Anda di halaman 1dari 3

http://mypt3.

com/latar-belakang-perjanjian-persetiaan-persekutuan-1895

Contoh Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895


Pada tanggal 1 Julai pada tahun 1896 tercatatlah sejarah apabila negeri-negeri
seperti Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan juga telah sepakat untuk bersatu dan
bergabung bersama bagi membentuk apa yang dipanggil sebagai Negeri-negeri
Melayu Bersekutu seterusnya mengangkat Kuala Lumpur sebagai sebuah pusat
pentadbirannya.
Nahsejarah ini bermula sistem Residen yang digunapakai sebelum itu dilihat
sudah tidak lagi relevan dan tidak lagi menepati yang dikehendaki oleh penjajah
Inggeris di Tanah Melayu pada waktu sehingga sudah ada usaha untuk Persekutuan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Tambahan pula pihak British merasakan sudah masa dan ketikanya negeri-negeri di
Tanah Melayu perlu bersatu dan digabungkan pada kesatuan yang lebih besar untuk
menjadi negeri-negeri di Tanah Melayu lebih kuat dan bertambah kaya sekaligus
dapat membantu dan meringankan beban negeri-negeri yang kurang kaya
sekaligus dapat menyimbangkan kekuatan setiap negeri di Tanah Melayu.
Akhirnya, Frank Swettenhem telah tampil menerangkan hasrat dan rancangan
tersebut kepada Raja-raja yang berkenaan sekitar pada tahun 1895 untuk
mendapatkan persetujuan dan perkenan raja-raja Melayu yang terbabit. Raja-raja
Melayu bersetuju dan terbitnya satu perjanjian yang dipanggil perjanjian yang
dikenali sebagai Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 yang mana telah
ditandatangan oleh :
1. Gabenor Negeri-negeri Selat
2. Sir Cecil Clementi Smith bagi pihak kerajaan British
3. Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan bagi negeri Perak, Selangor, Pahang dan
Negeri Sembilan.
Berdasarkan semakan pada Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 itu, raja-raja
Melayu bersetuju untuk mereka ditempat di negeri-negeri mereka yang mana
berada di bawah lindungan kerajaan British sekaligus membentuk satu persekutuan
di bawah nasihat dan pentadbiran kerajaan British.
Untuk calon PT3 2015 Tingkatan 3 bagi Tugasan Sejarah Pt3 2015, anda
dikehendaki membuat kajian dan menghuraikan apa yang berlkau disebalik
Perjanjian Persekutuan 1895. Untuk siri laporan artikel kali ini, Mypt3 kongsikan
bersama dengan anda Contoh Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan
1895.

Semak Contoh Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895


Untuk semak lebih lanjut apa butiran yang lebih lanjut dan lengkap disebalik latar
belakang perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 boleh semak dokumen dan
gambar di bawah ini

Anda mungkin juga menyukai