Anda di halaman 1dari 15

Syakir Syazwan Bin Ahmad merupakan nama seorang budak

lelaki yang berumur 12 Tahun, berbadan sedikit tegap dan


tinggi,

berkulit

sawo

matang,

sekali

pandang

Syakir

mempunyai wajah yang begitu manis seiras dengan arwah


ibunya yang baru setahun meninggal dunia. Ibunya seorang
yang penyayang dan lembut, tidak pernah meninggikan suara
terhadap

anak anak, menjaga anak anak dengan penuh

kasih sayang tetapi sikap abang dan kakak Syakir yang leka
dalam menghayati nikmat dunia ini tidak pernah berterima
kasih kepada ibu yang membesarkan mereka dari mereka
tidak pandai bercakap sehinggalah pandai melawan cakap
ibunya.
Pada malam yang hening itu, Syakir sedang merenung ke
dada langit melihat keindahan yang diciptakan oleh Allah
S.W.T sambil memikirkan nasib dia dan adiknya yang bongsu
berusia 5 tahun. Kedinginan malam itu membuatkan hatinya
hiba mengenangkan ibunya yang sudah lama pergi.
Setelah ibunya meninggal dunia, ayahnya Pak Cik Ahmad
telah mengambil alih tugas ibunya iaitu menjaga anak anak
mereka seramai 4 orang.

Anak sulung bernama Syahir

berumur 19 tahun, manakala anak kedua, Syamimi satu


satunya si bunga dalam keluarga itu, berusia 17 tahun dan
ketiga Syakir. Anak bongsu Pak Cik Ahmad berusia 6 tahun
dan bernama Syafiq yang selalu selalu merindui belaian kasih
sayang seorang ibu. Walaupun Pak Cik Ahmad mempunyai
anak lelaki yang sudah dewasa tetapi perangai Syahir yang
tidak

suka

hidup

dalam

keadaan

yang

miskin

telah

menyebabkan dia keluar daripada rumah dan pergi ke bandar


untuk mencari duit. Begitu juga dengan kakak Syakir yang
lebih suka menghabiskan masa di rumah kawan kawannya
dan suka melakukan aktiviti yang tidak bermoral. Kehilangan
ibunya telah menyebabkan kehidupan mereka sekeluarga
telah berubah, tiada yang menjaga makan, pakaian dan segala
kelengkapan di rumah itu.
Pak cik Ahmad hanya bekerja sebagai petani di kebun
Pak Samad kadang kadang pak cik Ahmad mengambil upah
menjaga dan membersihkan kandang lembu dan kambing pak
Samad. Kesungguhan pak cik Ahmad bekerja membanting
tulang mencari rezeki telah menyentuh hati Syakir dan dia
mula berazam untuk menolong sedikit banyak ayahnya itu.
Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab terhadap

keluarganya Syakir telah mula mencari kerja sampingan di


pekan, Syakir perlu pandai menguruskan masa kerana tidak
lama lagi dia akan menduduki peperiksaan UPSR ( Ujian
Penilaian Sekolah Rendah ). Oleh itu, dia perlu bijak dalam
membahagikan masa untuk belajar dan masa untuk bekerja
supaya dia tidak akan tercicir dalam subjek yang tertentu.
Semasa pak cik Ahmad pergi mencari rezeki untuk
mereka sekeluarga, Syakir akan menghantar adiknya yang
bongsu iaitu Syafiq ke rumah Rita. Kesudian ibu Rita ingin
menjaga adiknya amat disenangi sekali oleh mereka kerana
dalam dunia yang akhir zaman ini, untuk berjumpa dengan
manusia yang masih lagi bersifat seperti ibu Rita itu amat
sukar sekali. Allah S.W.T telah meringankan segala beban
berat pak cik Ahmad dan keluarganya. Syakir mempunyai
seorang sahabat bernama Hanif dan Rita, mereka sentiasa
membonceng basikal ke sekolah bersama sama. Mereka
merupakan sahabat baik dan sentiasa membantu antara satu
sama lain apabila berada dalam kesusahan. Hanif merupakan
anak cikgu Hasnah di sekolah mereka yang merupakan guru
kelas bagi kelas tahun 6 Bijak.

Hanif seorang yang baik dan tidak kedekut ilmu, dia


selalu

menolong

Syakir

dalam

mengulangkaji

pelajaran

bersama dengan Rita. Keakraban mereka jelas terserlah


kerana mereka sentiasa meluangkan masa bersama sama di
sekolah, mahupun di luar sekolah.
Syakir, Rita dan Hanif merupakan calon harapan sekolah
dalam peperiksaan UPSR, kerana mereka sentiasa mendapat
keputusan yang cemerlang setiap kali peperiksaan dijalankan.
Sikap cikgu Hasnah yang baik hati sentiasa menolong Syakir
membuatkan Syakir berasa amat bersyukur sekali dengan
kehadirannya kerana cikgu Hasnah banyak membantunya
dalam pelajaran serta

kelengkapan pakaian sekolah, duit

saku dan sebagainya. Jasa dan budi baik cikgu Hasnah tidak
akan Syakir lupakan sampai bila bila kerana tanpa
pertolongan cikgu Hasnah ini Syakir tentu tidak akan keluar
dari kepompong kesusahnya itu.
Di penghujung hari, aku berdiri di depan jendela bilik
yang sengaja aku buka untuk memandang bintang yang tidak
pernah lelah menghiasi malam. Saat ini pada pukul 11.35
malam tetapi mataku belum juga terpejam. Terlalu banyak

masalah yang sedang memenuhi fikiranku ini . Ada saja


masalah yang terjadi dalam hidupku ini. Apa yang aku
inginkan hanyalah

sehari saja dalam hidup tanpa masalah.

Namun, aku hanyalah manusia biasa yang memiliki sekadar


keinginan dan kemahuan. Aku hanya dapat berdoa dan DIA
yang akan menentukannya.
Di dada langit, aku melihat satu bintang yang cahayanya
sangat terang. Terangnya lebih daripada bintang yang
lainnya. Ingin sekali aku memetik bintang itu dan ku genggam
erat dengan tanganku. Namun, hal itu tidak mungkin terjadi.
Bagiku, ada tiga alasan yang membuatnya ia adalah mustahil .
Pertama, bintang itu sangat jauh. Kedua, bintang lebih besar
dari tanganku walau dari kejauhan memang terlihat kecil.
Ketiga, bintang itu mempunyai haba yang tinggi. Oleh sebab
itu, lebih baik aku hanya menikmatinya dengan diam dan
tenang. Itu sudah lebih dari cukup bagiku untuk mehilangkan
resah di hati.
Aku melihat jam di dinding bilik yang terletak indah di
dinding yang ada di depan meja belajarku. Ya, aku sengaja
meletakkan jam itu

di dinding depan meja belajar agar aku

dapat melihat dengan mudah waktu untuk aku mengulangkaji


pelajaran kerana peperiksaan UPSR semakin hampir. Malam
semakin kelam aku mengambil keputusan untuk melelapkan
mata supaya esok masih ada tenaga untuk aku meneruskan
perjalanan hidup ini bersama dua permata hati kesayanganku.
Matahari mula merangkak tinggi, ayah sudah bertolak ke
tempat kerjanya dan aku pula membonceng basikal bergerak
ke sekolah ditemani oleh dua sahabatku iaitu Rita dan Hanif.
Pembelajaran di sekolah hari ini berjalan dengan lancar dan
setelah itu aku membonceng basikal menuju ke pekan untuk
mencari kerja sambilan bagi membantu ayah menyara
kehidupan kami. Dari jauh aku melihat warung Pak Ali yang
sibuk dengan pelanggangnya itu, setibanya aku disana aku
meminta tolong Pak Ali supaya memberikan aku peluang untuk
bekerja di situ.
baiklah Syakir kerjalah nanti aku bagi kau upahnya,
kau hanya perlu basuh pinggan dan gelas sahaja di belakang
kedai aku ni . Kata pak Ali kepada Syakir. Perasaan Syakir
begitu gembira kerana dapat bekerja dan membantu ayahnya
itu.

Hari sudah senja, Syakir meminta diri untuk pulang ke rumah


dan pak Ali memberikannya duit saku sebanyak RM10 untuk
hari pertama dia bekerja. Syakir pulang ke rumah dengan
gembira dan berasa bersemangat untuk mengulangkaji
pelajaran pada sebelah malam itu.
Pada suatu petang, aku melihat ayah yang berkerut
kerut dengan badannya yang sudah terbongkok bongkok
sedikit dan disertai suaranya yang batuk batuk itu. Keadaan
ayah yang sudah uzur tetapi sentiasa bersemangat untuk
pergi bekerja mencari rezeki dan ayah sanggup berkorban
demi aku dan adikku Syafiq.
Terlintas di mindaku kejadian yang berlaku setahun
yang lepas. Suatu hari, untuk membeli gula gula , adik telah
mengambil RM 1 dari poket seluar abang. Petang itu, selepas
aku

pulang

saja

dari

sekolah

aku

mendengar

abang

memanggil aku dan adikku. Dia meminta aku dan adik berdiri
di tepi dinding.
"Siapa ambil duit aku?" tanya abang Syahir bagai singa
lapar. Aku dan adik

langsung tidak berdaya menentang

renungan tajam mata abang. Kedua-dua kami membisu,cuma


tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua aku pukul!" sambung abang


sambil

mengangkat

tangan

untuk

melepaskan

pukulan

sulungnya ke pipi adik. Lantas , aku menangkap tangan abang


dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya
yang ambil!" Belum sempat aku menarik nafas selepas
mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih
berganti menghentam tubuhku.
Aku tergamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit
menahan sakit, setitis pun

airmata abang tak tumpah.

Setelah puas aku ditolak ke lantai, abang merungut: "jangan


kau berani ambil duit aku lagi ?"
Malam itu, adik memeluk aku. Dia melihat mukaku yang
luka kerana telah dibelasah oleh abang dan aku segera
memeluk adik dan menasihatkannya supaya tidak mengulangi
lagi perbuatannya itu. Adik menangis kerana tidak dapat
membantu aku yang telah dipukul itu.

Berbulan bulan telah berlalu, peristiwa aku dibelasah


kerana mempertahankan adik

bagaikan baru semalam

berlaku. Abang telah menghilangkan diri dan meninggalkan


ayah keseorangan untuk mencari duit demi sesuap nasi.
Perbuatan abang itu tidak dapat aku maafkan dan aku hanya
mampu berdoa supaya dia sedar akan kesalahannya itu dan
pulang ke rumah hidup bersama sama dalam satu keluarga.
Mengingat kisah lama tidak akan mampu mengubah nasib
keluarga kami jika tidak berusaha dan meminta pertolongan
daripada ALLAH S.W.T. Ayah sudah melelapkan mata kerana
badannya sudah letih seharian bekerja demi kami. Aku
sentiasa berdoa supaya ALLAH akan memberikan kesenangan
kepada ayah suatu hari nanti.
Sudah seminggu aku bekerja di warung pak Ali dan aku
sudah memberi wang hasil daripada kerjaku kepada ayah dan
ayah kelihatan amat sedih dan sebak sekali kerana ayah
merasa bersalah terhadap anak anaknya itu. Sebagai
seorang bapa, dia merasakan bahawa dia tidak menjalankan
tanggungjawabnya dengan baik malah menyusahkan anak
anak mencari wang untuk menampung kehidupan mereka. ayah

memelukku dan mengucapkan terima kasih, air mata ayah


telah

bercucuran

menyebabkan

aku

sebak

dan

juga

mengalirkan air mata.


Ayah berpesan padaku, Syakir belajar la bersungguh
sungguh, jadi orang yang berguna supaya mak kau rasa
bangga dengan kau, jangan sia-siakan peluang yang ada
menyesal dah tak guna, janji ngan ayah kau akan belajar
bersungguh sungguh dan jaga adik dengan baik.
Saya janji ayah, saya akan belajar bersungguh sungguh dan
akan ubah nasib keluarga kita

ayah. Ayah mengusap

rambutku dan menyuruhku masuk tidur dan mengulangkaji


pelajaran.
Air mata aku masih lagi mengalir dan aku dapat
merasakan kasih sayang ayah yang begitu kuat untuk anak
anaknya. Aku nekad akan mengubah nasib keluarga aku dan
tidak akan menyusahkan ayah lagi, malam itu aku tidur
dengan

semangat

yang

membara

untuk

meneruskan

perjalanan ini. Tinggal sebulan lagi untuk menghadapi Ujian


Penilaian Sekolah rendah dan aku mengambil keputusan untuk

berhenti bekerja untuk seketika dan menumpukan perhatian


terhadap pelajaran aku ni.
Pada suatu petang yang hening aku ternampak kelibat
abang Syahmi pulang ke rumah dengan muka yang ketat dan
masam, aku menegurnya tetapi ditolaknya badan aku hingga
jatuh tersungkur.Abang berlari masuk ke dalam rumah
menyelongkar semua barang dalam bilik akud dan biik ayah.
abang kau cari apa?,
Ahhh!! Sibuk la kau suka hati aku la, mana ayah?
ayah pergi kerja la bang.
aku nak duit mana duit? sambil mengeledah bilik ayah dan
abang terjumpa dompet ayah yang terdapat beberapa not
berwarna merah. Aku tidak sempat menyambar dompet ayah
dan abang melarikan dompet ayah.
Tetapi belum sempat abang keluar daripada rumah ayah
sudah tiba di rumah dan sempat menghalang abang tetapi
abang telah menolak ayah lalu ayah jatuh tersungkur. Kepala
ayah terhantuk dan berdarah. Ayah! Abang kau kenapa
sanggup kau buat ayah macam ni

Abang terus menghilang dan aku pergi ke rumah pak Samad


untuk meinta pertolongan daripadanya. Alhamdulillah Ayah
masih selamat dan mengalami cedera ringan di dahi tetapi
ayah tidak dibenarkan membuat kerja yang berat dan ayah
diarahkan oleh doktor supaya berehat di rumah selama
seminggu untuk mengembalikan semula kesihatannya.
Aku sangat kesal dengan perbuatan abang itu, aku harap
dia akan berubah dan tidak akan melakukan sesuatu yang
akan memberikan kesan yang buruk terhadap dirinya.
Seminggu berlalu, aku dikejutkan dengan berita tentang
abang yang telah ditangkap oleh polis kerana dia telah
dicekup ketika dia sedang menghisap dadah bersama kawan
kawannya di satu lorong di hujung kampung.
Aku begitu terkejut dengan perbuatan abang yang
sanggup membinasakan diri sendiri dengan terjurumus ke
lembah dadah itu. Abang telah dimasukkan ke dalam Pusat
Pemulihan Agensi Dadah Kedah, aku harap abang akan
berubah dan menjadi insan yang berguna untuk keluarga.
Sebulan telah berlalu, tiba masa untuk aku bersiap sedia
bagi menempuhi peperiksaan ini yang sekian lama telah aku

nantikan kehadirannya. Tidak lupa aku kepada dua sahabat


baik aku Hanif dan Rita, aku hanya mampu memberikan
semangat kepada mereka agar mereka dapat melakukan
dengan baik.

Masa berlalu dengan begitu pantas, seminggu sudah berlalu,


peperiksaan UPSR sudah aku tempuhi. Sementara menunggu
keputusan UPSR aku mengambil keputusan untuk kembali
bekerja di warung Pak Ali untuk menampung perbelanjaan
kami sekeluarga. Ayah dah mula bekerja selepas seminggu
keluar daripada hospital dan aku tidak mahu menyusahkan
ayah yang sudah berumur itu serta aku harap usaha aku
dapat membantu meringankan beban ayah.
Di suatu petang yang nyaman, semasa dalam perjalanan
pulang ke rumah aku ternampak kelibat susuk badan yang aku
amat kenal. Tanpa melengahkan masa lagi aku berlari
mendapatkannya, betul tekaanku orang itu ialah kakakku
Syamimi. Keadaan kakakku tidak terurus.
kak akhirnya kau dah balik.
Akir, kak nak jumpa ayah sambil teresak esak menangis.

jom kita balik jumpa ayah kami membonceng basikal


bersama.

Ayah

menyambut

kepulangan

kami

dengan

air

mata

berguguran di pipinya yang sudah berkedut itu. Kakak berlari


dan memeluk ayah dan meminta ampun daripada ayah. Ayah
begitu gembira melihat kepulangan kakak dan memaafkan
segala kesalahan kakak dan meminta agar kakak tidak akan
pergi meninggalkan kami semua lagi.
Alhamdulillah, semua ahli keluarga aku sudah bersatu
walaupun abang tidak berada di sini bersama kami, aku dapat
rasakan abang sudah bertaubat dan insaf. Kami akan sentiasa
menunggu kepulangan abang dengan hati yang terbuka.
Empat bulan telah berlalu, perubahan kakak begitu
mengembirakan ayah. Kakak sudah berubah menjadi seorang
yang penyayang dan bertanggungjawab, Syafiq begitu rapat
dengan kakak, pengganti kasih sayang seorang ibu untuk
Syafiq adikku yang bongsu. Aku dan sahabat baikku, Rita dan
Hanif mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR, kami
telah merancang untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah

Berasrama Penuh (SBP) bersama sama. Aku sangat


bersyukur dikurniakan sahabat yang begitu baik dan jujur
dalam persahabatan kami.
Aku merenung ke dada langit melihat keindahan ciptaan
Allah S.W.t, bintang yang bersinar terang itu menemani
malam ku yang kegelapan ini. Aku berdoa semoga Allah
merahmati keluargaku dan apa yang aku inginkan aku ingin
mengubah

nasib

keluargaku.

Malam

itu

aku

tidur

berbantalkan semangat juang aku demi keluargaku tercinta.

Anda mungkin juga menyukai