Anda di halaman 1dari 5

TERAPI BERMAIN

Dalam tugasan ini saya memuat turun dua petikan video berkaitan
perlaksanaan terapi bermain kanak-kanak dalam internet.
Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai
sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak
tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan
bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat
masing-masing. Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat
membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar. Terapi main
membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap
aktiviti yang dijalankan.
Menurut Thompson dan Henderson (2007 : 415) pula terapi bermain adalah
penggunaan model-model teoritis secara sistematis untuk menjalin sebuah proses
interpersonal dimana seorang terapis menggunakan kekuatan-kekuatan terapetik
dari kegiatan bermain, untuk membantu para klien dalam mencegah atau mengatasi
masalah-masalah psikososial dan mencapai taraf pertumbuhan dan perkembangan
secara optimal. Konsep terapi bermain ialah melalui bermain kanak-kanak lebih
mengenali dunia, ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain serta kanak-kanak
berpeluang meneroka identiti masing-masing.
Proses terapi bermain mempunyai beberapa tahap iaitu tahap satu sehingga
tahap keempat. Tahap satu ialah perasaan diterima akibat hubungan erat yang
terbina. Misalnya dalam video yang dimuat turun, kaunselor menyedarkan murid
bahawa mereka diterima dengan bermain puppet dengan kanak-kanak. Ini dapat
memupuk perasaan diterima serta membina hubungan yang erat. Tahap kedua pula
meluahkan perasaan secara yang terpendam. Contohnya, dalam video tersebut
kaunselor menulis senarai perasaan dan meminta murid meletakkan butang ke atas
senarai perasaaan serta mewarna mengikut perasaan yang dialamai. Dalam video
ini juga murid dan kaunselor bermain dengan menggunakan puppet. Dengan ini
murid dapat meluahkan perasaan yang terpendam seperti gembira, sedih, marah,

kecewa dan sebagainya kepada kaunselor. Apabila berlakon mereka mengeluarkan


perasaan sebenar. Contohnya dalam video ini kaunselor menanya adakah kamu
suka pergi ke sekolah, adakah suka membuat kerja rumah semasa berlakon
dengan menggunakan puppet. Dengan ini kaunselor dapat memahami perasaan
murid dan perwatakan murid tersebut.
Tahap ketiga, penerokaan peristiwa iaitu mencari punca masalah atau
meneroka masalah dengan mendalam. Misalnya dalam video ini kaunselor menanya
kenapa kamu rasa sedih dan gementar dan sebagainya. Seterusnya murid
menjawab soalan tersebut dengan jelas. Dengan ini kaunselor dapat mengetahui
sebab utama sesuatu masalah berlaku.
Akhirnya tahap keempat bertindak ke atas penyelesaian yang dipilih.
Contohnya kaunselor bertindak mengikut jalan penyelesaian yang dipilih. Misalnya
dalam video ini guru bertindak berlakon dengan menggunakan puppet. Dengan ini
murid dapat menyatakan perasaan mereka semasa berlakon.
Terdapat beberapa langkah untuk melaksanakan terapi bermain. Langkah
pertama ialah bilik terapi. Kelengkapan bilik terapi bersesuaian bergantung kepada
kesesuaian kanak-kanak. Contohnya dalam video yang dimuat turun bilik terapi
sangat sesuai untuk kanak-kanak. Hal ini kerana bilik terapi sangat bersih, tenang,
selamat serta mempunyai bahan-bahan resos seperti patung, pasir, berus warna,
warna, serta alatan asas seperti rak buku, cermin, almari dan segainya.
Selain itu bilik terapi perlu mempunyai media mainan. Misalnya dalam video
tersebut, bilik terapi mempunyai media mainan seperti puppet, patung, pasir, alatalat melukis serta mewarna dan sebagainya. Ini mendorong ekspresi pemikiran dan
perasaan kanak-kanak. Kanakkanak berasa gembira dengan media mainan yang
sedia ada. Seterusnya bilik terapi merupakan peluang untuk menguji realiti kanakkanak. Contohnya dalam video tersebut, kaunselor dapat memahami perasaan serta
perwatakan sebenar kanak-kanak dengan media mainan puppet. Dengan puppet
kaunselor dapat mengenalpasti bahawa murid tersebut tidak suka matapelajaran
matematik dan tidak suka untuk membuat kerja rumah yang diberikan ke sekolah.

Media mainan dibekalkan untuk kanak-kanak dengan cara yang boleh


diterima untuk meluahkan perasaan yang tidak diingini. Misalnya dalam video,
puppet diberikan untuk mengeluarkan perasaan serta masalah yang dialami. Kanak
tersebut menjawab semua soalan serta perasaan dengan menggunakan puppet.
Selain itu media mainan perlu mudah dimanipulasi oleh kanak-kanak. Dalam video
tersebut, puppet mudah dimanupulasi dan digunakan oleh kanak tersebut.
Terdapat beberapa kategori mainan iaitu mainan mencirikan kehidupan
sebenar. Misalnya set permainan pekerjaan seperti polis, doktor dan tukang masak
serta set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon. Dalam video
tersebut, kaunselor mengadakan set permainan di sekolah. Misalnya dialog antara
rakannya di sekolah. Kaunselor sabagai rakan menanya soalan manakala kanak
tersebut menjawab semua soalan.
Selain itu terdapat juga mainan bercirikan luahan perasaan agresif seperti
gari, penukul, peralatan military, topeng serta mainan bercirikan luahan perasaan
kreatif seperti crayon, playdoh, kad, boneka bekas air di dalam terapi bermain.
Dalam video, kaunselor menggunakan mainan bercirikan luahan perasaan kreatif
iaitu puppet. Puppet menarik perhatian kanak tersebut.. Dengan ini, dia meluahkan
perasaan kepada kaunselor tanpa berasa takut.
Sebelum memulakan terapi bermain, guru menerangkan cara bermain
sesuatu permainan dengan jelas. Dalam video klip tersebut, kaunselor memberi
arahan yang jelas sebelum memulakan sesuatu permainan.
Salah satu kebaikan terapi bermain ialah mengurangkan masalah tingkah
laku. Contohnya apabila terapi bermain diadakan, kaunselor dapat mengesan
masalah

murid

dan

seterusnya

dapat

mengambil

tindakan

sesuai

untuk

mengurangkan masalah tingkahlaku yang tidak diingini. Dalam video tersebut,


kaunselor dapat mengenalasti masalah bahawa murid tersebut tidak suka pergi ke
sekolah. Dengan ini kaunselor dapat mengambil tindakan yang sesuai untuk menarik
perhatian murid untuk kke sekolah.

Selain itu terapi bermain meningkatkan komunikasi. Contohnya dalam video,


apabila bermain dengan menggunakan puppet murid berkomunikasi antara satu
sama lain. Dengan ini murid dapat meningkatkan perbendaharaan kata, tatabahasa,
cara menggunakan bahasa, bahasa yang betul semasa berkomunikasi dan
sebagainya. Dengan ini murid dapat meningkatkan kemahiran komunikasi serta
berani untuk berkomunikasi.
Tambahan pula terapi bermain membantu kanak-kanak menilai diri sendiri.
Dengan terapi bermain, kanak dapat menilai kelebihan dan kekurangan diri sendiri.
Contohnya dalam video, apabila bermain mereka dapat mengesan kelebihan dan
kelemahan. Mereka dapat mengesan kelebihan dari segi mewarna, bercakap
dengan menggunaan puppet dan sebainya. Ini membantu mereka untuk
memperbaiki kelemahannya, serta dapat meningkatkan kemampuannya.
Terapi bermain juga meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang.
Dengan terapi bermain kanak-kanak dapat mempercayai sesorang dan berkongsi
masalah mereka. Dalam video tersebut, kanak mempercayai kaunselor dan
berkongsi masalah seperti tidak suka matapelajaran Matematik, sebab berasa
sedih dan gementar sebagainya.
Selain itu terapi bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
membuat pilihan sendiri. Misalnya semasa bermain mereka membuat keputusan
sendiri untuk bermain permainan. Dalam video, murid membuat keputusan sendiri
memilih barang permainan iaitu puppet.
Terapi bermain menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan.
Misalnya dalam video tersebut murid tidak berasa takut untuk meluahkan perasaan
perasaannya kerana ia merupakan tempat yang selamat untuk berkongsi masalah
serta perasaan. Unsur kerahsiaan tidak perlu dibimbang kerana guru cekap
menyimpan masalah sesorang.
Terapi main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang
sepenuhnya terhadap sesuatu aktiviti yang dijalankan. Contohnya dalam video
tersebit, murid menumpukan sepenuh perhatian kepada aktiviti permainan. Dia
mendengar arahan dengan teliti dan seterusnya bermain permainan dengan betul.

Ini membantu murid menunjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap
sesuatu aktiviti yang dijalankan.
Terapi bermain membantu memupuk keyakinan diri dalam kalangan murid.
Dalam video tersebut murid berkeyakinan untuk bermain permainan puppet,
mewarna dan serta berani menjawab semua soalan yang diajukan semasa berlakon
dengan menggunakan puppet. Dengan terapi bermain murid Kebolehan memberi
pendapat
Salah satu kelemahan dalam terapi ini ialah kos kewangan yang tinggi.
Contohnya guru bimbingan dan kaunseling memerlukan kos yang tinggi untuk
membeli barang-barang permainan seperti patung, puppet, topeng, crayon dan
sebagainya. Selain itu terapi bermain memerlukan tempat yang besar dan luas untuk
kanak-kanak bermain. Terapi bermain juga tidak dapat diaplikasikan di rumah.
Seterusnya kepakaran yang terhad dalam terapi bermain. Guru tidak mempunyai
kemahiran dan kepakaran yang mandalam dalam terapi bermain. Tambahan pula
kerjasama ibubapa, guru serta murid adalah kurang baik. Hal ini kerana mereka
tidak mempunyai pengetahuan dalam terapi bermain.
Kelemahan yang seterusnya ialah murid tidak mematuhi arahan guru. Guru
perlu menerangkan peraturan permainan dengan jelas sebelum memulakan sesuatu
terapi. Selain itu, murid tidak mengikut giliran yang ditetapkan. Ini menyebabkan
pergaduhan antara murid lain.
Kesimpulannya, terapi bermain sangat berkesan untuk seseorang murid. Ia
merupakan satu aktiviti yang memberikan kegembiraan dan keseronokkan. Dengan
terapi bermain murid dapat berkongsi masalah, membina keyakinan, membuat
keputusan dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai