Anda di halaman 1dari 5

CONTOH KARANGAN PRAPERCUBAAN SPM 7

TAJUK 7 : LANGKAH-LANGKAH MENERAPKAN NILAI MURNI DALAM KALANGAN


REMAJA
PENDAHULUAN

(T) Nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar
segala tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial
yang dikehendaki dalam masyarakat. Amalan ini penting untuk melahirkan insan
yang mulia, unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara ke arah
Wawasan 2020. Iman al-Ghazali mengatakan, Apabila kamu hendak mengenali
wajah lihatlah pada cermin, tetapi apabila kamu hendak mengenali diri lihatlah
pada wajah. Kata-kata tersebut mengambarkan betapa keperibadian dan akhlak
mulia menjadi tali pengukur kepada setiap individu. Sesungguhnya berakhlak mulia
amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. (I) Namun begitu,
dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, amalan nilai murni dalam
kalangan masyarakat semakin lenyap dalam sanubari golongan dewasa dan remaja.
Berita tentang remaja bertindak liar di luar batas-batas kehidupan dengan terlibat
dalam aktiviti-aktiviti jenayah seperti gengsterisme, vandalisme dan pornograf
sering terpampang di dada akhbar dan kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan
betapa kroniknya masalah kelunturan amalan nilai murni dalam kalangan
masyarakat. (A) Sebelum keadaan menjadi lebih parah, amalan ini perlulah
dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan seharian kita kerana seribu satu
kemaslahatan boleh diperoleh.

(L1): Menyedari akan pelbagai kemaslahatan, kita haruslah mengambil langkahlangkah yang pragmatik dan efektif untuk memastikan amalan ini dapat dipupuk
dalam setiap sanubari remaja kita. Oleh itu,kita perlu bertindak mulai dari sekarang
kerana perjalanan yang beribu-ribu batu mestilah bermula dengan langkah yang
pertama. Salah satu langkah yang dominan adalah melalui rombakan sistem
pendidikan. Dalam hal ini, kita terpaksa meletakkan tanggungjawab penting ini
kepada pihak pendidikan. (M) Pendidikan merupakan wahana yang berkesan untuk
mentarbiah masyarakat. Melalui pendidikan, kita diajar, dibimbing dan diasuh untuk
menjadi insan yang kamil dan holistik sama ada dari aspek jasmani, rohani dan
intelek. Bukan itu sahaja, pendidikan juga mampu melahirkan insan yang berhemah
tinggi dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni.(B) Hal ini juga turut disedari oleh
Menteri Pelajaran kita. Oleh sebab itu, beliau telah mengarahkan agar kurikulum
semua mata pelajaran yang sedia ada dirombak semula. Rombakan ini dapat dilihat
melalui penerapan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan amalan budi bahasa

dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu melalui cerpen, novel, drama dan puisi
yang diajarkan dari peringkat Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Mantan
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed pernah menyatakan bahawa kita perlu
mencontohi sikap masyarakat Jepun. Walaupun negara mereka semakin maju
namun, masyarakatnya masih mengekalkan nilai-nilai murni di samping
mengamalkan budaya dan adat resam bangsa mereka. (K) Mereka percaya bahawa
dengan mengenali asal usul bangsa serta keindahan bahasa dan budaya mereka,
mereka dapat melahirkan rakyat yang tinggi semangat cinta akan negaranya.
Semangat inilah yang membawa negara mereka pada kemajuan kerana rakyatnya
sanggup berkorban jiwa dan raga demi negara yang tercinta. (P) Jelaslah bahawa
dalam usaha untuk memupuk amalan nilai murni, maka tidak boleh tidak,
perubahan dalam sistem pendidikan perlu dilaksanakan.

(L2): Jika kita lihat dari sudut yang lain, pihak sekolah perlu juga melaksanakan
aktiviti kokurikulum dengan lebih giat dan berkesan. (M) Kita perlu sedar bahawa
aktiviti kokurikulum merupakan wadah yang paling berkesan dalam membentuk
nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, bekerjasama dan hormat-menghormati
dalam diri para pelajar. Para guru pula dianggap sebagai arkitek pembangunan
manusia diarahkan untuk mengadakan pelbagai program bagi memupuk amalan
nilai murni ini kerana pelajar ibarat pohon yang baru ditanam. Lantaran itu, mereka
perlu dibajai, diairi dan diberi cahaya matahari yang secukupnya. (B) Sebagai
contoh, aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh badan-badan beruniform seperti
Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah akan membentuk semangat berpasukan yang
tinggi dalam kalangan ahlinya. Mereka akan bersama-sama mendirikan khemah,
mematuhi giliran memasak dan sebagainya, sepanjang perkhemahan diadakan.
Selain itu, aktiviti bergotong-royong oleh persatuan-persatuan dan kelab-kelab
sama ada di sekolah, mahupun di kawasan sekitar sekolah pula akan menanamkan
nilai bertanggungjawab para pelajar terhadap alam sekitar serta sekolah mereka
bak kata pepatah, tak kenal , maka tak cinta. (K) Melalui program-program yang
dijalankan ini, para pelajar akan membentuk jati diri dan sikap positif dalam diri
mereka. Mereka akan lebih bersikap membina daripada meruntuhkan atau
membinasakan sesuatu. Mereka juga akan lebih bertanggungjawab terhadap segala
kemudahan yang disediakan untuk kegunaan ramai. Oleh itu, melalui pelaksanaan
aktiviti kokurikulum yang lebih berkesan, kita berharap agar tidak ada lagi telefon
awam yang dirosakkan, atau tandas awam yang diconteng dengan kata-kata yang
tidak menyenangkan mata memandang. Sebaliknya, kita akan dapat menyaksikan
masyarakat yang lebih bertolak-ansur, umpamanya, mereka tidak berebut-rebut
lagi ketika menaiki bas awam atau komuter. Anak-anak muda kita juga akan lebih
menghormati golongan yang tua. (P) Pendek kata, amalan nilai murni
sememangnya dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh
pihak sekolah.

(L3): Seperkara lagi, peranan ibu bapa juga amat penting dalam melahirkan insan
kerdil yang mengamalkan nilai-nilai murnil. (M) Bagaimana acuan, begitulah
kuihnya, begitulah peribahasa yang membawa maksud bahawa peribadi serta
perlakuan ibu bapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak mereka. Memang tidak
dapat kita nafkan ibu bapa merupakan guru pertama dalam kehidupan anak-anak
sejak dalam rahim ibu lagi. Hal ini membuktikan bahawa ibu bapa merupakan ejen
pembentukan karakter anak-anak yang paling ampuh untuk melahirkan insan yang
kaya nilai murni. (B) Oleh itu, sesuatu perkara itu perlu dipupuk dari kecil oleh ibu
bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya agar apabila anak-anak
memasuki alam persekolahan, nilai-nilai asas yang positif seperti hormatmenghormati, beradab sopan dan bertolak-ansur telah sedia wujud dalam diri anakanak mereka. Sebagai contoh, anak-anak yang lebih muda perlu menghormati
kakak atau abang mereka yang lebih tua. Anak-anak juga diajar agar menghormati
harta benda milik adik-beradik mereka serta harta benda bersama. Dalam hal ini,
ibu bapa tidak boleh bersikap seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan
betul. Oleh itu, ibu dan bapa perlu sentiasa menunjukkan bahawa mereka juga
saling menghormati sesama mereka agar nilai positif ini diikuti oleh anakanak. (K) Dengan ini, hubungan kemesraan keluarga akan dapat ditingkatkan di
samping dapat mewujudkan baiti jannati. Malah yang lebih penting, anak-anak
akan lebih beradab dan bernilai murni yang akan mencerminkan maruah keluarga
tersebut. Anak-anak seumpama ini tidak akan bersikap biadab yang
mampumenconteng arang ke muka keluarga sendiri. (P) Sesungguhnya, peranan
ibu bapa yang mempamerkan contoh terbaik kepada anak-anak dapat memupuk
amalan nilai dalam diri anak-anak.
(L4) Pilihan kita yang terakhir untuk membentuk masyarakat yang bernilai murni
adalah melalui kempen yang berkesan. (M) Hal ini dikatakan demikian kerana
kempen-kempen yang diadakan mampu menyedarkan masyarakat tentang
kepentingan amalan ini dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita. Masyarakat
pada hari hari lebih mudah dipengaruhi dan dikuasai dengan kempen-kempen yang
diadakan. (B) Sembilan tahun lalu iaitu pada 11 Februari 2005 Kementerian
Kebudayaan dan Warisan (KEKWA) melancarkan kempen Budi Bahasa dan Nilai
Murni. Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni sama sekali tidak diwujudkan kalau
masyarakat kita mengamalkan nilai murni. Kempen yang dicetuskan oleh Dr. Rais
Yatim semasa memimpin KEKWA ini mengejutkan kita yang terlena dalam mengejar
fatamorgana hidup sehingga sanggup merendahkan tahap nilai murni kita. Suatu
ketika dahulu , majalah Readers Digest telah menyiarkan hasil kajian kesantunan di
36 bandar raya di dunia. Hasilnya, Kuala Lumpur menjadi bandar raya kedua paling
biadab. Kajian ini amat membimbangkan dan memalukan kita. Oleh itu, kempen
seumpama ini haruslah diadakan secara berterusan serta giat dan bukannya
sekadarmelepaskan batuk di tangga. (K) Dengan ini, diharapkan kempen yang
bersungguh-sungguh ini dapat menyemarakkan dan menyemai semula nilai-nilai
murni ke dalam jiwa remaja serta meletakkan nilai murni sebagai satu asas dan

tunjang dalam kehidupan kita. Secara implisitnya, negara akan menjadi agung jika
warganya terdiri dari insan-insan yang mengamalkan budaya murni. Tidak ada
gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi kebendaan tapi muflis dari segi
keperibadian. (P) Izharlah bahawa peranan kempen juga penting untuk
membudayakan amalan murni ini dalam kehidupan seharian kita.

Dari kaca mata yang berbeza pula, amalan nilai murni dalam kalangan remaja
dapat dipupuk melalui aktiviti komuniti yang dianjurkan oleh masyarakat setempat.
Masyarakat sekeliling mampu mempengaruhi tingkah laku para remaja yang
dianggap separa matang dan belum keras ubun-ubunnya. Aktiviti komuniti seperti
gotong-royong, kenduri-kendara dan rukun tetangga dapat dijayakan dengan
penglibatan dan kerjasama daripada masyarakat setempat. Biar kita ambil contoh
aktiviti gotong-royong. Aktiviti ini diadakan dengan tujuan untuk membersihkan
kawasan kediaman bersama-sama tanpa mengira status, agama dan bangsa. Sikap
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing tidak wujud ketika
menjalankan aktiviti ini malah sikap bekerjasama bagai aur dengan tebing terpapar
semasa aktiviti ini dijalankan. Kesannya, pelbagai nilai murni dapat diterapkan
seperti nilai kerjsama, prihatin, tolong-menolong dan sebagainya.Tun Dr.Mahathir,
mantan Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri
dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerapkan pelbagai nilai murni
dalam diri. Bukan itu sahaja, kebersihan kawasan kediaman juga akan terjamin dan
sekali gus dapat menghindarkan penyakit berbahaya seperti demam denggi.
Izharlah bahawa aktiviti kemasyarakatan yang diadakan mampu memupuk nilainilai murni dalam diri remaja kita.

PENUTUP
(K) Sudah terang lagi bersuluh bahawa dapat disimpulkan bahawa terdapat
pelbagai langkah yang dapat diimplementasikan untuk memupuk amalan nilai
murni dalam sanubari remaja kita. Amalan nilai murni amat mustahak untuk negara
mencapai taraf negara maju yang disegani oleh negara-negara gergasi yang lain di
dunia. Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi, yang indah itu bahasa, yang elok
itu budi, demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan berbudi bahasa
dan amalan nilai murni dalam kehidupan masyarakat kita. (C) Oleh itu, sifat sifat
luhur dan amalan berbudi bahasa yang dahulunya menjadi kebanggan masyarakat
timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan semula. Lantaran
itu,
semua
pihak
wajarlah
bersinergi bagai
aur
dengan
tebing dan
mengelakkan sikap masing-masing perahu, masing-masing kayuh dalam menanam
amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu. Kita tidak seharusnya
mengharapkan sebelah pihak sahaja untuk memupuk amalan murni ini dalam
setiap
jiwa
rakyat
Malaysia
kerana bertepuk
sebelah
tangan
takkan
berbunyi. Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan

dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat. (H) Profesor DiRaja,
Ungku Aziz pernah berkata, Malaysia yang aman dan damai akan lenyap dalam
sedikit masa jika rakyatnya tidak bermoral dan nilai budi bahasa yang kian terhakis
dari jiwa mereka. Jadi, kita mengharapkan agar menjelang tahun 2020, tabiat
buruk seperti kegiatan gengsterisme dan bercakap kasar sudah lupus dari memori
setiap rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan
terbilang. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan
biarlah negara Malaysia terus disegani kerana ketinggian nilai murni rakyatnya.

Anda mungkin juga menyukai