Anda di halaman 1dari 6

Bincangkan sejauh manakah Deklarasai Hak Kanak-kanak ini mampu memberi

impak kepada proses kemenjadian kanak-kanak sebagai pelajar dalam dunia


pendidikan.
Deklarasi Hak Asasi Kanak-kanak 20 November 1989, PBB
Kanak-kanak haruslah mendapat hak pendidikan yang menyeluruh. Hak kanakkanak menurut Deklarasi Hak Kanak-kanak 20 November 1989 Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB). Mengariskan bahawa kanak-kanak:

Harus menikmati sepenuhnya semua hak tanpa perbezaan dan diskriminasi.


Mendapatkan perlindungan, peluang dan kemudahan istimewa.
Mempunyai nama dan kewarganegaraan.
Makanan yang cukup, keselamatan sosial, tempat kediaman, rekreasi dan
kemudahan perubatan.
Mempunyai keluarga.
Hidup dalam komuniti.
Mendapat makanan yang berzat dan mencukupi.
Harus mendapat hak bermain dan riadah.
Pendidikan yang sempurna.
Mestilah dilindungi.
Mestilah diberi bantuan.
Sebelum melangkah jauh dalam mengupas satu persatu isu isu semasa

dalam bidang pendidikan ini, konsep isu dan cabaran pendidikan perlu diselusuri
terlebih dahulu. Mengikut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok
atau persoalan yang dibincangkan. Semasa pula pada ketika yang sama (Kamus
Dewan, 2007). Pernyataan ini bermaksud terdapat perkara atau unsur yang
mencabar kemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amnya dan guru
khasnya dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai misi KPM.
Era modenisasi dan globalisasi memberikan impak yang besar kepada
golongan pelajar di sekolah sama ada di bandar atau luar bandar. Pengaruh media
massa yang mengambil peranan guru dan ibu bapa dengan memaparkan budaya
yang

berbeza

dengan

masyarakat

tempatan

telah

menyebabkan

pelajar

membentuk sistem nilai yang tersendiri dan nilai-nilai tradisi berasaskan budaya
semakin

terhakis

kerana

desakan

luar

kawalan

media

massa

yang

turut

mempengaruhi sosio budaya pelajar. Oleh itu, pelajar merupakan golongan yang

sering terdedah dengan pelbagai masalah sosial. Antara gejala sosial di sekolah
yang sering kita dengar ialah gengsterisme, buli, vandalisme, merokok, berjudi,
melepak dan ponteng sekolah. Masalah ini mencabar kewibawaan dan kredibiliti
guru dalam menangani sikap dan tingkah laku pelajar yang negatif ini.
Impak daripada Deklarasi Kanak-Knak ini memberi perubahan posititf terhadap
pendidikan dunia. Pembelaan hak kanak-kanak yang diperjuangkan memberi satu
cahaya baru kepada dunia pendidikan khasnya buat kanak-kanak,
Faktor ini adalah antara faktor yang memberi impak yang positif terhadap
kemenjadian kanak-kanak sebagai pelajar. Ini kerana kanak-kanak dapat menikmati
sepenuhnya semua hak tanpa perbezaan dan diskriminasi oleh semua ini. ini
membolehkan

semua

kanak-kanak

mendapat

pendidikan

tanpa

mengira

agama,bangsa, taraf serta bahasa.


Huraian kepada isi adalah dengan semua pihak bekerjasama dalam memberi
peluang serta ruang kepada kanak-kanak dalam menerima pendidikan secara
bebas. Suhakam (2008) hak setiap kanak-kanak dalam bidang kuasa mereka tanpa
diskriminasi yang terkandung dalam Konvensyen, tidak kira kanak-kanak atau ibu
bapa atau bangsa penjaga yang sah, warna kulit, jantina, bahasa, ugama, faham
politik atau lain-lain, kebangsaan atau sosial asal, harta, kecacatan, kelahiran atau
status lain, dan tidak ada perbezaan. Pendidikan hendaklah untuk mengembangkan
personaliti, bakat, kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi
yang paling tinggi.

Di Malaysia, ciri-ciri kelas sosial dalam masyarakat semakin berkembang.


Masyarakat menilai kedudukan dan status individu melalui pencapaian pendidikan,
kemahiran, pendapatan, harta yang dipunyai, keturunan, kedudukan politik, kuasa
atau autoriti yang dimiliki. Persepsi atau pandangan individu terhadap kelas sosial
begitu ketara kini. Individu yang mempunyai kuasa dan duit yang banyak lebih
dipandang tinggi di dalam masyarakat berbanding individu yang bekerja di ladang
getah bersawah atau makan gaji. R.J. Stalcup (1968) telah mendefinisikan kelas
sosial sebagai a level in society made up of people consider themselves equal due

to similarities in family backgrounf, level of education, occupation, race, and


attitudes toward socialissues
Rohand Meighan (1986) menjelaskan walau apa cara definisi kelas sosial, ia
tetap menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu
bangsa yang sama. Ahli-ahli sosiologi pada hari ini termasuk Max Weber bersetuju,
terdapat lima kelas sosial yang boleh dibeza-bezakan iaitu golongan atasan,
pertengahan atasan, pertengahan bawahan, pekerja dan bawah. Dengan wujudnya
akta hak kanak-kanak ini memberi ruang dan peluang cerah kepada pendidikan
kanak-kanak.
Sebagai contoh ialah seperti sekolah kebangsaan yang diwujudkan oleh pihak
kerajaan

yang

memberi

kesan

yang

positif

terhadap

kanak-kanak

dalam

membolehkan semua kanak-kanak mendapat pendidikan yang mencukupi dalam


membantu mereka didalam proses kemenjadian mereka kearah modal insan
terhadap negara.
Cabaran yang perlu dihadapi oleh guru pada masa kini jika kanak-kanak tidak
diberi hak yang sepenuhnya tanpa diskriminasi adalah perlunya guru bertungkus
lumus dalam memastikan tidak berlaku diskriminasi yang memberi kesan buruk
kepada kemenjadian kanak-kanak sebagai pelajar. Guru memainkan peranan yang
sangat penting dalam menangani isu isu ketaksamaan peluang pendidikan dalam
kalangan murid pelbagai etnik dan budaya. kelancaran dan penyampaian PdP yang
baik oleh guru mampu membentuk perkembangan minda murid dan menarik minat
murid untuk terus mengikut serta secara aktif dalam pendidikan salam bilik darjah
tanpa berasa diskriminasi antara etnik dan budaya. Pelbagai kaedah yang boleh
digunakan oleh guru dalam menyampaikan ilmu dengan memberi peluang sama
rata terhadap semua murid pelbagai etnik dan budaya dalam bilik darjah. Hal ini
haruslah ditekankan untuk kelancaran sesuatu proses pembelajaran
Impak Deklarasai Hak Kanak-kanak kepada pendidikan kanak-kanak amatlah
besar. ia memberi hak kepada semua kanak-kanak intuk menerima pendidikan yang
meluas dalam membentuk kemenjadian mereka sebagai pelajar yang seterusnya
membentuk modal insan yang berguna kepada negara,

Impak

kepada

hak

kanak-kanak

mendapat

perlindungan,

peluang,

dan

kemudahan istimewa. ini merupakan satu faktor yang memberi impak positif
terhadap kanak-kanak dalam proses kemenjadian kanak-kanak sebagai pelajar
dalam dunia pendidikan. Ini kerana , suhakam (2008) kanak-kanak perlu dilindungi,
diberi peluang yang meluas serta disediakan kemudahan yang istimewa dalam
memastikan mereka mendapat pendidikan secara optimum. Mendapat pelindungan
seperti mendapat pendidikan,mempunyai nama dan kewarganegaraan, mendapat
kasih sayang ibu bapa, jagaan dan perlindungan, mendapat perlindungan ,peluang
dan kemudahan istimewa.
Suasana tempat tinggal yang lengkap dengan kemudahan asas, fizikal rumah
dan keadaan persekitaran turut memberikan impak kepada jurang pendidikan.
Struktur keluarga yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil atau besar, kes
perceraian, tahap pendidikan ibu bapa, pengaruh luar terdiri dari masyarakat dan
rakan sebaya juga memainkan peranan terhadap pembentukkan kelas sosial dalam
masyarakat. Kajian Anderson (1994) mengenai kesan penglibatan ibu bapa ke atas
pencapaian akademik pelajar mendapati jika ibu bapa terlibat secara langsung dan
aktif dalam pendidikan anak-anak mereka, anak-anak mereka akan mencapai
keputusan yang lebih cemerlang di dalam peperiksaan jika dibandingkan dengan
pelajar yang mempunyai ibu bapa yang tidak tidak terlibat secara langsung dengan
pendidikan mereka. Selain lokasi yang berkaitan terus dengan sosial, jurang
pendidikan juga wujud antara jenis sosio-ekonomi dan tahap keupayaan murid.
Jurang ini juga akan memberikan impak terhadap pencapaian murid termasuklah
penyediaan kemudahan fizikal untuk murid belajar. Impak jurang pendidikan telah
menyumbang secara ketara terhadap tahap sosioekonomi antara penduduk. Usaha
menangani jurang ini terus mendapat perhatian Rancangan Malaysia Ketiga (RMK30), dalam perancangan ini, semua rakyat diberikan peluang yang sama untuk
menerima perubahan dalam sistem pendidikan negara.
Sebagai contoh, pihak kerajaan telah membuat akta kanak-kanak yang
menggariskan hak serta perlindungan yang menyeluruh kepada kanak-kanak.
Faktor ini memberi kesan yang positif terhadap kanak-kanak kerana dalam proses
kemenjadian mereka sebagai pelajar.

Cabaran guru pada masa kini adalah memberi keyakinan kepada murid yang
kurang bernasib baik agar terus bersemangat didalam meubah corak hidup mereka
kearah lebih cerah. Ini kerana motivasi penting untuk menyuntik minat kanak-kanak
untuk terus belajar.
Impak seterusnya dari Deklarasi kanak-Kanak ini adalah memberi kesaksamaan
serta kehidupan yang lebih baik kepada kanak dalam proses kemenjadian mereka
sebagai pelajar dalam dunia pendidikan,
Akta seperti Kanak-kanak mendapat makanan yang cukup, keselamatan sosial,
tempat kediaman, rekreasi dan kemudahan perubatan memberi pemahaman
kepada kita perlunya kepada suasana dan keadaan yang kondusif dan selesa untuk
kanak-kanak dapat menjalani kehidupan sebagai pelajar dengan lancar.
Contohnya seperti pemakanan yang mencukupi. Rasulullah pernah bersabda
dalam hadis yang sahih membawa maksud akal yang cerdas dari badan yang sihat.
Ini membawa maksud perlunya pemakanan yang cukup terhadap kanak-kanak
dalam proses kemenjadian mereka. Keselamatan sosial, tempat kediaman, rekreasi
dan kemudahan perubatan merupakan antara faktor yang membawa kesan positif
terhadap poroses perkembangan kanak-kanak dalam menjadi pelajar dalam dunia
pendidikan.
Makanan yang tidak mencukupi serta kemudahan asas yang tidak lengkap
akan memberi impak yang negatif terhadap kanak-kanak. Chen (2014) dalam
artikelnya

menyatakan

penggunaan

pendidikan kanak-kanak

infrakstuktur

yang

lengkap

membantu

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana

ia dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini


kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam
menjalankan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran.

Faktor

utama

yang

mempengaruhi pendidikan sejak beberapa dekat yang lalu


Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani isu isu
ketaksamaan peluang pendidikan dalam kalangan murid pelbagai etnik dan budaya.
kelancaran dan penyampaian PdP yang baik oleh guru mampu membentuk
perkembangan minda murid dan menarik minat murid untuk terus mengikut serta
secara aktif dalam pendidikan salam bilik darjah tanpa berasa diskriminasi antara

etnik dan budaya. Pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam
menyampaikan ilmu dengan memberi peluang sama rata terhadap semua murid
pelbagai etnik dan budaya dalam bilik darjah. Hal ini haruslah ditekankan untuk
kelancaran sesuatu proses pembelajaran