Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

MINGGU KETIGA
ISU PERMASALAHAN : PENGGUNAAN BAHASA DAN CARA KOMUNIKASI
1 MASALAH DIHADAPI:
Satu masalah dihadapi saya sejak minggu pertama lagi dan ia masih berlarutan sehinggalah
minggu ketujuh. Saya dapat mengesan masalah ini setelah beberapa teguran daripada rakan
praktikum saya ketika sesi pengajaran berpasangan saya. Saya lemah dalam mengawal situasi
pelajar apabila aktiviti secara berkumpulan dilakukan sama ada di dalam kelas ataupun di
padang. Walaupun mereka amat menyukai aktiviti secara berkumpulan, namun mereka sukar
untuk mengawal kelakuan dan disiplin mereka di dalam kumpulan masing.masing. Ianya
berlaku sebaliknya apabila aktiviti secara individu dilakukan. Saya masih mencari punca
sebenar akan sebab timbulnya masalah sedemikian.
2 ANALISIS:
Setelah saya membuat beberapa ulangkaji terhadap sesi pengajaran saya yang lepas, saya
masih lemah dalam memberi arahan yang jelas kepada murid yang telah menyebabkan mereka
dalam hilang kawalan ketika aktiviti berkumpulan. Murid tahun 2 Arif terdiri daripada murid
yang pasif. Perkara ini menyebabkan saya akan meninggikan suara supaya murid-murid
sentiasa memberikan respon terhadap pengajaran saya. Kawalan kelas yang gagal ketika
aktiviti berkumpulan menyebabkan murid akan bertindak lalai dan kurang bertanggungjawab
ketika menyiapkan tugasan walaupun dalam keadaan guru memberi arahan. Beberapa
cadangan penambahbaikan yang dapat saya berikan setelah berbincang dengan rakan saya
diantaranya;
3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Saya perlu merancang sesuatu langkah yang lebih bersistematik sebelum
memberikan tugasan kepada murid.
Aktiviti berkumpulan yang menarik akan membantu saya untuk mengawal keadaan
kelas menjadi lebih tenang dan selamat.
Jika berlakunya keadaan kelas yang bising, saya akan memanggil nama murid
secara individu supaya mereka dapat memberi perhatian terhadap guru.

Murid akan terasa lebih diberi perhatian apabila guru sentiasa memanggil namanya
dan memintanya memberi pendapat ketika proses pengajaran berlaku.

4 TEMPOH MASA:
Saya perlu bertindak dengan lebih cepat supaya masalah seperti ini tidak akan berlaku lagi di
dalam kelas saya.
5.

PENILAIAN KEJAYAAN

Saya akan meminta pertolongan rakan-rakan saya untuk membuat penilaian berterusan ketika
waktu pengajaran saya. Beberarapa kekurangan yang saya hadapi akan saya perbaiki dari
semasa ke semasa. Bantuan dari guru pembimbing sebagai penilai tetap saya amat penting
bagi saya berkongsi pendapat dan juga idea.
6.

TINDAKAN SUSULAN

Kesimpulannya, pada pembelajaran yang akan datang, saya akan bersikap lebih tegas supaya
murid akan lebih menghormati dan sentiasa mendengar setiap arahan yang disampaikan oleh
saya.

Anda mungkin juga menyukai