Anda di halaman 1dari 12

HBEF1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN

Pengenalan

Secara umumnya, seni adalah berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika
yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan rohani individu dan juga masyarakat. Seni
disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta
pengetahuan yang nyata (Martin, 1986 : 12). Hauser dalam tulisannya, berpendapat bahawa
seni adalah komunikasi (1959). Dari perspektif pendidikan dapatlah dikaitkan bahawa bidangbidang pendidikan juga memerlukan estetika seni untuk diketengahkan bagi memudahkan
penyampaian sesuatu maksud agar lebih menarik dan mudah difahami. Maka dengan itu
lahirlah apa yang dikatakan Seni Dalam Pendidikan.

Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah bidang yang menumpukan kepada seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan tanpa merujuk kepada bidang seni lain seperti seni sastera, seni
teater, seni fotografi atau seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan
diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan
konsepsi mereka. Murid diberi peluang menggunakan pancaindera mereka untuk
meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka. Selain
itu Seni Dalam Pendidikan juga berperanan untuk mengembangkan daya persepsi, estetika
dan kreativiti mereka sesuai dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif,
inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi.

Ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang memberi pandangan menyokong bahawa Seni Dalam
Pendidikan akan memberi manafaat dari segi jangkamasa panjang dalam membangunkan
sahsiah dan jati diri individu.

Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak yang diajar melalui pembelajaran


secara meneroka, bereksperimen dan mengolah bahan atau objek akan dapat
mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif, kerana adanya unsur-unsur seni dalam
pendidikan dalam pembelajaran mereka. Herman (1991), di dalam Quadrant Concept
menyatakan bahawa seni dapat membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.

Howard Gardner (1953), menyatakan , sekiranya hanya satu sahaja kaedah atau pendekatan
yang digunakan didalam sesuatu pengajaran, hanya murid-murid tertentu sahaja yang boleh
mendapatkan bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan
menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi

dengan pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan murid kepada yang lebih kreatif.

A Kesan-Kesan Positif Seni Dalam Pendidikan

Berdasarkan pandangan daripada tokoh-tokoh yang tersebut di atas tadi dapatlah dibuat
kesimpulan bahawa Seni Dalam Pendidikan mempunyai kepentingan dalam bidang
pendidikan. Antara kebaikan atau kesan-kesan positif yang dapag diperolehi dalam
penggunaan Seni Dalam Pendidikan ialah :-

A. i Proses pengajaran akan menjadi lebih seronok. Ini disebabkan pengintegrasian tiga mata
pelajaran seni akan dapat menarik minat murid. Menurut Russel (1968), matlamat guru
sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak
dengan kemahiran memerhati, sensitif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan
irama. Murid-murid akan mengambil bahagian dalam pembelajaran yang melibatkan
berbagai-bagai kemahiran yang disediakan oleh guru. Di samping itu juga mereka dapat
melahirkan idea dan kreativiti mereka dengan bebas.

Sebagai contoh, semasa mengajar sesuatu pengajaran yang pertama iaitu lagu burung,
kanak-kanak akan membuat pergerakan seperti burung semasa menyanyi lagu tersebut.
Dalam melakukan aktiviti tersebut, kita akan dapat melihat berbagai gaya yang
dipersembahkan oleh murid, samada seperti terbang, berjalan, melompat, makan atau
sebagainya. Seterusnya kanak-kanak disuruh menghasilkan gambar atau mewarnakan
gambar burung. Semasa pembelajaran ini kanak-kanak akan dapat membina konsep kendiri
dalam kumpulan rakan sebaya.

A. ii Membantu perkembangan intelek, sahsiah dan sosial murid-murid.


John Dewey (1919), menyatakan ,pendidikan adalah satu proses untuk mengembangkan
kecerdasan manusia, sekolah seharusnya memberi kanak-kanak kebebasan untuk
perkembangan fizikal, emosi dan intelektual iaitu kebebasan untuk melatih kecerdasan
melalui seni. Seni yang dimaksudkan adalah seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

Keberkesanan fungsi mata pelajaran seni visual, seni muzik dan seni pergerakan boleh
diperhebatkan dengan menjadikannya sebagai medium untuk pengajaran secara
penerokaan, pengembangan kreativiti, proses-proses berfikir secara kritis dan kreatif dalam
penyelesaian masalah dan merangsang pembinaan keyakinan diri dan imej kendiri yang
utuh. Dengan adanya proses pembelajaran Seni Dalam Pendidikan murid akan lebih mudah

untuk menerima kemahiran pembelajaran yang diajar oleh guru selari dengan perkembangan
diri mereka seperti rajah 1 di bawah. Dalam kaedah pengajaran inkuiri penemuan muridmurid diberi peluang meneroka dan mencari sendiri jawapan kepada permasalahan. Peluang
inilah yang digunakan oleh murid-murid untuk melahirkan idea dan mendorong mereka
menggunakan keupayaan akal dan fizikal untuk menyelesaikan masalah. Secara langsung
emosi mereka menjadi berkembang dan begitu juga dengan sosial bila murid-murid ini
berinteraksi sesama rakan sebaya dan guru.

Rajah 1: Model Wholistik


Perkembangan Kanak-kanak

Falsafah perkembangan Dewey menekankan bahawa perkembangan emosi, jasmani dan


sosial seseorang individu melalui aktiviti-aktiviti bermain dan meneroka sendiri di peringkat
sekolah rendah merupakan pengalaman semula jadi yang banyak membantu kanak-kanak
dalam pembelajaran mata pelajaran-pembelajaran lain di sekolah.

A. iii Menjadikan guru lebih bermotivasi dan kreatif dalam merancang pengajarannya.
Dengan adanya SDP dalam kurikulum sekolah rendah, pengajaran dan pembelajaran akan
lebih menyeronokkan dan penglibatan murid juga adalah baik maka guru-guru akan lebih
bersemangat dan kreatif untuk merancang persediaan untuk pengajaran mereka di mana
pengajaran yang dirancang akan lebih mencabar serta mengutamakan perkembangan
intelek, emosi, psikomotor dan kematangan murid. Sekaligus ini menjadi motivasi dan
perangsang kepada guru untuk lebih banyak meneroka kemahiran-kemahiran baru yang
sesuai dengan pencapai murid-muridnya. Hasil daripada persekitaran pembelajaran yang
baik, guru juga akan dapat meningkat profesionalisma dalam kerjaya mereka. Usaha untuk
melahirkan masyarakat Malaysia yang cemerlang, berilmu dan mantap dari segi sahsiah
pada tahun 2020 pasti akan berhasil.

B Penghubungkaitan Pelbagai Bidang dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Penghubungkaitan membawa maksud menghubungkaitkan pelbagai bidang kemahiran dan


pengetahuan dari beberapa mata pelajaran dalam ssesuatu pengajaran dan pembelajaran.
Dengan adanya penghubungkaitan tersebut pembelajaran akan dapat membantu
percambahan pemikiran murid dengan mengaitkan isi pengajaran guru dengan kehidupan

seharian mereka. Pengajaran dan pembelajaran yang ada penghubungkaitan ini akan
menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif. Tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran
dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman belajar murid-murid.
Selain itu ia juga boleh membina serta melatih minda murid-murid untuk menjadi lebih aktif
dan kreatif sekaligus dapat membantu pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran yang diajar.

Sebagai contoh, guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual bertajuk Haiwan. Sebelum
murid-murid membuat aktiviti menggambar atau aktiviti membuat rekaan dan corak yang
berkaitan dengan haiwan, guru terlebih dulu mencungkil pengetahuan sedia ada murid
dengan bersoaljawab beberapa soalan yang mudah dan ringkas. Antara aktviti yang boleh
dijalankan ialah menamakan haiwan,mengajuk bunyi haiwan, menyatakan cara pergerakan
haiwan, mengelaskan kumpulan haiwan dan sebagainya. Di sini elemen Sains dan seni
pergerakan telah dihubungkaitkan. Untuk mengaitkan dengan bahasa dan muzik, guru
meminta murid menyanyi mana-mana lagu yang ada kaitan dengan haiwan. Selain itu murid
juga disuruh berpantun atau membaca puisi berkenaan haiwan. Untuk mengaitkannya
dengan mata pelajaran Matematik, guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan
dengan penyelesaian masalah (problem solving) yang ada kaitan dengan kehidupan seharian
murid-murid. Contohnya, Di dalam bakul itu ada sepuluh ekor ikan, dua ekor telah dilarikan
kucing. Berapa ekor ikankah yang masih tinggal?

Rajah 2 : Contoh Penghubungkaitan Mata pelajaran dalam Pelajaran Pendidikan Seni Visual.

Dengan adanya penghubungkait tersebut murid-murid akan belajar beberapa kemahiran


dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat memantapkan
perkembangan sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran berintegrasi seperti yang
tersebut di atas dapat juga meningkatkan tahap perkembangan kognitif, psikomotor dan
afektif mereka.
Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran penghubungkaitan (penggabungjalinan) ini
lebih berkesan, guru-guru memainkan peranan yang paling penting selain kesedian muridmurid sendiri.

B. i Peranan Guru dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran ini antaranya adalah:-

i) Merancang persediaan mengajar yang dapat menarik minat murid. Antara perkara-perkara

yang perlu di ambil perhatian dalam penyediaan rancangan pengajaran ini ialah berkenaan
dengan topik, objektif pengajaran, isi pelajaran cara penyampaian isi serta penilaian yang
diguna untuk menguji murid. Dalam penyediaan isi pelajaran guru perlulah menyediakan
aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang pemikiran murid-murid dan aktiviti tersebut perlu
penglibatan semua tanpa mengambil kira tahap kebolehan mereka.
ii) Merancang dan memilih sumber bahan pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu
mengajar. Sumber bahan-bahan yang dipilih perlulah mesra pelajar iaitu mudah digunakan
oleh mereka. Bahan tersebut sudah semestinya menarik. Antara bahan yang boleh
digunakan ialah bahan elektronik seperti komputer, televisyen, radio, internet dan
sebagainya. Bahan bukan elektronik yang juga boleh digunakan seperti carta bergambar dan
sebagainya. Guru perlu menyediakan bahan yang bersesuaian dengan tajuk yang hendak di
ajar.
iii) Guru sebagai pemotivasi dan fasilitator murid-murid. Guru haruslah memberi motivasi dan
keyakinan kepada murid-murid untuk melahirkan idea dalam pembelajaran mereka supaya
dapat membentuk sikap positif dalam perkembangan diri serta mempunyai nilai-nilai murni
dalam hidup. Selain itu juga adalah fasilitator atau pemudahcara semasa pembelajaran
berjalan. Di mana guru membimbing serta memberi tunjuk ajar jika diperlukan oleh muridmuridnya. Dengan itu guru perlulah meningkatkan diri mereka dengan ilmu dan
mempelbagaikan teknik-teknik penyampaian serta membuat kajian tentang pencapaian
murid-murid dari semasa ke semasa.
iv) Pengurusan Kelas . Peranan guru di sini ialah membahagikan pelajar mengikut tahap
pencapaian akademik mereka. Dengan pembahagian ini ianya akan memudahkan guru
menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap akademik murid-muridnya. Selain itu
guru juga perlu memastikan suasana pembelajaran yang teratur. Perkara lain yang perlu
diambil perhatian ialah:- kelas atau bilik yang selesa
- peredaran udara dan cahaya yang sesuai
- kelengkapan perabot, bahan dan peralatan yang mencukupi

B. ii Peranan Murid

Selain guru, murid-murid juga mempunyai peranan mereka sendiri untuk memastikan
pelaksanaan pengajaran penghubungkaitan ini berjaya. Mereka digalakkan melibatkan diri
dengan sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah samada secara
formal atau tidak formal. Dengan melibatkan diri secara aktif secara tidak langsung akan

dapat mempertingkatkan kemahiran belajar mereka dan mereka juga dapat membuat
penilaian kendiri tentang kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Murid-murid juga digalakkan
untuk meneroka sendiri sesuatu kemahiran yang baru dengan sentiasa merujuk kepada guru
sekiranya menghadapi masalah pembelajaran.

C. Pendekatan Bertema

Pendekatan bertema bermaksud pengajaran yang disusun atau dirancang mengikut sesuatu
konsep atau tema. Ianya merangkumi koleksi bahan, aktiviti, isi pelajaran serta teknik
penyampaian. Pendekatan bertema memberi peluang kepada guru untuk menghubungkait
mata pelajaran yang diajar dengan mata pelajaran lain. Penggabungjalinan beberapa mata
pelajaran dalam sesuatu pengajaran ini memberi peluang kepada murid-murid untuk
meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang telah
dirancangkan. Dalam pemilihan dan penentuan tema banyak perkara yang guru perlu ketahui
agar pengajaran dan pembelajaran yang dirancang berkesan. Antara perkara tersebut ialah: tema yang dipilih hendaklah berasaskan kemahiran, pengalaman serta pengetahuan sedia
ada murid
tema yang dipilih berfokus kepada sesuatu isu. Contohnya isu-isu semasa.
sumber-sumber pengajaran dan bahan bantu mengajar mudah didapati dalam tema yang
dipilih
guru perlu mempunyai banyak pengetahuan dalam tema yang dipilih.
guru perlu memastikan tema pengajaran tersebut mempunyai pemeringkatan aktiviti dari
yang mudah kepada yang lebih mencabar.

Pendekatan bertema juga dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk mengikuti
pengajaran dan pembelajaran dengan adanya pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ini
disebabkan tema yang dipilih mempunyai beberapa kemahiran seperti kemahiran bertutur,
membaca, menulis, asas matematik, berfikir, menyanyi dan mengekspresi bakat (melukis).

C. i Terdapat banyak tema yang boleh digunakan oleh guru. Tema-tema tersebut boleh
dikategorikan dalam tiga jenis tema iaitu:-

A Tema persekitaran

B Tema Masyarakat
C Tema Komunikasi

Berikut merupakan satu contoh pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema. Tema
yang digunakan ialah tema persekitaran.

Mata pelajaran : Bahasa Malaysia


Kelas : Tahun 4
Tema : Pengangkutan
Persekitaran : Persekitaran Teknologi

Di dalam pengajaran ini isi-isi pelajarannya dapat dikaitkan dengan mata pelajaran lain
seperti Sains, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Pendidikan Pergerakan dan
Kesihatan dan Kajian Tempatan dan Matematik. Di dalam pengajaran dan pembelajaran ini
murid-murid akan di dedahkan dengan beberapa perkara penting seperti :- sejarah teknologi pengangkutan;
- kepentingan pengangkutan kepada manusia
- kesan-kesan teknologi pengangkutan terhadap alam sekitar, kesihatan manusia, haiwan
dan tumbuhan
- bentuk-bentuk pengangkutan
- pergerakan kenderaan
- perkaitan antara laju dan jarak menggunakan kenderaan

Tema persekitaran teknologi dipilih kerana ia telah membawa kemajuan dan pembangunan
kepada manusia . Teknologi juga melahirkan dunia tanpa sempadan dan telah
memperkenalkan konsep globalisasi. Teknologi yang hebat dan hebat mampu menarik minat
dan memotivasikan murid-murid untuk melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti-aktivi
pengajaran yang berjalan. Murid juga akan dapat meneroka pergerakan kreatif, imej, bunyi
serta meluahkan perasaan mereka secara bebas.

C.ii Pengintegrasian Matapelajaran

Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) penegasan yang berkesan amatlah
dititik beratkan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjaya dan mencapai
objektifnya terutama sekali kepada murid-murid. Bagi memastikan hasrat kerajaan dan
matlamat Falsafah Pendidikan Negara tercapai beberapa kaedah pengajaran digunakan

dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah konsep integrasi. Ianya meliputi semua
bidang kemahiran ke arah penguasan ilmu pengetahuan, kemahiran bahasa dan pemupukan
nilai-nilai murni untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
jasmani dan emosi. Kerana keseimbangan ini adalah asas kepada keharmonian negara.
Antara aspek pengintegrasian yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah

(a) Penggabungjalinan
Ia adalah proses menyepadukan (penggunaan) pelbagai bidang kemahiran bagi menjadikan
suatu pelajaran itu integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagaibagai kemahiran dalam sesuatu matapelajaran disampaikan secara menyeluruh dan
bersepadu dengan mengaitkannya dengan satu mata pelajaran atau beberapa mata
pelajaran. Penggunaan strategi ini dapat memberi peluang murid-murid menguasai beberapa
kemahiran yang berkaitan dengan isi pelajaran yang diajar. Ia juga boleh mengelakkan
kebosanan dan menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih menarik. Untuk menjadikan
proses penggabungjalinan ini lebih berkesan, murid-murid hendaklah terlebih dahulu
menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar, bertutur, mengira, membaca dan
menulis secara mekanis. Tujuan menguasai kemahiran asas ini ialah untuk menarik perhatian
guru untuk memberi kefahaman dan penerangan yang lebih bermakna kepada murid.

(b) Penyerapan
Dalam konteks KBSR, penyerapan bermaksud sebagai proses menyatupadukan isi
pengetahuan daripada mata pelajaran untuk dijadikan isi pelajaran bagi sesuatu mata
pelajaran yang diajar. Contohnya bahan atau kandungan isipelajaran daripada mata pelajaran
lain seperti Matematik, Seni Pergerakan, Sains, Pendidikan Muzik, Seni Visual atau Kajian
Tempatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam pelajaran Bahasa Malaysia.
Penyerapan pengajaran dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti dan gerak kerja yang
dijalankan oleh murid di sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berjalan.

Bagi tema Pengangkutan yang dipilih terdapat beberapa aktiviti integrasi mata pelajaran lain
yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah dengan
menayangkan jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di negara kita serta beberapa
penerangan tentang pengangkutan tersebut. Selepas itu murid diminta melakukan beberapa
aktiviti.

Pergerakan : (a) cara memandu kereta atau kapal terbang


(b) menunggang motosikal
(c) mengayuh perahu

Seni Visual : (a) membuat model kenderaan


(b) mewarna gambar

Pendidikan Muzik : (a) membunyikan bunyi kenderaan


(b) menyanyikan lagu yang ada kaitan dengan kenderaan.

Selain daripada itu murid-murid juga diminta untuk membandingkan saiz kenderaan
(Matematik), menyatakan kebaikan dan keburukan yang terdapat dalam perkembangan
pengangkutan (Sains), dan menerang secara ringkas tentang sejarah pengangkutan (Kajian
Tempatan)

Di dalam aktiviti pengintegrasian ini kemahiran utama yang diajar kepada murid-murid ialah
kemahiran:
Lisan - menyoal untuk mendapatkan maklumat
- bercerita secara ringkas tentang kenderaan/pengangkutan
Bacaan - membaca petikan yang disediakan
- mencari maklumat yang terdapat dalam multimedia
Tulisan - menulis maklumat
- menjawab soalan

C. iii : Bagaimana aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran?

Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan murid-muridnya dapat mengikuti dan
seterusnya dapat menerima isi pengajaran yang disampaikan dengan semaksima mungkin.
Maka dengan itu aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran murid menjurus kepada
sesuatu yang boleh mencabar tahap kebolehan mereka. Aktiviti seperti pergerakan dilakukan
supaya kanak-kanak akan mendapat lebih kefahaman tentang asas-asas pergerakan seperti
penggunaan ruang, masa, imbangan berat badan dan daya. Semasa melakukan aktiviti
tersebut kanak-kanak akan dapat memperkembangkan konsep pembentukan kendiri dari
segi emosi sosial, fizikal, rohani dan nilai-nilai murni. Dengan adanya aktiviti ini
perkembangan psikomotor murid menjadi lebih meningkat dan sekaligus membantu mereka
menggunakan kesemua deria yang ada pada mereka untuk memudahkan penerimaan ilmu

pengetahuan.

Untuk aktiviti yang berkaitan dengan Seni Visual, murid-murid membuat model kenderaan
dan mewarna hasil kerja mereka. Aktiviti ini dapat mengembangkan daya imaginasi muridmurid dan penajaman daya intuisi mereka. Murid-murid juga dapat berinteraksi dengan bebas
sesama rakan sebaya. Mereka mencari pengetahuan dan memanipulasi benda-benda
menjadi sesuatu yang boleh dijadikan alat permainan mereka. Murid-murid juga akan dapat
mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam proses pembelajaran meraka. Dalam
aktiviti nyanyian guru dapat membimbing murid kemahiran lisan mereka. Ia juga dapat
membantu murid meluahkan perasaan berlandaskan pengetahuan dan pengalaman verbal
dan bukan verbal samada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik
berasaskan tema yang diberi. Ini menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan dan
pembelajaran lebih menyeronokkan.

Dapatlah disimpulkan bahawa aktiviti-aktiviti integrasi dalam pengajaran adalah sebagai


pengukuhan kepada kemahiran yang diperolehi daripada mata pelajaran lain dapat
membantu penguasaan kemahiran fokus yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan
pembelajaran dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan individu secara
seimbang, harmonis dan bersepadu.

C. IV Penggunaan Bahan Dalam Proses Pengajaran

Pemilihan bahan pengajaran juga adalah sebahagian dari tugas guru dalam merancang
pengajarannya. Penggunaan bahan bantu mengajar mengajar adalah sangat penting kerana
ianya dapat membantu murid lebih memahami dan apa yang mereka fahami itu akan kekal
dalam ingatan mereka. Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran antaranya termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai murni.
Bahan juga boleh dikategorikan sebagai media pendidikan. Kesemua alat dan bahan, jika
digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan akan dapat
merangsang dan mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif dan berkesan. Ia juga
penting sebagai media komunikasi, sumber pengalaman dan unsure yang boleh
mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran. Bahan-bahan yang digunakan dalam
pengajaran ini ialah:-

Bil Bahan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


1 Bahan elektronik

- komputer, tayangan klip


video, Internet
Penerangan semasa set induksi.
Mencari maklumat
2 Bahan bukan elektronik
- carta gambar
- lembaran kerja
- teka silangkata
- surat khabar lama
Mencari maklumat tentang pengangkutan
Aktiviti pengayaan
Aktiviti melukis dan mewarna gambar

3 Bahan maujud
- kereta, motosikal dan basikal

Membina ayat dan kemahiran membaca dan menulis.

Rajah 3 : Bahan pengajaran dan pembelajaran

Dalam pengajaran bertema yang dicadangkan ini bahan pengajaran yang digunakan ialah
klip video yang ditayangkan menggunakan komputer dan LCD. Maklumat-maklumat
pengajaran disampaikan melalui tayangan berkenaan keadaan sebenar serta peristiwaperistiwa yang berkaitan dengan pengangkutan di negara kita. Tujuannya ialah supaya muridmurid mendapat maklumat yang lebih jelas jika diterangkan dengan contoh-contoh yang
memerlukan bahan audio dan visual. Contohnya;

1) menerangkan jenis-jenis pengangkutan (air, udara dan darat)


2) menunjuk dan membezakan kepantasan pergerakkan kenderaan
3) menerangkan bunyi kenderaan
4) menerangkan bentuk-bentuk kenderaan

Penerangan guru dengan diiringi bahan-bahan tersebut dapat memperkembangkan corak


pemikiran murid serta membantu mereka memahami sesuatu dengan jelas. Internet juga
digunakan sebagai pendedahan dunia IT kepada murid. Guru membimbing murid meneroka
alam maya untuk mencari maklumat. Peluang ini akan dapat menimbulkan rasa ingin tahu

murid

Penggunaan bahan-bahan pengajaran seperti yang terdapat dalam Rajah 3 di atas dapat
membantu murid meneroka dan mengaitkan pengetahuan dengan pengalaman dan
pembelajaran dari mata pelajaran lain seperti Sains dan kajian Tempatan. Di samping itu ia
juga dapat memupuk nilai-nilai murni dan pemikiran positif murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai