Anda di halaman 1dari 12

CATAN BAHAN

Cat Minyak
1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk tiub.
2. Bahan pengilat: minyak linsid, minyak poppy, atau minyak kacang untuk
mencair atau memekatkan cat.
3. Bahantara: turpentin.
4. Ciri-ciri : bersifat legap, licin, dan berkilat atau kasar dan berjalinan
terpulang kepada teknik yang digunakan

Cat Air
1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub.
2. Pengilat: gam arab.
3. Bahantara: air
4. Ciri-ciri: bersifat lutsinar, boleh menimbulkan kesan legap jika disapu
beberapa kali, membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan spontan.

Cat Poster
1. Pewarna
2.

dalam bentuk tiub atau botol.


Ciri-ciri: bersifat legap.
3. Bahantara: air.
4. Alat: berus pelabagai saiz jenis lembut
atau keras.
5. Kertas katrij tebal atau licin.

Cat Akrilik
1. Pewarna ini dicampur dengan plastik
cecair berwarna putih yang menjadi cerah
apabila kering
2. Diperkenalkan pada tahun 1940an.
3. Cat sintetik ini cepat kering dan
sesuai dengan teknik glazing, hard
edge dan impasto
4. Bahantara: air, tidak akan
melarut dalam air apabila kering
5. Teknik dan proses sama dengan
catan cat minyak.

Cat Tempera
1. Pewarna dalam bentuk tiub atau serbuk
2. Pengilat: kuningg telur
3. Bahantara: air.
4. Ciri-ciri: lutsinar hampir lembut, sama seperti catan air di atas kertas.
Akan memberi kesan seperti catan cat minyak jika pada permukaan keras
dan tebal.
5. Alatan : berus pelbagai saiz dan jenis lembut atau keras seta tempat
pembancuh warna.
6. Ketas: kertas tebal, kain, kanvas, papan dan sebagainya.

CATAN - MEDIA CATAN

Catan Cat Poster

Catan Cat Air

Catan Cat Gouche

Catan Cat Minyak

Catan Cat tempera

CATAN CAT AIR

ALATAN DAN BAHAN


1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub
2. Pengilat: gam arab.
3. Bahantara: air
4. Ciri-ciri: bersifat lutsinar, boleh menimbulkan kesan legap jika disapu
beberapa kali, membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan spontan.
5. Alat: berus jenis lembut pelbagai saiz, palet, bekas air untuk bancuhan
warna, kertas cat air jalinan kasar atau kertas katrij tebal.
6. Teknik: basah atas basah, basah atas kering, kering atas basah

cat air dalam tiub

cat air boleh dimasukkan ke dalam bekas warna, dibasahkan serta digunakan
pada bila-bila masa kerana ia boleh mengering dan basah semula

cat air jenis kek

pelbagai saiz dan bentuk jenis berus lembut

Kertas Cat Air pelbagai ketebalan dan bertekstura

Gam arab

Kotak Alatan Cat Air, bagi penggemar catan cat air boleh menyediakan bekas
untuk menyimpan alatan cat air atau cat minyak yang ada dijual di pasaran
seperti di atas. Kotak seperti ini juga boleh dibuat sendiri.

PROSES CATAN CAT AIR


1. Penyediaan Kertas Cat Air
Regangkan kertas cat air dengan merendam kertas ke dalam air dan
lekatkan pada papan alas (drawing board) dan lekatkan dengan pita pelekat
kertas (paper tape)
2. Penetapan Tajuk Catan
Pemilihan bahan kajian catan sama ada dari alam benda atau alam
semulajadi
3. Membuat Lakaran
Menghasilkan lakaran atau lukisan dengan ringkas atau sekiranya perlu.
Elakkan daripada memadam kerana permukaan kertas akan rosak jika
dipadam.
4. Proses Mewarna
Memulakan dengan mewarna dengan lapisan warna yang nipis dan ditindih
berperingkat dengan ton yang semakin gelap. Bahagian yang cerah atau
pantulan cahaya tidak perlu diwarnakan. Gunakan teknik-teknik catan cat air
yang perlu bagai kawasan-kawasan tertentu. contohnya jika melukis awan,
langit atau laut, teknik basah atas basah sesuai digunakan dengan berus
yang bersaiz besar atau span.
5. Kemasan dan Persembahan
Catan yang telah siap dibiarkan kering dalam keadaan rata. Catan perlu
dibingkaikan agar kelihatan menarik dan elakkan terdedah pada pancaran
matahari.

CONTOH-CONTOH CATAN CAT AIR

TEKNIK CAT AIR

catan teknik basah atas basah


BASAH ATAS BASAH
Teknik ini dilakukan dengan memasukkan warna lain di atas warna yang
sedia ada semasa basah.
Ini bertujuan supaya warna kedua dapat menyerap ke dalam warna pertama
untuk menghasilkan tona yang menarik. Untuk tujuan ini kertas yang telah
dibasahkan hendaklah dihamparkan atas permukaan yang rata, supaya air
dapat bertindak mengalirkan warna yang dimasukkan.
* Teknik ini amat sesuai apabila hendak mewarna permukaan yang luas
seperti langit, tanah, dinding bangunan serta latar belakang untuk lukisan
alam benda.

catan teknik basah atas kering

BASAH ATAS KERING


Lapisan pertama dibiarkan kering terlebih dahulu sebelum warna kedua yang
basah disapu dengan sapuan yang lembut. Teknik ini juga sesuai digunakan
pada permukaan yang luas, tetapi kerja-kerja perincian hendaklah dilakukan.
Untuk permukaan langit yang luas, pelukis boleh menggunakan teknik ini
untuk melukis awan. Cara ini juga digunakan untuk menggelapkan lapisan
pertama dengan memasukkan tona yang lebih gelap di atas warna yang
sedia ada.

Catan teknik kering atas kering


KERING ATAS KERING
Maksud kering di sini bukanlah sebagai mana kain kering di sidaian tetapi
warna yang melekat pada berus tidak banyak. Jika banyak elok di sapu pada
kertas lain atau tisu untuk membuang warna yang lebih itu. Kemudian di
sapu di atas warna lain yang sudah kering untuk menghasilkan warna yang
lain. Tetapi tidak tebal. Sekadar untuk mewujudkan keharmonian warna
dengan suasana sekitarnya.

CATAN CAT AIR - TEKNIK MEWARNA - BUAHBUAHAN

1. Buat lakaran terlebih dahulu. Setelah lakaran dibuat pilih warna yang
sesuai untuk diwarnakan.

2. Warnakan terlebih dahulu bahagian latar dan objek. Gunakan warna yang
muda dan cair.

3. Warnakan bahagian depan dengan warna yang lebih pekat. Gunakan


berus yang bersaiz sederhana.

4. Gunakan berus yang bersaiz kecil dan sederhana untuk proses


memperincikan jalinan pada objek-objek yang dilukis. Biarkan gubahan
kering sepenuhnya.

5. Basahkan berus dan warnakan objek yang dijadikan fokus dengan lebih
teliti.
Warnakan secara bertindih dengan ton yang semakin gelap.
Perkemaskan kesan jalinan.
Kekalkan keadan harmoni, kontra dan penegasan pada objek yang dijadikan
fokus.