Anda di halaman 1dari 4

Berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia tahun lalu, 1.

3 juta rakyat Malaysia telah


disenaraihitamkan pleh bank-bank perdagangan kerana gagal menjelaskan hutang kad kredit.
Akhbar-akhbar tempatan pula menyiarkan berita tentang peminjam wang yang seriang
diganggu serta diugut oleh Ah Long disebabkan gagal untuk menjelaskan hutang yang
dipinjam. Senario ini memberi gambaran kepada kita bahawa pengurusan kewangan yang
berkesan adalah sangat penting dalam kehidupan seharian kita.
Setiap orang perlu menghayati konsep mengukur baju di badan sendiri di mana mereka perlu
menyedari akan di mana letaknya kemampuan mereka dalam berbelanja, bukan sekadar
berbelanja mengikur nafsu yang akhirnya bakal memakan diri sendiri. Sebelum berbelanja,
kita hendaklaha merancang perbelanjaan dengan memberi keutamaan kepada perkaraperkara yang lebih penting. Mereka yang berbelanja secara berhemah dan mengikut
kemampuan pasti akan terhindar daripada bebanan hutang. Misalnya, jika kita berpendapatan
sederhana, kita sepatutnya menggunakan kereta buatan Malaysia walaupun amat berminat
untuk menggunakan kereta mewah buatan luar negara. Selain itu, memasak makanan di
rumah dan mengurangkan aktiviti makan di luar juga merupakan salah satu daripada cara
untuk menjimatkan perbelanjaan di samping menikmati makanan yang lebih enak dan segar
yang dimasak sendiri.
Salah satu ciri pengurusan kewangan yang berkesan ialah cara tabungan yang konsisten. Bak
kata orang tua-tua, beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Mengikut kata jutawan
internet muda, En. Irfan Khairi, setiap individu perlu menyimpan 30% daripada
pendapatannya secara tetap untuk kegunaan di masa hadapan. Hari ini, mungkin kita masih
sihat dan dapat melakukan pekerjaan seperti biasa, tetapi kita tidak akan mengetahui apa
yang bakal terjadi di hari muka. Sekiranya kita mempunyai wang simpanan yang mencukupi,
tentulah kehidupan kita akan terpelihara. Jika kita tidak menyimpan wang secara tetap, wang
tersebut bakal dihabiskan tanpa disalurkan atas perkara yang lebih berfaedah.
Pelaburan juga merupakan salah satu kaedah pengurusan kewangan yang berkesan. Untuk
mendapatkan keuntungan daripada pendapatan kita sendiri, kita hendaklah melabur dalam
saham amanah atau saham-saham yang lain. Di Malaysia, terdapat banyak saham amanah
seperti Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Bumiputera dan lain-lain lagi. Kita
hendaklah memilih saham amanah yang telah dijamin oleh kerajaan agar tidak mengalami
kerugian di masa akan datang. Peribahasa Melayu ada menyebut, sedikit-sedikit lama lama
jadi bukit. Walaupun simpanan kita sedikit, namun ia akan menjadi banyak apabila
keuntungan saham diumukan pada tahun berakhir.
Konklusinya, pengurusan kewangan yang cekap akan menjamin ketenteraman hidup
seseorang. Hal ini demikian kerana seseorang yang mengurus kewangan secara baik dan
berkesan mampu menghindarkan diri mereka daripada bebanan hutang. Dalam pada itu,
kursus pengurusan kewangan perlu dikembangkan pada semua sektor agar rakyart Malaysia
mendapat jaminan masa hadapan daripada pendapatan mereka sendiri.
0 Komen Links to this post

Rabu, 2011 Januari 05

Impak Perniagaan Kek Cawan


Di karang oleh Dihaz84 Pada 17:16 kategori Info lain

Sebagai negara membangun yang dijangka akan


mencapai tahap negara maju pada tahun 2020,
terdapat banyak peluang perniagaan yang telah
disediakan oleh pihak kerajaan. Bagi rakyat yang

bermodal kecil, mereka boleh merebut peluang


perniagaan dalam industri kecil mahupun sederhana.
Antaranya termasuklah perniagaan kek cawan yang
semakin diminati ramai oleh semua golongan
masyarakat tidak kira yang tua ataupun muda,
mahupun yang miskin atau kaya. Namun
persoalannya kini adalah, apakah impak perniagaan
ini terhadap masyarakat dan negara?
Perniagaan kek cawan ternyata memenuhi keperluan
wanita moden dewasa ini yang semakin sibuk dengan
pelbagai tugas. Dahulu, kebanyakan wanita
merupakan surirumahtangga sepenuh masa. Mereka
berpeluang menyediakan pelbagai juadah istimewa
untuk ahli keluarga mereka. Namun dewasa ini,
wanita bukan sahaja berperanan sebagai isteri dan
ibu, tetapi juga wanita korporat, ketua di pejabat
serta profesionalis. Oleh yang demikian, mereka tidak
mempunya banyak waktu untuk menyediakan juadah
untuk ahli keluarga. Tuntasnya, kek cawan merupakan
alternatif terbaik bagi wanita berkerjaya bagi
menyeimbangkan antara wanita dan juga keluarga.
Dalam pada itu. Perniagaan kek cawan turut
merancakkan lagi perkembangan ekonomi negara.
Sejak perniagaan ini wujud di negara kita, ribuan
rakyat telah berjaya memperoleh pekerjaan. Suasana
ini amat menyenangkan ditambah pula ia dapat
mungurangkan kadar pengangguran di negara kita
sekali gus telah mengubah landskap hidup
masyarakat yang bergantung pada kehidupan kais
pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Perniagaan kek cawan di luar bandar juga tumbuh
bagai cendawan selepas hujan. Keadaan ini telah
membuka mata masyarakat bahawa kuih yang dibuat
untuk keluarga sebenarnya boleh dikormesialkan dan
menjana keuntungan sekali gus menjana ekonomi
serta meningkatkan taraf hidup sesebuah keluarga.

Walau bagaimanapun, perniagaan kek cawan turut


mempunyai kesan negatif tersendiri. Antaranya
termasuklah hilangnya tradisi pembuatan kuih muih
tradisional. Kek cawan yang dibuat menggunakan
resepi terkini telah menghilangkan kuih muih
tradisional di pasaran. Tidak dinafikan bahawa
terdapat juga kek cawan yang berbentuk kuih
tradisional seperti bahulu dan kuih bakar, tetapi
rasanya jauh berbeza daripada kuih tradisional asli.
Masyarakat terutamanya penggemar kuih tradisional
yang menyedari keadaan ini berasa bimbang kerana
salah satu identiti bangsa Melayu dan bangsa-bangsa
lain di negara ini adalah penyediaan kuih tradisional.
Pengambilalihan kek cawan dalam masyarakat
daripada kuih tradisional sedikit sebanyak
menjejaskan identiti serta jati diri bangsa pada masa
akan datang.
Kesimpulannya, industri kek cawan banyak
mendatangkan impak positif dan negatif. Meskipun
wujud kebimbangan dalam masyarakat tentang
kehilanhan kuih tradisional, tetapi dalam hal ini
mereka perlu bersikap lebih terbuka. Hal ini demikian
kerana masih terdapat pelbagai cara untuk
mengekalkan kuih tradisional. Selain keprihatinan
masyarakat, peniaga kek cawan juga paerlu memberi
peluang kepada pengusaha kuih muih tradisional
untuk memasarkan kuih tersebut dengan
menggunakan jenama kek cawan yang berperisa asli.
Dengan cara ini, situasi menang-menang akan dapat
dicapai sekali gus menyahut seruan 1 Malaysia
daripada Perdana Menteri kita.
0 Komen Links to this post
Sabtu, 2010 Disember 11

Isi Penting Karangan - Tips Mengatasi Gementar


Ketika Berucap
Di karang oleh Dihaz84 Pada 10:03 kategori Tips

Pengucapan merupakan salah satu cara untuk berkomunikasi dengan orang lain. Ianya juga
merupakan satu kaedah komunikasi secara lisan. Pengucapan boleh dilakukan dalam situasi
yang terancang iaitu tempat, masa dan isu yang disampaikan.
Menurut Abdul Mua'ti Ahmad, pengucapan umum menggunakan anggota komunikasi verbal
dan bukan verbal.
Pengucapan awam yang memerlukan perucap yang berpengetahuan dalam pelbagai bidang,
berpengetahuan luas, dan sensitif terhadap topik. Perucap juga perlu berkemahiran untuk
mengawal dan menarik perhatian audien terhadap ucapannya.
Selain itu, perucap juga perlu yakin terhadap diri sendiri, memperlihatkan peribadi yang baik
serta perwatakan yang terpuji. Perucap juga mesti mempunyai pemakaian yang kemas dan
dapat mempengaruhi pendengar. Gerak-geri perucap juga perlu teliti dan tidak gopoh.
Tips-tips bagi seorang perucap untuk mengatasi gementar semasa membuat pengucapan
awam adalah seperti berikut:
1) Biasakan dengan ruang atau tempat berhujah - caranya adalah datang awal ke tempat
untuk berucap, berlegar-legar di kawasan tempat berdiri supaya menjadi lebih yakin serta
mencuba sendiri alat mikrofon dengan memperdengarkan suara.
2) Kenalpasti penonton atau audien - ucapkan salam semasa memulakan perucapan.
Kalau boleh berbual mesra dengan penonton terlebih dahulu. Ini untuk membiasakan diri anda
sebelum meneruskan ucapan. Selain itu, ianya juga dapat mengurangkan perasaan gementar
apabila berdiri di depan audien.
3) Fahami isu yang ingin dibentangkan - pahami dan biasakan dengan isi-isi topik yang
ingin diucapkan. Cari isi penting dan buat latihan yang secukupnya terhadap ucapan tersebut.
Selain itu, cari kelemahan dalam isi ucapan yang dibuat latihan.
4) Bersantai - jangan terlalu memikirkan sangat tentang ucapan yang ingin dilakukan.
Anggap ianya adalah seperti anda bercakap dengan kawan-kawan atau sahabat handai.
Dapatkan rehat untuk badan yang secukupnya.
5) Jangan memohon maaf - sekiranya anda gugup, rasa gementar atau membuat silap,
jangan minta maaf pada audien tetapi yakinkan diri dan teruskan ucapan dengan tenang. Ini
supaya penonton tidak mengingati kesalahan yang kita lakukan.
6) Tumpukan perhatian pada isu utama - fokuskan ucapan pada isu utama perucapan dan
bukannya isu yang remeh temeh atau tiada kaitan dengan isi ucapan. Pastikan penekanan
diberikan pada isu utama tersebut.
7) Tukar perasaan gementar kepada tenaga positif - Cari kekuatan dalaman untuk
menukar perasaan gementar kepada tenaga positif dengan memberi perangsang kepada diri
sendiri. Yakin dengan diri sendiri bawa anda boleh lakukannya.
8) Kutip pengalaman - perbanyakkan sesi perucapan awam supaya kita dapat pengalaman
yang berguna dan seterusnya dapat membina keyakinan diri dalam membuat perucapan
awam yang akan datang. Digalakkan baca doa sebelum membuat ucapan.