Anda di halaman 1dari 37

1.

PENGHARGAAN
ALHAMDULILLAH, syukur kepada Allah S.W.T yang telah memberi taufik dan hidayah kepada
saya sehingga berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus Kesantunan Masyarakat Malaysia ini
dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Pn Hajah Narita Bt
Mohd

Noor

atas

segala

nasihat,

dorongan,

bantuan

dan

keperihatinan

semasa

menyempurnakan kerja kursus ini. Bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar semasa menganalisis
data kajian untuk kerja kursus yang dipertanggungjwab kepada saya yang dihulurkan oleh
pensyarah saya ini banyak membantu kepada kejayaan untuk melaksanakannya. Saya amat
menghargai kesabaran Pn Hajah Narita yang sedia berkongsi maklumat dan kepakaran,
senang dihubungi dan cepat dalam tindakan semasa sesi penyeliaan sepanjang pengajian ini.
Semangat kesabaran, pembacaan yang teliti, minat terhadap kajian yang diberi serta
maklumbalas daripada beliau yang meyakinkan amat membantu untuk menyempurnakan kerja
kursus ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberi
banyak nasihat, motivasi dan tunjuk ajar serta berjuang bersama-sama saya dalam menyiapkan
tugasan Kesantunan Masyarakat Malaysia. Dengan bantuan rakan dan daya usaha saya
sendiri dapatlah saya mencari maklumat berkaitan tugasan ini dengan lancar seterusnya dapat
menghasilkan tugasan telah diberi.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan kepada sesiapa yang
terlibat dalam membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini samada yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung. Merekalah yang menjadi sumber inspirasi kepada saya ketika
menjalankan tugasan ini. Ucapan jutaan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu-bapa
saya dan ahli keluarga saya yang telah memberi galakan dan dorongan sepanjang kerja kursus
ini dijalankan. Diharap segala maklumat yang telah saya perolehi dapat saya gunakan sebaikbaiknya samada untuk tujuan peperiksaan atau selepas saya menjadi guru kelak.

Sekian terima kasih.

2. ABSTRAK
Kamus Dewan mendefinisikan santun sebagai halus, beradab dan sopan. Justeru, istilah
kesantunan berkait rapat dengan sifat kehalusan budi bahasa atau budi pekerti dan kesopanan.
Pendek kata, kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan bahasa yang
digunakan oleh seseorang ketika berkomunikasi sama ada secara lisan ataupun tulisan (Nik
Safiah Karim dan Norliza Jamaludin, 2005). Bahasa yang digunakan perlulah mempunyai adab
tertib, sopan santun dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi. Umumnya, bahasa yang
sopan mempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej atau perasaan.
Penggunaan bahasa yang santun jelas dapat dilihat dalam bentuk sapaan. Bahasa yang
santun digunakan untuk rujukan kehormat, kata ganti nama dan kata gelaran sama ada
warisan, gelaran kurniaan, gelaran jawatan, gelaran keagamaan, gelaran akademik atau
gelaran pergaulan adalah dalam bentuk sapaan. Semasa seseorang individu berhubung
dengan individu yang lain, pemilihan kata yang digunakan adalah berdasarkan hubungannya
dengan orang yang dilawan cakap, usia dan status.
Tugasan ini membincangkan konsep budi bahasa dalam konteks kehidupan masyarakat
Malaysia hari ini dengan membuat analisis filem/drama melayu klasik/moden yang telah
dibincangkan dalam tugasan kumpulan. Tugasan ini juga membei pandangan beberapa orang
tokoh dan menghuraikan takrifan kesantunan mereka berdasarkan pengalaman budaya sendiri.
Tidak lupa juga tugasan ini mengupas tentang kebudayaan sendiri yang telah disediakan dalam
bentuk paparan elektronik.

3. PENDAHULUAN
Kamus Dewan mendefinisikan santun sebagai halus, beradab dan sopan. Justeru, istilah
kesantunan berkait rapat dengan sifat kehalusan budi bahasa atau budi pekerti dan kesopanan.
Pendek kata, kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan bahasa yang
digunakan oleh seseorang ketika berkomunikasi sama ada secara lisan ataupun tulisan (Nik
Safiah Karim dan Norliza Jamaludin, 2005). Bahasa yang digunakan perlulah mempunyai adab
tertib, sopan santun dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi. Umumnya, bahasa yang
sopan mempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej atau perasaan.
Noresh Baharom et al (2000) mendefinisikan kesantunan bahasa sebagai perihal santun,
kesopanan, kehalusan budi pekerti dan budi bahasa. Menurut Abdull Sukor Shaari et al (2003)
pula, kesantunan didefinisikan sebagai cara dan bentuk bahasa yang digunakan. Bahkan,
menitikberatkan cara dan bentuk bahasa yang digunakan dengan penuh sopan. Hal ini
demikian supaya kita tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.
Dalam buku yang berjudul Bahasa Verbal Dan Bukan Verbal ll, hasil karya Hasuri Che
Omar (1966), Noriah Mohamed (1944) dan Radiah Yusoff, bahasa verbal adalah pengucapan
yang dikeluarkan dengan penggunaan bahasa untuk menimbulkan pemikiran, perasaan dan
tindak balas.Verbal juga merujuk kepada komunikasi secara lisan, perbualan dan pertuturan.
Menurut Juhari Moain (1992), kesantunan verbal merupakan kesopanan, etika dan
kehalusan menggunakan bahasa ketika berkomunikasi secara lisan terhadap seseorang.
Kesantunan verbal ini dapat ditunjukkan apabila seseorang itu mengeluarkan suara untuk
berkomunikasi dengan orang lain. Dalam maksud lain, seseorang mengeluarkan pendapat atau
menjelaskan sesuatu yang membolehkan orang lain mendengar suara yang dikeluarkan dari
mulut penutur.
Nonverbal pula didefinisikan sebagai komunikasi yang tidak perlu mengeluarkan suara
tetapi melibatkan pergerakkan anggota badan, gerakkan mata, tangan mimik muka dan tulisan.
Penambahan nonverbal ini semasa berinteraksi boleh memberikan kesan atau impak semasa
berinteraksi dengan orang lain. Kesantunan nonverbal pula merujuk kepada mimik muka atau
bahasa isyarat. Untuk lebih mudah dimahami, kesantunan nonverbal ini adalah satu perlakuan
yang tidak memerlukan suara atau lisan untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada orang lain

tetapi perlu menunjukkan gerakan tangan, mata, kepala, kaki, mimik muka dan yang berkaitan
dengan tubuh badan serta tulisan.
Akhir sekali, kesantunan berbahasa juga boleh mengelakkan daripada berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan faham ketika berkomunikasi antara satu sama lain. Dengan
adanya kesantunan, negara kita akan terus harmoni dan rakyat dapat hidup dengan aman
damai tanpa peperangan atau konflik.

4. PANDANGAN BEBERAPA ORANG TOKOH MENGENAI KESANTUNAN


Sebelum membina model kajian kesantunan, beberapa konsep yang menjadi tunjang
pembinaan model kesantunan yang perlu diberi perhatian. Pemahaman terhadap konsepkonsep tersebut mendorong pembinaan model kesantunan yang lebih teliti dan bersesuaian
bagi masyarakat-masyarakat tertentu. Ini adalah perlu memandang setiap masyarakat dikawal
oleh system nilai dan norma yang berbeza. Perbezaan tersebut mendorong ke arah pembinaan
pelbagai model kesantunan yang sesuai dengan kelompok masyarakat tertentu tetapi tidak
sesuai dengan kelompok masyarakat yang lain.
Masyarakat melayu juga beranggapan bahawa budi itu sama seperti hati budi
seseorang. Budi itu merupakan hati bagi sesuatu tamadun atau bangsa. Jika seseorang itu
tidak mungkin dapat hidup tanpa hati, maka demikian jugalah halnya dengan budi. Tanpa budi
tidak mungkin sessuatu tamadun atau budaya bangsa dapat ditegakkan. Hal ini dijelaskan
dalam pantun berikut
Limau manis dimakan manis,
Manis sekali rasa isinya;
Dilihat manis dipandang manis,
Manis sekali hati budinya.

Budi itu merupakan sesuatu yang tidak ternilai harganya. Budi tidak dapat dibeli dengan
wang ringgit. Ini kerana wang tidak dapat membeli segala-galanya terutama budi. Ini bererti dan
bukan kaya dengan wang ringgit tetapi tidak berbudi. Akan tetatpi, Manusia juga itu akan
berharga dan bernilai hidupnya, jika ia suka berbakti dan berbudi. Hal ini kerana umur
seseorang itu adalah singkat. Tetapi jasa, bakti dan budi yang ditaburkan sepanjang hayatnya
yang singkat itu akan kekal abadi dikenang oleh masyarakatnya.
Masyarakat melayu juga terkenal dengan nilai merendah diri. Tidak syak lagi nilai ini
memperkaya lagi budi bahasa mereka. Sifat merendah diri ini dijelmakan dalam semua bidang
kehidupan seperti tutur kata, pakaian dan semua tindakan. Selain itu, masyarakat melayu juga
kaya dengan budi bahasa yang dikenali sebagai sifat pemurah dan dermawan. Sifat ini
mendapat tempat dan sanjungan masyarakat. Sifat tamak dan haloba merupakan sifat yang
bertentangan dengan sifat pemurah. Sebagai masyarakat yang berbudi bahasa, sifat ini
dipandang keji lagi hina dan membawa kecelakaan kepada pemiliknya.
5

penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kemarahan dan kegusaran


atau rasa kecil hati daripada pihak yang lain. terdapat dua jenis kesopanan iaitu kesopanan
asas dan kesopanan terkendala. Kesopanan asas ialah kesopanan yang sedia ada dalam
masyarakat dan menjadi penghubung antara satu sama lain dengan cara menunjukkan sikap
berbaik-baik antara satu sama lain. Kesopanan berkendala pula menggambarkan usaha yang
dilakukan oleh ahli masyarakat dalam berhubungan antara satu sama lain dengan memberi
perhatian kepada kendala tertentu seperti taraf dan peranan orang yang bercakap dengan kita,
di mana atau dalam keadaan yang bagimana percakapan itu berlaku, apa yang dipercakapkan,
mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan itu disampaikan sama ada secara
bersemuka, dalam perbualan telefon ataupun sidang video.
Berdasarkan pandangan tokoh Profesor Awang Sariyan mengenai kesantunan bahasa
melayu yang digunakan pada masa kini adalah penggunaan bahasa melayu yang beliau tidak
suka ialah bahasa yang tidak santun kerana bahasa adalah mengambar kehalusan budi dan
pemikiran yang biasanya digunakan oleh para media massa. Sifat kesantunan yang digunakan
pada abad ke-17 tidak lagi digunakan oleh sebilangan golongan muda. Beliau mengutarakan
pendapat bahawa kesantunan bahasa pada hari ini telah berlaku kemerosotan dan
penghakisan darisegi kecintaan menjaga bahasa yang santun kini telah pun tenggelam.
Seolah-olah muncul bahasa asing yang lebih agung yang melunturkan kesantunan bahasa
pada hari ini. Kata Beliau lagi. Rujuk bahan 1 : Video Prof. Awang Sariyan.
Masyarakat

hari

ini

seharusnya

memandang

ke

arah

sejarah

kegemilangan

kesantunann Bahasa Melayu sejak 2000 tahun dahulu kerana Bahasa Melayu adalah standing
dengan bahasa Latin dan Portugal. Oleh kerana sebahagian Asia Tenggara pernah dijajah oleh
kuasa Barat dan secara tidak langsung menenggelamkan kesantunan bahasa Melayu tidak
semestinya masyarakat hari ini

biarkan begitu sahaja. Ianya perlu digilap dan dihidupkan

kembali oleh bangsa itu sendiri. Pernah dikatakan kesan jajahan sesebuah Negara memerlukan
tujuh generasi untuk bebas daripada budaya penjajah itu. Namun begitu, masyarakat hari ini
disarankan agar berusaha untuk mengeluarkan diri daripada kepompong warisan penjajah.
Dalam konteks ini, kita tidak boleh menunjukkan sikap tuding menuding antara satu
sama lain pada masa yang sama satu tudingan lain pula menuju ke arah kita sendiri kerana
bukan sahaja proses pembelajaran kesantunan bahasa Melayu berfokuskan kepada kemahiran
mendengar, menulis dan membaca tetapi ianya juga penting untuk fokus kepada nilai-nilai
murni yang terkandung dalam kesantunan bahasa Melayu. Contohnya, sejauh mana
6

peribahasa boleh memberi penekanan yang berkait dengan keadaan semasa. Oleh yang
demikian, pelajar hari ini haruslah bukan sahaja menguasai bahasa tetapi perlu juga untuk
menguasai nilai yang terkandung dalam bahasa untuk melahirkan pemikiran yang ke arah ke
hadapan.
Tambahan lagi, lemahnya kesantunan bahasa adalah disebabkan kelemahan budaya
masyarakat sendiri. Ianyanya kurang mengambat naluri hati anak-anak muda pada masa kini.
Apa yang dapat dilihat kesantunan bahasa begitu agak jauh ditinggalkan dengan kemunculan
budaya K-pop, Holywood, Bolywood dan juga Jepun yang menjadi ikut-ikutan para golongan
muda sekarang. Oleh itu, golongan muda tidak seharusnya diabaikan serta melihat kepada
naluri mereka yang suka kepada hiburan tetapi bukan bermaksud mengikuti kesemua kehendak
mereka. Oleh sebab itu, bagaimana hiburan boleh dijadikan sebagai satu wasilah, alat dan
saluran untuk menyebarkan ilmu dengan kewujudannya konsep didik hibur.
Terdapat beberapa peraturan semasa bertutur antara satu sama lain yang dikemukakan
oleh Tokoh yang bernama Lakoff (1979) iaitu jangan memaksa, Berikan pilihan dan jadikan
pendengar selesa. Jangan memaksa adalah peraturan untuk mengekalkan kesantunan formal
agar jarak pendengar dengan penutur tidak berubah. Peraturan berikan pilihan pula adalah
peraturan dalam situasi tidak formal. Memberi peluang pendengar membuat pilihan menerima
atau menolak sesuatu permintaan, berfikir, membina ujaran dengan ayat tanya. Peraturan
ketiga iaitu jadikan pendengar selesa bertujuan merapatkan hubungan baik antara penutur
dengan pendengar. Peraturan ini menonjolkan sifat positif antara penutur dengan pendengar
dan digunakan dalam kalangan yang menjalin hubungan rapat. digunakan dalam kalangan
yang menjalin hubungan rapat. Walau bagaimanapun, model ini tertumpu pada kepentingan
pendengar dan bersifat egosentrik. Penutur lakukan apa sahaja demi kepuasan pendengar.
Model ini mengutamakan kepentingan pendengar , tidak dapat dipertahankan dalam semua
peristiwa bahasa yang mempunyai matlamat yang berbeza.
Dalam konteks ini member ruang dan peluang kepada setiap pendengar yang berhak
sama ada ingin terus mendengar apa yang sedang atau ingin di sampaikan oleh penutur.
Situasi ini menggambarkan seperti seseorang penceramah melayu sedang memberikan
ceramah kepada para pendengar. Oleh itu, penceramah haruslah menggunakan kesantunan
bahasa yang bagi memenuhi syarat tidak memaksa para pendengar untuk mendengar apa
yang sedang dan ingin disampaikan. Selain itu, penceramah tersebut juga mestilah member
hak atau pilihan kepada para pendengar sama ada menerima atau menolak sesuatu
7

permintaan dan berfikirkan sesuatu yang melibatkan juga syarat ketiga iaitu jangan memaksa
bagi mengekalkan jarak penceramah dengan para pendengar serta jadikan mereka selesa bagi
merapatkankan lagi hubungan antara penceramah dan juga pendengar. Tugas penceramah
melayu itu pula akan cuba melakukan sesuatu yang menyebabkan para pendengar berminat
untuk mengikuti setiap apa jua yang ingin disampaikan dan cuba untuk mengelak daripada
kesilapan-kesilapan yang kecil seperi meminta maaf terlebih dahulu sebelum menyampaikan
creamah dan merendahkan diri yang keterlaluan selepas atau sesudah menyampaikan
ceramah di akhir-akhir ceramah.
Menurut Nor Hashimah (1992), implikatur dalam erti kata yang mudah ialah mesej yang
tersirat yang disampaikan oleh penutur dalam perbualan. Mesej yang diperoleh merupakan
apa-apa yang dideduksikan daripada apa-apa yang diperkatakan.
Masyarakat Melayu Islam merupakan masyarakat yang kuat terikat dengan adat dan
tradisi yang diwarisi turun- temurun. Segala sistem hidup mereka kuat berakar kepada nilai dan
norma Islam yang mementingkan kesejahteraan sosial wujud dalam masyarakat (Mohd.
Koharuddin: 2012). Walaupun berlakunya pertembungan budaya dan penyerapan beberapa
unsur asing dalam sistem sosialnya, namun selagi budaya tidak bercanggah dengan agama
Islam maka budaya itu diterima dan djadikan sebagai sebahagian daripada budayanya sendiri.
Dalam aspek berkomunikasi mereka begitu berhati-hati menyampaikan sesuatu ujaran kerana
tidak mahu pendengar tersinggung dengan apa-apa yang dituturkan. Segala teguran, pujian,
permintaan dan lain-lain dilakukan secara lembut dan berkias serta menggunakan lambanglambang tertentu. Kiasan-kiasan dan perlambangan yang digunakan ini menjadikan banyak
penggunaan komunikasi berimplikatur dalam pertuturan masyarakat Melayu Islam.
konsep menyelamatkan air muka

yang dicetuskan daripada konsep air muka

Goffman pada 1967 yang dicetuskan oleh Model Brown dan Levinson (B&L) (1978 & 1987).
Konsep ini menafsirkan tingkah laku yang santun sebagai asas dalam mengekalkan kehendak
air muka. air muka dikaitkan dengan perasaan nilai diri atau imej diri, perlu dicari, dan boleh
hilang, boleh dikekalkan, dimusnahkan atau ditingkatkan apabila berinteraksi dengan orang lain.
air muka positif merupakan keinginan individu untuk disukai, dihargai, dipersutujui, dihormati,
orang lain. Air muka negatif merupakan keinginan untuk mempertahankan hak dan dan
kebebasan melakukan sesuatu tidak dihalang. Brown dan Levinson telah mengemukakan
beberapa strategi untuk mengurangkan ancaman air muka iaitu Lakuan Mengancam Air Muka
8

dan tidak melakukan Lakuan Mengancam Air Muka. Namun begitu, Teori B&L ada
kelemahannya. Model ini menurut Matsumoto dan Mao adalah beracuankan Barat dan tidak
sesuai dengan tradisi Timor yang mengutamakan nilai sosial dan budaya yang meletakkan diri
sendiri dalam perkara kedua.
Perkara yang penting dalam pertuturan ialah cara penutur mengungkapkan tutur kata
dan pertuturan itu mempunyai mesej atau tujuan tertentu. Seperti mana yang dikemukakan oleh
Asmah Haji Omar iaitu proses pertuturan ini melibatkan pemilihan kata dan ungkapan yang
sesuai dan membawa suasana sopan, pemilihan ayat yang sesuai bukan sahaja dari segi
nahunya tetapi dari segi makna pragmatik yang didukungnya, penggunaan intonasi yang sesuai
dan penggunaan kata panggilan yang betul iaitu nama sapaan atau nama gelaran. Penggunanpenggunaan pertuturan seperti berikut dapat menghasilkan penuturan yang selesa tanpa
wujudnya rasa tidak senang antara satu sama lain.
Geoffrey Leech dalam bukunya yang bertajuk Prinsip Pragmatik (1993) telah
mendefinisikan kesopanan sebagai strategi komunikasi semata-mata. Beliau berpendapat
bahawa sesuatu keadaan pertuturan biasanya bergantung kepada beberapa faktor relatif kekal
seperti umur, jantina, status, darjah keintiman dan peranan. Leech menyatakan maksim
kesopanan ini dapat menjelaskan perkaitan sopan dengan tingkah laku manusia. Hal ini kerana
maksim kesopanan ini akan kurangkan ungkapan pendapat yang tidak beradab dan hanya versi
positif sahaja dengan ungkapan pendapat yang beradab sahaja digunakan. Leech juga telah
mengemukakan maksim-maksim kesopanan atau maksim kesantunannya yang dapat
menjelaskan perkaitan antara kesopanan dengan tingkah laku manusia. Kesopanan terdiri
daripada dua iaitu kesopanan mutlak dan kesopanan relatif.
Maksim kesopanan Leech melihat kaitan kesopanan sebagai aspek penting dengan
ketidakterusan berbahasa, pengecualian pematuhan prinsip kerjasama Grice dan lakuan
bahasa. Pendekatan prinsip kesopanan dapat dilihat melalui maksim yang berpasangan iaitu
meminimumkan iaitu pernyataan kepercayaan yang tidak sopan dan memaksimumkan
kepercayaan yang sopan serta berpusat kepada diri sendiri, penutur, pendengar atau individu
lain. Dengan itu, Leech mengutarakan enam maksim. Maksim tersebut ialah maksim santun,
maksim kerendahan hati, maksim persetujuan, maksim simpati, maksim kedermawaan dan
maksim sokongan. Setiap maksim akan diterangkan dalam subtopik :

MAKSIM SANTUN
Maksim santun ialah satu strategi untuk memininumkan manfaat bagi diri sendiri dan
cuba untuk memaksimumkan manfaat kepada orang lain. Melalui maksim santun, penutur akan
cuba memininumkan kuasanya kepada orang lain dengan cara memaksimumkan manfaat
kepada orang lain. Selain itu, maksim santun ini digunakan sebagai salah satu alat untuk
mengungkapkan pujian kepada seseorang. Contohnya:
Contoh 1:
Pekerja : Saya rasa, belum masanya lagi untuk saya terima jawatan itu, Datuk. Encik Salleh
lebih layak.
Majikan : Kenapa awak kata Encik Salleh lebih layak?
Pekerja : Yela, kan Encik Salleh lebih senior daripada saya. Lagi pun, dia lebih lama bekerja di
sini berbanding saya yang baru bekerja dengan Datuk tiga bulan.
Contoh 2:
A : Leman, bila dah habis belajar universiti nanti, jangan jadi macam abang kau tu, belajar
tinggi-tinggi tapi tak nak kerja kat bandar, kerja di sawah juga yang dia nak.
B : Janganlah mak kata begitu, kan abang yang juga bersusah payah sara keluarga kita selama
ni.

MAKSIM KERENDAHAN HATI


Maksim kerendahan hati adalah maksim yang meminimumkan pujian terhadap diri
sendiri dengan cara memaksimumkan cacian terhadap diri sendiri. Melalui maksim ini, penutur
akan merendahkan diri sehingga kadang kala menyebabkan pendengar merasakan penutur
mencaci dirinya dan merupakan lakuan larangan sosial iaitu bercakap besar. Maksim ini dapat
dilihat melalui tutur kata yang disampaikan iaitu kata yang merendahkan diri. Hal ini kerana
untuk mengingatkan diri bahawa pujian tersebut hanyalah sebagai salah satu penghargaan
yang diberi agar seseorang itu lebih berusaha gigih.
Selain itu, maksim ini juga digunakan dalam situasi tertentu iaitu apabila pujian diterima
daripada seseorang yang lain. Adalah menjadi kebiasaan apabila dipuji seseorang itu akan
menggunakan maksim ini untuk mengelakkan dari lupa diri akibat pujian tersebut. Dalam
masyarakat melayu umpamanya, maksim ini digunakan untuk menimbulkan perbualan yang
10

harmonis dengan masing-masing tidak memperlihatkan kelebihan masing-masing dan


sebaliknya akan menyatakan kekurangan diri sendiri. Contohya, dari segi pencapaian anakanak, pembelian sesuatu dan sebagainya. Keadaan ini berlaku untuk mengelakkan timbulnya
tanggapan negatif kepada penutur seperti sombong, berlagak dan megah. Contohnya:
1. Macam awak bolehlah baca buku Cina sebab tahu bahasanya, tapi macam saya ni baca
buku-buku Melayu sajalah. kata Lina kepada Jenny.
2. Tak mengapalah Mak Mah, lagipun Datuk bukannya memilih sangat, yang penting boleh
dimakan. Mak Mah masaklah apa yang patut untuk makan tengah hari ni. kata Datin Zura
kepada pembantu rumahnya.
MAKSIM PERSETUJUAN
Maksim persetujuan ialah maksim yang memperlihatkan kecenderungan seseorang
untuk melebih-lebihkan persetujuan terhadap orang lain. Maksim ini akan memininumkan
kerugian kepada pendengar sebaliknya akan memaksimumkan kerugian kepada diri sendiri.
Hal ini adalah untuk mengelakkan daripada konflik dan perbalahan di antara satu sama lain.
Selain itu, maksim ini adalah bertujuan menjaga air muka seseorang. Berdasarkan konsep
menjaga air muka seseorang ini lahirlah persetujuan yang menghormati orang yang dilawan
bercakap. Persetujuan yang dituturkan adalah semata-mata menghormati penutur tersebut
sahaja dan bukan isi pertuturan tersebut. Contohnya:

Contoh 1:
A: Awak fikir Afifah ada kat rumah?
B: Barangkali ada. Kan hari ini cuti.
Contoh 2:
A: Nyanyiannya memang merdu kan?
B: Betul, tapi suara Akma lagi merdu kalau dia yang nyanyi.
MAKSIM SIMPATI
Maksim simpati ialah maksim yang cuba memaksimumkan simpati kepada orang lain
dan memininumkan antipati antara diri sendiri dengan orang lain. Dengan itu, penutur akan
cuba untuk menghilangkan rasa benci atau perasaan negatif yang lain terhadap diri orang
11

tersebut dan sebaliknya akan memberi sifat simpati dan belas kasihan terhadap orang tersebut.
Dalam maksim ini ditunjukkan oleh dua penanda yang besar iaitu takziah dan tahniah. Ucapan
takziah dan tahniah ini adalah lakuan tuturan berabad walaupun ucapan takziah
mengungkapkan pendapat negatif kepada pendengar.
Maksim ini juga digunakan untuk menyatakan kata-kata nasihat yang membantu
meringankan beban yang ditanggung oleh pendengar dan menyalurkan maklumay yang
berguna untuk pendengar tersebut. Dalam pernyataan simpati ini, nasihat adalah cara terbaik
untuk menggambarkan seseorang itu membantu dengan cara saling mengambil berat dan tidak
semestinya dengan kebendaan. Dalam masyarakat Melayu, maksim ini digunakan bukan
sahaja terhad kepada ucapan yang menyatakan perasaan sedih sahaja malah turut
mengandungi unsur-unsur nasihat, ambil berat, kasih sayang dan nilai-nilai kesopanan yang
lain. Contohnya:
1. Kesian budak tu, selepas mak ayah dia meninggal terpaksa tinggal di rumah anak yatim
piatu. luah Pat Itam kepada Mak Leha. Mak Leha hanya mendiamkan diri kerana terkenangkan
perbuatan ibu bapa Leman yang pernah merosakkan rumah tangganya.
2. Kalau betul nak kerja, kenapa pula pilih kerja sebagai pelayan. Awak masih muda, kerja itu
tak baik untuk awak. nasihat Mak Mah kepada Rina.

MAKSIM SOKONGAN
Maksim sokongan ialah maksim yang memininumkan cacian terhadap orang lain dan
memaksimumkan pujian terhadap orang lain. Maksim ini sebenarnya adalah maksim
mengampu namun adalah tidak sesuai kerana bunyinya yang tidak sopan dan memberi
konotasi yang negatif. Maksim ini biasanya adalah dengan cara memuji dan mengiyakan
perbuatan seseorang agar individu tersebut meningkatkan semangat dan usahanya untuk
melakukan sesuatu perkara dengan baiknya. Dalam masyarakat Melayu, sokongan yang
diberikan bukan untuk tujuan mengampu semata-mata sebaliknya untuk memberi sokongan
yang ikhlas. Sokongan ini adalah bertujuan memberikan dorongan dan meningkatkan semangat
seseorang untuk berusaha dengan lebih gigih dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya:

12

1. Kalau dapat pekerjaan yang lebih baik, awak boleh saja berhenti kerja ini. kata Encik Zali
kepada pekerja barunya.
2. Jika awak berusaha sudah pasti cita-cita awak tercapai lagipun awak ini budak pintar. kata
Cikgu Murni kepada Rashid.
MAKSIM KEDERMAWAAN
Maksim kedermawaan ialah maksim yang memininumkan manfaat atau keuntungan
bagi diri sendiri dan berusaha memaksimumkan kos bagi diri sendiri. Melalui maksim ini,
pernyataan seseorang itu merupakan suatu tawaran atau ungkapan yang sopan seperti
bantuan, pertolongan dan kasih sayang. Contohnya:
Contoh 1:
A: Duduklah dulu ya. Saya pergi buat air jap.
B: Tak payahlah. Kakak tak lama pun, singgah jap je ni.
Contoh 2:
Sebelum awak balik, terimalah buah tangan dari kami yang tak seberapa ni. Ujar Datin Seri
Zaleha sambil menghulurkan sekeping sampul surat ke tangan Mak Munah.
Bahawa dalam tubuh itu ada sepotong daging, apabila ia baik, nescaya baiklah seluruh
bahagian tubuh yang lain. Jelaslah bahawa terjemahan daripada sepotong ayat al-Quran di
atas iaitu seketul daging yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. menurut Imam Ghazali, tidak
lain tidak bukan ialah hati. Dari segi jasmani, hati dijelaskan oleh beliau sebagai segumpal
daging yang berbentuk bulat bujur, letaknya di sebelah kiri dada. Ia mengandungi ronggarongga yang berdarah hitam. Dari segi rohani pula hati adalah sumber roh, jiwa atau nyawa
yang menyempurnakan hakikat kemanusiaan. Ia berfungsi sebagai daya yang boleh
menangkap segala pengertian ilmu pengetahuan dan bersifat ketuhanan. Bersifat ketuhanan
dalam erti kata bahawa ia menjadi sasaran segala perintah dan larangan Allah S. W. T.
mempunyai kebebasan dan mutlak untuk patuh kepada titah perintah Allah S.W.T. khususnya
dalam berakhlak dan berbudi bahasa mulia atau sebaliknya. Sebab itulah ia akan menerima
ganjaran baik, iaitu syurga di akhirat jika berakhlak mulia dan berbudi bahasa terpuji seperti
yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Sebaliknya akan menerima azab yang pedih di neraka jika
memilih akhalk dan budi bahasa yang keji.
13

Tidak syak lagi,hati mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan akhlak yang
tepuji amnya dan berbudi bahasa mulia khasnya. Oleh sebab itu, betapa pentingnya berbudi
bahasa yang menjadi peranan hati dengan bersenjatakan atau mempunyai kelengkapan yang
secukupnya bagi membolehkan melaksanakan tugas berbudi bahasa dengan sempurna. Oleh
itu, hendaklah kita memperkaya budi bahasa dalam diri kerana berbudi dengan harta yang
paling baik dan paling besar ganjarannya ialah sedekah jariah. Hal ini dijelaskan oleh
Rasulullah s.a.w. dalam hadith yang terjemahannya; apabila anak Anak Adam meninggal dunia
maka terhentilah (terputus) segala amal baiknya kecuali dari tiga macam amal, iaitu harta ynag
diwakafkan (sedekah jariah), ilmu yang selalu dimanfaatkan kepada orang lain dan anak yang
soleh dan solehah yang selalu mendoakan kesejahteraan orang tuanya. Oleh yang demikian,
tidak rugi bagi seseorang itu untuk terus berbudi bahasa dalam sesebuah masyarakat.

Dasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru
dunia tentang isu kepincangan akhlak khususnya sifat kesantunan berbahasa dalam kalangan
generasi muda. Sedangkan pada hakikatnya kesantunan berperanan menjaga keharmonian
hubungan dalam suatu komuniti bahkan menjadi kunci untuk menjaga maruah diri, keluarga
serta keturunan. Hal ini demikian kerana kesantunan mencerminkan peribadi diri. Persis kata
mutiara daripada Hamka, kecantikan yang abadi terletak pada adab dan ketinggian ilmu
seseorang bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Kata-kata tersebut membuktikan
bahawa orang yang beradab sopan sangat dipandang tinggi.

14

5. KEBUDAYAAN SUKU KAUM BUGIS


Suku kaum Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di dalam kelompok ras
berbilang bangsa di negeri Sabah. Kebanyakan suku kaum ini telah menetap di pantai Timur
Sabah iaitu di daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu. Dari aspek sosial, suku kaum
ini lebih terkenal dengan kerabat pangkat diraja (keturunan dara), mementingkan soal status
individu dan persaudaraan sesama keluarga. Dari segi perkahwinan, suku kaum ini lebih suka
menjalinkan perkahwinan dengan keluarga terdekat dan perceraian pula merupakan hubungan
sosial yang amat tidak disukai oleh suku kaum ini kerana ia meruntuhkan hubungan
kekeluargaan dan bertentangan dengan nilai-nilai agama.
Pada dasarnya, suku kaum ini kebanyakannya beragama Islam Dari segi aspek budaya,
suku kaum Bugis menggunakan dialek sendiri dikenali sebagai Bahasa Ugi dan mempunyai
tulisan huruf Bugis yang dipanggil aksara Bugis. Aksara ini telah wujud sejak abad ke-12 lagi
sewaktu berleluasanya pengaruh Hindu di Kepulauan Indonesia. Sejarah kedatangan suku
kaum Bugis di Sabah (Tawau khususnya) berkaitan dengan sejarah penerokaan Tawau. Adalah
dipercayai suku kaum ini telah meninggalkan Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau Jawa,
Sumatera, Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan Borneo sejak abad ke-16 lagi.
Tahun 1840 dijadikan sebagai fakta kukuh untuk menyatakan tempat permulaan
penerokaan Tawau oleh suku kaum Bugis. Penempatan awal oleh suku kaum Bugis ini bermula
di kawasan yang dikenali sebagai Ranggu. Ini bermakna suku kaum Bugis sudah pun
menerokai kawasan Tawau dan menjadikan Ranggu sebagai salah satu destinasi untuk
berulang-alik ke Indonesia menjadi pedagang dan membawa masuk pekerja buruh ke ladangladang milik kerajaan British ketika itu. Apapun, Ranggu diasaskan oleh nenek Penghulu Ketua
Kampung Salim di Kampung Sungai Imam, Bombalai Tawau, Sabah. Kemudian seorang lagi
bangsa Bugis dari kerabat diraja Bone bernama Petta Senong menetap di Sungai Imam,
Bombalai. Usaha mereka ketika itu adalah sebagai orang upahan kepada Kerajaan Sulu untuk
menghapuskan sebanyak mungkin lanun-lanun yang bergerak di perairan Laut Sulu, Borneo.
Seterunsnya, beberapa kawasan baru terus diterokai oleh suku kaum Bugis dan
kawasan yang termasuk dalam tapak pembangunan Bandar Tawau. Antara suku kaum Bugis
yang terlibat dalam penerokaan bandar Tawau ialah Puang Ado, Daeng Mappata, Wak Neke,
Wak Gempe dan Haji Osman. Konsep siri masiri (malu, menjaga maruah) yang dikaitkan
dengan kata-kata suku kaum Bugis antara lainnya :
15

- aja mumaelo nabetta taue makkalla ricappana letengnge.


Maksud terjemahannya : Janganlah engkau mahu didahului orang menginjakkan kaki dihujung
titian ( Janganlah engkau mahu didahului orang lain untuk mengambil rezeki ).
- naia riasengage to warrani maperengnge narekko moloio roppo-roppo ri laommu,
rewekko paimeng sappa laleng molai
Maksud terjemahannya : Yang disebut orang berani ialah yang kuat dan unggul bertahan,
Jikalau engkau menghadapi rintangan berat yang engkau tak dapat lalui atau atasi, kembalilah
memikirkan jalan atau cara untuk mengatasinya.
Tidak asing lagi, makanan tradisional yang utama bagi suku kaum ini iaitu burasak
telahpun dikenali ramai oleh masyarakat sabah mahupun semenanjung selatan Malaysia.
Buras adalah nama singakatan bagi makanan tradisional suku kaum bugis yang tidak asing
lagi bahkan terdapat peniaga-peniaga burasak d selatan semenanjung Malaysia. Cara-cara
serta bahan yang diperlukan untuk memasak burasak adalah seperti berikut:

Bahan-bahan:
Beras 1kg,
Kelapa 1 biji diparut dan ambil santannya,
garam secukup rasa.

Bahan pembungkus :
Daun pucuk pisang (hijau muda),
Daun pisang (hijau).

Cara-caranya:
Bersihkan

beras dengan

air

yang
16

bersih

dan

toskan.

Panaskan

santan

hingga

mendidih.

Bila

mendidih

kecilkan

api.

Masukkan garam (janganlah banyak, ala kadar sahaja). Bila santan sudah berubah warna
sedikit, padamkan api. Tuang santan panas ke dalam beras sambil gaulkan. Ingat, jangan
terlalu banyak. Beras biar lembab sedikit, tapi merata.

Cara membungkus:

Sediakan daun pucuk pisang yang dipotong bentuk segi empat 4. Daun pisang juga dipotong
bentuk segi empat. (Petua memastikan daun pisang tahan dan tidak koyak: jemur atau salai
daun pisang itu)

Cara mengikat buras:

Susun bungkusan bertiga-tiga atau berempat dengan tali rafiah. Mulakan balutan dari satu
hujung ke hujung yang satu lagi pada jarak 1 inci, bila sampai ke hujung yang satu teruskan
belitan untuk membentuk huruf Z di permukaan dan X di bahagian tepi. Simpulkan di tempat
permulaan. Buatlah sehingga semua beras siap dibungkus.

Memasak buras:

Rebus buras selama 1-3 jam..Lagi sedap kalau 7 jam. (sebaiknya direbus dalam periuk yang
besar di kayu api yang marak) Bila dah masak, keluarkan. Biar sejuk dahulu, hidangkan
bersama hidangan ayam masak lengkuas (Nasu Likku).

17

Tarian yang sering digunakan untuk menjamu tamu kadang-kadang menarikan tari
maluku (sere maloku) dan Paduppa. Tari Paduppa merupakan tari tradisional bugis yang
ditujukan untuk memberikan sambutan kepada tamu atau pejabat yang hadir dalam suatu
acara. Tari Paduppa adalah perwujudan cipta rasa karsa suku bugis yang melambangkan
penghormatan, keterbukaan terhadap perkembangan zaman akan tetapi tetap memelihara adat
kesopanan sebagai suku bugis. Namun tidak disebutkan adanya pembacaan naskah secara
berirama (masureselleng) yang sangat popular dilakukan pada acara-acara seperti itu di
lingkungan bangsawan hingga abad ke 20.

Adat perkahwinan suku kaum bugis penuh dengan peradaban yang sungguh unik iaitu
sehari sebelum akad nikah berlangsung, dimana upacara mappacci/tudampenni atau dalam
kata erti lain iaitu berinai. Upacara mappacci adalah salah satu upacara adat Bugis yang
menggunakan daun pacar (lawsania alba) atau dalam bahasa Bugis disebut pacci.

Sebelum acara ini dilakukan biasanya terlebih duhulu upacara penamatan al-Quran
(mappanre temme) dan barazanji diadakan. Daun pacar atau pacci ini dikaitkan dengan kata
paccing yang bermakna kebersihan dan kesucian. Oleh yang demikian, upacara mappaccing ini
dikenali sebagai upacara untuk membersihkan atau mensucikan bakal pengantin. Acara
mappaccing ini dimulakan dengan paddupa (penjemputan) bakal pengantin. Dengan syair
tertentu bakal pengantin akan di jemput dan di hantar ke tempat yang telah tersedia iaitu di
pelaminan disediakan alat-alat/ seperti berikut:

1. Sebuah bantal atau pengalas kepala yang diletakkan di depan bakal pengantin yang
bersimbolkan

penghormatan

atau

martabat.

Dalam

bahasa

Bugis

disebut

mappakalebbi.
2. Sarung sutera 7 helai yang disusun di atas bantal. Ini adalah dikatakan sebagai harga
diri.
3. Di atas bantal diletakkan pula pucuk daun pisang yang melambangkan kehidupan yang
berkesinambungan dan lestari.

18

4. Di atas daun pisang diletakkan daun nangka sebanyak 7 atau 9 helai sebagai simbol
menasa atau harapan.
5. Sebuah pinggan berisi beras yang telah dimasak hingga kembang sebagai simbol
berkembang dengan baik suatu hari kelak
6. Tai bani, patti atau lilin yang bermakna sebagai penerang.
7. Serta daun pacar yang bermakna kesucian dan kebersihan.
Pelaksanaan mappaccing kemudian dimulakan dengan satu-persatu keluarga rapat atau
orang-orang yang dihormati akan naik ke pelaminan secara bergilir untuk mengusapkan daun
pacar ke tangan mempelai. Jumlah orang yang melakukan mappacci beragam sesuai strata
sosial. Untuk golongan bangsawan tinggi jumlahnya 29 orang atau dalam bahasa Bugis
disebut duakkesera, untuk golongan bangsawan menengah 27 orang atau duappitu. Golongan
di bawahnya pula iaitu 19 tau 17.

Mereka yang memberi daun pacar akan mengusapkan daun pacar yang sudah disediakan
ke tangan bakal pengantin, dimulakan dari telapak tangan kanan kemudian ke telapak tangan
kiri sambil membacakan doa semoga bakal pengantin kelak akan hidup bahagia. Untuk mereka
yang telah memberi daun pacar diserahkan rokok sebagai penghormatan. Sebagai
penghargaan terdahulu, penghormatan ini diberikan daun sirih yang dilipat lengkap beserta
isinya, tapi sekarang ianya diganti dengan rokok untuk lebih memudahkan upacara.

Kemudian tibalah hari yang dinanti-nantikan, hari ketika akad nikah. Pada waktu yang telah
dipersetujui, pengantin lelaki akan datang bersama rombongan ke tempat berlangsungnya
upacara akad nikah. Di depan pengantin lelaki ada beberapa lelaki tua berpakaian adat dan
membawa keris. Kemudian diikuti oleh sepasang remaja yang masing-masing berpakain
pengantin. Rombongan ini dilengkapi dengan membawa mas kahwin atau sompa, bali botting
(pasangan pengantin yang berpakaian kembar seperti mana yang digunakan oleh pengantin
lelaki), passeppi atau pengapit pengantin, indo pasusu,para saksi dan beberapa orang lain lagi.

Setelah rombongan pengantin mendekati tempat akad nikah maka wakil dari keluarga
pengantin wanita akan datang menjemput, atau disebut madduppa botting. Penjemput
dilakukan oleh dua orang paddupa (seorang puteri dan seorang putera remaja dengan pakaian
lengkap), dua orang pakkusu-usu (wanita yang sudah berkahwin), dua orang pallipa sabbe
(seorang lelaki dan seorang wanita separuh berumur sebagai wakil kepada ibu bapa), seorang
19

wanita lagi sebagai pangampo wenno dan seorang atau dua orang paddupa botting yang
biasanya adalah keluarga daripada pengantin wanita.

Akad nikah kemudian akan dlangsungkan. Pelaksanaannya barasas kepada syariat Islam
sebagai agama yang dianut majotiri orang Bugis Bone. Akad nikah dipimpin oleh penghulu
dengan disaksikan oleh para saksi dari kedua belah pihak pengantin.

Setelah akad nikah selesai maka pengantin lelaki akan dipimpin bertemu dengan isterinya
yang telahpun sedia menunggu di dalam bilik. Kegiatan ini dinamakan sebagai mappalettu
nikka. Kebiasaannya, bagi membuka pintu bilik pengantin lelaki dan pengikutnya mesti memberi
sogokan/sumbangan berbentuk wang kepada indo botting (ibu pengantin wanita) yang
menjaga pintu. Setelah melepasi penjaga pintu maka kedua-dua pengantin akan ditemukan
ketika itulah dia akan dipimpin untuk menyentuh beberapa bahagian tubuh isterinya.

Setelah proses itu selesai, kedua-dua pengantin akan memohon maaf serta doa restu
kepada kedua-dua ibu bapa mereka atau yang dinamakan sebagai marellau dampeng. Setelah
selesai selanjutnya kedua-dua pengantin akan duduk di atas pelaminan sambil menyambut
para tamu yang hadir pada sebelah petang hingga larut malam (bergantung kepada masa yang
ditentukan)

Sebagaimana

masyarakat

Melayu,

masyarakat

ini

terkenal

dengan

keris

yang

melambangkan kemelayuan masyarakat itu. Bagi suku kaum Bugis pula kaum ini terkenal
dengan pegangan Badik atau badek adalah pisau dengan bentuk khas yang dikembangkan
oleh masyarakat Bugis dan Makassar. Badik bersisi tajam tunggal atau ganda, dengan panjang
mencapai sekitar setengah meter. Seperti keris, bentuknya asimetris dan bilahnya kerap kali
dihiasi dengan corak yang pelbagai jenis. Namun demikian, berbeza dengan keris, badik tidak
pernah memiliki ganja (penyangga bilah).

Menurut pandangan orang Bugis Makassar, setiap jenis badik memiliki kekuatan sakti
(ghaib). Kekuatan ini dapat memengaruhi kondinasi, keadaan, dan seluruh kehidupan
pemiliknya. Oleh itu, terdapat sesetangah masyarakat yang percaya bahawa badik juga mampu
menimbulkan ketenangan, kedamaian, kesejahteraan dan kemakmuran, kemiskinan dan

20

penderitaan bagi yang memilikinya. Disamping itu, terdapat pula kepercayaan yang
mempercayai bahawa badik dapat mempengaruhi kehidupan pemiliknya.

Sejak ratusan tahun yang lalu, badik digunakan bukan sahaj sebagai senjata untuk
membela diri dan berburu tetapi ianya juga dijadikan sebagai identiti seseorang dari sesuatu
kelompok etnik atau kebudayaan. Badik ini tidak bukan sahaja terkenal di daerah Makassar
sahaja, akan tetapi juga terkenal di daerah Bugis dan Mandar dengan nama dan bentuk yang
berbeza. Secara umumnya, badik terdiri daripada tiga bahagian, iaitu hulu (gagang) dan bilah
(besi), serta sebagai pelengkapnya adalah warangka atau sarung badik.

21

6. KESIMPULAN
Mungkin banyak di antara kita mendengar cerita daripada atuk dan nenek kita
bagaimana mereka berinteraksi dengan orang yang lebih tua.Jikalau masyarakat dulu sangat
berbudi bahasa dan baik tutur katanya terhadap orang yang lebih tua tetapi zaman sekarang
ada sahaja anak-anak yang berani melontarkan kata-kata yang kurang sopan.Filem-filem
melayu klasik dahulu banyak menerapkan nilai-nilai berbudi bahasa.Sebagai contoh anak-anak
membongkokkan sedikit badan apabila berjalan di hadapan orang tua,bersalaman dengan
tetamu yang hadir,membuatkan air untuk tetamu dan bertanyakan khabar.Namun di dalam
filem-filem atau drama zaman sekarang amat jarang dapat kita iht perlakuan seperti yang
terdapat dalam filem-filem klasik.
Tambahan pula, baru-baru ini negara dikejutkan dengan berita tentang seorang pelajar
menengking dan mengherdik gurunya di dalam kelas.Perkara ini jelas menunjukkan bahawa
masyarakat kini amat tidak menerapkan amalan berbudi bahasa dalam kehidupan
seharian.Lima belas tahun yang lalu amat jarang sekali kita dapat dengar tentang tindakan
kasar pelajar terhadap gurunya.Peredaran masa dan zaman dapat merubah pelagai macam
perkara.

Kesimpulan yang dapat dirumuskan ialah orang yang banyak menabur budi hendaklah
diteladani dan di ambil iktibar kepada generasi muda yang bakal memimpin negara kelak. Bak
kata pepatah :
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama.
Oleh itu jelaslah bahawa orang pada zaman dahulu menyifatkan budi yang baik akan
dikenang untuk selama-lamanya. Orang-orang yang berbudi akan dikenang dan menjadi
pedoman kepada masyarakat setempat. Budi baik seseorang juga akan diberi ganjaran pada
akhirat kelak. Kita sebagai masyarakat malaysia hendaklah sentiasa berbudi bahasa supaya
dipandang mulia kepada negara lain khususnya.

22

7. REFLEKSI
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan kerana dengan
berkat-Nya saya berjaya melaksanakan tugasan projek Kesantunan Masyarakat Malaysia.
Tugasan yang dibimbing oleh pensyarah Pn Hajah Narita Bt Mohd Noor ini sememangnya
banyak memberi input dan ilmu yang bermanfaat kepada saya sebagai pelajar serta bakal
pendidik kelak.
Dalam tugasan projek ini adalah mementingkan ulasan-ulasan dari segi aspek
kesantunan berbahasa, bentuk dan jenis kesantunan dan strategi kesantunan verbal dan bukan
verbal serta kajian tentang isu-isu yang berkaitan dengan kesantunan berbahasa.
Daripada kajian yang saya lakukan, tugasan ini sedikit sebanyak memberi saya seribu
satu pengalaman untuk menyiapkannya. Penerokaan yang saya lakukan adalah sebahagiannya
tertumpu kepada mengkaji maklumat di laman sesawang dan buku-buku rujukan kerana
terdapat pelbagai info-info yang menarik serta pandangan yang berbeza mengenai kesantunan
bahasa dan jenis-jenis kesantunan serta kebudayaan masyarakat setempat. Sebahagiannya
penerokaan saya juga adalah tertumpu kepada info media massa kerana maklumat yang
diberikan adalah tepat, ringkas dan padat. Apa yang saya dapat lihat adalah, pengalaman ini
memberi saya pengajaran serta dorongan untuk lebih mempunyai sikap cinta bahasa dan
budaya Negara disamping lebih menghormati bahasa dan budaya Negara lain. Dalam pada itu,
melihat kepada konteks kemasyarakatan oleh sesebuah Negara kebanyakannya menunjukkan
budaya dan bahasa yang baik.
Hasil kajian analisis filem yang telah saya dan rakan sekumpulan laksanakan ini
membuktikan bahawa masyarakat melayu pada zaman terdahulu jika dibandingkan dengan
masyarakat zaman sekarang adalah sangat jauh bebeza. Perbezaannya adalah dari segi
kesantunan bahasa yang digunakan semasa bertutur, perpaduan kaum dan sosial remaja yang
agak membimbangkan pada zaman kini. Betullah kata peribahasa yang menyatakan bahawa
kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi seolah-olah menggambarkan sikap ibu bapa
yang terdahulunya agak begitu kurang baik juga diwarisi oleh anak-anaknya.
Yang agak sedikit membanggakan adalah sebelum menerokai kebudayaan sendiri iaitu
suku kaum Masyarakat Bugis ini saya hanya tahu segelintir sahaja akan adat-adat dan pantang
larang suku kaum Bugis. Setelah Berjaya melaksanakannya, barulah saya faham tentang adatadat kaum Bugis yang penuh dengan peradaban yang begitu memberangsangkan saya sendiri
23

iaitu adat-istidadat semasa perkahwinan, tarian dan sedikit sebanyak tentang Badik iaitu pisau
seperti keris kerana sebelum ini saya hanya didedahkan tentang adab-adab serta adat semasa
perayaan oleh keluarga. Bagi saya ilmu yang saya perolehi daripada hasil kajian ini adalah
sangat penting kerana saya juga sebilangan daripada kaum Bugis bagi mewariskannya kepada
anak-anak serta cucu kelak agar tidak pupus di ancam zaman.
Walaupun begitu, masih terdapat beberapa lagi kekurangan dan kekangan yang saya
hadapi sepanjang melaksanakan tugasan ini. Sepanjang menjalankan tugasan ini pelbagai
masalah yang saya hadapi dan saya percaya sebahagian masalah yang saya hadapi ini turut
dihadapi oleh rakan-rakan seperjuangan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
Kekurangan maklumat bahan adalah masalah utama yang saya hadapi untuk terus menyiapkan
tugasan ini. Selain itu, saya juga menghadapi masalah lain seperti ketidakfahaman akan bentuk
atau kehendak soalan yang diberikan kerana tugasan Kesantunan Masyarakat Malaysia ini
adalah tugasan yang pertama sepanjang pengajian saya di sini ditambah lagi subjek ini adalah
subjek yang baru diperkenalkan di seluruh Institut Pendidiakan Guru Malaysia (IPGM).
Masalah-masalah tersebut mengajar saya untuk lebih bijak menangani sebarang
masalah yang akan dihadapi kelak agar tidak berhadapan dengan tekanan yang agak
melampau. Jalan penyelesaian yang saya ambil untuk memudahkan tugasan ini dijalankan
adalah pergi berbincang sendiri kepada masyarakat mengenai kesantunan budaya dan bahasa
serta latar belakang suku kaum Bugis bagi melengkapkan maklumat dan bahan yang saya
perolehi. Jalan penyelesaian lain yang saya ambil ialah berjumpa dengan rakan-rakan Senior
dalam kampus ini untuk bertanyakan setiap persoalan yang sukar difahami serta berkongsi
pengalaman yang mereka ada untuk dimanfaatkan dalam menyelesaikan tugasan ini. Selain itu,
saya mengambil langkah mudah iaitu berhubung terus dengan Pensyarah iaitu Pn Hajah Narita
untuk mengemukakan persoalan yang dihadapi. Untuk menangani masalah lambakan tugasan
ia mengajar saya untuk lebih bersikap berdsiplin, bersikap lebih matang dan berintegriti dalam
menyiapkan tugasan yang diberi. Saya percaya bahawa jadual masa adalah penting bagi
kehidupan seseorang individu dalam kehidupan. Oleh yang demikian, adalah penting bagi
kehidupan seseorang individu itu berpandukan jadual harian bagi memudahkan pekerjaan,
tugasan yang diberi serta apa jua kelakuan harian.
Dapatan ilmu yang saya peroleh melalui penyertaan tugasan ini ialah apabila
menganalisis serta memberi pemahaman terhadap kesantunan budaya dan bahasa dalam
konteks kehidupan masyarakat Malaysia hari ini menggambarkan suasana yang begitu menarik

24

secara tidak langsung dapat perhatian perhatian mata dunia. Sebagaimana kita faham, bahasa
melayu adalah bahasa yang menduduki tangga teratas di Asia daripada hasil kajian
penggunaan pertuturan bahasa Negara-negara islam. Oleh itu, sebagai anak Malaysia haruslah
berbangga dengan apa yang dimiliki dan dikecapi oleh Negara pada masa kini.

25

8. RUJUKAN

A. Aziz Deraman. (2005). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Anjung ABUAIMAN. (2008, Oktober 16). Resipi Burasak Bugis. Retrieved September 4, 2013,
from Resipi Burasak Bugis: http://abuaiman.wordpress.com/2008/10/16/resepi-burasakbugis/
Anwar Din. (2007). Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Asmah Haji Omar. (2007). Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (2002). Setia dan Santun Bahasa. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Burasak. (2007, November 10). The Making of 'Burasak'. Retrieved September 2, 2013, from
The Making of 'Burasak': http://famia.blogdrive.com/archive/364.html
Faridah Bacho. (2012, Oktober 08). Secawancofee sesuduscremer. Retrieved September 3,
2013,

from

Makanan

Tradisi

Masyarakat

Bugis

Asli:

http://secawancoffee-

sesuducreamer.blogspot.com/2012/10/makanan-tradisi-masyarakat-bugis-asli.html
Kosmo Online. (2012). Masak juadah lapan jam. Kuala Lumpur: Akhbar Kosmo.
Masri, S., Yusof, A., & Shaari, M. R. (2006). Bahasa Melayu Dimensi Pelajaran dan
Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Mustafa Haji Daud. (1995). Budi Bahasa dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mustafa Haji Daud. (1995). Budi Bahasa dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
News Informasi. (2013, Mei 13). Tarian Adat Bugis. Retrieved September 3, 2013, from Tarian
Adat Bugis: http://newsinformasi013.blogspot.com/2013/05/tarian-adat-bugis.html
26

Nota Anak Ogik. (2010, September 17). Meneroka Maklumat Mengenai Dunia Bugis di Internet.
Retrieved September 3, 2013, from Meneroka Maklumat Mengenai Dunia Bugis di
Internet: http://bugisworld.blogspot.com/2010/09/burasak-di-pagi-raya.html
Omar, H. C., Mohamed, N., & Yusoff, R. (2009). Bahasa Verbal dan Bukan Verbal II. Kuala
Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Purna Paskibraka Indonesia. (2002, Mei 24). Pakaian, Tarian, Rumah Adat, Senjata Tradisional,
dan Sukunya . Retrieved September 3, 2013, from Pakaian, Tarian, Rumah Adat,
Senjata Tradisional, dan Sukunya : http://www.ppikotatasik.org/2012/05/pakaian-tarianrumah-adat-senjata.html
Singapura. Kementerian Penerangan, Perhubungan dan Kesenian. Majlis Bahasa Melayu
Singapura, Singapore. Ministry of Information, Communications and the Arts. (2012).
Perkhemahan adab dan kesantunan: 16 & 17 Mac 2012, Kelab Masyarakat Kampong
Ubi. Singapore: Majlis Bahasa Melayu Singapura.
Siti Rosman. (2006, September 22). singled out again. Retrieved September 1, 2013, from "Apa
woi,

woi?

Nama

saja

Melayu,

budi

bahasa

tadda..":

http://singsingsong2.blogspot.com/2006/09/apa-woi-woi-nama-saja-melayu-budi.html
Warkop Mbah Lalar. (2011, September 14). WASPADALAH! waspada aurat dalam bahasa
melayu , p. 1.

27

9. LAMPIRAN
R

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

Anda mungkin juga menyukai