Anda di halaman 1dari 20

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

TOPIK 2

TAJUK 3 :
PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengurusan pendidikan jasmani dan
sukan. Di dalam topik ini perbincangan ini meliputi jenis-jenis pentadbiran oleh
sesorang pentadbir serta perancangan sesebuah organisasi, belanjawan dan
komunikasi. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan
rujukan dan latihan terarah bagi memudahkan kefahaman disamping sumber
rujukan sebagai bacaan tambahan.
.

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:


1. Menjelaskan konsep pentadbiran
2. Memahami prinsip-prinsip perancangan
3. Menghuraikan prosedur dan proses komunikasi
4. Menjelaskan keperluan di dalam susun atur stor
5. Menghuraikan peranan pentadbir di dalam membuat belanjawan
6. Mengkatergori jenis-jenis pengurusan dan pentadbiran
7. Mencadangkan lawatan ilmiah ke agensi berkaitan

63

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Kerangka konsep tajuk Program Pembangunan Sukan

Belanjawan

Perancangan

Pengurusan
Pendidikan
Jasmani dan
Sukan

Komunikasi

Teknologi Dalam
Sukan

Organisasi Dan
Pentadbiran

64

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

KANDUNGAN

3. 0. PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN


3.1. Organisasi
Pendidikan jasmani merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah
pendidikan jasmani mempunyai ketua panitia dan dibawah kuasa guru penolong
kanan akademik
3.1. Definisi Organisasi
Sekumpulan individu berusaha untuk menyempurnakan satu-satu tugas yang
tidak boleh dilaksanakan oleh seorang individu sahaja. Fungsinya, tujuan dan
objektif organisasi akan jenis struktur organisasi. Struktur pula menentukan
tugas seseorang individu dalam organisasi tersebut dan perhubungan dengan
individu lain.
Mengikut Pfiffner (1960) organisasi adalah persediaan yang sistematik untuk
tindakan dan menstrukturkan individu serta fungsi kepada pertalian-pertalian
yang

produktif.

Organisasi juga

mencari

satu

pola

kemahiran

dan

tanggungjawab yang boleh diselaraskan serta penyatuan tujuan melalui


pengawasan.

65

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

3.2. Definisi Pentadbiran


Pentadbiran merupakan satu proses atau keadaan yang melibatkan 2 atau lebih
individu mengembleng tenaga untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Leith
(1990) pentadbiran melibatkan proses perancangan, pengelolaan, bimbingan
dan kawalan keatas sumber-sumber yang wujud untuk menghabiskan kerja
yang diharapkan atau untuk mengarahkan

program kepada pencapaian

matlamat-matlamat tertentu. Daughtrey & woods

(1976) : pentadbiran

merupakan koordinasi aktiviti oleh individu dalam kumpulan yang tersusun.


Pentadbiran

melibatkan pengurusan kakitangan, perancangan organisasi,

penghasilan dan perhubungan awam.


3.2.1. Perkaitan antara Pentadbiran Dan Organisasi
Organisasi dibentuk untuk membekalkan suatu struktur atau sistem yang
berkesan bagi mencapai tujuan satu-satu kumpulan. Pentadbiran ialah
sebahagian daripada organisasi. Ia membimbing tingkah laku individu di
dalam organisasi untuk mencapai tujuan yang ditetapkan. Organisasi
membekalkan struktur untuk mencapai sesuatu matlamat oleh satu-satu
kumpulan dan pentadbiran membekalkan unit-unit yang berfungsi untuk
menjalankan organisasi dengan berkesan. Pentadbiran diperlukan untuk
menubuh sesuatu organisasi

3.3. Jenis-jenis Pentadbiran


a. Pentadbir Laissez-faire
Pentadbir jenis ini tidak menonjolkan diri malah tidak menunjukkan
kepimpinannya. Ia membiarkan organisasi itu berfungsi dengan
sendiri dengan membolehkan individu di dalam organisasi itu
melakukan apa saja yang diingini.
Pentadbiran jenis ini bersifat melepaskan autoriti dan kuasa
mengarah. Pentadbir menggunakan sedikit sahaja kuasa formal
dan tiada usaha untuk mendapatkan kuasa tidak formal.

66

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Pentadbiran Laissez-faire membolehkan percubaan idea-idea baru


tanpa kawalan dan ini menyebakan wujudnya program baru.
kelemahan Laisseze Faire

Kekurangan dari segi kepimpinan.

Kakitangan adalah lemah.

Program dan polisi yang lemah dijalankan berterusan tanpa had

Guru dan jurulatih terus berkhidmat tanpa cabaran atau


pembetulan.

Tidak wujud keinginan untuk mencapai tahap cemerlang.

Tidak banyak perancangan jangka panjang.

b. Pengurusan Autokratik atau Autoritatif

Pentadbiran yang menggunakan pemerintahan kuasa mutlak.


Kuasa dan autoriti digunakan untuk berfungsi dan mengawal
semua individu di dalam organisasi.

Pentadbir bukan ketua tetapi pemimpin. Ini membolehkan masalah


kakitangan diatasi dengan senang.

Keputusan

yang

dibuat

oleh

pentadbir

autokratik

adalah

berasaskan pendapat dan bukan daripada pemikiran yang


mendalam. Ketua suka mengarah dan kakitangan tidak diberi
peluang untuk membuat keputusan bersama.

Pentadbir tidak bertimbang rasa malah menggunakan paksaan


dalam kes-kes tertentu. Pentadbiran ini juga menghasilkan insan
Pak Turut yang kurang berinisiatif dan berminat

kelemahan autokratif

Keputusan dibuat tanpa mengambil kira semua fakta.

Program dan polisi ditentukan oleh ketua.

Tidak terdapat kumpulan perbincangan untuk mendapat kata


sepakat.

Guru atau jurulatih tidak dapat menimba pengalaman dalam


67

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

mengarah dan membangunkan program.

Kakitangan menjadi penerima dan sebarang aduan dianggap


sebagai cabaran terhadap organisasi tersebut.

3.4.

Perancangan (Planning)
Merancang adalah elemen yang sangat diperlukan oleh organisasi sukan.
Ini bertujuan supaya objektif organisasi dapat ditentukan dalam jangka
masa yang tertentu dan dapat mewujudkan tata cara yang baik. Ini
bertujuan supaya organisasi mendapat dan menggunakan sumber yang
diperlukan untuk mencapai objektif yang telah ditentukan. Selain itu
anggota organisasi dapat meneruskan aktiviti kerja yang telah ditentukan
selaras dengan objektif dan tata cara yang telah dipilih. la juga
merupakan kemajuan ke arah mencapai objektif sesebuah organisasi
yang dapat mengawal dan dinilai supaya sama-sama membetulkan
keadaan jika ia tidak memuaskan. Perancangan adalah satu aktiviti
penetapan matlamat dan objektif yang dirangka secara tersusun dan
sistematik. Perancangan yang baik dan berkesan adalah yang tidak
bermasalah dan mudah untuk dilaksanakan.

3.4.1. Kategori perancangan:


i. Perancangan Strategik
dirangka bagi memenuhi objektif organisasi merangkumi pelan
tindakan dan aktiviti yang menjurus kepada kepentingan
kewujudan organisasi tersebut. (Master plan).

68

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

ii. Perancangan Operasi


dirangka secara terperinci untuk melaksanakan plan strategik.
iii. Perancangan Jangka panjang dan Jangka Pendek
Melibatkan tempoh masa, boleh jadi satu tahun atau kurang/lebih
ditentukan berdasarkan objektif ingin yang dicapai.
iv. Perancangan Berfungsi
Bersifat bertindan dan ianya berkaitan antara rancanganrancangan lain yang telah sedia ada.
contoh:

Perancangan sumber manusia

Perancangan kewangan

Perancangan program pembangunan atlet sekolah

3.4.2. Langkah-langkah dalam merangka sesuatu perancangan:

Memilih idea yang terbaik

Mengenal pasti sumber yang boleh menyumbangkan kepada


idea

Menjalankan kajian yang terperinci dan mengumpul maklumat


penting

Menyemak semula semua idea dan pelan alternatif yang ada


dan boleh diguna pakai

Mencari dan memilih kaedah yang terbaik untuk memulakan


tindakan perancangan

Menentukan tempoh masa yang perlu dicapai

Kenal pasti masalah yang bakal dihadapi terlebih dahulu

Menentukan struktur organisasi

Menyediakan garis panduan yang boleh diguna pakai sebagai


contoh ketika ingin membuat sebarang keputusan penting
panduan ini boleh digunakan

Memikirkan kaedah pemantauan dan pengawalan yang


terbaik

Memastikan rancangan ini bertulis (Blueprint) dan sebaiknya


69

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

dibukukan untuk panduan mereka yang terlibat

Melaksanakan rancangan

Menilai keberkesanan perancangan untuk tujuan pembaikan


dan rujukan di masa hadapan

3.4.3. Faedah Perancangan

Membantu memberikan hala tuju

Membantu organisasi menentukan masa hadapannya

Membantu organisasi dalam pemantauan dan pengawalan

Membantu menjadikan organisasi berjaya dalam aspek


pengurusannya

3.5.

Belanjawan
la melibatkan perancangan kewangan untuk mencapai keperluan
program dan

mengekalkan

rekod

bajet serta

memantau

sistem

perakaunan. Ia merupakan satu dokumen yang menyatakan satu


rancangan kewangan yang dapat menerangkan cara mana duit
dibelanjakan, untuk apa ia dibelanjakan, bila ianya dibelanjakan dan dari
mana duit itu diterima. Belanjawan merupakan satu kenyataan sumber
kewangan yang formal yang diperuntukkan bagi melaksanakan aktiviti
yang telah dikenal pasti untuk satu jangka masa yang tertentu.

70

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

3.5.1. Penyediaan Belanjawan


Mengambil kira apa yang telah dirancangkan pada tahun kewangan
yang sebelumnya.

Ini adalah untuk menentukan perancangan

jangka panjang dapat dipenuhi.

Mengambil kira pencapaian yang dibuat pada tahun lalu.

Mengambil kira apa yang mungkin dicapai pada tahun yang


akan datang berdasarkan kepada pengalaman yang lalu.

Apa
yang
dilakukan.
Ini
memerlukan
menyenaraikan senarai keutamaan.

Bagaimana ia dilakukan.

organisasi

3.5.2. Ciri-ciri belanjawan yang baik

Belanjawan seharusnya mencerminkan keperluan kewangan


untuk program organisasi berkenaan yang bertujuan
memenuhi objektifnya.

Semua pihak melibatkan diri dalam menyediakan belanjawan.

Belanjawan seharusnya memberi anggaran yang sesuai


mengenai pendapatan untuk menyeimbangkannya dengan
perbelanjaan.

Mengambil kira kemungkinan perbelanjaan yang terdesak dan


serta merta malah perancangan kewangan yang tidak beku
dan sempit.

Belanjawan disediakan dengan lebih awal dari tahun


kewangan sebenarnya untuk memberi peluang kepada tugastugas analisa, kritikan dan pembetulan semula.

Permohonan belanjawan adalah realistik.

Belanjawan dapat memenuhi kehendak asas organisasi sukan.

71

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

3.5.3. Mengapakah belanjawan penting


Belanjawan digunakan sebagai salah satu alat mengawal program
kerana ianya disediakan dalam bentuk angka yang menunjukkan
peruntukkan wang. Peruntukkan dalam bentuk wang ringgit ini boleh
digunakan untuk mengukur aktiviti yang berbagai seperti latihan,
pembelian,

perjalanan,

pentadbiran

dan

sebagainya.

Aspek

kewangan ini sudah tentu akan dapat memberi maklumat modal dan
untung bagi satu-satu organisasi.
Belanjawan juga digunakan sebagai alat mengawal program kerana
ianya amat jelas dalam mengukur prestasi organisasi sukan.
Belanjawan biasanya disediakan untuk satu jangka masa tertentu
dan biasanya untuk satu tahun. Semasa menyediakan belanjawan,
mereka yang menyediakannya seharusnya mengambil perhatian
objektif organisasi sukan itu dan akan menolong organisasi itu
melaksanakan

program

supaya

tidak

lari

dari

objektif

dan

menentukan setiap mereka yang terlibat accountable terhadap


tindakannya.

3.5.4. Tujuan Belanjawan

Menyatakan rancangan serta program organisasi sukan.

Menunjukkan falsafah serta polisi organisasi sukan


berkenaan.

Menggambarkan keperluan wang untuk organisasi sukan


tersebut.

Menentukan peringkat program yang dirancangkan serta

72

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

menghuraikan penekanan organisasi sukan.

Menentukan program itu ditadbirkan dengan baik termasuk


mengadakan atur cara perakaunan yang teratur.

3.6. Komunikasi
Komunikasi adalah merupakan salah satu aspek penting pengurusan dalam
setiap organisasi. Peranan pengurus dalam bidang pendidikan jasmani dan
sukan tidak banyak beza di antara pengurus di sektor lain. Kedua-duanya
memiliki matlamat yang sama untuk melaksanakan sebarang perancangan yang
telah

dibuat dengan

efektif

dan

efisien.

Untuk

memastikan

kesemua

perancangan itu diterjemahkan kepada pelaksanaan, idea dan hasrat sesuatu


perancangan itu perlu disampaikan kepada anggota untuk mereka fahami dan
hayati bersama. Medium penyampaian yang terbaik ialah melalui komunikasi.
Berikut adalah beberapa definisi komunikasi:

Proses menyampaikan maklumat atau pendapat kepada individu atau


kumpulan yang melibatkan pertukaran mesej dengan tujuan mencapai
maksud yang sama.

Komunikasi

melibatkan

minimum

dua

individu,

satu

pihak yang

menghantar mesej dari satu pihak lagi menjadi penerima mesej tersebut.

Dalam komunikasi yang efektif, mesej tersebut perlu memberi makna


yang sama kepada penghantar dan penerima.

73

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

3.6.1. Proses Komunikasi


Komunikasi boleh dilihat sebagai suatu proses yang melibatkan tujuh
elemen penting seperti berikut:
a. Penghantar atau Penyampai
Merupakan Individu yang Memulakan Komunikasi Tersebut
b.

Menterjemah (Enkod)
Sebelum mesej dihantar, penghantar akan menterjemah maksud
kepada perkataan dan gerak anggota adalah takluk kepada faktor
kemahiran mengkod, penilaian kemahiran mengkod, penilaian
kebolehan penerima untuk memahami simbol yang digunakan, dan
judgment tentang kepatuhan simbol tersebut, pengalaman lepas,
status, pendidikan dan keadaan emosi ketika komunikasi dimulakan.

c.

Mesej
Mesej mempunyai simbol lisan dan bukan lisan yang digunakan untuk
menyampaikan maksud kepada penerima. Mesej boleh dihantar
melalui pelbagai medium, yang pentingnya ialah pemilihan medium
yang bersesuaian untuk tujuan komunikasi

d. Penerima.
Individu yang Ditujukan Sesuatu Mesej
e. Dekod
74

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Setelah menerima mesej, penerima akan mentafsir simbol yang


digunakan untuk memahami maksud penghantar mesej tersebut.
Komunikasi efektif berlaku apabila penerima dan penghantar mesej
mempunyai kefahaman yang sama daripada mesej. Perselisihan
faham berlaku apabila maksud penghantar disalahtafsirkan oleh
penerima.
f.

Gangguan
Gangguan adalah sebarang faktor dalam proses komunikasi yang
mengganggu pertukaran mesej dan pencapaian maksud bersama.
Gangguan berlaku di mana-mana dalam proses tersebut, contohnya
gangguan semasa mengkod mesej, statik dalam talian telefon,
keletihan, dan simbol yang digunakan.

g. Maklum Balas
Maklum balas ialah respon penerima terhadap mesej yang telah
ditafsirkan. la melibatkan pembalikan proses komunikasi di mana
penerima menjadi penghantar dan menghantar mesej atau maklum
balas kepada penghantar yang kini menjadi penerima. Maklum balas
amat penting bagi membantu pengurus mentafsirkan keberkesanan
komunikasi mereka.

Rajah maklum balas komunikasi

3.7. Teknologi Dalam Sukan

75

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

3.7.1. Teknologi
merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu
takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan
alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia
3.7.2. Sukan
Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang,
surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. Sukan dapat juga
menjadi

sumber

pendapatan.

Pendekatan

pragmatik

dalam

mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah


tersebut Sukan ialah aktiviti yang mengandungi latihan kemahiran
berguna secara rekreasi. Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar
kecemerlangan.

3.7.3. Teknologi dalam sukan


Teknologi merupakan salah satu aspek yang penting dalam sukan. Pada
masa kini, sukan dan teknologi mempunyai kaitan yang sangat rapat.
Seseorang individu memerlukan teknologi yang dapat membantunya
mendapatkan kesan semasa bersukan Sebagai contoh, jika ditinjau
kembali perkembangan Sukan Olimpik pada zaman ini, setiap kali Sukan
Olimpik diadakan ia juga menjadi pusat pameran hasil sains dan teknologi
yang terbaru Begitu juga dengan Sukan Olimpik Beijing, ia akan
dilaksanakan berdasarkan konsep "Sukan Olimpik yang saintifik"
Penggunaan hasil penyelidikan sains dan teknologi dalam proses
pembinaan gelanggang,infrastruktur komunikasi dan pengangkutan, akan
menjadikan Sukan Olimpik mempunyai lebih daya tarikan. Untuk
memastikan pertandingan dalam pelbagai acara Sukan Olimpik Beijing
berjalan dengan efisien,lancar dan selamat, peralatan berteknologi
canggih yang baru diselidik dan dikeluarkan juga telah digunakan dalam
pemeriksaan keselamatan gelanggang
76

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Hasil sains dan teknologi yang baru bukan sahaja akan digunakan dalam
tempoh Sukan Olimpik, ia juga akan terus diperkenalkan dalam kehidupan
penduduk selepas Sukan Olimpik berakhir
3.7.4. Contoh penggunaan teknologi dalam sukan:
Peranan media massa juga sangat penting dalam sukan. Ia dapat
membawa liputan siaran secara langsung serentak ke banyak tempa.

Pakaian renang berteknologi tinggi yang dipakai oleh Michael


Phelps yang ringan dan melekat di tubuh menghalangnya daripada
gangguan semasa berenang.

Jersi pasukan bola sepak Cameroon yang berevolusi, ringan serta


menyerap peluh dengan baik serta menyebabkan pemain kurang
berasa letih.

Kasut Puma yang ringan serta mudah liut yang dipakai oleh Usain
Bolt.

Pemakaian topi yang bermuncung tirus oleh pelumba basikalaerodinamik.

The Hawk-eye officiating System (tenis). Sistem ini

membantu

pengadil tenis untuk mendapat kepastian sama ada bola itu dalam
atau luar, mula digunakan dalam Kejohanan Wimbledon 2007.

But pemain bola sepak Adidas F50i. Bola world cup Jabulani
dikatakan bola bulat terbaik dan paling tepat oleh FIFA. Menurut
77

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

pembuatnya, Adidas, bonggol yang berbentuk aerodinamik pada


bola tersebut membolehkan ia melayang dengan lebih stabil dan
mencengkam pada semua keadaan cuaca.

Speedo LZR Racer (renang) merupakan fabrik kain renang


berteknologi

tinggi,

buatan

elastane-nylon

dan

polyrethane.

Meningkatkan peredaran oksigen ke otot dan meletakkan badan


dalam kedudukan aerodinamik. Kelim baju ini dikimpal secara
ultrasonik untuk mengurangkan rintangan.

Mesin bola( Tenis, Ping Pong, sofbol). Mesin bola dapat membantu
pemain melatih pukulan dengan konsisten. Mesin yang canggih ini
boleh diatur untuk menghantar bola jenis flat, topspin atau
underspin.

Sistem Photo Finish ( olahraga) Alge Optic Photo finish adalah


sistem photo finish dengan intergrated evaluation soft ware yang
menggunakan teknologi firewire yang terkini.

Swimming Analyzer ( renang). Alat yang merekodkan masa dalam


pertandingan renang. Terdapat sensor sentuh pada hujung kolam
renang dan masa akan dicatat serta merta apabila perenang
menyentuhnya

3.8. Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani


Stor Pendidikan Jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk
menyimpan barang-barang Pendidikan jasmani. Stor yang disusun kemas
dan teratur akan menyenangkan guru Pendidikan Jasmani untuk
menyimpan dan mengeluarkan peralatan Pendidikan Jasmani.

78

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Gambar stor sukan sekolah


Keperluan Bilik stor Pendidikan Jasmani
Ruang
Rak
Lokasi
Tingkap
Siling
Predaran udara
Keselamatan
Pintu

Penjagaan Peralatan
Penyalahgunaan alatan Pendidikan jasmani adalah penyebab utama
alatan Pendidikan Jasmani rosak. Memandang keadaan di sekolah
sekarang kurang guru Pendidikan jasmani, kebanyakan guru-guru yang
mengajar Pendidikan Jasmani bukan lulusan Pendidikan jasmani. Ketua
Panitia perlulah memberi penerangan tentag penyalah gunaan alatan
oleh pelajar yang akan menyebabkan alatan Pendidikan Jasmani rosak.

79

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Gambar stor sukan sekolah

Tugasan Terarah

Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan


mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia
yang berkaitan pengurusan stor sekolah.

LAMAN WEB
Laman Web Kementerian Belia Dan Sukan ( KBS )
Laman web Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia

80

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

PORTFOLIO
Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada
pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

81

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

RUJUKAN

Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan


Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan
Malaysia
Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby
Company
Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical
education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur.

pelajaran

Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala
Lumpur: Longman Malaysia.
Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah
Alam: Karisma Production Sdn. Bhd.

82

Anda mungkin juga menyukai