Terima kasih yang di Pertua , pihak juri pihak pembangkang yang saya
hormati hadirin dan hadirat sekalian,
Dengan kata kunci hukuman rotan wajar dikembalikan di sekolah ialah
untuk meningkatkan disiplin pelajar.Jika kita lihat sekarang, pelajar
semakin tidak mengambil endah tentang peraturan sekolah.Oleh itu,
dengan adanya hukuman rotan , peningkatan akademik dan disiplin akan
lebih tinggi . Contohnya, murid yang tidak membuat kerja rumahnya
pastinya akan lebih beramanah dan bersungguh-sungguh
menyiapkannya.
Contohnya, kajian yang dilakukan oleh pelajar dari Fakulti Pendidikan
Universti Teknologi Malaysia di SMK Ulu Tiram.
Terdapat ibu bapa yang berpendapat bahawa hukuman rotan wajar
dikembalikan untuk menghukum pelajar yang melakukan kesalahan
disiplin dan tingkah laku berat.
Point 3 Hukuman rotan juga dapat membentuk jati diri pelajar. Menurut
pemikir barat , Friedman dan Schonberg (19940 mentakrifkan perbuatan
memukul dengan tujuan untuk mendisiplinkan anak-anak bagi
membentuk sahsiah yang sempurna termasuklah kesempurnaan moral
dan etika adalah lebih baik daripada penderaan anak-anak. Pemikir barat
Larzelere juga berkata jika hukuman berat ini kerap dan tidak memalukan
pelajar. Ia adalah hukuman paling baik bagi mendisiplinkan anak-anak.