guru mengajar tajuk sistem pernafasan, guru akan mengajar tentang fungsi
organ. Guru boleh membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan untuk
membincangkan apakah fungsi organ pernafasan. Selepas itu, guru meminta
murid untuk berbincang dalam kumpulan, dan melukiskan rupa organ tersebut.
Murid dalam kumpulan akan bekerjasama dan melukis organ tersebut dan
mewarnakan gambar organ tersebut. Aktiviti seperti ini akan mengembangkan
daya imaginasi pelajar semasa mereka mewarna dan melukis gambar organ
tersebut.
Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni
dalam pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan.
Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan
penyampaian pengajaran guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran
yang berkesan. Di samping dapat mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika
proses P&P ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan ini.