Anda di halaman 1dari 49

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

TAJUK 4:
PENGURUSAN PERMAINAN TRADISIONAL
TOPIK 3
TAJUK 5:
PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN
Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengenalan kepada permainan
tradisional, jenis-jenis permainan tradisional, peraturan-peraturan permainan
tradisional dan pengurusan pertandingan tradisional.

Di dalam topik ini

perbincangan ini meliputi aspek pembangunan jurulatih, kenal pasti bakat dan
pembangunan atlet. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai
bahan rujukan dan latihan terarah bagi memudahkan kefahaman disamping
sumber rujukan sebagai bacaan tambahan.
.

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:


1. Menjelaskan konsep permainan tradisional
2. Mengurus permainan tradisional dalam bentuk pertandingan
3. Menghuraikan peraturan permainan tradisional
4. Bekerjasama dan berinteraksi dalam kepelbagaian budaya
5. Menghuraikan corak program pembangunan sukan seperti pembangunan
jurulatih, program mengenal pasti bakat dan pembangunan atlet
6. Mempamerkan komitmen kepada kepada kecemerlangan, akauntabiliti
integriti, bertanggungjawab dan empati untuk melaksanakan tugas

83

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Kerangka konsep tajuk Pengurusan Permainan Tradisional

Pengurusan Permainan
Tradisional

Pengenalan
kepada
Permainan
Tradisional

Peraturan
Permainan
Tradisional

Jenis-Jenis
Permainan
Tradisional

Pengurusan
Pertandingan
Tradisional

Kerangka konsep tajuk Program Pembangunan Sukan


Program
Pembangunan Sukan

Pembangunan
Jurulatih

Kenal Pasti
Bakat

84

Pembangunan
Atlet

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

KANDUNGAN

4.1

PENGURUSAN PERMAINAN TRADISIONAL

4.1.1 Pengenalan kepada permainan tradisonal


Permainan tradisional berkaitan dengan adat resam dan kebudayaan sesuatu
bangsa. Ia merupakan permainan yang diwarisi dari satu generasi ke generasi
yang lain. Permainan tradisional selalunya dimainkan untuk mengisi masa
lapang, merayakan sesuatu pesta atau perayaan disamping memupuk nilai-nilai
murni dan mengeratkan nilai persahabatan di kalangan peserta. Melalui
permainan sukan tradisional ini, ia juga dapat meningkatkan kemahiran
psikomotor dan kecergasan di kalangan peserta. Undang-undang dan sistem
pertandingan yang piawai dalam pertandingan permainan tradisional tidak
dinyatakan secara jelas. Ia lebih bergantung kepada situasi semasa ditempat
pertandingan dan juga melalui peserta yang mengambil bahagian.

4.1.2 Jenis-jenis permainan tradisional


Sebenarnya permainan tradisional ini wujud dalam variasi pertandingan yang
banyak dan berbeza-beza. Keadaan ini disebabkan permainan tradisional lahir
daripada budaya dan sosiologi masyarakat yang pelbagai. Permainan tradisional
dipertandingkan dalam dua jenis sama ada dalam bentuk individu dan juga
secara berkumpulan iaitu melebihi daripada seorang.

85

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Individu
Wau

Kumpulan
Tating lawi

Dam

Usung balak

Gasing

Sorong kereta

Congkak

Galah panjang

Laga Ayam

Sepak raga bulatan

Jadual Jenis Permainan Tradisional

Kategori Pertandingan
Kategori pertandingan permainan tradisional dibahagikan kepada dua
iaitu pertandingan anjung dan pertandingan laman.

Permainan Anjung
Tempat permainan melibatkan
kawasan yang tidak luas

Permainan Berpasukan
Tempat permainan melibatkan
kawasan permainan yang luas

Melibatkan bilangan pemain


yang tidak ramai

Melibatkan pemain yang ramai


dan biasanya dalam bentuk
kumpulan

Kawasan permainan di dalam


ruangan rumah contohnya di
anjung rumah

Kawasan permainan di luar


rumah atau di kawasan lapang
contohnya di padang

Tempat permainan di leparan


simen atau lantai kayu

Tempat permainan di ruang


tanah, rumput atau simen

Jadual Ciri-ciri Kategori Permainan Tradisional

86

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

4.1.3 Peraturan Permainan Tradisional


Sebenarnya undang-undang dan sistem pertandingan yang piawai dalam
pertandingan permainan tradisional tidak mempunyai peraturan khas yang
termaktub dan tidak dinyatakan secara jelas. Ia lebih bergantung kepada situasi
semasa di tempat pertandingan dan juga melalui peserta yang mengambil
bahagian.
Semenjak kebelakangan ini didapati Kementerian Belia dan Sukan dan
Kementerian Kebudayaan Dan Warisan telah mula memberi perhatian terhadap
sukan rakyat ini. Sistem pertandingan sukan ini mula dipiawaikan tetapi
mengikut keadaan tempat, peserta dan situasi pertandingan permainan
tradisional itu.
Permainan tradisional biasanya

dipertandingkan dalam bentuk individu,

berpasangan atau berkumpulan. Bagi pertandingan permainan tradisional yang


mempunyai penyertaan individu yang ramai contohnya pertandingan gasing
sistem yang dipertandingkan sesuai dalam bentuk kalah mati. Namun bagi
pertandingan yang terdiri dari kumpulan yang kurang daripada 10 penyertaan
adalah di cadangkan sistem pertandingan secara liga.

4.1.4 Pengurusan Pertandingan Tradisional


Permainan tradisional berkaitan dengan adat resam dan kebudayaan sesuatu
bangsa. Ia merupakan permainan yang diwarisi dari satu generasi ke generasi
yang lain. Biasanya adalah sukar bagi kita hendak menjawab persoalan yang
berkaitan dengan sejarah permainan tradisional seperti dari mana asal
permainan tradisional, siapa pelopor permainan ini, di manakah permainan ini
mula diperkenalkan dan berbagai lagi. Ini disebabkan permainan tradisional
disebar dari mulut ke mulut dan tiada dokumen atau rujukan khas yang boleh
kita rujuk.

87

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Permainan

tradisional

dimainkan

bertujuan

bagi

mendapat

kepuasan,

keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti


permainan tradisional biasanya tiada peraturan tertentu yang piawai digunakan.
Aktiviti permainan yang dipilih pula adalah secara sukarela dan tanpa paksaan
atau tekanan.
Permainan

tradisional

yang

dimainkan

kebiasaannya

dicetuskan

dari

pengalaman kehidupan sendiri seperti berdasarkan pekerjaan, sumber ekonomi


dan kehidupan sosial sesuatu bangsa atau keturunan. Dari segi peralatan,
kebanyakan permainan tradisional di Malaysia tidak memerlukan alat yang
khusus. Selalunya alatan yang digunakan dalam permainan tradisional boleh
diperolehi di alam sekeliling yang berdekatan sama ada dalam bentuk bahan
tempatan yang mudah dan murah atau bahan kitar semula.

Aci sorok

Di beberapa tempat permainan ini dinamakan juga sebagai main sorok-sorok.


Kanak-kanak lelaki dan perempuan amat menggemari permainan ini, ia amat
mudah dan jumlah pemain yang tidak terhad. Lebih ramai yang bermain lebih
mendatangkan keseronokan dan bertambah meriah lagi bagi mereka.
Jenis permainan luar rumah dan memerlukan kawasan yang luas, persekitaran
rumah akan dijadikan gelanggang. Sebatang pokok atau tiang akan dijadikan ibu
88

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

atau rumah iaitu induk untuk pemain yang akan mencari rakan mereka yang
menyorok.
Undian
Sebelum permainan dijalankan, kesemua pemain akan mencari seorang yang
dinamakan pencari. Undian secara lai lai li tam plong dijalankan kepada semua
pemain.
Cara Bermain dan Peraturan
Setelah pencari ditentukan, ia hendaklah berdiri dengan menutup matanya di
rumah induk. Kiraan akan dibuat 1 hingga 100 atau kurang bilangannya secara
kuat. Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari rakan pemain
lain yang menyorok di sekitar kawasan yang telah ditetapkan. Jika terdapat
pemain yang menyorok di luar kawasan yang telah ditetapkan ia dikira jadi dan
akan mengambil peranan sebagi pencari pula.
Sekiranya pencari telah menjumpai salah seorang dari mereka, hendaklah
disebut dengan kuat namanya dan dituruti dengan sebutan ibu. Dalam masa
yang sama pencari hendaklah berlari ke rumah induk serta mencuit induk,
dengan tujuan mematikan pemain yang ditemui agar pemain itu tidak boleh
mencuit induk pula. Pencarian ini akan dilakukan berterusan hingga kesemua
pemain yang menyorok ditemui.
Setelah selesai, kesemua pemain yang menyorok ditemui dan tiada seorang pun
yang dapat membantu membatalkan cuitan pencari ke rumah induk, maka
pemain yang mula-mula ditemui itu akan jadi pencari pula.
Seandainya pemain yang ditemui itu sempat mencuit terlebih dahulu dari pencari
ke rumah induk, maka pencari ini akan jadi semula sebagai pencari dan
permainan dimulakan semula. Hal yang sedemikian juga boleh terjadi sekiranya
salah seorang dari pemain mencuit rumah induk dengan menjeritkan perkataan
ibu, maka permainan akan dimulakan semula dan pencari akan tetap
memegang peranannya.

89

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Bulu Ayam

Permainan ini dikenali juga sebagai sepak bulu ayam, sebuyam atau chapteh.
Dimainkan di luar rumah oleh kanak-kanak lelaki seramai dua atau lebih. Jika
terdapat ramai yang bermain, kumpulan dengan terdiri beberapa orang boleh
dibentuk.
Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan
adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.
Membuat Bola
Beberapa bahan asas diperlukan bagi membuat bola bulu ayam ini. Beberapa
helai bulu ayam yang terdapat pada ekor atau kepak ayam (tidak kurang dari
tiga helai). Sebatang paku sederhana besar, kepingan tiub tayar yang telah
dibentuk bulat berukuran antara 4 cm. garis pusat dan getah skrap atau getah
gelang sebagai pengikat.
Beberapa keping getah tiub yang telah dibentuk bulat hendaklah dicucuk paku
menembusi ditengah-tengahnya. Lima helai bulu ayam sama panjang dilekatkan
disekeliling paku tadi dan diikat dengan getah skrap atau getah gelang dengan

90

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

kemas. Jika untuk mendapatkan kekemasan bola tersebut sejenis gam yang
kuat boleh digunakan sebelum ikatan dibuat.

Cara Bermain
Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan terlebih dahulu bagi
menentukan giliran. Undian secara lai lai li tam plong untuk semua pemain bagi
menentukan siapa yang perlu memulakan terlebih dahulu mengikut gilirannya.
Penentuan mata sama ada jumlah timbangan terbanyak atau penetapan jumlah
mata tertentu juga harus dipersetujui terlebih dahulu.
Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan
tepi tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan lutut. Sepakan
tidak dibenarkan, jika dilakukan oleh pemain, ia dikira mati dan giliran pemain
seterusnya mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh
ke tanah. Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa
henti atau mati dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan.
Pemain yang mendapat mata terendah jumlah timbangan dikira kalah, dan ia
akan dikenakan denda. Pemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola
kepada pemenang, dan pemenang pula mestilah menimbang bola sebanyak tiga
kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian maka denda terhadap pemain
yang kalah akan dikira tamat.
Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi di
setiap pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang
lainnya dikira juara.
Cari Cucu

91

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Permainan Mencari Cucu merupakan permainan tradisional yang dimainkan


oleh kanak-kanak di luar rumah. Ianya dimainkan oleh beberapa orang dengan
jumlah yang ramai. Halaman rumah atau tempat lapang merupakan gelanggang
yang sering digemari oleh mereka. Di dalam permainan ini terdapat dua buah
lagu khas yang didendangkan. Sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup
mata dan sebatang kayu tongkat diperlukan sebagai alat.
Menentukan Nenek
Sebelum permainan dimulakan seorang dari mereka haruslah menjadi nenek.
Bagi menentukan nenek maka undian secara lai lai li tam plong perlu dijalankan.
Siapa dikalangan mereka yang kalah dalam undian tersebut maka akan ditutup
matanya dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek. Sebatang
tongkat diberikan untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta.
Permainan Cari Cucu
Kesemua

pemain

membuat

satu

bulatan

mengelilingi

nenek

dengan

berpegangan tangan di antara satu sama lain. Sebuah dendangan dinyanyikan


oleh cucu secara beramai-ramai.

Nyanyian
Nenek, nenek,
si bongkok tiga.
Siang mengantuk,
malam berjaga.

92

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Mencari cucu
di mana berada.
Nenek kahwin
dengan anak raja.

Ketika cucu bernyanyi berpusing-pusing mengelilingi nenek, maka perlakonan


nenek seperti orang buta terbongkok-bongkok dengan menggunakan tongkat
mencari jalan.
Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula mengambil
giliran mendendangkan nyanyiannya.

Nyanyian
Cucu, cucu
tak dapat lari.
Nenek tua
banyak sakti.
Sekarang nenek
nak cari ganti.
Siapa yang kena,
dia yang jadi.
Setelah selesai dendangan nenek masing-masing cucu duduk mencangkung
mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka.
Dengan menggunakan tongkat nenek mencari-cari cucu yang mendiamkan diri
disekelilingnya. Setelah berjaya menangkap seorang cucu nenek perlu meneka
nama pemain tersebut dengan betul.
Sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menjadi nenek
menggantikan tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak nenek

93

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

masih menjadi miliknya dan permainan diteruskan.

Galah Panjang

Permainan tradisional yang dimainkan di luar rumah. Permainan ini bukan


sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan
di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh
golongan dewasa. Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan
dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap
kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan
kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.
Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya
adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai
mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu
disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan di sekeliling
gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam

94

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

gelanggang.
Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh
kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan
penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih
dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan
menangkap pemain.

Gelanggang Permainan

Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, sama ada di atas tanah,
kawasan bertar atau bersimen dan di atas padang. Tiada ukuran khas
penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan
meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga
empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut
jumlah pemain bagi setiap pasukan.
Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di
atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simen. Tetapi
kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah
sahaja.
95

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Cara Bermain
Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan
menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini
menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula
menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai.
Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang
sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh
pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka
pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan
yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.
Peraturan Permainan

Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang
dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan.

Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah


melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan
pertukaran kedudukan pasukan.

Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari


garisan gelanggang.

Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya


dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan.
Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan
semula.

Mana-mana pasukanMain
yangGuli
dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira
memenangi perlawan tersebut.

96

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia


biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas
tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.
Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat
bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang
diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.
Gelanggang
Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garis pusat 1m. Ditengahtengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10cm. lebar dan
sedalam 7cm. dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ke tanah.
Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan
jarak 3m. daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda
mula tempat permainan.
Cara Bermain
Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli
masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau
yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan
permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.
Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di
dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia
dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada,
begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas

97

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

guli pemain lainnya.


Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah
memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan
memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk
setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.
Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil
alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk
terlebih dahulu sebelum boleh menjentik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk
ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan.
Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan
sehingga semua pemain selesai giliran.
Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah
mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam
lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua
adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah
itu jauh dari kawasan bulatan.
Jala Itik

Permainan ini bertujuan menentukan pasukan mana yang mempunyai bilangan


ahli paling ramai. Tiada sebarang alatan diperlukan, cuma sebuah lagu yang
98

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

menarik dinyanyikan untuk mengiringi setiap langkah permainan.


Cara Bermain
Dua orang dipilih menjadi ketua, kebiasaanya bertubuh besar dan menggunakan
nama samaran yang hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja. Kedua-dua
ketua ini akan berhadapan antara satu sama lain dengan memegang tangan
masing-masing yang diangkat ke atas, bagi memudahkan para ahlinya melintasi
dibawahnya. Semasa ini sebuah nyanyian dialunkan 'Jan-jan jala Jala itik jala
ayam. Berapa lubang kancil? Seratus lima puluh. Singgah Cik Dayang singgah.
Makan sirih mulut merah." Sebaik sahaja lagu itu selesai dinyanyikan,
ketua-ketua itu akan menangkap pemain terakhir yang sedang melintas.
Menentukan Pemain
Setelah itu, pemain yang ditangkap tadi dibawa ke tempat lain oleh ketua-ketua
itu untuk disoal. Kemudian mereka menyebut nama samaran yang telah
ditetapkan sebelum permainan. Pemain yang ditangkap itu dikehendaki memilih
salah satu nama tersebut. Pemain-pemain tadi dikehendaki berdiri di belakang
ketua yang mana namanya dipilih oleh ahli tadi dengan merahsiakan nama
pilihannya kepada ahli yang lain. Kemudian permainan dimulakan semula
seperti awal tadi, sehinggalah semua pemain selesai memilih ketua masingmasing.
Pertukaran Pemain
Jika ada kumpulan mempunyai jumlah ahli yang lebih ramai daripada kumpulan
yang satu lagi, rayuan boleh dibuat untuk pertukaran ahli bagi mengimbangkan
jumlah ahli setiap pasukan. Bagaimanapun, pertukaran hanya boleh dibuat
setelah persetujuan di antara kedua-dua belah pihak dicapai. Jika tidak mahu
membuat pertukaran, permainan akan tamat di situ dan ketua itu dikira menang,
kerana mempunyai ahli yang paling ramai.
Menentukan Pemenang

99

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Sebaliknya jika ini terjadi, satu perlumbaan dilakukan. Untuk itu, satu garisan
dibuat bagi membolehkan kedua-dua pasukan beradu kekuatan. Kedua-dua
ketua pasukan berdiri sama jauh dari garisan dan tangan mereka berpaut antara
satu sama lain. Pemain-pemain lain beratur di belakang ketua masing-masing
sambil memegang pinggang. Kedua-dua ketua pasukan berusaha menarik
antara satu sama lain supaya melangkah garisan itu, dengan ahli lain
membantu, seperti tarik tali. Jika pasukan yang kurang ahlinya itu berjaya
menarik pasukan lawan melintasi garisan itu, pasukannya dianggap menang.
Maka dia boleh meminta sejumlah pemain yang dikehendakinya untuk
mengimbangi pasukannya dengan pasukan yang satu lagi itu. Sebaliknya, jika
pasukannya gagal berbuat demikian, maka dia dianggap kalah.

Konda Kondi

Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam
dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis
kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan
ini memerlukan kawasan lapang.
Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil
berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat
dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang
panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu
panjang.
100

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Undian secara 'wan to som' dijalankan bagi membentuk pasukan dan


menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.
Permainan Pertama
Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek
melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu
supaya melambung ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula
melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba
menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah.
Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada
kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula
oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, manamana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang
ataupun mengena kayu panjang.
Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang
diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya,
jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu
panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak
kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata.
Permainan Kedua
Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara,
kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak
tiga

kali

jika

pukulan

pertama

atau

keduanya

tidak

kuat.

Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh
mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur
dengan mata daripada langkah pertama tadi.
Permainan Ketiga
101

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular.
Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung
kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu
pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul
kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang.
Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan
menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya.
Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.

Sepak Raga

Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga
menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja
Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat
terkena bola raga tendangan Tun Besar. Bola sepak raga diperbuat daripada
bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua
102

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

atau tiga lapis.


Cara Bermain
Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu
bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung
bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu
dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah
pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu
mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh
ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
Menimang Bola
Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman
mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan
kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa
selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam
pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan
yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang
ditetapkan, dikira menang.
Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama
kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan
oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri
daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian
belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan
gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.
Teng Teng

103

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Kanak-kanak perempuan sering


memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan
permainan yang tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan
ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.
Di kampung-kampung gelanggang dibuat dengan menggoreskan garisan di atas
tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di
kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman
bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang
dapat dilukiskan di atas jalan bertar.
Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga
empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain
bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu
gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk
berteng teng.
Gelanggang & Gundu
Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja.
Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Permainan
dijalankan mengikut urutan seperti rajah di bawah.

Gelangang Teng Teng

104

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan penting


yang dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar
separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan
pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.
Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan
kedudukan mereka di petak-petak gelangang.
Cara Bermain
Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain
yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong
adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan
seterusnya.
Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke
dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika
pemain telah berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara
mencampakkan gundu adalah sama. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak
yang ditentukan atau terkeluar ia dianggap mati dan hilang giliran. Pemain lain
mengambil giliran pula.
Pemain dikehendaki melompat ke dalam kesemua petak dengan sebelah kaki,
kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang
baru sahaja memulakan permainan di mana gundu berada di petak pertama,
maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di
petak kedua. Begitu juga dengan lompatan di setiap petak, seandainya pemain
terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih
permainan.
Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak

105

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak
kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat
ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu
hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke
garisan penamat.
Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di
dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira
mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.
Membina Rumah
Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih
dahulu. Gundu hendaklah diletakkan di atas kepala dan melompat ke dalam
setiap petak dengan sebelah kaki kecuali petak kesembilan. Pemain hendaklah
melepasi petak ketujuh tanpa melompat kedalamnya dan terus ke petak lima.
Sambil

berdiri

menghadap

garisan

permulaan

petak

ketujuh,

pemain

dikehendaki menundukkan kepala menjatuhkan gundu. Gundu hendaklah


disambut sebelum jatuh ke tanah, jika pemain tidak dapat menyambutnya ia
dikira mati dan acara timbang dilakukan semula setelah giliranya sampai
kemudian. Pemain terus melompat ke petak pertama dan keluar dari garisan
permulaan.
Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan ke semua
petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak
gelanggang dan disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena
garisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak
dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan
berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa
memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.

106

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Wau (Layang-Layang)

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai


layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai
permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak
zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang
Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan
langit.

Jenis Wau
Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak,
wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau
sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.
Reka corak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi
kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan
Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang
menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan
dan hiasan dinding.
Membuat Wau
Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja
107

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga


melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu
untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya,
kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.
Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan
lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat,
lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu
bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan
ketiga

pula

corak

berlainan

yang

telah

ditebuk

ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan
dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi
rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya
mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan di udara. Busul diperbuat
dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan
kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu
kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau Teraju
Tiga.

Cara Bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan
memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali.
Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara
menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan
cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.
Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat
Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh
masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak
layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal

108

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali.
Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di
Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau
antarabangsa.

Congkak

Congkak merupakan permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan


kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak,
biji getah, biji guli dan lain-lain. Congkak ini dikenali sebagai Jongkok di utara
semenanjung. Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya
diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Lubang
papan congkak

sebesar 9cm. garis pusat dan 7cm. dalam ditebuk atas

permukaan papan tersebut .Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan


selari antara satu sama lain yang disebut kampung.Pada penghujung kampung
terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung
yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan
sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.
Peraturan permainan
Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan
dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing

109

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan
pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam
kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti,
sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh
menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut
kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat
satu pusingan.
Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.
Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana
kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan,
maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan
permainan seterusnya hingga mati.
Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran
berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah
kepada pihak lawan.
Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung
dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia
dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada
pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah
Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang
adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak
sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira
kalah.
Batu Seremban

110

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Permainan batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau


Serembat. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada
secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan
seramai dua hingga empat orang atau lebih. Ia menggunakan guli kaca, biji
getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat yang
dikenali sebagai buah.
Cara bermain
Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki
menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan
bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
Ini dilakukan dengan cara menimbang buah dengan kesemua buah diletakkan
di atas tapak tangan dan dilambung ke udara, kemudiannya hendaklah disambut
pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu
adalah dikira sebagai mata.
Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan yang berlainan yang dikenali
dari peringkat batu satu hingga peringkat batu ketujuh

Buah Satu
Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai,
berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain
Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan ke
udara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada di udara,
sebiji lagi buah hendaklah dikutip.
Dalam masa yang sama, pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah
disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi.
Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu

111

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

habis dilambung dan disambut.

Buah Dua
Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang
dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali
lambungan buah ibu dilakukan
Buah Tiga
Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan
mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah
mengutip tiga biji buah serentak
Buah Empat
Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang
sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan
Buah Lima
Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan
tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat
biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu
sahaja
Buah Enam
Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar
dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya
dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan
dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai.
Buah Tujuh
Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah
yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak.
Sementara itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut
dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri.
Pada buah ibu yang terakhir dilambungkan hendaklah juga disambut.

112

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Menimbang
Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah
untuk mendapatkan mata.
Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah.
Cara pertama adalah sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira
hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang.
Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka
mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.
Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan
memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan
semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.

Mati Permainan
Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai
tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga
ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji
buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan
kepada pemain seterusnya
.

Gasing

113

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Gasing adalah popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di


Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung,
gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing
Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.
Cara bermain
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing
uri.
Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing
lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.
Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5
meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing.
Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali
yang melilit jambuhnya direnggut

Pertandingan gasing
Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih
bersifat individual man.
Gasing uri
Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri di mana seorang
memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada
kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga
diperbuat danipada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm
panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat
permainan atau arena gasing dipanggil bong.
Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang
telah dicacakkan di atas tanah.
Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang pertandingan. Biasanya
gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam.
114

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Gasing pangkah

Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan.

Setiap pasukan terdiri daripada dua hingga lima orang. Untuk


menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah, peraduan uri
diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-pasukan yang
mengambil bahagian.

Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan


memangkah pertama.

Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing


mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula
memangkah gasing mereka.

Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing


pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan
ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya
supaya cepat berhenti berpusing.

Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok.


Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan
dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri.

KANDUNGAN

5.0.

PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN

Program melibatkan kegiatan sukan merupakan sebahagian daripada aktiviti


kehidupan masyarakat. Aktiviti itu memberi kesempatan kepada ahli-ahli sukan
dan masyarakat

untuk mengenal

115

dan

mengintegrasikan

secara

praktik

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

pengetahuan yang dipelajari mereka melalui aktiviti amali sukan. Oleh itu sukan
merupakan aktiviti bersepadu dan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan
seharian masyarakat. Sukan tidak terbatas kepada kemahiran fisikal sahaja
bahkan dikaitkan juga dengan bidang kehidupan yang lain seperti sosial dan
emosi. Untuk itu keutamaan program pembangunan sukan seperti pembangunan
jurulatih, pembangunan atlet dan program mengenal pasti bakat perlu diberi
penekanan.
5.1. Pembangunan Jurulatih
Bagi melahirkan atlet-atlet sukan yang berwibawa maka jurulatih yang dipilih dan
dilantik mestilah seseorang yang berkebolehan dan berilmu. Justeru itu
seseorang

jurulatih

haruslah

mempunyai

pengetahuan

yang

meluas,

bermotivasi, kekuatan dan peka dengan keperluan individu. Ia juga berjaya


menyelesaikan masalah dan dapat mewujudkan suasana persekitaran latihan
yang sesuai serta dapat mengelola program latihan yang padat dan menyeluruh.
Bagi

melahirkan

jurulatih

yang

terbaik,

penyusunan

terhadap

program

pembangunan jurulatih perlulah dilaksanakan.


5.2. Kaedah Menyusun Program Pembangunan Untuk Jurulatih
Keperluan
Sebagai langkah permulaan, persatuan sukan mesti dapat mengenalpasti dan
menentukan keperluan mereka dalam bidang sukan. Pemimpin-pemimpin sukan
hendaklah menetapkan bentuk dan peringkat kepakaran yang diperlukan mereka.
Mungkin mereka memikirkan untuk melahirkan ahli sukan dan jurulatih diperingkat
tempatan, kebangsaan ataupun antarabangsa.
Peringkat
Mereka juga perlu mempertimbangkan bilangan jurulatih yang mereka perlukan di
tiap-tiap peringkat itu dalam tempoh masa lima tahun yang akan datang. Dalam
pada itu mereka juga harus memikirkan tentang sumber, kemudahan, peralatan
dan tenaga pengajar yang akan melatih mereka. Di setengah negara persatuan
mereka sendiri mempunyai segala kemudahan yang diperlukan itu. Dengan itu,
116

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

mereka dapati mudah untuk merancang latihan itu.


Mengenal Pasti
Persatuan sukan harus dapat mengenal pasti jurulatih yang cekap, terlatih dan
berkemahiran tinggi di kawasan mereka untuk memberi latihan yang teratur.
Mereka dapat membantu persatuan sukan untuk membantu merancang program
latihan itu. Tetapi jikalau mereka tiada mempunyai kemudahan seperti itu, mereka
terpaksa mencari alternatif yang lain. Oleh itu, mereka terpaksa berhubung
dengan badan-badan sukan lain yang telah berjaya mengendalikan rancangan
latihan jurulatih.
Merancang
Apabila persatuan sukan itu telah berjaya memastikan keperluannya, dan
mempunyai idea untuk sumber, perancangan untuk mengadakan latihan jurulatih
boleh dimulakan sebagai usaha untuk mencapai matlamat latihan.
Melatih jurulatih merupakan projek yang menelan masa yang agak lama juga.
Latihan jurulatih memerlukan pendekatan yang sistematik. Rancangan itu mesti
ada kelonggaran dan harus peka mengikut keperluan jurulatih yang sering
berubah-ubah.

Memikirkan Sumber
Dalam menganjurkan latihan jurulatih mesti difikirkan tentang sumber-sumber
yang ada di persekitaran persatuan itu. Peluang untuk latihan itu mungkin dapat
dikendalikan oleh Kementerian dan Jabatan Belia dan Sukan. Majlis sukan negara
mungkin dapat membantu memberi latihan jurulatih. Begitu juga, Majlis Olimpik
Malaysia mungkin dapat menghulurkan bantuan untuk melatih jurulatih di
peringkat pusat. Mungkin tenaga kerja pensyarah universiti dan institut pendidikan
guru serta guru-guru sekolah boleh digunakan untuk mengadakan latihan jurulatih
untuk persatuan sukan.
5.2.1.

Merangka Rancangan Latihan Kejurulatihan Sukan

117

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Menentukan bentuk, jenis dan bidang pengetahuan yang perlu


disampaikan bagi tiap-tiap peringkat latihan kejurulatihan itu.

Menetapkan peruntukan masa untuk meyampaikan tiap-tiap tajuk


dalam kursus latihan itu dengan menyusun penjadualannya secara
tersusun.

Menentukan sumber yang berbentuk kemudahan, alat tulis,


kelengkapan dan tenaga pengajar bagi tiap-tiap peringkat kursus
latihan kejurulatihan.

Mengadakan program latihan untuk melahirkan jurulatih-jurulatih


yang cekap dan berkelayakan bagi tiap-tiap peringkat latihan.

Menentukan tenaga pengajar yang bertauliah bagi tiap-tiap tahap


latihan kejurulatihan sukan.

Mengeluarkan tawaran mengenai kursus latihan kejurulatihan


daripada persatuan sukan, pusat latihan sukan atau pun institusi
pendidikan.

Jurulatih-jurulatih yang telah berjaya menamatkan kursus latihan


mereka diperingkat tertentu dengan jayanya hendaklah diberi
pengikhtirafan dalam bentuk pensijilan.

Peringkat pertandingan sukan yang berlainan memerlukan jurulatih


yang berkaliber.

Oleh itu, jurulatih-jurulatih hendaklah digalakkan untuk mengikuti


program latihan mengikut peringkat demi peringkat.

5.3.

Pemilihan Calon Jurulatih


Kriteria calon-calon jurulatih yang dipilih itu harus mempunyai sifat-sifat
sahsiah berikut:

Calon-calon yang dipilih itu harus mempunyai kecerdasan dan


kematangan fikiran.

Jurulatih yang dipilih itu mempunyai pengetahuan mengenai


pertumbuhan dan perkembangan manusia.

Perlu mempunyai motivasi yang tinggi dalam bidang dan

118

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

perkembangan sukan.

Terdapat juga calon jurulatih yang berminat untuk melibatkan diri dalam
kegiatan sukan jangka masa panjang.

Mempunyai kemahiran mengajar yang menyeronokkan dan berkesan.

Bakal jurulatih yang dipilih itu mempunyai hubungan manusia yang


baik, mesra ceria dan pandai bergaul.

Pendekatan yang digunakan adalah praktikal dan berkesan serta dapat


pula menyelesaikan berbagai-bagai masalah dalam bidang sukan.

Memiliki pengalaman yang luas dalam bidang sukan, berpengetahuan


mengenai anatomi dan psikologi manusia serta telah mengikuti latihan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Jurulatih

itu

perlulah

seseorang

yang

berdedikasi,

mempunyai

semangat yang berkobar-kobar, beretika, adil, berdisiplin tinggi


dan dapat membuat penilaian terhadap atlet.
5.3.1. Prinsip Kejurulatihan

Merupakan individu yang pakar dalam bidang sukan dan dapat


membantu ahli- ahli sukan mengembangkan bakat.

Berhasrat untuk mencapai kecemerlangan berasaskan matlamat,


pertumbuhan, perkembangan dan pembangunan ahli-ahli sukan.

Menjadikan

sukan

sebagai

cabaran

hidup

dan

aktiviti

yang

menyeronokkan.

Sering bersikap jujur dan ikhlas kepada ahli-ahli sukan.

Berpakaian kemas, bergaya, berbudi pekerti, berlemah lembut,


bersopan santun dan berhemah tinggi.

Kesihatan fizikal harus menjadi matlamat hidup dan menggalakkan


semua ahli sukan agar sentiasa sihat sepanjang masa.

5.3.2. Ciri-Ciri Program Latihan Jurulatih


Program atau kursus kejurulatihan yang baik mempunyai ciri-ciri seperti
peringkat kejurulatihan, bahagian kursus latihan, dan pensijilan. Berikut

119

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

adalah penerangan bagi setiap ciri yang dinyatakan.


Peringkat
Latihan jurulatih terdiri daripada empat peringkat:

Tahap asas:
Jurulatih bertugas dalam kalangan mereka yang baru melibatkan diri
dalam sukan.

Tahap pertengahan:
Melatih peserta di peringkat daerah.

Tahap lanjutan:
Melatih peserta di peringkat negeri.

Tahap tinggi:
Melatih peserta di peringkat kebangsaan.

Bahagian Kursus Latihan

Bahagian Pertama:
Merupakan pengetahuan teknik tertentu, seperti teknik sukan,
strategi dan Perancangan latihan.

Bahagian Kedua:
Teori kejurulatihan, seperti psikologi, psisiologi, biomekanik, prinsip
latihan, kecederaan ahli sukan, pemakanan dan lain lain.

Bahagian Ketiga:
Pengalaman amali (bidang yang penting dalam kursus sukan.

Pensijilan
Sangat penting menganugerahkan sijil kepada ahli sukan yang
berjaya mengikuti kursus pada setiap peringkat. Sijil menjadi
perangsang

kepada

mereka

kejurulatihan

menjadikan

kegiatan sukan.

120

meneruskan

mereka

lebih

latihan.

cekap

Latihan

mengendalikan

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

5.4. Kenal Pasti Bakat


Kenal pasti bakat atau juga dikenali sebagai Talent Identification Device(TID
Ianya bermatlamat mencungkil bakat-bakat muda yang berpotensi untuk diberi
latihan untuk program di bahagian pembangunan atlet. Memainkan peranan bagi
pelapis untuk mewakili negara dalam sukan.
Kenal pasti bakat dilakukan melalui 2 cara iaitu cara pertama dengan
mengadakan suatu program khas yang diadakan dipusat-pusat tertentu mengikut
zon di seluruh Malaysia. Program ini diadakan bagi melalui beberapa ujian yang
dilaksanakan oleh MSN dengan Kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.
Cara keduanya ialah pemilihan atlet-atlet sekolah yang bertanding di peringkat
daerah (MSSD) dan negeri (MSSN) serta seterusnya ke peringkat kebangsaan
(MSSM). Mereka yang berjaya dalam pemilihan peringkat kebangsaan akan
ditempatkan di sekolah sukan iaitu Sekolah Sukan Bandar Penawar dan Sekolah
Sukan Bukit Jalil. Pemilihan biasanya dibuat setahun sekali di peringkat umur 12
tahun.
Pemilihan pemain merupakan satu proses yang amat penting dan sukar.
Seseorang jurulatih memikul beban yang berat semasa memilih pemain kerana
terdapat perbezaan yang ketara antara pemain yang baik dengan pemain yang
tidak baik. Kewujudan kumpulan pemain yang baik tetapi tidak sesuai merumitkan
lagi proses pemilihan. Pemilihan pemain yang kurang sesuai akan mengakibatkan
pembentukan satu pasukan yang lemah, malah menghapuskan peluang pemain
yang benar-benar berpotensi untuk terus bergiat dan maju.
5.4.1. Pemilihan Berstruktur
Satu pelan perlu dirancang untuk menentukan struktur atau peraturan pemilihan
pemain dijalankan secara adil dan hanya pemain yang benar-benar sesuai dipilih.
Para pemain yang terlibat dalam proses pemilihan perlu diberitahu terlebih dahulu
tentang prosedur yang akan diambil supaya mereka dapat bersedia dari segi
psikologi. Proses pemilihan pemain melibatkan pemilihan objektif dan subjektif.

121

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Pemilihan Objektif

Tahap kemahiran asas dan kemahiran khusus atlet perlu dinilai


termasuk pemerhatian terhadap kemahiran istimewa yang dimiliki
atlet. Misalnya dalam

sukan badminton, kemahiran asas yang

diperlukan adalah seperti membuat servis, pukulan drive, pergerakan


digelanggang dan smesy.

Tahap kecergasan atlet adalah penting dalam aspek pemilihan. Oleh


itu komponen kecergasan berasaskan kemahiran atlet perlu diuji
supaya jurulatih dapat mengenal pasti tahap kecergasan atlet yang
dipilih dalam aspek ini.

Kesesuaian seseorang atlet untuk bermain dalam permainan individu


atau berpasukan perlu diberi pertimbangan. Permainan berpasukan
memerlukan tahap penyesuaian diri yang tinggi dengan rakan
sepasukannya.

Selain

itu,

umur

dan

pengalaman

atlet

juga

merupakan kriteria pemilihan yang penting.

Pemilihan Subjektif

Bergantung kepada penilaian peribadi jurulatih terhadap seseorang


atlet. Pemerhatian terhadap sifat atletnya seperti sanggup berkorban
untuk mencapai kejayaan, berdisiplin, dapat dilatih, berdedikasi,
bersemangat, gigih, mudah menyesuaikan diri dan tidak sombong
semasa sesi latihan dapat memberi gambaran subjektif yang
menyeluruh kepada jurulatih berkenaan seseorang atlet. Seseorang
pemain mungkin mempunyai tahap kemahiran yang tinggi tetapi
sentiasa menimbulkan masalah dan memberi pengaruh yang tidak
baik kepada ahli lain dalam pasukan tersebut.

Jurulatih juga boleh menggunakan saluran lain seperti melihat rekod

122

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

peribadi atlet atau mengadakan perbincangan dengan guru atau


rakan yang mengenali atlet untuk mendapatkan maklumat tambahan
mengenai atlet tersebut.

5.5. Identifikasi Bakat


Bakat seseorang atlet sebenarnya dapat dilihat dari segi bakat satu dimensi, bakat
pelbagai dimensi, bakat satu sukan dan bakat dalam pelbagai sukan (Brown,
2001).

Jadual di bawah menunjukkan jenis ujian yang boleh dilakukan untuk

mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan atlet berdasarkan faktor prestasi
tertentu, manakala jadual berikut menunjukkan sembilan ujian teras yang dapat
dijalankan untuk tujuan identifikasi bakat.
Jadual Jenis ujian untuk mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan atlet
berdasarkan faktor prestasi tertentu

Faktor Prestasi

Struktur tubuh badan

Tindak balas dan


koordinasi
Penglihatan

Kestabilan
Kekuatan dan kuasa

Kelajuan dan keupayaan


memulihkan pecutan
Ketangkasan
Daya tahan

Ujian mengenal pasti bakat dan tahap


kecergasan
- Ketinggian
- Jarak rentang lengan
- Ketinggian semasa duduk
- Jism badan
- Masa tindak balas
- Keupayaan menangkap
- Keupayaan membaling
- Penglihatan konvergen
- Persepsi dalaman
- Penglihatan Pinggiran
- Mata dominan
- Dirian bangau
- Pusingan bangau
- Balingan bola
- Bangun tubi
- Balingan beban (peluru 3 kg)
- Lompatan menegak
- Lari pecut 40 m
- Pemulihan pecutan
- Ujian Keanjalan Hexagon
(ujian lompatan)
- Daya tahan crunch
- Tekan tubi

123

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Kelembutan
Mental

- Lari ulang-alik
- Larian 800 m
- Duduk berjangkau
- Ekstensi belakang
- Skala 1 5 terhadap lima faktor
- Inventori Eysencks Personality

Sumber: Majlis Sukan Negara (1995), Talent Identification & Fitness Testing Manual
1997-1998, Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara, Jadual 3, hlm 6.

Jaduai Ujian sembilan teras untuk tujuan identifikasi bakat

Faktor Prestasi
Struktur tubuh badan

Kekuatan dan kuasa


Kelajuan
Ketangkasan
Daya tahan

Ujian teras identifikasi bakat


1. Ketinggian
2. Jarak rentang lengan
3. Ketinggian semasa duduk
4. Jisim badan
5. Balingan beban (peluru 3 kg)
6. Lompatan menegak
7. Lari pecut 40 m
8. Ujian Keanjalan Hexagon (ujian
lompatan)
9. Larian ulang-alik atau larian 800 m

Sumber: Majlis Sukan Negara (1995), Talent Identification & Fitness Testing Manual
1997-1998, Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara, Jadual 3, hlm 6.

5.6. Pembangunan atlet


Kejayaan sukan bagi sesebuah negara adalah bergantung terhadap perancangan
yang baik dan berkesan dalam pelbagai aspek seperti pembangunan jurulatih,
pembangunan atlet, prasarana sukan dan pelbagai kemudahan yang lain. Kalau
dilihat dari segi pembangunan atlet, negara kita juga tidak ketinggalan dalam
mencari bakat dari akar umbi iaitu semenjak di bangku sekolah rendah lagi,
seterusnya berterusan ke sekolah menengah, kolej, universiti dan sebagainya
lagi.

124

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Dalam hal ini, panel jurulatih terbaik yang dilantik sama ada di peringkat zon,
daerah, negeri atau kebangsaan, haruslah memainkan peranan yang penting
dalam mengenal pasti bakat-bakat yang terbaik agar tidak terlepas pandang
terhadap atlet sukan yang berbakat. Untuk itu pembangunan atlet yang telah
terpilih haruslah meliputi perancangan program latihan yang terancang samada
dalam aspek kecergasan fizikal, kemahiran, pemakanan, sahsiah dan sebagainya
lagi.
Merancang program latihan
Latihan yang berkesan bermula dengan perancangan latihan yang rapi. Seorang
jurulatih seharusnya merancang program latihan dengan memberi penekanan
pada beberapa aspek penting seperti teknik permainan (kemahiran sukan), taktik
permainan, pelaziman dari segi fizikal, fisiologi dan psikologi serta pengetahuan
permainan (termasuk undang-undang permainan).
Bentuk program latihan
Terdapat dua bentuk program latihan, iaitu program latihan jangka pendek yang
mengambil masa kurang daripada dua tahun dan program latihan jangka panjang
yang mengambil masa antara dua hingga empat tahun.
Latihan kemahiran psikologikal (LKP)
LKP merujuk kepada latihan kemahiran mental atau psikologikal yang dijalankan
secara sistematik dan konsisten (Weinberg dan gould, 1999). Apabila berlakunya
kegagalan dalam sesuatu perlawanan, terdapat juga jurulatih yang jarang
memikirkan kemungkinan kegagalan atlet disebabkan masalah psikologi seperti
takut, tidak tenteram dan sebagainya. Jurulatih gagal memahami kepentingan
LKP dan kesannya terhadap peningkatan prestasi sukan. Sesungguhnya ,
kekuatan mental menyumbang antara 50% hingga 95% terhadap peningkatan
prestasi sukan.

125

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Pemakanan atlet
Dalam bidang sukan, pencapaian atlet dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu
genetik, latihan dan pemakanan. Walaupun faktor genetik tidak dapat diubah,
namun faktor latihan dan pemakanan dapat diubah. Pada kebiasaannya, jurulatih
dapat menangani faktor latihan dengan baik dan berkesan tetapi gagal memberi
perhatian yang sewajarnya terhadap pemakanan atlet semasa mereka membuat
persiapan menjalani latihan. Sebenarnya pemakanan sukan yang seimbang dapat
membantu atlet kita untuk meningkatkan prestasi sukan dan tahap kesihatan yang
baik.

Sahsiah
Pembangunan dalam aspek sahsiah juga merupakan satu elemen penting dalam
melahirkan seorang atlet yang komited terhadap hala tujunya dalam bidang sukan
yang diceburinya. Keperibadian yang cemerlang dalam sukan bakal melahirkan
sikap yang baik dan disenangi oleh pelbagai pihak. Sukan berkumpulan

126

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

melibatkan ahli yang ramai seperti bola sepak, hoki, sepak takraw, bola jaring dan
sebagainya amat menuntut keharmonian sikap yang terbaik dikalangan setiap
atlet.
Kerangka program latihan
Kerangka program latihan ialah alat yang digunakan oleh jurulatih untuk
merancang, mengarah dan memandu atlet bagi menjalani latihan sepanjang
tahun. Di dalam setiap program latihan, terdapat periodisasi. Periodisasi boleh
dikatakan tempoh atau jangka masa. Periodisasi merupakan proses pembahagian
pelan tahunan kepada beberapa fasa latihan kecil supaya program latihan yang
dirancang dapat dijalankan secara teratur. Tujuan kerangka program latihan
adalah untuk memudahkan penyediaan progran latihan. Dengan adanya
periodisasi, jurulatih akan berasa lebih mudah untuk meramalkan hasil atau
pencapaian untuk dijadikan garis panduan bagi menentukan pencapaian puncak
yang betul dan tepat semasa fasa pertandingan utama. Kerangka program latihan
membantu jurulatih dan atlet menjalankan latihan dengan lebih teratur dan
bersistematik. Ini juga memudahkan proses pemantauan dan penilaian dilakukan
oleh jurulatih terhadap atlet yang dilatih.
Fasa-fasa latihan
Satu kalender latihan bagi seseorang atlet boleh dibahagikan kepada tiga fasa,
iaitu fasa persediaan, fasa pertandingan dan fasa transisi. Setiap fasa adalah
terdiri daripada kitaran makro dan kitaran mikro serta mempunyai matlamat yang
berbeza.
Fasa persediaan
Fasa persediaan dibahagikan kepada dua, iaitu persediaan umum dan persediaan
spesifik. Fasa persediaan

umum memberi tumpuan kepada

pembinaan

kecergasan fizikal menyeluruh terutamanya dalam aspek kardiovaskular, daya


tahan otot dan kekuatan asas sebelum atlet menjalani latihan pembinaan
komponen fizikal yang diperlukan dalam sukan yang diceburinya. Isipadu latihan
bagi persediaan umum adalah tinggi (85%-100%) dan intensiti latihan adalah
sederhana (40% - 70%). Jangka masa bagi fasa ini adalah 6 hingga 14 minggu.
Ujian pra kecergasan diperlukan dalam fasa persediaan umum.
127

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Persediaan khusus memberikan penekanan khusus kepada komponen-komponen


fizikal yang lebih dominan dalam sesuatu sukan. Jangka masa bagi fasa ini
adalah antara 6 10 minggu. Isipadu latihan masih tinggi bagi sukan-sukan yang
berasaskan daya tahan sementara intensiti latihan ditingkatkan sehingga 90%.
Isipadu latihan diturunkan sedikit kepada 65%-85% bagi sukan-sukan yang
berasaskan kekuatan dan kelajuan.

Fasa pertandingan
Fasa pertandingan dibahagikan kepada dua, iaitu pra-pertandingan dan
pertandingan. Fasa ini memberi penekanan khusus kepada komponen fizikal
dalam sukan yang dilatih. Tujuan fasa pertandingan adalah untuk meningkatkan
atau mengekalkan tahap kecergasan. Latihan bagi fasa ini dilakukan dalam situasi
permainan kecil, permainan sebenar melalui simulasi permainan. Isipadu latihan
tinggi bagi sukan berasaskan daya tahan sementara intensiti bergantung kepada
keperluan sebenar sukan. Latihan bebanan ditumpukan bagi meningkatkan dan
mengekalkan kuasa serta daya tahan otot. Jangka masa bagi fasa ini adalah
antara 6-8 minggu. Ujian pasca kecergasan diperlukan bagi fasa ini.
Fasa pertandingan memberi tumpuan kepada pengekalan kecergasan optimum
yang diperlukan oleh sukan yang diceburi. Isipadu dan intensiti amat diperlukan
bagi memastikan atlet berada pada prestasi puncak terutamanya pada hari
pertandingan sebenar. Kecergasan dikekalkan dan dinilai melalui permainan
sebenar atau melalui ujian masa atau jarak atau ketinggian. Kaedah latihan
seperti latihan bebanan untuk pengekalan daya tahan otot bagi sukan berasaskan
kelajuan dan kekuatan boleh diteruskan tetapi kekerapan latihan perlu
dikurangkan. Jangka masa fasa pertandingan bergantung kepada format
pertandingan.
Fasa transisi
Fasa transisi mengambil masa lebih kurang 6-10 minggu. Tujuan fasa transisi
pemulihan fisiologi dan psikologi seperti rawatan kecederaan dan mengatasi
kebosanan. Jangka masa fasa masih bergantung kepada pertandingan. Rehat
aktif adalah amat digalakkan bagi mengelakkan penurunan kecergasan fizikal
yang keterlaluan. Tujuan fasa ini adalah menilai prestasi diri dan keberkesanan
128

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

program dan merancang sesi latihan yang akan datang.


Isipadu
Isipadu adalah jumlah kerja atau aktiviti latihan yang perlu dilakukan oleh
seseorang atlet.
Intensiti Latihan
Intensiti latihan merujuk kepada kualiti kerja yang yang dikenakan seperti kelajuan
larian atau ulangan maksima (repitition maxsimum). Intensiti rendah tidak
meningkatkan tahap kecergasan. Intensiti terlalu tinggi mengganggu proses
pembangunan kecergasan kecederaan.

Terdapat komponen-komponen yang

diberi keutamaan mengikut fasa. Komponen-komponen tersebut adalah latihan


atau pembinaan fizikal, latihan atau pembinaan psikologi, latihan atau pembinaan
teknikal (kemahiran) dan latihan atau pembinaan taktikal (strategi). Penekanan
kepada komponen-komponen ini diberi mengikut kitaran latihan.

129

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

TUGASAN TERARAH

1. Mendapatkan dan mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan


dan bahan multimedia berkaitan program pembangunan sukan.
2. Dapatkan maklumat bagaimana anda dapat merancang dan menyediakan satu
program pembangunan sukan.

LAMAN WEB
Laman Web Kementerian Belia dan Sukan
Laman Web Majlis Sukan Negara

RUJUKAN

Cheah Swee Ming(1995), Sains Dalam Sukan. Shah Alam, Penerbit Fajar Bakti
Sdn Bhd.

PORTFOLIO

Mohd Sofian(2001),Psikologi Sukan Aplikasi Teori dan Pratikal, Kuala Lumpur


Utusan Publicatiuons & Distribution Sdn.Bhd.
Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan
kepada
dalamPengurusan
bentuk softsukan:
dan hard
Omardinpensyarah
Ashaari (1998).
Siri copy.
Pengurusan dan Pentadbiran
Utusan. Kuala Lumpur
Wee Eng Hoe (2002). Sains Kejurulatihan. Shah Alam:Oxford Fajar Sdn. Bhd

http://www.scribd.com/doc/40678061/Pentadbiran-Sukan . htm
http://www.scribd.com/doc/31969160/Pembangunan Jurulatih.htm
http://www.isn.gov.my/tid/index.php?
option=com_content&view=frontpage&Itemid=1
http://www.brianmac.co.uk/plan.htm 130

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

131

Anda mungkin juga menyukai