Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Disediakan Oleh:
Ustaz Shapizan Johari
Pembimbing Haji & Umrah
Muhammadiyah Travel & Tours Sdn Bhd
shapizan@yahoo.com
Disunting Oleh:
Yayasan Talim
yayasantaalim@gmail.com
03-7728 2393 | 019-282 1100 (sms)
Hakcipta adalah milik setiap Umat Islam. Boleh disebar luaskan dengan syarat menyatakan
sumber dan penulisnya.
KANDUNGAN
1. Nasihat Dan Peringatan Penting2
2. Pengenalan Ringkas Ibadah Haji & Umrah (Tarif, Dalil, Hukum, Rukun, Wajib
dan lain-lain).2
3. Ringkasan Adab-Adab Bermusafir...10
4. Tatacara Mengerjakan Haji & Umrah Menurut Sunnah.11
" :-
"
. : -
Sabda Nabi S.A.W dalam jawapannya kepada Jibril apabila baginda ditanya tentang
Islam, sabda S.A.W: Islam ialah bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan
Allah dan Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan
haji dan umrah di Baitullah, mandi junub, menyempurnakan wudhu dan berpuasa di
bulan Ramadhan. 4
2.4 Hukum Mengerjakan Haji dan Umrah:
Mengerjakan haji adalah WAJIB sekali seumur hidup bagi mereka yang
berkemampuan. Umrah juga hukumnya WAJIB menurut pendapat yang rajih.
Surah al-Baqarah:196
Dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah dan Daruqatni dari hadith Umar bin al-Khattab r.a dan kata Daruqatni
isnadnya thabit sahih
3
4
2.5 Sejarah Haji & Umrah Yang Disyariatkan Kepada Rasulullah saw.
Pelaksanaan haji yang wajib ke atas Rasulullah saw dan umat Islam sehingga
ke hari ini telah disyariatkan pada akhir tahun ke 9 hijrah setelah turun ayat ke 97
dari Surah Ali Imran:
Islam
Beraqal (tidak gila)
Baligh
Merdeka (bukan hamba)
Berkemampuan dari segi kewangan, fizikal, pengangkutan dan sosial
(mahram bagi wanita)
Surah Ali-Imran: 97
4
Maka bagi sesiapa yang ingin mengerjakan `umrah sebelum haji (di dalam bulan
haji) 6
Jikalau aku mengetahui apa yang akan terjadi pada diriku maka aku tidak akan
membawa haiwan hadyu dan aku akan jadikan ihramku ini umrah, maka barangsiapa
dari kalian yang tidak bersamanya haiwan hadyu maka hendaklah dia bertahallul dan
menjadikannya sebagai umrah 7
2.8 Rukun Haji
Rukun ialah amalan atau perbuatan yang mesti ditunaikan dan jika
ditinggalkan sama ada sengaja ataupun tidak maka haji tidak sah.
1. Ihram (niat) (
)
2. Wuquf di Arafah ( )
3. Tawaf Ifadhah ( )
4. Saei antara Safa dan Marwah (
6
7
Berihram di Miqat
Mabit di Muzdalifah
Mabit di Mina pada hari-hari Tasyriq
Melontar Jamrah
Bergunting atau bercukur
Tawaf Wada
* Perhatian:
Selain dari perkara rukun dan wajib, semua amalan dalam haji dan umrah di
kira sebagai Sunat.
Kebanyakkan rukun dan wajib haji dilaksanakan mengikut tertib manakala
rukun umrah mesti dilaksanakan menurut tertib.
Sebahagian fuqaha meletakkan bercukur atau bergunting dan tertib sebagai
rukun.
2.10 Rukun Umrah
1.
2.
3.
4.
Ihram (niat)
Tawaf
Saie
Bergunting/bercukur
* Rukun umrah mestilah dilakukan secara TERTIB, tidak tertib dalam amalan
umrah tidak membatalkan umrah tetapi rukun itu tidak sah dan mesti diulangi
balik.
2.11 Wajib Umrah
1. Ihram di miqat
2. Meninggalkan perkara yang dilarang
* Tidak berniat di miqat dan melanggar larangan ihram diwajibkan membayar dam,
namun umrahnya sah.
7
Keluarga, saudara atau sahabat pula harus mengucapkan
" :
"
" :
10
" :
" .
f. Bertakbir ketika sampai di tempat tinggi dan bertasbih ketika turun
" .
: "
: "
" .
: "
11
Pakaian Ihram
12
"Kusambut panggilanMu untuk melakukan umrah"
13
Perbanyakkan bacaan talbiyah ini dengan suara yang lantang (bagi lelaki
sahaja, manakala wanita tidak dibolehkan (makruh) mengeraskan talbiyahnya),
sepanjang perjalanan ke Makkah, dan berhenti dari talbiyah ketika menjelang tawaf.
Para jamaah hendaklah bertalbiyah secara bersendirian tanpa perlu menunggu
untuk dipimpin oleh mutawwif.
2 - TAWAF
Definisi: mengelilingi Kabah sebanyak 7 keliling bermula dari penjuru Hajar Aswad
dan berakhir di sudut yang sama berdasarkan syarat-syarat tertentu.
- Tawaf Umrah bagi Tamattu (rukun) & Tawaf Qudum bagi Ifrad dan Qiran
(sunat)
- Bila tiba di Masjidil Haram maka hendaklah dipastikan telah berwudhu dan aurat
tertutup dengan sempurna
- Masuk dengan mendahulukan kaki kanan dan membaca doa masuk masjid.
Contoh doa:
15
- Tidak ditunaikan Solat Tahiyat al-masjid sebaik masuk ke dalam Masjid al-Haram
jika masuk dengan tujuan untuk bertawaf. Tawaf ialah pengganti kepada Solat
Tahiyat al-Masjid
- Namun boleh ditunaikan apabila masuk dengan tujuan-tujuan yang lain. Contoh:
masuk untuk solat lima waktu.
16
Hajar Aswad
- Kemudian berjalan mulai dari Hajar Aswad mengelilingi Kabah sebanyak 7
putaran/keliling dengan posisi Kabah di sebelah kiri. Dari Hajar Aswad sampai ke
Hajar Aswad, dikira 1 putaran.
- Hendaklah berjalan dengan cepat di tiga pusingan (raml) bagi lelaki dan berjalan
seperti biasa dipusingan keempat sehingga pusingan terakhir.
17
18
*** Perhatian:
Sunnah mencium Hajar Aswad apabila sampai kepadanya (namun berebutrebut, mendesak atau berasak-asak untuk mencium Hajar Aswad adalah
dilarang)
Tiada doa khusus dibaca ketika mencium
Boleh menyentuh dengan sesuatu (seperti dengan tongkat) atau juga
memberi isyarat dengan tangan kanan jika tidak dapat menyentuh atau
menciumnya (istilam).
Termasuk sunnah juga ialah menyentuh atau mengusap rukun Yamani jika ada
ruang untuk melakukannya
Tidak disunnahkan mencium atau memberi isyarat dengan tangan setiap kali
melintasinya jika tidak dapat menyentuh atau mengusapnya
Setiap kali sampai di Hajar Aswad, hendaklah bertakbir, iaitu dengan mengucapkan:
Allah Maha Besar.
Tiada bacaan khusus yang diwajibkan semasa tawaf mahu pun saie. Berdoa semasa
tawaf adalah sunat, bukan wajib, sama ada semasa mengerjakan tawaf wajib atau
tawaf sunnah.
Boleh dibaca apa sahaja yang diinginkan termasuk membaca ayat-ayat al-Quran,
selawat, doa dan zikir (afdhalnya yang sahih atau matsur dari Rasulullah S.A.W)
sebagaimana keumuman hadis di bawah ini:
Sesungguhnya dijadikan tawaf di sekeliling Baitullah, sai di antara Safa dan Marwah
dan melontar Jamrah adalah untuk mengingati (berdoa kepada) Allah. 9
Sebagai panduan jamaah, berikut dinyatakan beberapa contoh doa dan zikir untuk
dibaca ketika tawaf:
1.Ketika istilam Hajar Aswad
*Bacaan ayat-ayat al-Quran, doa, zikir dan selawat boleh diteruskan pada baki 4
pusingan yang terakhir.
- Kecuali apabila sampai diantara Rukun Yamani dan Hajar Aswad, disunnahkan
membaca doa:
- Tidak sah tawaf apabila masuk (melalui/melintasi) Hijr Ismail/al-Hatim (lihat gambar
di bawah).
Hijr Ismail/Al-Hatim
20
- Bila berlaku keraguan tentang jumlah putaran tawaf, maka ambillah kiraan yang
paling sedikit.
- Sekiranya wudhu terbatal, maka tawaf juga terbatal. Dikehendaki keluar
berwudhu dan kembali menyempurnakan tawaf10
Maqam Ibrahim
- Selesai Tawaf, tutup kembali bahu kanan dengan pakaian atas dan berjalan
menuju ke Maqam Ibrahim sambil membaca:
11
- Kemudian lakukan solat dua rakaat sunat tawaf di belakang Maqam Ibrahim
(tempat berdirinya Nabi Ibrahim ketika membangunkan Kabah). Jika tidak
mendapat tempat di belakang Maqam Ibrahim (disebabkan kesesakan) maka boleh
solat di mana-mana bahagian dalam Masjidil Haram.
- Disunnahkan pada rakaat pertama membaca surah Al-Fatihah dan Al-Kafirun dan
pada rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas.
- Kemudian minumlah air zam-zam dalam keadaan berdiri dan siramkan
sebahagiannya di kepala.
4 - SAIE (RUKUN)
- Definisi: berjalan secara ulang alik di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah
menurut syarat-syaratnya.
- Saie Umrah bagi Tamattu
- Saie Haji bagi Ifrad dan Qiran (* boleh ditunda setelah selesai Tawaf
Ifadhah)
*Bagi yang mengerjakan Haji Ifrad dan Qiran boleh memilih sama ada untuk
meneruskan saie haji selepas tawaf Qudum atau menetapkan diri dalam ihram.
22
Setelah selesai minum air zamzam, jamaah akan bergerak ke Bukit Safa untuk
bersai. Semasa mendaki Bukit Safa sunnnah membaca:
Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang)
agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau
mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulangalik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan,
maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui12
Diikuti dengan bacaan berikut:
Aku memulai (Saie) dengan apa yang dimulai oleh Allah (iaitu bermula dari Safa
dahulu kemudian ke Marwah).
Kemudian menghadap ke arah Kabah (dalam keadaan posisi di Bukit Safa) dan
membaca:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tidak ada yang berhak
disembah kecuali Allah tiada sekutu bagiNya, hanya milikNya segala kerajaan dan
pujian, Zat yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan serta Maha Kuasa atas
segala sesuatu. Tidak ada yang berhak disembah kecuali Allah semata-mata, yang telah
menepati janjiNya, memenangkan hambaNya dan menghancurkan bala tentara kafir
tanpa bantuan sesiapa pun.
- Dibaca sebanyak 3 kali. Setiap kali selesai dari salah satunya, disunnahkan untuk
berdoa memohon kepada Allah S.W.T segala apa yang diinginkan.
12
SAIE
24
Bukit Safa
Bukit Marwah
25
- Setelah itu turun dan bergerak menuju Bukit Marwah, dan ketika melalui antara
dua tanda hijau (lihat gambar di bawah) percepatkan perjalanan (wanita tidak
disyariatkan)
- Tiba di Marwah lakukanlah seperti apa yang dilakukan di Safa. Saie dilakukan
sebanyak 7 kali, dimulai dari Safa dan diakhiri di Marwah. (Safa ke Marwah dikira
satu perjalanan, begitu juga dari Marwah ke Safa dan seterusnya)
- Disunnahkan memperbanyakkan zikir dan doa yang mudah bagi kita sepanjang
perjalanan antara dua bukit tersebut. Contoh bacaan:
- Saie tidak mensyaratkan bersuci dan saie sah namun sunat bersaie dalam
keadaan suci.
26
Bercukur
27
Mina
28
Tidak ada yang berhak disembah kecuali Allah tiada sekutu bagiNya, hanya milikNya
segala kerajaan dan pujian, dan Dia adalah Zat yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.
- Boleh juga bertalbiyah dan membaca al-Quran
- Amalan-amalan di atas dilakukan hingga matahari terbenam
- Tidak disunnahkan berpuasa arafah bagi mereka yang menunaikan haji.
29
Arafah
Masjid Namirah
30
- Sunnah melontar dari tengah jamrah dengan posisi arah Kaabah di sebelah kiri
dan Mina di sebelah kanan
- Sah melontar dari arah mana sekalipun dengan syarat batu yang dilontar jatuh ke
dalam jamrah
- Selesai melontar, sembelih Hadyu (haiwan qurban), sunat makan sebahagian
dagingnya serta sedeqahkan kepada orang yang faqir bahagian selebihnya.
- Waktu menyembelih adalah pada Hari Nahr (10 Dzulhijjah dan hari-hari tasyriq)
- Penyembelihan juga boleh diwakilkan kepada petugas rasmi pemerintah Arab
Saudi yang ada di Makkah dan sekitarnya atau pihak pengelola haji dari tanah air.
- Apabila tidak mampu membeli atau menyembelih haiwan qurban, maka wajib
puasa tiga hari di hari-hari haji (afdhal dilakukan sebelum 9 Dzulhijjah/hari Arafah)
dan tujuh hari setelah pulang ke kampung halaman.
32
10 - TAHALLUL AWAL
- Selesai penyembelihan jamaah akan bercukur atau memendekkan rambut; afdhal
bercukur (Rasulullah mendoakan 3X untuk mereka yang bercukur dan sekali untuk
yang memendekkan rambut)
- Selesai bercukur, dihalalkan larangan bagi orang yang berihram kecuali bersama
dengan isterinya.
Namun jika mendahulukan atau mengakhirkan salah satu dari yang lain, amalan
tersebut dikira sah
Kesempurnaan tahallul (Tahallul Thani) diperolehi setelah melakukan tiga amalan
berikut:
1. Melontar Jamrah Aqabah
2. Bercukur bersih
3. Tawaf Ifadah serta Saie
Jika hanya dua dari tiga amalan di atas, maka jamaah hanya mendapat Tahallul
Awal.
34
35
13 - TAWAF WADA:
Hukumnya wajib ketika haji, siapa yang tidak melakukan Tawaf Wada maka
dikenakan dam ke atasnya.
Hukum sunat bagi umrah namum para jemaah dianjurkan untuk
melakukannya berdasarkan keumuman hadith yang diucapkan oleh
Rasulullah ketika haji wada seperti yang diriwayatkan dari Ibn Abbas R.A:
Jangan seorang pun balik sehingga menjadikan akhir perbuatannya ialah (tawaf) di
Kaabah13
- Tawaf dengan pakaian biasa (tak perlu pakai kain ihram), 7 pusingan dan diakhiri
dengan solat sunat 2 rakaat di belakang Maqam Ibrahim.
- Kewajipan ini gugur ke atas wanita yang haidh dan nifas; tidak perlu ke Masjid alHaram dan mengintai dari pintu serta melambai-lambai tangan sebagai wada
- Selesai tawaf, berjalan menuju ke pintu masjid untuk keluar dan tidak perlu
berjalan dengan cara mengundur.
13
Penutup
Sabda Nabi sallallahu alaihi wa sallam:
Antara satu umrah dengan umrah berikutnya merupakan penebus dosa-dosa yang ada
di antara keduanya, dan haji mabrur itu tidak ada balasan baginya kecuali Al-Jannah.14
14
Senarai Rujukan
1. Al-Albani, Muhammad Nasiruddin, Haji Dan Umrah Mengikut Sunnah
Rasulullah S.A.W, Terjemahan Uthman Mahrus dan Endy Muhammad
Astiwara, Cetakan ke 2, 2001, Perniagaan Jahabersa.
2. Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz,
38