Anda di halaman 1dari 1

Imbuhan Sisipan

Sesetengah kata dasar boleh diubah atau diperkuat maknanya


dengan dibubuh imbuhan sisipan "-el-", "-em-", "-er-".
Sisipan -el- Sisipan -em- Sisipan -er-
1. tapak - telapak 1. guruh - gemuruh 1. godak - gerodak
2. kupas - kelupas 2. gilang - gemilang 2. sabut - serabut
3. tunjuk - telunjuk 3. kuning - kemuning 3. gicau - gericau
4. serak - selerak 4. kuncup - kemuncup 4. gigi - gerigi
5. getar – geletar 5. gercing - gemercing 5. kuping - keruping
Tambahkan sisipan yang sesuai pada perkataan-perkataan di bawah.
1. jaga – 9. gabak –
2. gilang – 10. jujur –
3. gulung – 11. gugur –
4. sisih – 12. gegar –
5. gersik – 13. ganggang –
6. kupas – 14. suling –
7. gobok – 15. kemumur –
8. gaham – 16. sabut –

Isikan tempat kosong dengan kata terbitan sisipan yang sesuai.


1. Bunyi ____________ angin memberikan irama alam yang unik.
2. Kereta api yang baru tiba itu hanya terdiri daripada ____________
yang membawa barang.
3. Di ruang dapur rumah nenek terdapat ____________ di sana sini.
4. Majlis hari jadi Sandra disambut dengan ____________.
5. Emak mengaduh kesakitan. Gigi____________nya terpaksa
dicabut dengan segera.
6. Sebelum menjahit baju itu, Sara membuat jahitan ____________
terlebih dahulu.
7. Emak menyimpan baju-baju lamanya di dalam ____________.
8. ____________antara adik – beradik itu merupakan perkara biasa.
9. Pucuk pisang muda yang bentuknya ____________ boleh
digunakan untuk membuat lemang.
10. Sesetengah bayi ____________ kulitnya ketika dilahirkan.