Anda di halaman 1dari 4

Jurnal Minggu 5 Praktikum Fasa 2 2015

Bilangan jurnal
Minggu praktikum
Tarikh peristiwa / kejadian
Tajuk jurnal

1.0

Ke-5
Kelima
24-28 Ogos 2015
Masalah stress semasa praktikum

Masalah

Saya sudah menjalankan praktikum fasa 2 di SJK Lok Yuk, Likas selama sebulan.
Saya mengalami masalah yang silih berganti dan bertukar-tukar. Terdapat banyak
dugaan dan halangan yang perlu saya tempuhi semasa menjalani praktikum ini.
Masalah sebenar saya sepanjang praktikum ini adalah masalah stress semasa
menjalani praktikium kerana terlalu banyak kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Oleh
yang demikian sebagai seorang guru, saya harus pandai menyesuaikan diri sendiri
agar dapat mencapai matlamat yang diinginkan. Maka tidak hairanlah dalam
suasana seperti itu, latihan mengajar sering menimbulkan kebimbangan, keresahan
dan ketegangan perasaan di kalangan guru-guru yang menjalini sesi praktikum
seperti ini. Penyelesaian bagi masalah stress ini perlu dicari dengan segera kerana
jika masalah ini ditangguhkan maka ia kan menjadi beban pada diri saya. Oleh itu, ia
akan mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran saya terhadap kelas dan
murid. Saya tidak ingin masalah ini terjadi namun begitu ia tidak dapat dielakkan.
2.0

Analisis masalah

Menurut Fortana dan Abouserie (1993), stress adalah sesuatu yang lazim terdapat
dalam profesion yang terlibat dengan perhubungan manusia. Profesion keguruan
adalah salah satu tugas yang mempunyai hubungan secara langsung dengan
manusia terutama dengan pelajar-pelajar. Oleh itu saya perlu memikirkan
bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini dengan merujuk dan meminta
bantuan daripada rakan-rakan. Tindakan-tindakan yang responden untuk mengatasi
masalah stress ialah seperti menghiburkan hati dengan berbual-bual dengan rakan.
Setelah pemerhatian dan perbincangan yang dijalankan bersama-sama
dengan rakan-rakan, beberapa hasil telah saya dapati antarannya:

Masalah stress sememangnya mengganggu kehidupan seorang guru.


Stress akan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran yang terganggu.
Emosi guru akan terganggu dan murid-murid turut menjadi mangsa keadaan.

Guru pelatih akan menghadapi kecelaruan mental.


Andaian yang saya boleh buat terhadap permasalahan ini ialah stress dapat

dicegah sekiranya saya berfikiran positif untuk mengatasinya. Jika saya tidak
menjadikan sesuatu perkara itu membebankan, maka stress itu tidak akan wujud.
Saya sepatutunya merasakan stress yang dihadapi sebagai tanggungjawab
bukannya beban atau kecelaruan mental. Stress yang dihadapi sememangnya
mengganggu saya.
3.0

Cadangan

Langkah-langkah yang perlu saya ambil adalah seperti berikut :


o
o

Meluahkan perasaan kepada rakan-rakan.


Menceritakan pengalaman mengajar kepada rakan-rakan dan bersukan pada

waktu petang.
Mengurangkan tekanan dengan berjalan-jalan dan bersiar-siar serta membaca

buku bagi menghilangkan stress.


Merenung sejenak sebelum masuk ke dalam kelas dan berbual-bual dahulu

o
o

dengan murid-murid.
Melayari internet ataupun bermain game.
Mendengar dan melihat pengalaman orang lain mengatasi stress dan sentiasa
bersiap sedia ketika penyeliaan yang akan dilakukan.
4.0

Tempoh masa

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin bagi menstabilkan emosi
saya dalam kehidupan seharian saya.
5.0

Tindakan susulan

Isu stress ini telah saya pantau dan cuba diatasi dari peringkat awal kerana tempoh
penyelesaian tidak mencukupi. Saya perlu merasakan masalah stress yang dihadapi
adalah perkara biasa dan tidak menjadi beban pada diri saya. Setiap penyeliaan
akan dilakukan maka stress saya tidaklah begitu tinggi kerana saya membuat
persediaan awal sebelum penyeliaan. Cuma perassan cemas sahaja yang
menghantui diri saya. Namun, saya masih dapat mengawalnya. Masa yang ada
saya isikan dengan sebaik-baiknya antaranya dengan merancang pengajaran,
membuat rancangan mengajar dan mengemaskini kerja-kerja yang belum selesai.

6.0

Kesimpulan

Dapat disimpulkan bahawa masalah stress ini boleh diatasi dengan pelbagai cara.
Personaliti dan keupayaan guru itu sendiri adalah menjadi ukuran bagi
menyelesaikan masalah ini. Hasil daripada permerhatian ke atas kes-kes yang
sebegini, ia dapat diatasi dengan mudah oleh para-para guru sekirannya guru dapat
menarik minat dan perhatian murid-murid semasa sesi pengajran dan pembelajaran.
Guru juga perlu tegas dan member arahan yang tepat dan mudah difahami oleh
mereka dan seterusnya member ganjaran dan pujian kepada mereka yang berjaya.
Guru juga perlu memwujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan selesa
serta sentiasa member pemantauan terhadap tingkah laku dan gerak-geri mereka
semua. Dengan cara ini masalah kebisingan akan dapat diatasi oleh guru tersebut
dan sekali gus masalah stress yang dialami oleh guru akan dapat dihindarkan.
Seorang guru perlu berfikiran terbuka dan sentiasa berusaha mengatasi masalah
yang berlaku dan sekiranya saya masih lagi mengalami masalah ini saya akan
menanganinya dengan tenang dan bijak.

Bibliografi
Abdul Wahid Nuruddin. (1996). Stres Pekerjaan di Kalangan Guru: Satu Kajian Kes.
Tesis (B.Ed), Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Harun Arrasyid. (2002). Kaedah Rawatan Mengatasi Gangguan Stres Emosi. Kuala
Lumpur: Zebra Editions Sdn. Bhd
Safinat Atan. (1998). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Stres kerja di kalangan
guru. Satu Kajian ke atas guru di Sekolah Menengah Bandar Tenggara, Kulai
(SMBT). Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia
Tengku Mastura dan Noraime. (2006). Stres Di Kalangan Guru: Satu Kajian Ke Atas
Guru Di Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai. Projek Sarjana Muda.
Universiti Teknologi Malaysia.