Anda di halaman 1dari 2

KATA ALU-ALUAN PENGETUA

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga atas penerbitan majalah
DPersada edisi ke-10 tahun 2013. Kejayaan penerbitan ini hasil gemblingan tenaga
dan komitmet yang tidak berbelah bahagi daripada pihak Sidang Redaksi.
Majalah

DPersada

sememangnya

menjadi

wadah

rasmi

sekolah

dalam

menterjemahkan pelbagai aktiviti dan pencapaian yang digapai oleh warga sekolah
sepanjang tahun ini. Justeru, majalah ini juga menjadi medan murid-murid dan
guru-guru merakamkan bakat terpendam mereka untuk tatapan warga sekolah.
Harapan saya, majalah ini akan membuka ruang yang luas kepada anak didik untuk
mengetengahkan bakat yang ada apabila berada di luar sekolah nanti. Semoga
nanti, anak-anak didik SMKBP dapat menongkah arus dalam membina kehidupan
sebenar setelah menamatkan persekolahan.
Mutakhir ini, sistem pendidikan negara berkembang dengan pelbagai dasar yang
diperkenalkan. Pada hemat saya, sebagai warga sekolah sama ada pentadbir, guru
atau

murid,

malah

ibu

bapa

seharusnya

cakna

dengan

perubahan

yang

dilaksanakan oleh kerajaan agar kelangsungan pendidikan anak-anak akan terus


dimantapkan. Dasar pendidikan melalui KSSR dan KSSM pada masa ini menekankan
bukan sahaja pencapaian dari segi pengetahuan, malahan aspek kemahiran,
sahsiah, serta nilai budi pekerti diambil kira bagi melahirkan murid-murid yang
berketrampilan dalam semua aspek.
Oleh hal yang demikian, saya berharap agar peluang dan ruang yang ada di SMKBP
ini digunakan sepenuhnya oleh para murid agar dapat menjadi

insan kamil,

pencetus kegemilangan negara pada masa hadapan. Teruskan mara Damai, agar
unggul menjadi juara!
Sekian, terima kasih

PUAN RUGAYAH BINTI DAWOOD

Pengetua
SMK Bandar Persada