Anda di halaman 1dari 2

ISL 1 (SCE3101)

Mengenalpasti lapan ciri-ciri benda hidup.


Semua benda hiduo mempunyai ciri-ciri am. Pertamanya, semua benda
hidup memakan untuk pertumbuhan dan penghasilan tenaga bagi melakukan
aktiviti harian, pembiakan, mempertahankan diri. Semua benda hidup juga
memerlukan makanan untuk pertumbuhan dan baikpulih tisu-tisu badan yang
rosak dan mengekalkan kesihatan. Tumbuhan hijau menggunakan klorofil untuk
menghasilkan makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Keduanya, benda
hidup bergerak untuk mendapatkan makanan. Pergerakan tumbuhan terhad
kepada akar dan daun.Haiwan bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk
mencari makanan , menyelamatkan diri daripada musuh, dan mendapatkan
pasangan pembiakan. Ketiganya, benda hidup membiak bagi mengekalkan
keturunan dan generasi baru. Haiwan membiak melalui melahirkan anak atau
bertelur. Tumbuhan membiak melalui menghasilkan biji benih, penghasilan
spora, keratan batang, dan keratan daun. Keempatnya, benda hidup bertindak
balas terhadap rangsangan seperti cahaya, haba dan bunyi. Manusia dan
haiwan bergerak balas cepat terhadap rangsangan dan biasanya melibatkan
pergerakan seluruh bahagian badan. Tumbuhan bergerak balas terhadap
rangsangan secara perlahandan ini melibatkan pergerakan pada hujung tertentu
sahaja. Contohnya, hujung akar bergerak balas positif terhadap air dan daya
graviti serta hujung pucuk bergerak balas positif terhadap cahaya matahari.
Kelimanya, benda hidup berkumuh untuk membuang bahan buangan dan toksik.
Haiwan menyingkirkan bahan kumuh melalui organ insang, kulit, peparu dan
ginjal. Tumbuhan menyingkirkan karbon dioksida dan wap air melalui liang-liang
stoma pada daun. Keenamnya, benda hidup menjalani proses pertumbuhan dan
pembaikpulihan. Pertumbuhan ialah proses di mana sel mengalami proses
mitosis

untuk

menambahkan

bilangan

sel-sel

badan

dan

seterusnya

menyebabkan saiz dan berat badan bertambah. Pertumbuhan pada tumbuhan


berlaku secara berterusan tetapi hanya berlaku pada bahagian tertentu sahaja
iaitu akar dan hujung pucuk. Ketujuhnya, benda hidup bernafas untuk

memperoleh oksigen dari udara bagi proses pengoksidaan makanan untuk


menghasilkan tenaga dan menyingkirkan karbon dioksida daripada badan.
Tumbuhan menggunakan stoma dalam daun untuk bernafas.

Jelaskan bahawa binatang dan tumbuhan memerlukan makanan, udara,


dan air untuk hidup.
Udara majoriti terdiri daripada nitrogen. Hujan dibanjiri dengan gas
molekul nitrogen diperangkap dan dibawa oleh titisan air ke dalam tanah,
membekalkan khasiat kepada tumbuhan. Tumbuhan menyerap gas karbon
dioksida dari udara untuk membentuk karbohidrat dalam proses fotosintesis.
Atom karbon dalam karbon dioksida diperlukan untuk membentuk molekul asas
gula. Makanan diperlukan oleh tumbuhan untuk pertumbuhan.
Haiwan memerlukan air untuk menyejukkan suhu badan dan bertindak
sebagai medium dalam tindak balas biokimia dalam badan. Haiwan memerlukan
makanan untuk menghasilkan tenaga dan memastikan sistem badan dapat
dijalankan dengan baik. Haiwan memerlukan udara untuk pernafasan.

Anda mungkin juga menyukai