Anda di halaman 1dari 17

2

Arahan Am: Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Antaranya,
ada satu jawapan sahaja yang paling sesuai. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan
jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Mengapakah ___________ suka mengganggu aku? kata Irfan kepada Malik


dengan marah.

2.

anda

engkau

saudari

saudara

_____________ yakin bahawa satu hari nanti pasti Portugis akan dapat
menakluk bumi ini, kata bendahara Tun Perak kepada beberapa orang
pengawal istana.
A

Saya

Beta

Patik

Hamba

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah

3.

Ayah sedang _____________ dahan pokok bunga menggunakan parang.


A

menebas

mengerat

mengemas

memangkas

BK10/BM PEMAHAMAN SJK(C) / TERENGGANU

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4.

5.

6.

Puan Sabrina sedang ___________ kuih pau yang ditempah oleh pelanggannya.
A

mengukus

merebus

mereneh

memasak

Pisau yang ___________ menyukarkan ibu untuk menghiris bawang itu.


A

rata

tebal

tumpul

runcing

Pada setiap hari, Puan Soh menyediakan makanan yang _________________


dan berkhasiat untuk keluarganya.

7.

elok

lazat

molek

harum

Mak Cik Rokiah tidak tahan bau ikan keli yang sangat _____________ itu.
A

hanyir

hamis

busuk

tengik

BK10/BM PEMAHAMAN SJK(C) / TERENGGANU

8.

9.

Tiang yang telah rosak itu perlu ditukar ________ tiang yang baharu dan kukuh.
A

terhadap

daripada

dengan

dari

Oleh sebab hujan lebat, ___________ perlawanan akhir bola sepak itu terpaksa
di tunda.

10.

dan

lalu

atau

maka

Tok Kijal akan terus mengusahakan sawahnya ___________ dia masih terdaya.
A

sejak

selagi

sambil

apabila

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11.

Darlina menyimpan wang RM50 di ________________ Kamus Pelajar.


A

celah

utara

tepi

sisi

BK10/BM PEMAHAMAN SJK(C) / TERENGGANU

12.

13.

14.

Pertandingan bercerita itu _________ diadakan seperti biasa pada setiap tahun.
A

telah

belum

masih

sedang

Sila ________ nama kamu dengan jelas dan terang pada petak yang disediakan.
A

tuliskan

menulis

dituliskan

menuliskan

Cikgu Chew memberi ____________ kepada murid-muridnya tentang cara-cara


menulis surat rasmi.
A

keterangan

penerangan

diterangkan

menerangkan

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15.

Atilia dan keluarganya tinggal di ________________ sejak dua tahun yang lalu.
A

rumah panjang

rumah pangsa

rumah banglo

rumah teres

BK10/BM PEMAHAMAN SJK(C) / TERENGGANU

16.

Majlis ______________ di kampung itu diadakan secara gotong-royong sahaja.


A

suku-sakat

punah-ranah

ramah-tamah

kenduri-kendara

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17

Encik Aiman menggunakan _______________ untuk mengukur sudut kayu itu.


A

kekisi

kekuda

sesiku

tetupai

Soalan18 berdasarkan gambar di bawah.

18

Pihak polis telah berjaya menemui beberapa _______________ senapang ketika


menggeledah rumah perompak itu.
A

das

laras

biji

keping

BK10/BM PEMAHAMAN SJK(C) / TERENGGANU

19

Abang berjanji untuk melunaskan semua hutang PTPTN yang tertunggak.


PIlih perkataan seerti bagi melunaskan.

20

melangsaikan

menghulurkan

menyerahkan

melupakan

Encik Alif sedang mengecat tembok pagar rumahnya yang telah pudar.
Pilih perkataan berlawan bagi pudar.

gelap

terang

suram

bersinar

BK10/BM PEMAHAMAN SJK(C) / TERENGGANU

Soalan 21 dan 22
Pilih ayat-ayat yang mengunakan perkataan bergaris dengan betul.

21

I Harimau bintang itu bebas dari kurungannya.


II Tali yang mengikat mangsa culik itu telah bebas.
III Sudah 58 tahun negara kita bebas daripada penjajah.
IV Anak Puan Ani yang berumur dua tahun itu sudah bebas bercakap.

22

I dan III

II dan III

III dan IV

I dan IV

Pokok durian di kebun itu berbuah lebat pada tahun ini.

II

Lalang yang lebat di belakang rumah Mak Cik Leha itu telah dipotong.

III

Usahawan kerepek pisang yang lebat wang itu membelanjai pekerjapekerjanya.

IV

Pelakon yang berambut lebat itu telah dipilih sebagai duta bagi produk
syampu itu.

I dan II

II dan III

III dan IV

I dan IV

BK10/BM PEMAHAMAN SJK(C) / TERENGGANU

23

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya di bawah.


Siapakah tetamu undangan khas untuk Hari Anugerah Kecemerlangan
Akademik Sekolah ?

24

Kami berharap Pengerusi PIBG dapat hadir pada hari itu.

Pengerusi PIBG tidak dapat meluangkan masa untuk majlis itu.

Saya akan menghantarkan surat undangan kepada Pengerusi PIBG.

Pengerusi PIBG yang akan merasmikan Majlis Hari Anugerah


Kecemerlangan Akademik Sekolah pada tahun ini.

Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Pertandingan lagu-lagu patriotik itu dijangka akan diadakan dua bulan lagi.
A

Bilakah pertandingan lagu-lagu patriotik itu dijangka akan diadakan?

Apakah acara yang diadakan dua bulan lagi ?

Di manakah pertandingan lagu-lagu patriotik itu diadakan ?

Mengapakah pertandingan lagu-lagu patriotik itu diadakan dua bulan lagi?

BK10/BM PEMAHAMAN SJK(C) / TERENGGANU

10

Soalan 25 dan 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

25

26

Diana menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Minah dalam masa
setengah jam sahaja.

Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Minah setengah jam yang lepas
telah disiapkan oleh Diana.

Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Diana seperti yang
diarahkan oleh Cikgu Minah.

Dalam masa setengah jam, kerja yang diberikan oleh Cikgu Minah dapat
disiapkan oleh Diana.

Kerja yang diberikan oleh Cikgu Minah telah setengah jam yang lalu
disiapkan oleh Diana.

Kemalangan ngeri yang berlaku di Jalan Selatan itu telah mengorbankan empat
nyawa termasuk kanak-kanak.

Empat nyawa telah terkorban termasuk kanak-kanak dalam kemalangan


ngeri yang berlaku di Jalan Selatan.

Terdapat kemalangan ngeri yang berlaku di Jalan Selatan yang


menyebabkan empat nyawa kanak-kanak terkorban.

Jalan Selatan terkenal dengan kemalangan ngeri yang mengorbankan


banyak nyawa.

Empat nyawa kanak-kanak telah terkorban di Jalan Selatan akibat


kemalangan ngeri yang berlaku.

BK10/BM PEMAHAMAN SJK(C) / TERENGGANU

11

Soalan 27 dan 28
Pilih ayat yang betul.

27

28

Anani membaca buku cerita sementara menunggu abangnya membeli


sate.

Puan Ella tertarik melihat kain songket itu dan membelinya.

Kami duduk di ruang tamu supaya makan kerepek ubi masin.

Farah meneliti harga barang-barang di gerai mereka hingga Amin


menyusun kerepek ubi.

Banyak buku-buku tentang kesihatan di rak itu.

Murid-murid memulangkan buku di perpustakaan di waktu rehat.

Mei Fong mendapat markah yang paling tinggi sekali dalam kuiz
Matematik.

Pusat sumber sekolah saya dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 12.30
tengah hari.

Soalan 29 dan 30
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29

Perut Kumari ______________ kerana dia tidak bersarapan pagi tadi.


A

masuk angin

ambil angin

atas angin

makan angin

BK10/BM PEMAHAMAN SJK(C) / TERENGGANU

12

30

Elina membeli pakaian mengikut kemampuan kewangannya sendiri.


Perumpamaan yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah
________________.
A

bagai isi dengan kuku

ukur baju di badan sendiri

bagai anjing dengan kucing

air dicincang tidak akan putus

BK10/BM PEMAHAMAN SJK(C) / TERENGGANU

13
Soalan 31 35
Baca surat di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
34, Jalan Bahagia,
Taman Bahagia,
28000, Temerloh,
Pahang Darul Makmur.
23 April 2015.

Menemui sahabatku Mei Ling yang berada di Bukit Piatu, Melaka dengan selamatnya.
Semoga saudari berada dalam keadaan sihat di samping keluarga tercinta. Saya sekeluarga
di sini sihat.
Saudari,
Surat saudari telah saya terima minggu lalu. Maaf kerana agak lewat membalasnya.
Semasa menulis surat ini, saya berada di Johor Bahru kerana menghadiri majlis
perkahwinan sepupu saya.
Sudah lama saya tidak mengutus surat kepada saudari. Hal ini kerana saya terlalu
sibuk dengan latihan sukan di sekolah. Tidak lama lagi saya akan menyertai pertandingan
bola jaring peringkat daerah. Saya merupakan ketua pasukan bola jaring sekolah.
Pasukan bola jaring sekolah kami telah berlatih selama dua bulan. Kami juga
mengadakan pertandingan persahabatan dengan sekolah-sekolah yang berdekatan. Kami
berharap untuk menjadi johan daerah pada tahun ini.
Saya rasa ini sahaja yang dapat saya coretkan untuk saudari. Saya akan menulis
tentang perkara-perkara lain pada surat yang akan datang.
Akhir kata, sehingga kita bersua lagi di lain lembaran, sambutlah salam manis
daripada saya untuk saudari.
Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
Nur Farah
BK10/BM PEMAHAMAN SJK(C) / TERENGGANU

14
31.

32.

33.

Di manakah Nur Farah sewaktu menulis surat ini?


A

Di rumah

Di sekolah

Di rumah neneknya

Di rumah sepupunya

Mengapakah sudah lama Nur Farah tidak menulis surat kepada Mei Ling?
A

Dia malas

Dia terlalu letih

Dia sibuk berlatih bola jaring

Dia sedang menyertai pertandingan bola jaring

Berapa lamakah pasukan Nur Farah berlatih untuk pertandingan tersebut?


A

Sebulan

Dua Bulan

Dua minggu

Setiap petang

BK10/BM PEMAHAMAN SJK(C) / TERENGGANU

15
34.

35.

Apakah harapan Nur Farah dalam pertandingan tersebut?


A

Mewakili sekolah

Menjadi johan daerah

Menjadi johan sekolah

Menang dalam perlawanan persahabatan

Perkataan menyertai dalam petikan bermaksud...


A

terpilih

bermain

mengiringi

mengambil bahagian

BK10/BM PEMAHAMAN SJK(C) / TERENGGANU

16

Soalan 36 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2015


Anjuran : Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd
Tajaan : Akhbar Informasi Terkini
Tarikh : 9 Jun 2015 10 Jun 2015
Kem kecemerlangan ini menawarkan pakej mata pelajaran berikut:
i.

Bahasa Malaysia

ii.

Bahasa Inggeris

iv.

Sains

v.

Matematik

iii. Bahasa Cina

Kami menyediakan penceramah-penceramah yang pakar dan berwibawa dalam


setiap mata pelajaran.
Kem kecemerlangan ini akan diadakan serentak di bandar-bandar utama:
i.

Kuala Lumpur

ii.

Ipoh

iii.

Johor bahru

# Tarikh dan tempat tertakluk kepada pindaan


# Yuran RM120.00 akan dikembalikan jika kem kecemerlangan tersebut
dibatalkan oleh pihak penganjur.
# Yuran tidak akan dikembalikan jika peserta menarik diri.
# Makanan disediakan oleh pihak penganjur.
# Tarikh tutup penyertaan seminggu sebelum tarikh kem kecemerlangan
diadakan.
# Bayaran boleh dibuat secara cek atau wang pos kepada:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Lot 8, Jalan P10/10,
Kawasan Perusahaan Bangi,
43650, Bangi, Selangor.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : 03 89882266 (Hanafi Wahab)
BK10/BM PEMAHAMAN SJK(C) / TERENGGANU

17
36.

37.

38.

Siapakah yang menganjurkan Kem Kecemerlangan UPSR 2015 ini?


A

Akhbar Informasi Terkini

Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.

Penceramah berpengalaman

Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Bilakah tarikh tutup Kem Kecemerlangan UPSR ini?


A

1 Jun 2015

2 Jun 2015

3 Jun 2015

4 Jun 2015

Kem Kecemerlangan UPSR ini akan diadakan di


A

5 bandar utama.

4 bandar utama

3 bandar utama

2 bandar utama

BK10/BM PEMAHAMAN SJK(C) / TERENGGANU

18
39.

40.

Pernyataan di bawah semuanya benar kecuali


A

Tarikh dan tempat tertakluk kepada pindaan.

Yuran akan dikembalikan jika peserta menarik diri.

Makanan disediakan oleh pihak penganjur.

Bayaran boleh dibuat secara cek atau wang pos.

Rangkai kata pakar dan berwibawa dalam petikan bermaksud


A

mahir dan berpengaruh

tekun dan amanah

cuai dan tiada pengalaman

baik dan tegas

KERTAS SOALAN TAMAT

BK10/BM PEMAHAMAN SJK(C) / TERENGGANU