Anda di halaman 1dari 1

TEKS PENGERUSI MAJLIS PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH (SETIAP

ISNIN)
1. Selamat Pagi Dan Salam Sejahtera Diucapkan Kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sk. Pengarah Enteri,
Tuan Paul Awan anak Kuleng, Penolong Kanan Pentadbiran SK. Pengarah Enteri, Encik Franklin Sila anak
Jangon, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Magret Ding, Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Usop Anyi,
barisan guru-guru, staf-staf sokongan serta rakan-rakan seperjuangan sekalian.
2. Bersyukur kita kepada Tuhan kerana diberi kesempatan untuk mengadakan perhimpunan pada hari ini. Saya,
(nama Pengerusi Majlis) akan mempengerusikan perhimpunan kita pada pagi ini.
3. Hadirin sekalian,
4. Bagi memulakan majlis perhimpunan kita pada pagi ini, marilah kita menyanyikan dua buah lagu iaitu Lagu
Negaraku dan Lagu Ibu Pertiwiku.
Dijemput semua hadirin untuk berdiri tegak.
Lagu NegaraKu.1,2,3 nyanyi
Lagu Ibu PertiwiKu. 1,2,3 nyanyi

(selepas selesai nyanyian)


5. Hadirin sekalian,
6. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Guru Besar Sk. Pengarah Enteri, Tuan Paul Awan anak Kuleng
untuk menyampaikan ucapan dan amanat beliau. Majlis mempersilakan.

(selepas selesai Guru Besar, penolong-penolong kanan dan guru-guru menyampaikan ucapan dan amanat)
7. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala ucapan dan amanat yang disampaikan sebentar tadi.
Semoga kita semua memperoleh ilmu dan pengajaran yang berguna untuk kita pada masa kini dan akan
datang.
8. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar daripada pengawas yang bertugas, saudara/saudari (Sebut nama
pengawas).
9. Bagi mengakhiri majlis perhimpunan kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menyanyikan Lagu
sekolah kita, Mendukung cita-cita.
Dijemput semua hadirin untuk berdiri tegak.
Mendukung cita-cita. 1,2,3 nyanyi
Majlis dibenarkan bersurai. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai