Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Pengenalan
Guru cemerlang boleh ditakrifkan sebagai guru yang unik, istimewa, bermotivasi,
berdedikasi, mempunyai kepakaran, pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam
bidang tugasnya khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Kepimpinan dan kualiti peribadi seseorang guru cemerlang adalah boleh dicontohi serta
sering mencapai kualiti kerja yang tinggi. Guru yang cemerlang akan berusaha
membentuk akhlak mulia dan membuktikan peningkatan secara berterusan serta
kecemerlangan itu dapat dikenalpasti melalui penilaian dalam aspek kecemerlangan
peribadi, kecemerlangan kerja, kecemerlangan komunikasi, kecemerlangan kemahiran,
kecemerlangan pengetahuan, dan kecemerlangan potensi. Guru cemerlang mempunyai
ciri-ciri dari segi peribadi iaitu sahsiah, etika dan ketrampilan yang terpuji; hasil kerja iaitu
dapat meningkatkan hasil pembelajaran; komunikasi iaitu kemahiran berkomunikasi
yang tinggi dan berkesan; kemahiran dan pengetahuan iaitu mempunyai kemahiran dan
pengetahuan yang tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta bidang
pakar; potensi iaitu guru yang proaktif, berwawasan, berinisiatif, bersifat responsif dan
inovatif serta memberi sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara iaitu dapat
melaksana dan menjana idea baru demi meningkatkan mutu pendidikan negara. Oleh
itu, secara keseluruhan, ciri-ciri seorang guru boleh dibahagi kepada dua aspek iaitu ciriciri personaliti seperti tegas, menepati, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau
jenaka serta kemahiran pedagogi seperti kreativiti, keupayaan menyelesaikan masalah
secara spontan dan komunikasi berkesan. Melalui kerja kursus ini, perbincangan Model
Konseptual Pendidikan Guru dan penjelasan peranan guru cemerlang sebagai pembina
negara bangsa akan dilaksanakan.

2.0 Model Konseptual Pendidikan Guru

2.1 Pengenalan

Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang menekankan tiga dimensi
utama yang menjadi landasan penggubalannya iaitu kendiri, kemasyarakatan dan
ketuhanan. Seterusnya, Model Konseptual Pendidikan Guru mengutamakan kepentingan
tiga aspek asas iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru, model tersebut menggambarkan
suatu usaha membina kekuatan dan ketahanan diri guru cemerlang berasaskan kepatuhan
kepada Tuhan dan kesejahteraan bermasyarakat. Hasrat ini dicapai melalui pelaksanaan
kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan aspek-aspek pengetahuan, kemahiran
ikhtisas dan amalan nilai-nilai keguruan. Ketiga-tiga aspek tersebut disepadukan dan

merentasi semua disiplin mata pelajaran dan program perguruan yang dirancangkan. Di
samping itu, model tersebut menekankan matlamat mengembangkan potensi guru
cemerlang secara seimbang dan bersepadu berdasarkan domain potensi individu iaitu
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) yang juga merupakan empat dimensi bagi subkonseptual.
2.2 Ketuhanan, Kemasyarakatan Dan Kendiri

Ketuhanan menganjurkan amalan, peningkatan dan penghayatan ilmu individu


berteraskan kepatuhan dan kepercayaan kepada ajaran agama. Kita sememangnya tidak
boleh menafi bahawa ajaran agama boleh menjadi panduan hidup kepada kita dalam
kehidupan seharian. Ajaran agama mewajibkan kita hanya berbuat baik dalam setiap
perkara. Oleh itu, guru cemerlang yang berpegang teguh kepada didikan agama
semestinya dapat menjadi insan yang berbudi pekerti dan berakhlak mulia. Selain itu,
kemasyarakatan menekankan peranan guru cemerlang sebagai pemimpin, pendidik, dan
sebagai agen perubahan kepada masyarakat dan negara. Guru yang cemerlang
sememangnya memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan seseorang
murid yang cemerlang. Peranan guru cemerlang sebagai pendidik semestinya
menerapkan pengajaran moral dan nilai murni dalam kalangan murid. Peranan guru
cemerlang sebagai pemimpin pula sudah tentu mempunyai kemampuan memimpin dan
membimbing anak muridnya dalam semua perkara sama ada masalah tentang pelajaran
atau aktiviti kokurikulum. Oleh itu, guru cemerlang memainkan peranan sebagai ibu bapa
kepada murid-murid di sekolah. Sementelahan itu, kendiri menjurus kepada pembinaan
profesionalisme,

daya

kefahaman,

patriotisme,

pemupukan

budaya

ilmu

dan

pembentukan sahsiah serta berpekerti mulia. Guru cemerlang yang mempunyai


profesionalisme dan daya kefahaman yang tinggi sudah pasti tidak akan meletakkan
masalah peribadi ke dalam alam pekerjaannya. Sebaliknya, mereka dapat mengawal
perasaan emosi mereka dengan baik apabila menghadapi sesuatu masalah peribadi. Guru
cemerlang yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi akan memupuk semangat
cinta akan negara dalam kalangan anak muridnya. Pada masa yang sama, guru cemerlang
bukan sahaja mementingkan bidang akademik muridnya, malah mereka juga akan

mengambil berat tentang bidang kokurikulum dan kesahsiahan seseorang anak muridnya.
Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa tiga dimensi utama iaitu ketuhanan,
kemasyarakatan dan kendiri dapat melahirkan seorang guru cemerlang.

2.3 Kemahiran, Pengetahuan Dan Nilai

Kemahiran Ikhtisas keguruan yang merangkumi kemahiran menggunakan bahanbahan pelajaran bertujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Guru cemerlang yang mempunyai kemahiran dalam bidang teknikal, komunikasi dan
pengajaran sememangnya memudahkan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Selain
itu, pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran KSSR berkaitan dengan
perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Guru cemerlang yang
mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman yang banyak sudah tentu dapat
menyebarkan dan berkongsi dengan anak muridnya dengan mudah. Di samping itu, nilai
merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni keguruan yang
menampilkan sahsiah dan perlakuan sebagai guru yang penyayang, berpekerti mulia,
berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif, berketrampilan, berwibawa dan patuh kepada
etika profesion keguruan serta mempunyai nilai intergriti yang tinggi. Guru cemerlang
yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti sememangnya dapat menjadi seorang guru
yang dihormati dan disanjungi oleh anak muridnya.

2.4 Jasmani, Emosi, Rohani Dan Intelek (JERI)

2
1

Perkembangan diri yang seimbang merujuk kepada usaha melahirkan individu

yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Individu yang
seimbang merupakan individu yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran, berakhlak
baik dan mulia, bertanggungjawab serta cergas tubuhnya. Intelek merujuk kepada aspek
perkembangan minda seseorang untuk berfikir dan memahami sesuatu. Perkembangan ini
dapat dicapai dengan menimba ilmu dan memperoleh pengalaman. Rohani pula
merupakan perkembangan perasaan dan hati yang berkaitan dengan jiwa atau naluri
5

manusia. Rohani dapat dikembangkan dengan amalan agama, norma masyarakat, pantang
larang dan undang-undang. Seterusnya, emosi merupakan unsur semula jadi yang ada
pada manusia iaitu pengawalan perasaan seperti sayang, marah, takut, cinta, benci dan
sebagainya. Manusia perlu mengawal emosi agar tidak mendatangkan balas yang negatif
daripada pihak lain. Jasmani pula merujuk kepada perkembangan tubuh. Tubuh yang
sihat akan mewujudkan intelek yang baik, emosi yang terkawal dan waktu rehat yang
mencukupi serta riadah yang sistematik akan menghasilkan jasmani yang sihat. Oleh itu,
dengan adanya kempat-empat aspek tersebut, guru cemerlang boleh menikmati
kehidupan yang sejahtera.

2.5 Falsafah Pendidikan Guru (FPG)


Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) adalah untuk menjadi panduan
kepada guru cemerlang untuk melaksanakan dan merealisasikan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Falsafah Pendidikan Guru (FPG) menyatakan bahawa
guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi

negara

serta

menyanjung

warisan

kebudayaan

negara,

menjamin

perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,


demokratik, progresif dan berdisiplin. Matlamat pendidikan guru adalah menghasilkan
guru cemerlang yang berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial dan amalan tingkah
laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan serta berupaya
mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan
dalam abad ke-21.
2.6 Nilai-Nilai Keguruan
Berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Guru, guru
cemerlang yang berkualiti menjadi tuntutan utama dalam sektor pendidikan negara
sekarang. Guru cemerlang perlu mempunyai kualiti peribadi dan sifat, profesional dan
sosial yang baik serta murni. Oleh itu, terdapat enam kualiti peribadi dan sifat yang
mendasari

nilai-nilai

keguruan

di

Malaysia

iaitu

baik

hati,

sabar,

yakin,

bertanggungjawab, kepimpinan dan kecindan atau jenaka. Guru cemerlang yang


bersikap baik hati akan sentiasa bertolak ansur dan bertimbang rasa tentang anak

muridnya. Kesannya, suasana yang kondusif, selamat dan tenteram dapat diwujudkan di
dalam kelas di samping dapat mewujudkan hubungan yang baik dan mengelakkan
sebarang perselisihan faham antara guru dengan murid-murid. Selain itu, sifat sabar
yang dimiliki oleh guru cemerlang akan sentiasa mengawal emosinya apabila
menghadapi sebarang cabaran dan dugaan. Guru cemerlang yang mempunyai
keyakinan diri pula dapat membuat keputusan dan tindakan tanpa mempunyai perasaan
takut dan cemas. Di samping itu, guru cemerlang yang bertanggungjawab akan
melakukan sesuatu tugas dan amanah dengan sebaik mungkin di samping
meningkatkan kualiti tugas mereka dari masa ke masa. Kepimpinan seseorang guru
cemerlang pula mendorong murid-murid mematuhi arahan dan tunjuk ajar guru tersebut
tanpa sebarang bantahan atau pemberontakan. Pada masa yang sama, guru cemerlang
yang pandai berjenaka dapat mewujudkan suasana yang riang dalam kelas di samping
dapat lebih mendekati dengan murid-murid. Oleh sebab itu, seseorang guru cemerlang
perlulah mempunyai keenam-enam kualiti peribadi dan sifat tersebut agar guru
cemerlang yang berprofesional dapat dilahirkan.
3.0 Peranan Guru Cemerlang Sebagai Pembina Negara Bangsa
3.1 Pengenalan
Profesion keguruan merupakan kerjaya yang amat penting dalam proses
pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion keguruan juga adalah
profesion yang paling utama dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan bagi individu
dan masyarakat. Mengikut Kamus Dewan, 'profesion' ialah pekerjaan terutamanya yang
memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas manakala 'keguruan' pula
membawa maksud peranan, tugas dan tanggungjawab sebagai guru. Dalam era
globalisasi hari ini, peranan guru cemerlang menjadi semakin kompleks dan mencabar.
Oleh itu, guru cemerlang hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa
dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati serta disanjungi dari masa ke
masa. Guru cemerlang sememangnya memainkan peranan yang amat penting
memartabatkan profesion keguruan di negara kita. Menurut Kamus Dewan, 'guru'
membawa maksud pendidik, pengajar atau pengasuh manakala 'cemerlang' pula
bermaksud kerjayaan yang tertinggi. 'Guru Pembina Negara Bangsa', frasa itulah yang
menjadi tema Hari Guru bagi tahun 2009 dan 2010 di negara kita. Hal ini demikian telah

membuktikan bahawa guru cemerlang memainkan peranan yang amat penting dalam
pembinaan negara bangsa. Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), teras
pertama bagi teras strategik PIPP ialah membina negara bangsa. Usaha-usaha
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina negara bangsa adalah dengan
memperkasa Bahasa Kebangsaan sebagai asas perpaduan dan bahasa ilmu,
memantapkan perpaduan dan integrasi nasional serta memupuk kecintaan terhadap
seni, warisan dan budaya bangsa. Sebenarnya, dalam pembinaan negara bangsa, guru
cemerlang memainkan peranan sebagai pemimpin, pendidik, model atau teladan,
pemupuk perpaduan dan patriotisme serta sebagai agen perubahan.

3.2 Peranan Guru Cemerlang Sebagai Pemimpin

Menurut Katzenmeyer dan Moller (2009), mereka mendefinisikan guru cemerlang


sebagai pemimpin iaitu mereka yang memimpin di dalam dan luar kelas, mengenalpasti
dan menyumbang kepada komuniti guru dan para pemimpin, berpengaruh terhadap orang
lain ke arah amalan pendidikan yang lebih baik, dan menerima tanggungjawab untuk
mencapai hasil daripada kepimpinan mereka. Kepemimpinan seseorang guru cemerlang
di sekolah perlu mencontohi sikap-sikap pemimpin. Guru cemerlang akan berusaha untuk
meningkatkan prestasi sesebuah sekolah sama ada dalam bidang kurikulum atau
kokurikulum. Pada masa yang sama, seseorang guru cemerlang akan sentiasa menjaga
kebajikan anak muridnya secara adil dan saksama. Sikap seseorang guru cemerlang yang
pilih kasih dan tidak ambil peduli akan menyebabkan sesebuah sekolah itu mengalami
kemerosotan prestasi dalam bidang akademik dan kokurikulum. Secara tidak langsung,
masalah pentadbiran sekolah akan sering dihadapi oleh sesebuah sekolah itu. Sebagai
seorang pemimpin di sekolah, ilmu pengetahuan yang banyak dalam tugas-tugas sebagai
seorang guru cemerlang haruslah ditimba dengan lebih mendalam. Hal ini demikian
membolehkan seseorang guru cemerlang memimpin sesebuah sekolah itu dengan lebih
berkeyakinan. Selain memikul tugas yang berat, seseorang guru cemerlang hendaklah
menghormati anak muridnya agar mereka akan memberi kerjasama dalam semua aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Pada masa yang sama, seseorang guru cemerlang tidak

seharusnya terlalu mengikut perasaan emosinya apabila terdapat segelinitir anak murid
yang tidak mengikuti peraturan yang telah ditetapkan. Oleh itu, guru tersebut memainkan
peranan yang amat penting untuk mengubah tingkah laku murid-murid itu. Teguran dan
nasihat yang munasabah akan memberi kesedaran kepada murid-murid tersebut bahawa
betapa pentingnya mengikut peraturan sekolah.
3.3 Peranan Guru Cemerlang Sebagai Pendidik
Menurut Sutari Imam Barnadib (1994), pendidik adalah orang yang dengan sengaja
mempengaruhi orang lain untuk mencapai peringkat kemanusiaan yang lebih tinggi.
Menurut Umar Tirtaraharja dan La Sulo (1994), mereka mengatakan bahawa pendidik
adalah orang yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan pendidikan dengan sasaran
peserta didik. Pendidik adalah individu yang membantu orang lain untuk mencapai
kedewasaan. Pada dasarnya, guru cemerlang memiliki taraf yang amat penting untuk
mengembangkan minda anak murid. Sebagai pendidik, guru cemerlang menjadi nahkoda
yang akan mendidik anak murid dalam mengharungi lautan kehidupan. Apabila nahkoda
memberikan arahan yang salah, maka akibatnya sangatlah serius. Kapal mungkin akan
tersesat jauh, bahkan karam sebelum mencapai tujuan. Oleh itu, guru cemerlang
sememangnya merupakan pendidik yang amat penting untuk mendidik anak murid
tentang amalan kehidupan. Kadang-kala, guru cemerlang juga boleh disamakan sebagai
seorang doktor. Jika seseorang doktor telah melakukan kesalahan dalam suatu rawatan
pesakit dalam tempoh yang lama, maka pesakitnya tidak akan terselamat dan akan
terbunuh untuk selamanya. Perkara tesebut boleh disamakan dalam profesion keguruan.
Jika guru telah mendidik anak muridnya tentang perkara yang tidak baik dalam jangka
masa yang panjang, maka segala potensi, bakat dan kemampuan murid-murid itu akan
menjadi sia-sia begitu sahaja dan keadaan menjadi lebih teruk apabila potensi, bakat dan
kemampuan mereka tidak dapat diselamatkan maka akan terbunuh untuk selamanya.
Oleh itu, sebagai pendidik, guru cemerlang harus membimbing anak didik dengan kaedah
yang baik dan sesuai. Secara tidak langsung, perkembangan yang lebih baik pada anak
didik dapat dihasilkan sama ada dalam perkembangan fizikal mahupun mental.

3.4 Peranan Guru Cemerlang Sebagai Model dan Teladan


Menurut Ee Ah Meng (2003), beliau mengatakan bahawa guru cemerlang yang
beriltizam akan menjadi model kepada murid-muridnya. Seseorang guru cemerlang
harus menjadi teladan yang positif kepada anak didiknya sama ada dalam tingkah laku,
keperibadian mahupun pertuturan. Terdapat pepatah mengatakan guru kencing berdiri,
anak murid kencing berlari telah mencerminkan bahawa seseorang guru cemerlang
harus menjadi teladan yang baik kepada anak didiknya. Jika guru itu memberikan
teladan yang baik kepada anak didiknya, maka secara tidak langsung anak didik
tersebut akan meniru perkara yang dilakukan oleh gurunya. Sebaliknya, jika guru itu
memberikan contoh yang buruk, maka anak didiknya juga akan berbuat buruk. Di
sekolah, guru adalah orang yang paling dekat dengan murid-murid di samping ibu bapa
mereka. Guru juga sebagai pengganti orang tua ketika di sekolah. Oleh itu, guru
cemerlang perlulah menjadi teladan yang baik kepada anak didiknya.
3.5 Peranan Guru Cemerlang Sebagai Pemupuk Semangat Perpaduan Dan
Patriotisme
Peranan guru cemerlang juga adalah memastikan semangat perpaduan dan
intergrasi nasional dapat dimantapkan dalam kalangan anak murid di sekolah. Pihak
sekolah dan guru cemerlang perlu berusaha membina persekitaran sosial yang
menggalakkan komunikasi dan interaksi antara murid-murid daripada kaum, latar
belakang dan budaya yang berbeza untuk mewujudkan satu identiti nasional Malaysia
yang dapat dibanggakan. Pihak sekolah dan guru cemerlang juga perlu sentiasa
menjadikan perhimpunan mingguan, acara menaikkan bendera dan menyanyikan Lagu
Kebangsaan serta Lagu Patriotik sebagai langkah menyemai semangat patriotisme dan
perpaduan. Pada masa yang sama, pihak sekolah dan guru cemerlang perlu
menjelaskan tujuan sebenar perhimpunan mingguan dijalankan kepada murid-muridnya
agar mereka akan memberi tumpuan dan semangat yang sepenuhnya semasa
perhimpunan dijalankan. Selain itu, pihak sekolah dan guru cemerlang juga perlu
mengadakan perancangan strategik melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan
supaya usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan dapat terus
ditingkatkan. Selain aktiviti kokurikulum, guru cemerlang seharusnya memberi
penekanan kepada nilai jati diri dan semangat patriotisme melalui mata pelajaran

10

terutamanya mata pelajaran Sejarah yang dapat memberi iktibar kepada murid-murid.
Kesannya, semangat perpaduan dan patriotisme akan ditanam dalam diri anak murid
secara berterusan. Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang
diperkenalkan mulai tahun 2003 juga dapat meningkatkan kesedaran murid-murid
terhadap kepentingan keharmonian dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia.

3.6 Peranan Guru Cemerlang Sebagai Agen Perubahan


Guru cemerlang juga berperanan sebagai agen perubahan. Perubahan yang
dimaksudkan adalah melibatkan perubahan ke atas sekolah dan pengajaran dalam bilik
darjah. Contohnya, dalam era globalisasi pendidikan yang mencabar ini, kebanyakan
murid-murid terlebih dahulu terdedah dan mahir dalam penggunaan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK). Oleh itu, sebagai guru cemerlang, mereka hendaklah
mempelajari kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi supaya mereka berada
seiring dengan perkembangan budaya dan persekitaran murid-murid. Pada masa yang
sama, guru cemerlang yang merupakan agen perubahan juga berperanan sebagai
fasilitator, penyebar maklumat, pendorong, pembimbing, penganjur, korektor, pemula,
pengilham, penunjuk cara, pengelola kelas, penilai, pengantara dan penyelia. Sebagai
fasilitator, guru cemerlang hendaklah dapat menyediakan kemudahan yang boleh
memudahkan kegiatan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Selain itu, guru cemerlang
juga mestilah boleh menyebarkan maklumat perkembangan ilmu pengetahuan, teknologi
dan bahan pelajaran yang terbaru bagi setiap mata pelajaran yang diprogramkan dalam
kurikulum. Sebagai pendorong pula, guru cemerlang haruslah dapat mendorong anak
murid agar berminat dan aktif belajar. Guru cemerlang juga perlulah boleh membimbing
anak didik ke arah tuju yang betul. Di samping itu, guru cemerlang jugalah boleh
menganjurkan dan menjalankan pelbagai kegiatan pengelolaan, kegiataan akademik dan
lain-lain lagi. Sebagai korektor pula, guru cemerlang harus dapat membezakan perkara
yang baik dan buruk. Seterusnya, guru cemerlang yang berperanan sebagai pemula
haruslah dapat menjadi pencetus idea-idea kemajuan dan pendidikan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Sebagai pengilham pula, guru cemerlang harus mempunyai imaginasi
yang baik bagi kemajuan anak didik. Guru cemerlang juga berperanan sebagai penunjuk
cara kerana tidak semua bahan pelajaran dapat difahami oleh anak didik. Sementelahan

11

itu, guru cemerlang hendaklah dapat mengelola kelas dengan baik kerana kelas adalah
tempat berhimpunnya semua anak didik. Sebagai penilai pula, guru cemerlang hendaklah
baik dan jujur dengan memberikan penilaian yang menyentuh aspek intrinsik dan
ekstrinsik. Guru cemerlang yang berperanan sebagai pengantara juga hendaklah memiliki
pengetahuan dan pemahaman yang cukup tentang media pendidikan. Tambahan pula,
guru cemerlang hendaklah dapat menyelia, membantu dan memperbaiki proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
4.0 Kesimpulan
Berdasarkan maklumat tersebut, kita sememangnya tidak boleh menafi bahawa
guru cemerlang sudah pasti memainkan peranan yang amat penting dalam pembinaan
negara bangsa di negara kita. Melalui Model Konseptual Pendidikan Guru yang
digubalkan berasaskan Falsafah Pendidikan Guru (FPG), matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dapat direalisasikan dengan adanya peranan guru cemerlang.
Secara tidak langsung, pemimpin generasi muda dapat dilahirkan untuk memimpin
negara kita dengan lebih baik pada masa depan. Bak kata pepatah, pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa guru cemerlang
sememangnya merupakan pembina negara bangsa.

12