Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam
masyarakat dunia. Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan
sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini.
Salah satu agenda penting dalam matlamat perancangan pembangunan pendidikan bagi RMK9 ialah membangunkan istem pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini kerajaan akan
memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek, mempunyai disipin yang tinggi, bersikap kerjasama, dan mampu memainkan peranan
dalam masyarkat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang untuk dijadikan
show case kepada negara-negara lain di dunia.
Ciri dalam Kamus Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat (unsure,tanda) yang khusus
pada sesuatu atau membezakannya daripada yang lain. John Macdovalo (1993) menyatakan
kualiti sebagai memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan. Maka, dapatlah dikatakan untuk
menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri guru yang berkualiti ialah guru yang memenuhi
keperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi pengajaran dan pembelajaran,
sahsiah, kemahiran, kepakaran dan pengurusan. Oleh itu antara ciri-ciri yang perlu ada pada
guru berkualiti bagi menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, guru perlulah bertindak sebagai
penyebar ilmu. Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai
ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah..
Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu.
Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para
pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu.
Oleh itu dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam
merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yang
lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang di bentangkan iaitu guru perlulah
bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model,
mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan, dan
mengamalkan kemahiran profesional mampu meyediakan generasi muda untuk menghadapi
kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran
teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan
urusan harian dan limpahan maklumat sejagat.

LAPORAN TEMUBUAL
Pada 15 Julai 2014 yang lalu semasa saya menjalani latihan Internship dalam tempoh
satu bulan di Sekolah Kebangsaan Taman Segar, saya telah menjalankan satu sesi temubual
bersama dengan Guru Penolong Kanan 1, Puan Suria binti Mamat. Dalam sesi temubual yang
dijalankan, saya telah bertanyakan beberapa soalan tentang salah seorang guru di sekolah
tersebut yang mempunyai ciri-ciri yang mengamalkan etika keguruan. Menurut Puan Suria binti
Mamat, terdapat beberapa orang guru yang mempunyai ciri-ciri yang mengamalkan etika
keguruan. Salah seorang daripadanya ialah Puan Khairul Bariah binti Rahman, seorang guru
Pendidikan Khas Integrasi di sekolah tersebut. Menurut beliau lagi, Puan Khairul Bariah
merupakan seorang guru yang berdedikasi dalam menjalankan tugasnya di sekolah. Untuk
makluman, Puan Khairul Bariah telah berkhidmat selama 7 tahun di sekolah tersebut.
Pada awal sesi temubual, saya bertanyakan tentang etika perguruan yang harus
dititikberatkan oleh para guru dan kod etika yang perlu dipatuhi oleh para guru. Menurut Puan
Suria, seseorang guru itu haruslah mematuhi etika keguruan demi menjaga imej, maruah,
status, akhlak dan keperibadian seseorang guru. Menurut beliau lagi, etika keguruan ini
terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu menunaikan tanggungjawab terhadap murid,
tanggungjawab terhadap ibu bapa, tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dan
tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan. Tambah beliau lagi, etika
keguruan ini memainkan peranan yang penting bagi membentuk sifat kepimpinan seseorang
guru itu seterusnya meningkatkan martabat profesion keguruan dimata dunia. Puan Suria
menjelaskan bahawa pada zaman sekarang, segelintir masyarakat sering mempersoalkan
tanggungjawab seorang guru di sekolah dan seringkali memperlekehkan profesion keguruan itu
sendiri. Perkara ini amat mengecewakan bagi pihak diri beliau secara peribadi.
Setelah mendengar penerangan beliau, saya meneruskan kepada soalan saya yang
kedua iaitu siapakah guru yang mempraktikkan etika keguruan ini di sekolah sepanjang
seseorang guru itu berkhidmat. Puan Suria menjelaskan bahawa ramai guru di sekolah itu yang
mempraktikkan etika keguruan, akan tetapi yang paling ketara ialah Puan Khairul Bariah binti
Rahman, seorang guru Pendidikan Khas yang telah berkhidmat selama 7 tahun. Sebelum
sempat Puan Suria menerangkan lagi, saya telah menambah sedikit soalan sokongan
berkenaan tentang apakah yang dilakukan oleh Puan Khairul Bariah sehingga pihak pentadbir
menyatakan bahawa Puan Khairul Bariah adalah seorang guru yang mempraktikkan etika
keguruan dan dari aspek manakah yang diperhatikan oleh pihak pentadbir terhadap Puan
Khairul

Bariah.

Menurut

Puan

Suria,

Puan

Khairul

Bariah

adalah

seorang

guru

bertanggungjawab terhadap pelajarnya. Puan Khairul Bariah lebih mengutamakan kebajikan


dan keselamatan pelajarnya daripada hal-hal lain. Puan Suria turut menambah bahawa situasi
ini dapat dilihat semasa salah seorang daripada pelajar Pendidikan Khasnya tidak pulang ke
rumah lagi walaupun waktu sudah agak lewat ketika itu. Pada ketika itu Puan Suria baru sahaja
ingin bergerak pulang ke rumah memandangkan waktu kerja sudah tamat. Beliau
memerhatikan Puan Khairul Bariah dari jauh dan mendekatinya kerana ingin bertanyakan
situasi yang terjadi ketika itu. Akhirnya Puan Khairul Bariah mengambil keputusan untuk
menghantar pelajarnya itu pulang ke rumah tanpa memikirkan kepentingan peribadinya. Hal ini
adalah satu perkara yang amat dititik beratkan kerana dia telah mengutamakan kebajikan dan
keselamatan pelajarnya kerana risau perkara-perkara yang tidak diingini berlaku ke atas
pelajarnya itu.
Selain itu, Puan Suria juga turut menyatakan bahawa Puan Khairul Bariah juga seorang
guru yang disenangi para pelajarnya tidak kira di aliran perdana mahupun aliran Pendidikan
Khas. Hal ini kerana Puan Khairul Bariah sering menunjukkan satu cara pemakaian, pertuturan
dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. Sebagai contoh,
pemakaian Puan Khairul Bariah tidak menjolok mata dan sedap mata memandang. Selain itu,
pemakaian tanda nama juga sering diamalkan oleh Puan Khairul Bariah berbanding dengan
beberapa orang rakan sejawatnya yang lain. Perkara ini adalah melambangkan sikap Puan
Khairul Bariah yang tidak memandang remeh perkara yang dianggap kecil tetapi mendatangkan
pandangan streotaip orang sekeliling terhadapnya. Puan Khairul Bariah juga seorang yang
menjaga pertuturannya baik dengan pelajar mahupun rakan sejawat. Perkara ini dijelaskan oleh
Puan Suria ketika menyatakan situasi di mana para guru ketika itu sedang membuat persiapan
untuk Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Suasanan ketika itu amatlah sibuk dan sedikit
tekanan mula terasa. Kebiasaannya, jika seseorang itu berada dalam keadaan tertekan atau
tekanan, emosinya akan terganggu. Akan tetapi, Puan Khairul Bariah masih dapat menjaga dan
mengawal emosinya. Puan Khairul Bariah masih bertutur menggunakan nada yang rendah dan
air muka yang tenang. Tiada seorang murid pun yang dimarahinya pada hari persiapan tersebut
walaupun ada diantara murid tersebut yang masih berlari-lari disekitar kawasan persiapan
Sambutan Hari Guru. Puan Khairul Bariah hanya menegur dengan cara baik dan mendidik
kepada para pelajar yang melakukan kesalahan dan segala nasihat yang diberikan diambil oleh
para pelajar tersebut dengan rela hati.
Selain itu menurut Puan Suria lagi, Puan Khairul Bariah juga seorang yang amat
bertanggungjawab terhadap rakan sejawatnya. Perkara ini dapat dilihat semasa kesediaannya

membantu salah seorang guru Pendidikan Khas iaitu Puan Suhaiza binti Said yang baru
memasuki bidang profesion keguruan. Untuk makluman, guru yang baru memasuki bidang
keguruan perlu membuat beberapa projek sebagai alternatif untuk pengesahan jawatan dan
untuk membiasakan diri dengan tugasan sebagai seorang guru yang sebenar. Puan Khairul
Bariah secara sukarela membantu Puan Suhaiza untuk memberikan idea dalam membuat
projek. Segala idea yang diberikan boleh diterima dan agak bernas. Perkara ini sebenarnya
diceritakan sendiri oleh Puan Suhaiza kepada pihak pentadbir. Ini menunjukkan bahawa Puan
Khairul Bariah adalah seorang yang tidak lokek dengan ilmu pengetahuannya dan sedia untuk
berkongsi dengan orang lain. Puan Suria juga turut menjelaskan bahawa Puan Khairul Bariah
adalah

seorang

guru

yang

rajin

berusaha

dengan

sepenuhnya

dan

menunaikan

tanggungjawabnya dengan rajin serta bersungguh-sungguh. Buku Rancangan Pengajaran


Hariannya tidak pernah tidak dihantar kepada pihak pentadbiran untuk disemak. Ada dalam
kalangan rakan sejawatnya yang terlewat menghantar Buku Rancangan Pengajaran Harian.
Selain itu menurut Puan Suria lagi, Puan Khairul Bariah adalah seorang yang teguh pendirian
dan seorang yang ikhlas. Puan Khairul Bariah seorang yang bertanggungjawab terhadap ibu
bapa pelajarnya. Ini kerana walaupun ada diantara para ibu bapa pelajarnya yang mempunyai
latar belakang yang baik dan berpengaruh, akan tetapi dia mengelakkan diri daripada
menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibubapa para pelajarnya.
Tidak pernah pihak pentadbiran mendengar sebaran aduan tentang Puan Khairul Bariah yang
menyalahgunakan kelebihan dan kesenangan para ibubapa pelajarnya. Segala peruntukan
untuk sebarang aktiviti seringkali disumbangkan oleh dirinya sendiri dan kadangkala ihsan
daripada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Tambahan, Puan Khairul Bariah juga seorang yang tidak lari dari tanggungjawabnya
terhadap masyarakat dan negara. Menurut Puan Suria, Puan Khairul Bariah seringkali
memupuk dalam diri setiap pelajarnya sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing
mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna,
menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Hal ini dapat dilihat
semasa Program Mingguan Panitia bagi subjek Sivik dan Kewarganegaraan. Kebetulan pada
ketika itu Puan Khairul Bariah bertugas sebagai Ahli Jawatankuasa Aktiviti. Semasa majlis
penutupan, Puan Khairul Bariah sempat menyampaikan sedikit pesanan dan nasihat yang
berguna kepada para rakan sejawat dan pelajarnya agar sentiasa tolong menolong tanpa
mengira perbezaan kaum dan agama bagi menjamin perpaduan bersama. Seperti yang kita
ketahui, perpaduan adalah satu perkara yang memainkan peranan yang amat penting dalam

memastikan negara sentiasa aman dan makmur tanpa sebarang anasir-anasir yang
membuatkan masyarakat majmuk dalam negara kita menjadi pecah-belah dan kacau-bilau.
Selain itu, saya juga turut menemubual staff sokongan secara lisan mengenai
perwatakan Puan Khairul Bariah ketika berada di sekolah. Menurut Encik Salimi bin Abdul
Manaf iaitu staff sokongan makmal sains, Puan Khairul Bariah adalah seorang guru yang rajin
membantu rakan sejawatnya yang lain. Hal ini disokong ketika Encik Salimi sendiri pernah
mengalami situasi dimana dia perlu mengangkat hiasan bagi makmal sains yang kedudukannya
bertentangan dengan bilik guru Pendidikan Khas dan Puan Khairul Bariah turut membantunya
ketika itu serta turut memberikan sdikit cadangan berkenaan hiasan didalam bilik makmal
tersebut. Selain itu, Puan Khairul Bariah juga seorang yang amat prihatin dengan kebersihan.
Oleh sebab itu, menurut staff sokongan kontrak yang melakukan tugas-tugas pembersihan iaitu
Cik Azlina binti Daud, Puan Khairul Bariah secara ringan tulang membantu menjaga kebersihan
kawasan hadapan kelas Program Pendidikan Khas Integrasi. Dengan ini, ianya akan
memudahkan tugas pembersihan oleh staff sokongan kontrak lain.

PENULISAN ESEI
Berdasarkan laporan temubual yang telah saya lakukan ketika dalam tempoh Internship
selama sebulan di Sekolah Kebangsaan Taman Segar, terdapat beberapa ciri-ciri etika
keguruan yang telah saya kenalpasti hasil daripada temubual bersama pihak pentadbir. Pihak

pentadbir telah menjelaskan bahawa salah seorang daripada guru di sekolah tersebut
menunjukkan etika keguruan yang baik dan disenangi oleh rakan sejawat mahupun para
pelajarnya. Ciri-ciri etika keguruan ini adalah satu perkara yang amat penting dalam membentuk
dan menyempurnakan profesion keguruan ke taraf kesusilaan yang tinggi. Seperti yang
diketahui umum, profesion keguruan adalah satu profesion yang mulia dan dipandang tinggi di
mata dunia. Untuk mencapai kesempurnaan tersebut, seseorang guru itu perlu menunjukkan
contoh dan keteladanan yang baik melalui tindak-tanduknya. Setiap mata masyarakat sering
memerhati tingkahlaku seseorang guru dan menjadikannya sebagai role model untuk anakanak mereka. Perkara ini sebenarnya merupakan penghargaan kepada semua warga guru
kerana masyarakat sememangnya telah mengiktiraf profesion keguruan ini.
Berikut adalah antara ciri etika keguruan yang dapat dikenalpasti semasa sesi temubual
bersama pihak pentadbir. Ciri etika keguruan yang pertama ialah tanggungjawab terhadap
pelajar iaitu bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Seseorang guru itu sememangnya perlu
bersikap adil dan tidak bersikap berat sebelah atau pilih kasih terhadap para pelajarnya lebihlebih lagi ketika ada diantara pelajarnya yang melakukan sebarang kesalahan. Seseorang guru
itu perlu memberikan pengajaran yang sebaiknya terhadap pelajar yang melakukan kesalahan
secara saksama dan berhemah. Pengajaran yang diberi terhadap pelajar yang melakukan
kesalahan juga haruslah bersifat mendidik dan bukannya bersifat memalukan di khalayak ramai
kerana ianya akan menjatuhkan air muka pelajar tersebut dan membuatkannya menjadi rendah
keyakinan diri dan dipandang serong oleh rakan-rakannya mahupun para guru yang lain. Selain
itu juga, jika seseorang guru itu ingin memberikan sebarang penghargaan terhadap pelajarnya
yang menunjukkan peningkatan, beliau seharusnya memberikan penghargaan yang sama
kepada pelajar lain yang turut Berjaya. Seseorang guru itu tidak boleh memilih pelajarnya
berdasarkan paras rupa atau faktor yang lain untuk memberikan sebarang tanda penghargaan
kerana ianya akan menimbulkan sifat berat sebelah atau pilih kasih. Perkara ini merupakan satu
perkara yang perlu dijauhi oleh seseorang guru dan ciri etika ini tidak seharusnya ada pada
seseorang guru.
Pengamalan etika keguruan ini dengan betul akan mendatangkan implikasi positif
terhadap seseorang guru tersebut jika dia mengamalkannya. Antaranya ialah kebajikan para
pelajarnya akan terjamin lebih-lebih lagi jika seseorang pelajarnya itu mempunyai latar belakang
keluarga yang kurang bernasib baik dari segi faktor ekonomi. Seseorang guru itu juga akan
dipandang mulia dan kepercayaan rakan sejawat, para pelajar dan masyarakat akan

bercambah dan meningkat. Ini akan menyumbang kepada kelancaran perjalanan profesionnya
sebagai seorang guru. Namun, jika seseorang guru tersebut tidak mengamalkan etika keguruan
yang betul, ianya akan mendatangkan kesan negatif terhadap dirinya sendiri. Antara kesan
negatif jika seseorang guru itu tidak bersikap adil terhadap setiap orang pelajar dan mengambil
kira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama ialah imej
seseorang guru itu akan tercalar kerana tidak mengamalkan ciri etika yang betul. Selain itu,
kepercayaan dari pelbagai pihak juga tidak mudah untuk diperoleh dan akan menyebabkan
urusan pekerjaannya secara tidak langsung akan mengalami gangguan. Sebagai contoh jika
seseorang guru itu pilih kasih terhadap pelajarnya yang mempunyai paras rupa dan latar
belakang yang baik, semestinya ianya akan menjadi isu dalam kalangan pelajar mahupun para
guru yang lain. Secara tidak langsung imej keguruan dan kredibiliti seseorang guru tersebut
akan tercalar kerana dilabelkan sebagai mengambil kesempatan terhadap kelebihan pelajarnya
itu.. Selain itu juga, nasib pelajar lain yang kurang bernasib baik juga tidak terbela dan mungkin
masalah disiplin juga akan semakin meningkat jika seseorang guru itu mengamalkan sikap pilih
kasih dan tidak bersikap adil terhadap setiap orang pelajarnya.
Selain itu, antara ciri etika keguruan lain yang dikenalpasti semasa sesi temubual ialah
sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya untuk para guru yang baru dalam
profesion keguruan. Seperti yang kita ketahui, profesion keguruan ini bukanlah satu profesion
yang mudah. Segelintir daripada masyarakat kita memandang enteng dan sering mengatakan
profesion keguruan ini merupakan satu profesion yang mudah. Mereka sering mengeluarkan
kenyataan bahawa guru hanya bersenang-lenang di sekolah dan mendapat imbuhan yang
mewah yang tidak setimpal dengan tugasannya yang mudah di sekolah. Hanya para guru
sahaja yang tahu bahawa profesion keguruan ini mudah atau tidak, lebih-lebih lagi untuk para
lepasan ijazah keguruan yang baru sahaja memasuki bidang profesion keguruan yang sebenar.
Tidak semua perkara itu indah dan mudah seperti tanggapan segelintir masyarakat. Para guru
yang baru memasuki bidang profesion keguruan kebiasannya mengalami sedikit kejutan
budaya. Bebanan kerja juga kebiasaannya akan seiring dengan kejutan budaya tersebut. oleh
sebab itu, sebagai guru berpengalaman seharusnya membantu rakan sejawat mereka yang
baru menjejak kaki ke dalam bidang keguruan. Para guru yang berpengalaman boleh
mencurahkan segala ilmu dan panduan kepada rakan sejawat baru mereka. Seperti kata
pepatah Belajar Melalui Pengalaman adalah bertepatan bagi situasi ini. Dengan ini, para guru
yang baru memasuki bidang keguruan ini akan dapat menerima input yang berguna disamping
dapat menerima budaya dalam profesion keguruan yang sebenar. Sebagai seorang guru yang
berpengalaman, seseorang guru seharusnya tidak lokek untuk mencurahkan segala ilmu dan

input kepada rakan sejawatnya yang lain lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru sahaja
memasuki bidang profesion keguruan ini. Ini kerana ilmu itu sememangnya bersifat untuk
dikongsi. Ianya akan menjadi lebih berkat jika ilmu itu diamalkan dan dikongsi kepada pihak
yang lain. Hasilnya ianya akan mendatangkan keberkatan dalam hidup. diharapkan dapat
memperuntukkan masa bukan sahaja untuk aktiviti pengajaran seperti merancang pengajaran,
mengajar di dalam bilik darjah, dan memeriksa kerja rumah, tetapi juga untuk tugasan seperti
melaksanakan aktiviti kokurikulum, menghadiri atau menyelaras aktiviti pembangunan
profesional, serta melibatkan diri dengan ibubapa dan komuniti. Guru juga diberi tugas
pentadbiran berkaitan pengajaran dan pembelajaran seperti mengisi kad laporan murid dan
memantau kehadiran murid di dalam bilik darjah. Guru di Malaysia menzahirkan kebimbangan
yang serius tentang waktu bekerja yang panjang serta pelbagai aktiviti yang perlu mereka
laksanakan.
Implikasi positif terhadap pengamalan etika keguruan ini ialah seseorang guru yang
baru sahaja memasuki bidang profesion keguruan akan dapat mempelajari sesuatu dengan
berpandukan tunjuk ajar yang diberi. Walaubagaimanapun, seseorang guru yang baru
memasuki profesion keguruan boleh mempelajari selok-belok bidang keguruan walaupun tanpa
diberikan tunjuk ajar oleh rakan sejawatnya yang lebih berpengalaman, akan tetapi ianya akan
mengambil masa berbanding dengan diberi tunjuk ajar dan panduan yang sebaiknya. Selain itu,
antara implikasi positif yang lain ialah urusan pekerjaan dapat dijalankan sebaik dan
sesempurna mungkin. Ini kerana berdasarkan panduan yang telah diberi, guru yang baru
memasuki bidang profesion keguruan ini akan tahu dan dapat membezakan perkara yang boleh
dan tidak boleh dilakukan dan diaplikasikan dalam profesion keguruan. Secara tidak langsung,
ianya dapat meningkatkan mutu kerja, integriti dan meningkatkan taraf sistem pendidikan
negara khususnya. Namun, jika seseorang guru yang berpengalaman itu tidak bersedia
membantu rakan sejawat terutamanya bagi para guru yang baru dalam profesion keguruan dan
tidak mahu membantu mereka, ianya akan mendatangkan kesan negatif kepada kualiti
pekerjaan, pendidikan seterusnya akan memberikan tekanan kepada guru baru terbabit
khususnya.
Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, etika
keguruan seperti tanggungjawab terhadap ibu bapa dapat meningkatkan anjakan kerjasama
dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Ianya bagi melengkapkan setiap
ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana penglibatan ibu bapa dan
akses dalam talian kepada kemajuan anak di sekolah. Secara tidak langsung, sistem

pendidikan negara akan meningkat dan taraf pendidikan di Malysia juga akan semakin
kembang dengan pesatnya. Pengukuhan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral
dengan lebih tumpuan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid
akan memartabatkan lagi sistem pendidikan negara. Kementerian beriltizam untuk bekerjasama
dengan ibu bapa dan pihak berkepentingan setempat bagi menentukan masa depan sekolah
dan memastikan kualiti pendidikan anak mereka diberi keutamaan dengan melipat gandakan
usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan bagi mewujudkan dan menyesuaikan persekitaran
pembelajaran kondusif untuk semua murid.
Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam
merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik pada hari ini
telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang
menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru adalah merupakan ejen kepada
keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab,
kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru
menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira
bangsa dan agama. Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan
betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh
bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola
dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah
secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih
mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi
secara professional dan kreatif.
Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan
turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai
profesion perguruan dari masa ke semasa. Di antara perkara pokok yang dibangkitkan ialah
keperluan guru-guru sekolah menengah untuk mendapat pendidikan tinggi supaya murid-murid
yang bakal dididik nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang
tinggi dan usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakan cabaran yang kuat di dalam
profesion perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi juga masa kini. Sebagai seorang
pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah
yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajui negara ini. Oleh itu
kemahiran dan pengetahuan mengenai selok-belok pendidikan harus diperkemaskan dari

semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan


kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik.
Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan
yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah kerana kursus yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk
mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar
dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha
kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada
budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran mereka. Sebagai seorang guru, tanggungjawab
utamanya ialah membentuk anak didik agar mereka berjaya menjadi manusia yang mampu
meneruskan

kehidupan

pada

masa

hadapan

tanpa

memerlukan

bantuan.

Guru

bertanggungjawab membina keyakinan para pelajarnya untuk menimba ilmu kehidupan


secukup-cukupnya agar mereka tidak longlai di masa hadapan yang penuh dengan cabaran.
Nyatanya,

guru

tersebut

harus

dianggap

gagal

memikul

tanggungjawabnya

kerana

mengakibatkan beberapa pihak telah kurang keyakinannya terhadap kredibiliti beliau memikul
amanah untuk menunjukkan contoh teladan yang murni. Setiap kali terpampangnya isu
sedemikian di media, ianya akan menjadi bahan bualan di seluruh pelusuk negara. Rata-rata
pembaca akan mengaitkan pula isu tersebut dengan peristiwa yang berlaku di sekolah
persekitaran mereka. Hebahan sedemikianlah yang makin menyebabkan reputasi dan kualiti
warga guru semakin terhakis di mata masyarakat.
Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau
mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion
keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai,
penyelia, pengawal dan sebagainya. Tugas guru bukan setakat mengajar murid-murid
mengenai mata pelajaran yang telah ditetapkan dalam kurikulam, tetapi menyampaikan
pelbagai ilmu pengetahuan yang bermanfaat bagi perkembangan mental murid-murid. Bahkan
guru dipertanggungjawabkan untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid-murid supaya
mereka menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan berguna kepada
negara. Justeru itu, guru mempunyai akauntabiliti terhadap pencapaian, kemajuan dan
kecemerlangan murid-murid dalam bidang pelajaran dan juga dari segi moral serta akhlak. Di
samping melaksnakan tanggngjawab mendidik murid-murid, guru juga bertanggungjawab untuk

memelihara imej dan tngkah laku diri sendiri. Faktor ini amat enting kerana guru hendaklah
menunjukkan teladan yang terbai kepada murid-murid. Guru hendaklah sentiasa mempamerkan
imej yang terbaik dengan berpakaian kemas dan sederhana, lemah lembut dan mesra, rajin dan
tegas serta amanah dalam menjalankan tugas. Dengan penerapan nilai-nilai ini, guru akan
sentiasa dihormati oleh murid-murid. Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh
membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil
sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga
memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini
bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam
pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu program. Jadi, guru seharusnya
mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat
menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada muridmurid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai
murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa
pelajar. Guru merupakan orang yang kedua penting dalam kehidupan setiap murid. Apabila ibu
bapa memasukkan anak mereka ke sekolah, maka ibu bapa menaruh harapan yang besar ke
atas guru untuk mendidik anak-anak mereka supaya menjadi orang yang berilmu dan berguna
kepada nusa dan bangsa. Harapan ibu bapa ini menjadi amanah dan tanggungjawab bagi guruguru dan wajib dilaksanakan. Kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam
bilik darjah iaitu dengan mematuhi jadual, menepati masa, serta menjalankan tugas dengan
teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

RUMUSAN
Oleh itu dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam
merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yang
lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang di bentangkan iaitu guru perlulah
bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model,
mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan, dan
mengamalkan kemahiran profesional mampu meyediakan generasi muda untuk menghadapi

kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran


teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan
urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Dalam jangka masa pendek, usaha ini
memerlukan tindakan segera dengan mewajarkan program dan menyemak proses perolehan
apabila kontrak sedia ada diperbaharui. Dalam konteks ini pihak kerajaan perlu bersungguhsungguh dalam menjadikan profesion perguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani
ramai.

Usaha

tanggungjawab

untuk
yang

memartabatkan
besar

dalam

profesion

meningkatkan

perguruan
aspek

sebenarnya

mempunyai

keprofesionalannya

dengan

melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi. Bidang pendidikan
sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah untuk
memenuhi kehendak negara merealisasikan hasrat wawasan 2020. Setiap perubahan yang
dilakukan dalam kurikulum pendidikan menjadi satu cabaran kepada profesion keguruan. Oleh
itu,sewajarnya guru sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan kemahiran serta menjaga
etika profesion keguruan. Isu memartabatkan profesion keguruan perlu ditangani secara serius
kerana kejayaan sesebuah masyarakat dan negara berteraskan kepada kegigihan golongan
pendidik yang berilmu dan beriltizam tinggi serta menjadi contoh pengamal ilmu yang terbaik.

RUJUKAN
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying dan
Wong Kiet Wah (2010)
Cabaran Dan Harapan dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru. Professor Dr Saedah Siraj
dan Nurhayati Ishak (2006).

Kamus Dewan, Edisi Keempat. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur 2007.
Pendidikan di Malaysia . Mok Soon Sang (1996). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman