Anda di halaman 1dari 2

Contoh Karangan Pelajar : Isu Pengangkutan Awam

Januari 24, 2009 mindabahasaRangkaian pengangkutan awam di negara kita meliputi


pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah
ada banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi
kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem
pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah
berlanjutan agak lama ini.
Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan
awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap
oleh masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem
pengangkutan itu. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam
terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan
pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus
diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun
menggunakan LRT.
Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam
yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas
tidak boleh diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar
untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah
penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana
penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja menyampah
melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan
mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam mereka.
Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi
masalah untuk menukar sistem pengangkutan. Contohnya, antara monorel dengan LRT
atau antara bas dengan monorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang
terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan
awam yang lain pula.
Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap
merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus
dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk
diselesaikan.
Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka
seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali
masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang
dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini.
Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja
yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja
pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra
pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan.
Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak tetapi rumit untuk
diselesaikan. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan
awam, pihak kerajaan harus membuat tindakan drastik menangani isu ini. Mungkin sudah

sampai masanya kerajaan bertindak tegas bagi mengatasi kemelut ini.

Anda mungkin juga menyukai