Anda di halaman 1dari 54

WAJ3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

TAJUK 3: INTERAKSI ANTARA


PELBAGAI TAMADUN

NAMA: CHEONG SHUET YIN


CHIAM JIA YING
CHIN KA SENG
KELAS: PISMP P1A

PENGENAL
AN
Proses interaksi bermula dengan proses
pembudayaan yang mengintegrasikan
masyarakat berbilang ras atau etnik.
Melalui proses interaksi antara budaya,
maka terbentuk interaksi peringkat
tamadun
Perdagangan memainkan peranan yang
penting dalam proses interaksi antara
tamadun.

Interaksi Antara Tamadun


Melayu Dan CHINA

Sebelum zaman
pra - penjajah barat
Hubungan antara China dengan Alam Melayu
sudah lama wujud iaitu sebelum permulaan tahun
Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M).
1. PEMERINTAHAN SUN QUAN (222-252 M)
. dua orang utusannya telah melawat Funan dan
negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu
dan Kepulauan Melayu serta mengadakan
hubungan diplomatik dengan mereka
2. Pemerintahan zaman Dinasti Tang (618-907 M)
. mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara
luar melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang
dengan dunia luar.

3.Pemerintahan zaman Dinasti Song (9601279)


. meneruskan hubungan baik dengan negerinegeri
luar tetapi menumpukan lebih banyak kepada bidang
perniagaan terutama dengan negeri-negeri di Asia
Tenggara, Asia Selatan dan Asia Barat.
4.Pemerintahan zaman Dinasti Ming(abad ke-15)
.Hubungan paling gemilang dan bermakna antara
Alam Melayu dengan China antara Kesultanan
Melaka dan Dinasti Ming
.seorang utusan Raja China sampai di Melaka pada
tahun 1403 dan Parameswara membalas dengan
satu perutusan ke China pada tahun 1405.

Laksamana Cheng Ho telah membawa hadiah


bingkisan daripada Raja China, yang dibalas pula
oleh Parameswara pada tahun 1407.
Seterusnya beberapa orang Raja Melaka telah
melawat China iaitu Parameswara (1411), Megat
Iskandar Syah (1414), Sultan Muhammad Syah
(1424) dan Sultan Abu Syahid (1445) (Hashim Hj.
Musa, 2005: 145).

zaman pra penjajah barat


1. Tidak banyak membuahkan kesan mendalam dan besar
ke atas Tamadun Melayu
. tidak didorong oleh perasaan hegemoni
. niat untuk menjajah dan mendominasi negara-negara
. saling hormat-menghormati dan mengiktiraf
kedudukan, kewibawaan kerajaan dan ciri budaya
masing-masing
. kecenderungan china untuk mempelajari dan
memanfaatkan khazanah budaya bangsa Tamadun
tempatan
. Contoh: I-Ching belajar dan berkarya di Srivijaya
selama belasan tahun

Zaman Penjajah
Barat
1. Interaksi dan pengaruh budaya antara masyarakat
Cina dan Melayu terdapat jurang yang luas
.kawasan penempatan yang berasingan
orang Cina tertumpu di kawasan bandar spt
kawasan perlombongan ( KUALA LUMPUR )
.Polisi pentadbiran Inggeris
memisahkan penempatan antara kaum
.Kawasan penempatan orang Cina merupakan
kawasan yang berdikari
penduduknya tidak perlu berinteraksi dengan
orang luar untuk kelangsungan hidup mereka

Interaksi Antara Tamadun


Melayu Dan India

Sebelum zaman pra- penjajahan


barat
Bermula seawal abad ke-3 SM
Bahan bertulis dari India
ada menyebut tentang Malayadvipa
(Semenanjung Melayu)
Gelaran
Suvarnabhumi (tanah emas)
Bahan bertulis dari India
Tujuan utama kedatangan para pedagang
dari India ke Tanah Melayu

zaman pra penjajahan barat


Menurut Himansu Bhusan Sarkar (1970), , interaksi
Tamadun India dan Tamadun-tamadun Asia bermula kirakira 2000 tahun yang lalu
Faktor perdagangan memainkan peranan penting dalam
interaksi tersebut melibatkan laluan sutera yang melintasi
Asia Tengah dan jalan laut melalui Selat Melaka
Negara terawal muncul yang mendapat pengaruh India
ialah Funan sekitar akhir kurun ke-2 Masihi, bertapak di
Muara Sungai Mekong dengan pelabuhannya Oc Eo.
Selain itu ada beberapa buah negeri lain yang diandaikan
muncul dan menerima pengaruh India antaranya
Langkasuka, Kedah, Kuala Selinsing dan Tanah Merah di
Semenanjung, Kam-to'-li di Sumatera, Taruma di Jawa
dan Kutei di Borneo.

zaman pra penjajahan barat


Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Pedagang utama = pedagang india
Datang daripada pesisir Koromandel, Kalingga,
Benggala dan Gujerat
tinggal menetap di Melaka dan sesetengahnya
berkahwin dengan wanita dari golongan bangsawan
Melayu yang seterusnya diterima dalam kalangan
pembesar Melaka.
Contoh:
1. Cucunya Raja Kasim telah menjadi Sultan Melaka
dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah yang
masyhur itu (1446-1456).

2. Tun Ali, anak kepada seorang pemborong permata


Tamil Muslim yang telah berkahwin dengan anak Sri
Nara Diraja pada zaman Sultan Muhammad Syah
(1424-1444) telah dilantik menjadi Sri Nara Diraja
menggantikan datuknya, yang seterusnya melahirkan
pembesar-pembesar dan pemerintah Melaka dari
keturunan Melayu Tamil.
3. Keturunan Tun Ali juga telah melahirkan pembesarpembesar seperti Temenggung Tun Tahir, Bendahara
Tun Mutahir dan Temenggung Tun Husain. Raja
Mendaliar seorang pedagang Keling telah dilantik
menjadi Shahbandar Melaka semasa pemerintahan
Sultan Mahmud (1488-1500).
4. Khoja Hasan berasal daripada Parsi atau Utara India
telah berkahwin dengan anak Hang Tuah dan dilantik
menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah.

zaman penjajahan barat


Perjanjian Inggeris-Belanda (abad ke-19)
Kedatangan dan perpindahan orang India ke
Semenanjung Tanah Melayu
Orang india bekerja sebagai buruh ladang tebu,
kopi dan teh
kebanyakan mereka orang Tamildan Telegu dari
wilayah Andhra Pradesh
orang Ceylon dan Malayalee yang berpendidikan
Inggeris berkhidmat sebagai kerani, pembantu
hospital serta mengawas dan menyelia
ladang-Iadang

Peningkatan jumlah orang India di Tanah Melayu


semakin pesat menjelang tahun awal abad ke-20.
Sehingga tahun 1931 terdapat seramai 132,277,
orang India di negeri-negeri Selat, di negeri-negeri
Melayu Bersekutu seramai 379,996 dan di negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu seramai 110,951
orang (Malaysia Kita, 2000: 176-177).
kedatangan kaum India pada zaman penjajah
British kebanyakannya terdiri daripada kelas
rendah, menetap dalam kawasan geografi dan so
sial yang tersendiri serta terasing.
Oleh demikian, proses dengan masyarakat
setempat terutamanya orang Melayu tidak meluas
dan berkembang. Faktor tersebut menyebabkan
peranan mereka ke atas masyarakat dan budaya
Melayu amat minimum.

Interaksi Antara Jepun dan China


Interaksi

antara tamadun China dan Jepun


berlaku melalui perantaraan semenanjung
Korea semasa zaman Raja Packhe yang
memerintah Korea.
Korea telah menerima pengaruh China
sejak abad ke-2 masihi lagi.
Raja Packhe telah meminta bantuan Jepun
bagi mengatasi tentangan puak utara pada
kurun ke-2 masihi.

Penglibatan

ramai tentera Jepun di Korea


pada ketika itu telah menyebabkan unsurunsur tamadun China yang terdapat
dalam budaya Korea telah meresapi
budaya Jepun.
Berlaku secara aman.
Asimilasi Tamadun China dalam Tamadun
Jepun telah diperkukuhkan identiti oleh
Tamadun Jepun.
Dari segi agama dan tulisan:
- Agama Buddha diperkembangkan
dalam Tamadun Jepun. (Agama Shinto)

Kuil-kuil

Buddha telah didirikan di Jepun.


Agama Buddha telah mencapai zaman
kemuncak semasa zaman Nara dan Heian.
Tulisan Cina menjadi asas kepada
pembentukan tulisan Jepun. (Hiragama
Kalakana)
Tulisan China telah digunakan sebagai
perantaraan komunikasi sosial dan
penciptaan kesenian dalam masyarakat
Jepun yang telah membawa kepada
perkembangan intelektual.

Tulisan digunakan untuk menyimpan rekodrekod mengenai mitos-mitos agama Shinto dan
rekod-rekod pentadbiran Jepun.
Kompilasi Kojiki (rekod purba Jepun) telah
menunjukkan gabungan antara tulisan China
dan tulisan Jepun.
Perkembangan intelektual dan
kesusasteraan:
- Upacara seperti upacara minum teh dan seni
taman.
- Struktur pembinaan bandar. Contohnya dalam
Bandar Nara telah dibina mengikut corak dan
plan pembinaan Bandar Changan iaitu bandar
pemerintahan dalam Dinasti Sui.

- Ajaran falsafah Konfusianisme seperti


penekanan kepada institusi keluarga. Ajaran
Buddha yang mementingkan ajaran dan
konsep kasih-sayang,moral dan kerohanian
telah memberi satu sumbangan penting
kepada orang-orang Jepun.
. Konsep mandat dari Syurga telah
memperkukuhkan kedudukan Maharaja
Jepun yang dipercayai berasal daripada
keturunan Dewi Amaterasu.
- Sistem pemerintahan berpusat.

Interaksi Antara Tamadun Eropah


dengan Tamadun Lain
Perkataan Eropah berasal daripada Europe.
berhubung kait dengan lagenda.
Europa anak perempuan Raja Tyre dari
pantai Phoenicia jatuh hati dengan Raja Zeus
(yg menjelma sbg lembu jantan), dilarikan ke
Crete Konotasi dgn melarikan puteri dari
Phoenicia ke Crete memindahkan
pencapaian tamadun-tamadun lama Asia dari
timur ke koloni di Laut Aegean (Davies, 1996)

Bermula

sejak terbentuknya pemerintahan


Islam di Afrika Utara,Sepanyol dan Sicily.
Pendapat tokoh tamadun menyatakan
Sepanyol dan Sicily adalah merupakan
pintu masuk Islam ke benua Eropah dan
dianggap jambatan kemasukan tamadun
Islam ke dalam tamadun Eropah.
Proses interaksi ini berlaku dalam dua
cara iaitu cara aman dan peperangan.
Proses cara aman berlaku melalui
perdagangan.

Perang Salib yang berlaku dalam tempoh yang


panjang antara orang Eropah dengan Islam
merupakan interaksi konflik.
Di Eropah misalnya hubungan antara orang-orang
Kristian dengan Yahudi telah mengalami kemerosotan
sejak awal.
Kesan konflik tersebut maka berlakunya pembunuhan
orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9
dan ke-18 Masihi.
Perkara ini berlaku akibat daripada faktor-faktor
perbezaan agama, ketidakseimbangan ekonomi dan
sosial.
Islam dengan Kristian bertembung dalam zaman
pertengahan di Eropah.

Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah


bertindak melancarkan beberapa siri ke atas
orang-orang Islam yang dikenali sebagai
peperangan Perang Salib.
Peperangan tersebut telah mengorbankan
ramai penganut Islam dan Yahudi.
Terdapat beberapa faktor berlakunya perang
Salib ini. Antaranya ialah:
Penindasan yang dilakukan oleh pemerintah
Kristian kepada penganut Islam.
Ketidakseimbangan ekonomi.
Peranan paderi Kristian yang menyeru orangorang Kristian untuk berperang dengan orangorang Islam.

- Sebelum perang salib,Eropah berada


dalam zaman gelap.
- Perkembangan dan usaha penterjemahan
buku-buku adalah kesan interaksi positif
yang berlaku.
- Penterjemahan buku falsafah Greek telah
menghubungkan orang-orang Eropah
dengan tamadun Greek (Yunani).

Hal ini kerana penterjemahan buku telah


dilakukan dengan pesat semasa
pemerintahan Bani Abbasiyah.
Hasil penulisan orang-orang Greek
meliputi bidang-bidang sains, sejarah,
matematik, falsafah telah dikembangkan
oleh cendekiawan Islam.

Nilai-nilai Universal Dalam


Tamadun
semua

tamadun berasaskan kepada


ketuhanan dan kerohanian.
menekankan aspek kemanusiaan.
mementingkan institut kekeluargaan.
beretika dalam aspek kehidupan.
kepimpinan yang berteraskan keadilan dan
kebijaksanaan .
menghargai alam sekitar.

Ketuhanan dan kerohanian.

TAMADUN ISLAM berpaksi kepada konsep


tauhid yang bermaksud agama merupakan
intipati dalam kehidupan bertamadun.
Kerohanian dan kebendaan mestilah seimbang.

TAMADUN CHINA terdapat banyak agama


yang dianuti dalam masyarakat cina dan
tekankan konsep ketuhanan. Kepercayaan
konsep tian dapat mengawal tingkahlaku
masyarakat mereka.

TAMADUN INDIA percaya kepada konsep


trimurti Brahma(Tuhan Pencipta), Vishnu(Tuhan
Pemelihara), Siva(Tuhan Pemusnah). Percaya
konsep karma dan kelahiran semula. Sentiasa
berbuat baik.

TAMADUN JEPUN - mempunyai pengaruh


tamadun China Dinasti Han (Shintoisme) iaitu
berperanan menanamkan rasa kebangsaan
Jepun dan patriotis

Aspek kemanusiaan
TAMADUN ISLAM menjaga akhlak antara
sesama manusia (ibu bapa, guru, kawan, jiran
sesama Islam dan bukan Islam serta musuh
Islam.) Kepentingan 5 hak asasi manusia : hak
beragama, menjaga kewarasan akal, manjaga
nyawa, harta benda dan maruah diri.
TAMADUN CHINA Konfucius- konsep ren( kasih
sayang dan sifat perikemanusiaan).
Moisme- percaya cinta sejagat tanpa
mengendahkan hubungan keluarga dan
kedudukan.cintai orang lain seperti cintai diri
sendiri.

Institusi kekeluargaan

Tamadun
islam

berasaskan ajaran al-Quran memberi


kepentingan dalam hubungan kekeluargaan
Hubungan anak-anak dengan ibu bapa
berasaskan kepada hak dan tanggungjawab.
Hak terhadap anak mestilah dilaksanakan sejak
anak itu di dalam kandungan
Konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem
keluarga Islam
Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan
yang sempurna kepada anak-anak-merangkumi
pendidikan agama dan kemahiran
Anak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu
bapa keranakeredhaan Allah terletak pada
keredhaan ibu bapa.

unit

asas dalam Tamadun China


Ajaran Confucius menjadi asas kepada
Tamadun China-pentingkan hubungan kasih
sayang dan hierarki kuasa.
Konsep li menekankan 5 jalinan hubungan
sesama manusia
1. hubungan maharaja dengan
rakyat
2. hubungan bapa dengan anak
3. hubungan abang dengan adik
4. hubungan suami dengan isteri
5. hubungan kawan dengan
kawan

Tamadu
n China

Anak-anak tidak boleh menderhaka kepada


kedua ibu bapa.
Konsep ketaatan yang kental kepada ibu bapa
menyebabkan masyarakat cina mengadakan
upacara mengingati nenek moyang-bertujuan
mengucapkan terima kasih dan menunjukkan
ketaatan kepada nenek moyang dan ibu bapa
yang telah meninggal.

Tamadun india
Unit penting dalam Tamadun India.
Asas ikatan keluarga hubungan darah
daripada keluarga yang sama
Keluarga bersama ialah bentuk yang
paling menonjol dalam sistem
kekeluargaan India
membentuk sistem sokongan yang
berbentuk fizikal dan kerohanian, di
samping menjadi penerus zuriat.

Kepimpinan

TAMADUN ISLAM
Pemimpin yang dilantik hendaklah seorang
yang mempunyai sifat keadilan,
berpengetahuan tinggi dan berkemampuan
untuk memimpin
Pemimpin perlulah amanah melaksanakan
pemerintahan dan tidak zalim
Pemimpin yang bertanggungjawab akan
menggalakkan masyarakat menguasai ilmu
pengetahuan, berkongsi idea dan pemikiran

TAMADUN CHINA
Raja memainkan peranan penting kerana
merupakan orang yang bijak, pintar serta
cekap melaksanakan tanggungjawab
Apabila peribadi raja sempurna maka seluruh
rakyatnya akan tunduk kepadanya

TAMADUN INDIA
Asoka merupakan pemerintah Dinasti Maurya
telah menekankan nilai-nilai moral seperti
bertimbang rasa, membantu orang miskin dan
tidak membunuh binatang
raja bertanggungjawab menjaga kebajikan
rakyat

Beretika dalam kehidupan


TAMADUN ISLAM Syariat diturunkan Allah
senagai panduan dan mengatur kehidupan agar
harmoni. Rasulullah diutus sebagai model
akhlak yang terbaik untuk manusia.
TAMADUN CHINA - konsep li(peraturan akhlak
dan peraturan kehidupan). konsep zhong yong
juga dititikberatkan oleh Konfusius yang
mahukan kesederhanaan dan tidak
menggunakan kekerasan sebagai jalan
penyelesaian.
TAMADUN INDIA- Sadharna dharma tekankan
sifat am yang perlu dalam semua manusia.

Alam sekitar
TAMADUN ISLAM- anugerah Allah kepada
manusia. Alam tanda kekuasaan Allah.
TAMADUN CHINA- manganggap bintang
sebagai nenek moyang yang menjadi
shen/dewa di langit selepas meninggal dunia.
TAMADUN INDIA- hargai dan anggap ada
kuasa di dalamnya. Terdapat dewa seperti
Indra(Tuhan Cuaca), Surya(Tuhan Matahari)
dan Varuna(Tuhan Langit). Konsep ahimsa- ajar
syangkan binatang hingga hargai nyawa
mereka.

Persamaan dan perbezaan Antara


Tamadun
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Aspek teologi.
Alam sekitar-hidup harmoni dengan alam.
Keluarga- nilai kekeluargaan, asas
pembentukan masyarakat
Komuniti-menentukan personaliti dan identiti
manusia.
Kerajaan- persoalan keadilan pemerintah
Ekonomi-moral semesta
Pendidikan-pembinaan sifat-sifat manusia
Kesihatan-pandangan dan pendekatan holistik

TEOLOGI

Persamaan
Semua agama mementingkan konsep ketuhanan
kecuali agama Buddha tekankan falsafah moral
dan etika.
Setiap agama mempunyai doktrin & amalan
tertentu. Contohnya agama Islam ---solat dan haji.
Dalam agam Islam, Kristian dan Yahudi
mempunyai persamaan seperti kehidupan selepas
mati dan pembalasan akhirat.
Konsep Buddihisme sama dengan Hinduisme
kelahiran semula & karma.

Perbezaan
Manifestasi ketuhanan yang berbeza konsep
monoteisme Islam, Kristian, Hindu berbeza.
Wujud perbezaan agama Hindu dan Buddhisme
tentang konsep reinkarnasi.
Setiap agama juga ada institusi keagamaan
sendiri.
Manifetasi kenabian, amalan (ibadah) dan
konsep hari pembalasan berbeza.

ALAM SEKITAR
PERSAMAAN
bersetuju alam sekitar penting dan perlu dijaga untuk hidup
bersama
Islam juga lebih jelas kepentingan menjaga alam sekitar
kerana ia adalah kurniaan Allah yang digunakan untuk faedah
dan kepentingan hidup manusia
Confusius alam perlu dijaga agar tidak menjejaskan
kehidupan secara keseluruhan
Masyarakat Jepun tradisional unsur alam diberi
penghormatan secara berlebihan sembah batu adan pokok
anggap ada kuasa ketuhanan kami

PERBEZAAN: dalam tamadun tertentu, memelihara


alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam
sekitar itu disembah dan dilihat sebagai Divine Power.

KELUARGA
- sebagai asas pembentukan masyarakat
dihayati oleh tamdun tradisional.
Persamaan :
Tamadun Islam
1) Hubungan anak dengan ibu bapa berasaskan
hak dan tanggungjawab yang digariskan
dalam Islam.
2) Keredhaan ibu bapa kunci keredhaan Allah.
3) Kriteria memilih pasangan ditentukan untuk
keharmonian keluarga.


1.
2.

3.

Tamadun China
Ajaran Confucius tekankan hubungan kasih
sayang wujudkan tenteram dan harmoni.
3 dari konsep wu lun (lima hubungan) ialah
hubungan yang penting dalam keluarga iaitu
bapa &anak, abang &adik, suami &isteri.
Kesetiaan anak kepada bapa = rakyat kepada
maharaja. Amalan menyembah nenek moyang
lahir daripada konsep ini.


1.

2.

Tamadun India
Pembinaan keluarga bermatlamat membuat
sistem sokongan fizikal dan rohani serta
penerus keturunan.
Ikatan kasih sayang dipentingkan.

Perbezaan:
Ajaran agama-agama lain menyeru untuk
mewujudkan suasna harmoni dalam hubungan
kekeluargaan dan masyarakat seperti Confusius
sedangkan agama Islam matlamatnya lebih jauh
lagi iaitu untuk mendapat keredhaan &
keberkatan Allah s.w.t.

PENDIDIKAN
Persamaan

sebagai pembentukan peribadi, tugas


pengembangan ilmu suatu yang mulia.
Kesedaran in menjadikan inner being diberi
kepentingan dalam konsep pendidikan Islam,
Kristian, Hindu dan sebagainya.
transformasi dalaman perlu didahulukan.
Perbezaan
cara transformasi dan elemen yang diutamakan.
Islam -tauhid peranan penting dalam transformasi
pendidikan.
Buddha dan Hindu transformasi sifat dicapai
melalui proses mencari diri sendiri.

EKONOMI

Persamaan

kegiatan ekonomi tradisional berlaku dalam


konteks moral semesta (universe moral)
Buddha ajaran jalan lapan lapis
Islam konsep halal haram berhubung dengan
rapat dengan akhlak
Tamadun China falsafah Konfusianisme
memberi perhatian terhadap golongan petani
dan pandang rendah golongan pedagang yang
dikatakan sentiasa terlibat dengan penipuan.
Tamadun Eropah zaman pertengahan
dipengaruhi agama Kristian seperti larangan riba,
rasuah, penipuan dan sebagainya.

Perbezaan

penipuan, rasuah dan sebagainya tidak dinafikan


terdapat dalam tamadun moden.
Yang membezakan ekonomi tradisional dengan
zaman moden ialah kayu pengukur .

KESIHATAN

dipengaruhi alam sekitar.


segala yang wujud saling berhubungan.
mengubati penyakit memulihkan proses
keseimbangan.

1.

2.

KOMUNITI
Identiti individu (pemikiran, pandangan, semesta
dan sikap) kait rapat dengan komuniti.
Dibentuk oleh sistem agama dan kepercayaan,
nilai moral yang juga bersumberkan agama dan
adat resam.
Tamadun China
Dipengaruhi sistem kekeluargaan berasaskan
bapa dan lelaki dan juga hubungan darah.
Sistem kelas ditentukan oleh tahap pendidikan
dan kemahiran.


1.

2.

3.

4.

5.

Tamadun Islam
wujud hubungan berdasarkan ikatan
kekerabatan, agama dan kemanusiaan.
Konsep ummah melampaui batasan bangsa,
warna kulit atau geografi.
Kasih sayang dan tolak ansur ditekankan
untuk wujudkan perpaduan dan persaudaraan.
Peranan dan fungsi wanita diletakkan sesuai
dengan fitrah dan sifat semula jadi wanita,
berbeza dengan pandangan barat (wanita
sama taraf dengan lelaki).
Mengiktiraf kedudukan dan hak wanita
(pengilmuan dan pemilikan harta)

Tamadun
1.

2.

3.

4.

India
Berbeza dengan lain kerana peraturan lebih
ketat yang berasaskan sistem kasta yang rigid
yang diwarisi oleh nenek moyang.
Sistem kasta pengaruhi bidang ekonomi,
politik, sosial dan perundangan.
Hubungan sesama anggota dalam komuniti
ditekankan oleh konsep Dharma.
Dharma menggariskan fungsi dan peraturan
bagi menentukan apa yang harus dilakukan
oleh setiap anggota.

KERAJAAN
Tamadun tradisional mementingkan moraliti dan
akhlak sebagai asas kerajaan.
Tamadun Islam
Politk dan agama tidak dapat dipisahkan.
Prinsip pemerintahan keadilan, syura
Tamadun China
Raja perlu baik moralnya.
Ajaran Confucius beri panduan dalam hubungan
antara pemerintah dengan rakyat.
Tidak anjur menentang Raja yang tidak
bermoral tetapi akan ditarik melalui pelbagai
bala bencana.

Contoh-contoh interaksi dalam


sejarah (bahasa, kesenian dan
kesusasteraan)
Jepun-China:

kesenian dan
kesusasteraan (sistem tulisan) ,
menerapkan unsur alam sekitar dalam
kesenian lukisan atau catan.
Eropah-Melayu: Bahasa pinjaman: beg,
komputer, elektrik dan sebagainya.
Eropah-Jepun: penyerapan kosa kata
daripada bahasa Portugis dan Sepanyol.

Islam - India : percampuran bahasa Sanskrit


dan Tamil dalam penggunaan Bahasa Melayu.
contohnya, Bhumi-bumi dan Bhasa-bahasa.
Cerita-cerita yang bersumberkan kitab agama
Hindu seperti epik Seri Rama dan Mahabrata
menarik minat masyarakat Melayu seperti cerita
penglipur lara yang dituturkan oleh tukangtukang cerita atau melalui wayang kulit

Anda mungkin juga menyukai