh IPG Kampus Raja Melewar.

Pembangunan Tenaga Pengajar


Dengan membawa harapan Negara,

warga IPG Sukan menggalas tugas

yang amat mencabar untuk meningkatkan kualiti pendidikan guru. Warga IPG Sukan
perlu sentiasa peka dan sentiasa responsif dengan tuntutan semasa. Para penuntut
IPG Sukan perlu dibekalkan dengan pendidikan dan latihan yang sentiasa relevan
dengan keperluan pendidikan disamping menggarap kemahiran minda dan sikap
yang membolehkan mereka menghadapi cabaran baru ekonomi yang berteraskan
pengetahuan.
Tidak ada jalan mudah untuk mencapai hasrat ini. Seluruh warga IPG Sukan
perlu sentiasa berinovasi dalam menghasilkan kaedah dan pendekatan yang
berkesan untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan. Objektif utamanya
ialah untuk menjadikan IPG sebagai wadah utama dalam usaha kita untuk
melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif
dan berwawasan dalam profession keguruan.
Akhir sekali saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia, Tn. Haji Abdul Gaffar bin Mahmud dan seluruh
pimpinan atas usaha untuk menjayakan IPG Sukan ini. Kepada seluruh warga IPG
Sukan, saya mengucapkan Selamat Maju Jaya, tingkatkanlah usaha dan bekerjalah
dalam satu pasukan untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan guru demi
masa depan negara. Jadikanlah usaha ini sebagai agenda penting dalam
pembangunan modal insan negara yang kita cintai. Sekian Terima kasih. Majulah
Sukan Untuk Negara.

Anda mungkin juga menyukai