Kita harus melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam menu harian. Sayur-sayuran sebaik-baiknya dimakan secara mentah bagi mengekalkan zat semula jadi. Kita perlu mengelakkan makanan yang bergaram, berlemak dan bergula. Diet yang tinggi lemak, gula dan garam akan meningkatkan risiko kegemukan. Minum Air Yang Mencukupi Kita perlu menjadikan tabiat minum air sebagai satu amalan. Proses penghadaman di dalam tubuh badan dibantu oleh air. Kita mesti memasak air yang hendak diminum. Air yang dimasak untuk membunuh bakteria yang terkandung di dalamnya. Lakukan Senaman Kita harus melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tahap kecergasan dan kesihatan dapat ditingkatkan melaui aktiviti senaman. Kita mesti memilih aktiviti senaman yang sesuai dengan tahap kecergasan diri. Risiko kemudaratan dapat dielakkan jika kita memilih aktiviti yang bersesuaian. Jalani Pemeriksaan Kesihatan Berkala Kita mesti mendapatkan pemeriksaan secara berkala. Pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan sekurang-kurang setahun sekali. Kita wajar mengetahui tahap kesihatan sendiri. Banyak penyakit dapat dihindari jika kita menyedari tahap kesihatan sendiri. Jaga Kebersihan Rumah Dan Persekitaran Tempat Tinggal Kita mesti menjaga kebersihan rumah dan persekitaran tempat tinggal kita. Risiko jangkitan penyakit yang dibawa oleh nyamuk, lalat, tikus dan lipas dapat dikurangkan jika persekitaran kita bersih. Kita memerlukan udara yang segar dan nyaman. Udara yang segar dapat diperolehi melalui persekitaran yang bersih.
PANDUAN GAYA HIDUP SIHAT
Amalkan Pemakanan Yang Sihat Kita harus melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam menu harian. Sayur-sayuran sebaik-baiknya dimakan secara mentah bagi mengekalkan zat semula jadi. Kita perlu mengelakkan makanan yang bergaram, berlemak dan bergula. Diet yang tinggi lemak, gula dan garam akan meningkatkan risiko kegemukan. Minum Air Yang Mencukupi Kita perlu menjadikan tabiat minum air sebagai satu amalan. Proses penghadaman di dalam tubuh badan dibantu oleh air. Kita mesti memasak air yang hendak diminum. Air yang dimasak untuk membunuh bakteria yang terkandung di dalamnya. Lakukan Senaman Kita harus melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tahap kecergasan dan kesihatan dapat ditingkatkan melaui aktiviti senaman. Kita mesti memilih aktiviti senaman yang sesuai dengan tahap kecergasan diri. Risiko kemudaratan dapat dielakkan jika kita memilih aktiviti yang bersesuaian. Jalani Pemeriksaan Kesihatan Berkala Kita mesti mendapatkan pemeriksaan secara berkala. Pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan sekurang-kurang setahun sekali. Kita wajar mengetahui tahap kesihatan sendiri. Banyak penyakit dapat dihindari jika kita menyedari tahap kesihatan sendiri. Jaga Kebersihan Rumah Dan Persekitaran Tempat Tinggal Kita mesti menjaga kebersihan rumah dan persekitaran tempat tinggal kita. Risiko jangkitan penyakit yang dibawa oleh nyamuk, lalat, tikus dan lipas dapat dikurangkan jika persekitaran kita bersih. Kita memerlukan udara yang segar dan nyaman. Udara yang segar dapat diperolehi melalui persekitaran yang bersih.