Anda di halaman 1dari 6

Karangan 1: Aku Seekor Binatang Peliharaan

Nama aku Bobi. Aku dilahirkan sebagai seekor kucing. Aku berumur 1 tahun.
Bulu badan aku berwarna putih.
sayang akan aku.
membesar.

Aku dipelihara oleh Ah Beng. Tuan aku sangat

Setiap hari, aku diberi makan. Dengan itu, badan aku kian

Tuan aku selalu membersihkan aku. Dia menjaga aku dengan baik.

Aku berasa gembira kerana mempunyai seorang tuan yang baik. Aku berharap aku
akan sentiasa hidup bersama dengannya.
Karangan 2: Kepentingan Menguasai Bahasa Malaysia
Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan di negara kita. Banyak faedah
yang dapat kita peroleh jika kita menguasai Bahasa Malaysia.

Bahasa Malaysia

ialah bahasa perpaduan. Rakyat Malaysia menggunakan Bahasa Malaysia untuk


berhubung.

Selain itu, bahasa Malaysia juga merupakan bahasa ilmu. Kita perlu

menguasai bahasa Malaysia untuk menambahkan ilmu dalam pelbagai bidang.


Jika kita menguasai bahasa Malaysia dengan baik, kita dapat menghasilkan
penulisan bermutu. Misalnya, kita boleh menghasilkan sajak, cerpen, novel dan
sebagainya. Kita juga boleh menjadi penulis untuk menambahkan pendapatan.
Dengan kata lain, bahasa Malaysia memberi banyak kebaikan kepada kita. Kita
perlu menguasai Bahasa Malaysia dengan baik.
Karangan 3: Berita Mengenai Kebakaran
Pelabuhan Klang, 5 Mei Suatu kebakaran telah berlaku di sebuah rumah
kedai yang terletak di sini. Kejadian ini berlaku pada pukul 3:00 pagi.

Ketika

kejadian berlaku, orang ramai bertungkus-lumus memadamkan api yang merebak.

Pihak bomba tiba 10 minit kemudian.

Namun, kebakaran hanya berjaya

dipadamkan 20 minit kemudian. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Siasatan

bomba mendapati, punca kebakaran adalah disebabkan litar pintas. Kebakaran ini
menyebabkan kerugian sebanyak RM 500 000.

Mangsa-mangsa kebakaran

ditempatkan di dewan orang ramai sementara menunggu bantuan. Mereka turut


menerima sumbangan daripada penduduk setempat yang prihatin.

Pihak bomba

menasihati para penduduk agar sentiasa berhati-hati untuk mengelakkan kebakaran


berlaku.
Karangan 4: Kebaikan Tinggal Di Kampung
Terdapat banyak kebaikannya jika kita tinggal di kampung.

Udara di

kampung lebih bersih. Keadaan di sekeliling kampung lebih aman dan tenang.
Kampung juga tidak dicemari oleh bunyi bising.

Penduduk di kampung

mengamalkan semangat kejiranan. Mereka hidup bergotong-royong dan tolongmenolong antara satu sama lain.

Perbelanjaan harian di kampung lebih murah.

Dengan itu, kos hidup di kampung lebih rendah berbanding di bandar.

Kehidupan

di kampung pada masa kini lebih selesa. Kerajaan telah menyediakan pelbagai
kemudahan seperti bekalan air, elektrik , sekolah dan sebagainya.

Oleh itu, hidup

di kampung lebih baik daripada hidup di bandar.


Karangan 5: Kepentingan Hutan
Hutan banyak mempunyai kepentingan kepada manusia.

Hutan

membekalkan oksigen kepada kepada manusia dan haiwan. Tanpa oksigen,


manusia dan haiwan akan mati. Hutan juga dapat mengawal suhu permukaan bumi.
Hutan merupakan sumber pendapatan kepada rakyat menerusi kegiatan

pembalakan. Kayu-kayan yang terdapat di hutan digunakan untuk membuat rumah


dan perabot.

Hutan juga dapat mengawal bencana alam seperti banjir dan

hakisan tanah. Hutan juga merupakan kawasan tadahan air yang berupaya
menyalurkan air bersih kepada manusia.

Hutan menjadi habitat flora dan fauna.

Penerokaan hutan yang berleluasa akan menyebabkan hidupan liar semakin pupus.
Hutan sangat penting kepada manusia. Oleh itu, manusia perlulah memelihara
hutan.
Karangan 6: Jenis-jenis Pencemaran Alam
Pencemaran alam ialah perbuatan mengotorkan alam sekitar. Pencemaran
alam terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu air , udara dan bunyi.

Pencemaran

air berpunca daripada pembuangan sampah-sarap dan sisa-sisa toksik ke dalam


sungai dan laut. Air yang tercemar menyebabkan ikan mati.

Pencemaran udara

disebabkan pembakaran secara terbuka dan pelepasan asap dari kilang dan
kenderaan. Udara yang kotor boleh menjejaskan penglihatan.

Pencemaran bunyi

disebabkan bunyi bising daripada kenderaan dan alat hiburan. Bunyi yang bising
boleh menyakitkan telinga kita.

Pencemaran alam boleh menjejaskan kesihatan.

Oleh itu, kita perlu menyayangi alam sekitar kita.


Karangan 7: Kebaikan Aktiviti Bersukan
Pada waktu lapang, saya suka bersukan. Bersukan merupakan aktiviti yang
sihat.

Bersukan dapat menyihatkan badan. Kita perlu banyak bersukan agar

badan kita sentiasa sihat dan cergas.

Bersukan dapat mengelakkan rasa bosan.

Dengan itu, kita boleh mengisi masa lapang kita dengan bersukan. Aktiviti bersukan
juga dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat. Semangat bermasyarakat

dapat dipupuk dalam perlawanan persahabatan. Tidak dapat dinafikan bahawa


bersukan memberi banyak manfaat kepada kita. Oleh itu, kita haruslah banyak
bersukan.
Karangan 8: Berkelah Di Tepi Pantai
Pada hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga berkelah di tepi Pantai
Merdeka. Kami bertolak pada pukul 8 pagi.Kami tiba di Pantai Merdeka pada pukul
11 pagi. Saya dan adik membantu ayah dan ibu membawa barang-barang.
Kemudian, saya dan adik terus berenang menggunakan pelampung. Ayah dan ibu
menyediakan makanan di bawah pokok. Setelah penat berenang dan bermain air,
kami duduk di bawah pokok. Kami sekeluarga makan dan minum bersama. Selepas
itu, kami mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Lebih kurang pukul 4
petang, kami pun berkemas untuk pulang ke rumah. Walaupun penat, tetapi kami
berasa seronok.
Karangan 9: Perhimpunan Sekolah Saya
Perhimpunan sekolah saya diadakan pada setiap hari Selasa. Perhimpunan
sekolah diadakan di dewan sekolah. Murid-murid beratur mengikut kelas masingmasing. Murid-murid berdiri tegak semasa lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu
sekolah dinyanyikan. Bacaan ikrar akan dilakukan oleh ketua pengawas. Guru
bertugas akan mengumumkan beberapa perkara penting kepada muridmurid.Kemudian, Guru Besar akan memberi ucapan. Selepas tamat perhimpunan,
murid-murid masuk ke kelas masing-masing.

JIRAN SAYA

Setiap orang mempunyai jiran. Begitu juga dengan saya. Jiran


saya bernama Azman. Azman berumur 10 tahun. Azman sekeluarga
berasal dari Taman Kota, Alor Gajah. Dia mempunyai dua orang adik. Dia
merupakan anak sulung dalam keluarganya.
Bapa Azman bekerja sebagai seorang doktor. Setiap hari, bapa
Azman memandu kereta ke hospital untuk bekerja. Ibu Azman pula
seorang suri rumah tangga. Dia sibuk membuat kerja rumah.
Pada waktu rehat, saya dan Azman sentiasa bersama-sama pergi
ke kantin untuk membeli makanan. Selepas makan, kami pergi ke
perpustakaan untuk meminjam buku. Kadang-kala, kami suka membaca
buku di bawah pokok yang rendang.
Pada masa lapang. Azman berminat untuk bermain badminton dan
membaca buku cerita. Kami sentiasa bermain badminton di gelanggang
badminton. Azman bercita-cita untuk menjadi seorang guru yang
berdedikasi.
Saya berasa gembira kerana mempunyai seorang jiran seperti
Azman. Saya berharap persahabatan kami akan kekal selama-lamanya.

Bina tiga ayat berdasarkan gambar.

1)

______________________________________________________________
________________________________________________________
2) ___________________________________________________________
___________________________________________________________
3) ___________________________________________________________
___________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai