Anda di halaman 1dari 3

Setiap negara mempunyai sejarah yang tersendiri.

Di Malaysia, sejarah yang ada telah


membentuk identiti negara kita. Negara kita terdiri daripada rakyat yanhg berbilang kaum
iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan sebagainya. Perpaduan kaum yang
terbentuk pada masa dahulu sehingga kini merupakan satu pencapaian negara yang amat
membanggakan. Rakyat yang berbilang kaum ini dapat hidup bersama secara aman
damai kerana mereka mempunyai semangat patriotik yang kukuh dan kental dalam diri
mereka. Walau bagaimanapun, masyarakat pada zaman moden ini, asyik dengan
perkembangan dunia sehingga mengabaikan kepentingan semangat patriotik dalam diri
mereka. Amat jelas dapat dilihat bahawa masyarakat kini kurang berpengetahuan tentang
sejarah pembentukan negara hasil perjuangan oleh tokoh pejuang bangsa seperti Dato
Maharajalela, Dato Bahaman, Tok Janggut dan sebagainya. Masyarakat kini kurang
bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang terdapat di negara kita. Oleh itu,
pelbagai usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menyuburkan semangat patriotik
dalam jiwa masyarakat. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam menerapkan
semangat patriotik dalam jiwa anak-anak?
Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan
peranan yang utama dalam menerapkan dan menyuburkan semangat patriotik
dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa seharusnya sentiasa membawa anak-anak
melawat ke tempat-tempat yang bersejarah. Contohnya, ibu bapa hendaklah
membawa anak-anak ke Bandar Bersejarah, Melaka. Di situ, terdapat pelbagai
barang dan bangunan tinggalan sejarah. Amalan ini dapat menimbulkan dan
melahirkan minat anak-anak untuk mengetahui latar belakang dan asal-usul
pembentukan negara dan seterusnya akan wujud semangat patriotik dalam jiwa
anak-anak. Tempat-tempat bersejarah seperti Lembah Bujang, Seri Menanti,
Kota Belanda di Perak dan sebagainya boleh dijadikan sebagai destinasi
lawatan. Aktiviti lawatan ke tempat yang bersejarah merupakan langkah bagai
serampang dua mata kerana anak-anak bukan sahaja dapat menimba ilmu
pengetahuan, tetapi juga dapat mengekalkan hubungan silaturahim yang erat
antara keluarga. Jelasnya, lawatan ke tempat yang bersejarah boleh dijadikan
amalan setiap kali cuti persekolahan oleh ibu bapa sebagai cara menerapkan
semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Jelaslah, Sesungguhnya tidak dapat
dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang utama dalam menerapkan
dan menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak
Selain itu, ibu bapa juga hendaklah membeli buku-buku yang berkaitan
dengan sejarah atau buku-buku novel bertemakan semangat patriotik dan
semangat cinta akan negara kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana melalui
proses pembacaan, anak-anak dapat mengetahui lebih banyak perkara berkaitan
dengan sejarah. Buku-buku sejarah dan novel dapat membantu menerapkan
semangat patriotik dalam jiwa anak-anak kerana buku-buku tersebut mempunyai
isi kandungan yang berunsur patriotisme. Hal ini amat jelas menunjukkan
bahawa usaha ibu bapa dalam memilih buku-buku yang sesuai untuk anak-anak
adalah amat penting. Oleh itu, ibu bapa haruslah memilih buku-buku yang tinggi
nilai ilmunya dan bukannya buku-buku komik yang tidak bermanfaat. Dengan
membaca buku-buku berunsurkan patriotisme, pasti semangat patriotik dapat
diterapkan dalam jiwa anak-anak. Amalan membaca buku-buku tersebut

hendaklah dipupuk sejak dari kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Apabila anak-anak membesar nanti, mereka akan sentiasa
bersemangat patriotik dan suka membaca kerana kalau asal benih yang baik
jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan dicampak ke
bumi menjadi penawar. Tegasnya, ibu bapa juga hendaklah membeli buku-buku
yang berkaitan dengan sejarah atau buku-buku novel bertemakan semangat
patriotik dan semangat cinta akan negara kepada anak-anak.
Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menjadi role model atau suri
teladan kepada anak-anak. Ibu bapa perlu sedar bahawa segala perbuatan,
perlakuan, amalan, pertuturan dan pemikiran mereka akan diikuti oleh anakanak. Oleh hal yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa menunjukkan sikap
yang positif kepada anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh mengibarkan
bendera di rumah atau melakukan aktiviti yang boleh menunjukkan sokongan
terhadap negara. Ibu bapa janganlah menyertai apa-apa protes terhadap negara
kerana perbuatan sedemikian hanya akan menjadi seperti ketam mengajar anak
berjalan betul, tetapi diri sendiri tidak betul.. Oleh itu, ibu bapa harus sentiasa
menunjukkan contoh yang tebaik kepada anak-anak kerana ke mana tumpahnya
kuah kalau tidak ke nasi. Ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai
program larian 1 Malaysia, ceramah tentang Sejarah Negara, atau lawatan ke
Muzium Negara. Ibu bapa haruslah melakukan usaha dengan sepenuh hati agar
anak-anak yang dibesarkan dapat menjadi insan yang cinta akan negara dan
bersemangat patriotik. Tegasnya, ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada
anak-anak bagi melahirkan generasi muda yang berwawasan.
Seterusnya, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk bercerita mengenai
peristiwa-peristiwa atau kisah yang berkaitan dengan sejarah kepada anak-anak
bagi melahirkan generasi muda yang bersemangat patriotik. Bak kata pepatah,
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Sebagai contohnya, sebelum
anak-anak masuk tidur, ibu bapa boleh membacakan cerita mengenai pejuangpejuang bangsa kepada anak-anak seperti kisah perjuangan Datuk Bahaman,
Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Kapten Hasan dan lain-lain ketika menentang
Inggeris. Ibu bapa bolehl juga menceritakan sendiri pengalaman nenek moyang
terdahulu,betapa
mereka menderita dizalimi dan didera semasa zaman
penjajahan di negara kita. Anak-anak yang bijak sudah pastinya dapat
membandingkan kehidupan mereka sekarang berbanding dahulu. Hal ini boleh
menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa juga boleh
melayari internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk
bercerita kepada anak-anak. Dengan mempunyai maklumat yang tepat, anakanak akan mendapat informasi yang betul dan setelah itu, anak-anak akan
sentiasa teringat-ingat tentang kisah sejarah. Mereka akan belajar sesuatu
melalui sejarah lalu timbullah semangat patriotik dalam jiwa mereka. Oleh itu, ibu
bapa perlulah sentiasa mencari peluang atau kesempatan untuk menceritakan
pengalaman diri atau berbincang dengan anak-anak mengenai topik-topik
berunsurkan negara bagi menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.
Amalan-amalan ini haruslah dilaksanakan dengan berterusan kerana alah bisa
tegal dek biasa. Anak-anak akan cuba mengingati setiap cerita yang pernah
didengarnya terutama tentang sejarah negara. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu

melaksanakan tanggungjawab dengan baik bagi membentuk jiwa anak-anak


yang bersemangat patriotik.
Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah membawa anak-anak menyertai
sambutan-sambutan negara seperti Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, Hari
Malaysia pada 16 September dan sebagainya. kita Dengan menyertai sambutan
hari kemerdekaan ini, semangat patriotik dapat disemai dalam diri mereka.
Sebagai contohnya, apabila anak-anak dapat bersama-sama mengibarkan jalur
gemilang, mendengar deklamasi sajak serta mendengar cerita-cerita tentang
kesengsaraan para pejuang tanah air untuk memerdekakan negara. Anak-anak
dapat melihat sendiri kemeriahan sambutan kemerdekaan sekali gus memahami
objektif sebab-sebab sambutan sebegini diadakan. Kisah disebalik kemewahan
dan kedamaian negara akan dapat dirungkai dan seharusnya dapat
menghadirkan keinsafan dalam diri mereka bahawa banyak harta benda dan
nyawa yang harus dikorbankan demi melihat Malaysia gagah seperti sekarang.
Dengan menyertai aktiviti sambutan ini juga, kita akan mendapat peluang untuk
melihat persembahan daripada kaum lain dan berkenal-kenalan antara satu
sama lain. Secara tidak langsung, perpaduan antara kaum akan tercapai dan
wujudlah masyarakat yang harmoni yang bersemangat patriotik. Jelaslah
bahawa,
jika ibu bapa dapat membawa anak-anak menyambut hari
Kemerdekaan setiap tahun sejak mereka kecil lagi sudah pasti semangat
patriotik dapat dipupuk dengan mudah kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu
bapa memainkan peranan yang penting dalam menerapkan semangat patriotik
dalam jiwa anak-anak. Hadis Riwayat At-Tarmizi ada menyatakan bahawa tiada
anugerah yang dapat diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya selain tunjuk
ajar dan budi pekerti yang mulia. Hal ini amat jelas membuktikan betapa
besarnya tanggungjawab seorang ibu atau bapa kepada pembinaan personaliti
anak-anak. Oleh itu, ibu bapa haruslah melaksanakan tanggungjawab dan
peranan bagi melahirkan individu yang bersemangat patriotik, cinta akan negara
dan berwawasan.

Anda mungkin juga menyukai