Anda di halaman 1dari 6

1.

Akses Kepada Kejayaan


Sekolah mempunyai peranan untuk memastikan setiap murid di sekolah mendapat akses yang
sama kepada pendidikan berkualiti, tanpa mengira taraf ekonomi, kaum atau latar belakang
murid bagi membolehkan murid mencapai potensi masing-masing.
Prinsip pendidikan untuk semua, perlu dijadikan asas dalam memastikan akses dan enrolmen
setiap lapisan murid dari peringkat prasekolah ke peringkat sekolah menengah dapat dipenuhi.
Bagi tujuan ini pihak sekolah perlu memberi komitmen demi memastikan tiada murid yang
tercicir dan semua murid memenuhi standard minimum iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam
mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan
Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral pada akhir tingkatan 5.
Tujuannya adalah untuk meletakkan negara kita setanding dengan negara maju yang lain di
samping meningkatkan peratusan murid melanjutkan pelajaran pada peringkat universiti, kolej,
politeknik, vokasional dan program latihan kemahiran yang berstruktur.
2. Kualiti Standard Antarabangsa Yang Tinggi.
Aspirasi kedua ini melibatkan peranan sekolah dalam meastikan setiap sekolah memberikan
proses pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid setanding dengan negara maju yang lain
mengikut standard antarabangsa. Langkah ini termasuklah standard untuk bidang Matematik,
Sains dan Bahasa Inggeris serta kemahiran berfikir aras tinggi.
KPM misalnya telah mensasarkan agar negara berada dalam kelompok sepertiga teratas dari segi
prestasi dalam TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) dan PISA (Programme For
International Student Assessment) dalam tempoh 15 tahun.
Oleh itu komitmen guru dan masyarakat yang mendukung sekolah yang tinggi amatlah
diharapkan. Pelaksanaan i-THINK dan Frog VLE perlulah dilaksanakan secara serius kerana ia
adalah kerangka asas yang dapat memenuhi keperluan proses pembelajaran dan pengajaran
berkualiti tinggi.
3. Ekuiti Untuk Semua Murid
Sekolah perlu memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan berada pada tahap yang terbaik
kepada setiap murid tanpa mengira etnik, tempat atau latar belakang sosioekonomi. Sekolah
perlu meberi peluang kepada setiap murid supaya jurang yang ada dalam kalangan mereka dapat
dirapatkan.
Sekolah bertanggungjawab untuk memastikan setiap murid yang mempunyai pelbagai
latarbelakang dan sosioekonomi di sekolah mendapat hak dan ekuiti yang sama terhadap
kemudahan dalam menyokong pembelajaran dan pembangunan sahsiah mereka.

Program Pendidikan Khas, Kelas Rancanagan Khas dan Program Kawalan yang terdapat
disekolah perlulah diurus dengan berkesan bagi membolehkan murid dibangunkan mengikut
kebolehan dan potensi masing-masing.
4. Memupuk Perpaduan Dalam Kalangan Murid
Sejak merdeka aspirasi negara yang utama ialah mewujudkan perpaduan dalam kepelbagaian
kaum yang ada. Sesebuah negara yang menghargai kepelbagaian dan mengutamakan
keterangkuman sosial yang unik akan mempamirkan perpaduan yang lebih kuat. Kajian yang
dilakukan oleh OECD pula menunjukkan bahawa perpaduan yang kuat mempunyai kaita yang
rapat dengan rakyat yang sihat, masyarakat yang selamat dan kadar guna tenaga yang tinggi.
Murid menghabiskan masa lebih seperempat daripada mereka di sekolah semasa mereka berusia
7 hingga 17 tahun, maka sekolah merupakan medan yang subur untuk pemupukan semangat
perpaduan. Oleh itu sekolah perlu mewujudkan interaksi dalam kalangan murid-murid agar
mereka belajar saling memahami, menerima dan menghargai kepelbagaian.
Gerak kerja kokurikulum perlu dioptimumkan dan dasar 1 murid 1 sukan perlu dimantapkan agar
penerapan nilai dan pengalaman dapat diterapkan ke arah pembinaan identiti nasional yang
seterusnya memupuk perpaduan.
5. Pelaksanaan Berkecekapan Tinggi
Aspirasi pendidikan nasional yang kelima ialah elemen kecekapan. Kerajaan menerusi bajet
tahunan telah memperuntukan perbelanjaan besar kepada sektor pendidikan (16%), yang secara
jelas menunjukkan komitmen tinggi kerajaan terhadap pendidikan. Oleh itu adalah menjadi
tanggungjawab guru-guru dan warga pendidikan di sekolah untuk memastikan pulangan dalam
bentuk keberhasilan murid dimaksimumkan untuk setiap ringgit yang dibelanjakan.
Pelaksanaan program pendidikan perlu dibuat secara lebih bertanggungjawab dan menggunakan
sumber yang ada secara cekap, berkesan dan memberi impak yang maksimum.
ASPIRASI MURID
Adalah menjadi aspirasi KPM untuk memastikan setiap murid mencapai potensi yang ada pada
diri mereka sepenuhnya. Oleh yang demikian setiap pemimpin di sekolah, guru, ibu bapa dan
masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi
yang diharapkan.
Dalam PPPM, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembangunan murid secara
menyeluruh dan seimbang telah diterjemahkan kepada enam elemen, iaitu penekanan kepada
elemen Pengetahuan dan Kemahiran; membangunkan Pemikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif;
Kemahiran Memimpin; Kemahiran Dalam Dwibahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris);
Sahsiah dan Nilai serta semangat Identiti Nasional yang kuat. Setiap elemen ini turut memberi

penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberi sumbangan bermakna
terhadap institusi keluarga, masyarakat dan negara.
1. Pengetahuan
Pada peringkat yang paling asas, adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk memastikan
setiap murid mempunyai keupayaan literasi dan numerasi. Perkara ini amatlah penting kerana
murid perlu mempunyai kemahiran hidup yang asas serta bagi membolehkan mereka berfungsi
secara berkesan dalam masyarakat. Keupayaan dalam literasi dan numerasi juga membolehkan
muird memupuk nili diri untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.
Murid-murid juga perlu dipastikan menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Murid-murid juga perlu digalakkan untuk
menguasi bidang seni, muzik dan sukan supaya kemahiran dalam bidang ini membolehkan
mereka mengaplikasikan dalam kehidupan.
2. Kemampuan Memimpin
Sekolah adalah medan yang terbaik untuk memupuk kepimpinan dan kemahiran bekerja secara
berpasukan secara berkesan dalam kalangan murid-murid selaku pewaris kepimpinan negara.
Oleh yang demikian pihak sekolah seharusnya peka terhadap keperluan murid untuk
membangunkan potensi dan bakat kepimpinan yang ada pada diri mereka. Dalam konteks ini
kepimpinan yang perlu dibangunkan melibatkan empat unsur iaitu;

Keusahawanan; mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan


penyelesaian diri, sanggup membuat pelaburuan dari sumber sendiri.

Berdaya Tahan; membangunkan cara berfikir yang konstruktif serta mampu menghadapi
rintangan.

Kecerdasan Emosi; berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dengan orang lain
serta mampu mempengaruhi mereka secara positif.

Keterampilan Komunikasi; berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara lisan dan
bertulis dengan jelas.

membangunkan

Sekolah perlu memastikan persekitarnnya dan iklimnya menyokong kepada pembangunan


keempat-empat unsur di atas sama ada dalam aktiviti di bilik darjah, mahu pun di luar bilik
darjah seperti kegiatan sukan dan kokurikulum.
3. Kemahiran Dwibahasa
Setiap murid perlu mengusai bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa. Murid- murid juga diberi peluang

dan galakkan untuk menguasai bahasa tambahanseperti bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa
Arab serta bahasa ibunda lain seperti bahasa Iban dan Kadazan-Dusun.
Penguasaan kemahiran berbahasa ini amatlah penting bagi membolehkan murid-murid
bersosialisasi merentas sempadan budaya dan etnik, yang seterusnya menyubnag kepada
pemupukan kerjasama dan komunikasi pada peringkat global.
4. Etika dan Kerohanian
Pihak sekolah perlu berperanan dalam memastikan setiap murid mempunyai sifat berani
menghadapi cabaran masa hadapan, menyelesaikan konflik secara aman serta membuat
keputusan yang wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan apa yang
betul.
Sekolah perlu berusaha untuk mewujudkan nilai bersama yang kukuh berteraskan kepada satu set
prinsip, iaitu;

Kerohanian; memastikan murid mempunyai pegangan agama yang kuat dan


mengamalkannya sebagai asas hidup, serta mempunyai asas moral yang tinggi.

Integriti; memastikan murid dibimbing agar mempunyai keberanian, disiplin dan


semangat untuk melakukan perkara yang betul.

Tanggungjawab Sivik; murid dibimbing ke arah sikap yang positif dan bertindak untuk
kebaikan negara, mengambil berat terhadap orang lain dan alam sekitar.

5. Identiti Nasional
Aspirasi kelima terhadap murid dalam PPPM adalah berkaitan usaha membina identiti nasional
dalam kalangan murid-murid. Aspirasi ini antara lain adalah untuk melahirkan murid yang
mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional, berpegang teguh kepada
prinsip Rukunegara dan sentiasa mengutamakan perpaduan.
Sekolah perlu berperanan sebagai tempat semaian yang subur semangat patriotisme dalam
kalanagan murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau tempat. Sebaliknya
murid mempunyai sifat berbanga sebagai anak Malaysia, memahamii dan menerima perbezaan,
menghormati orang lain dan bersedia untuk hidup bersama dalam kepelbagaian budaya.

Akses: Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhakmendapat kesamarataan


peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing.
Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak
dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5)
menjelang 2020.

Kualiti: Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang

berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan sistem


pendidikan antarabangsa. Aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk meletakkan
Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut
pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA
menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani
dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila
dimensi itu dibangunkan dan diterima di peringkat antarabangsa.
Ekuiti: Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik
kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar
belakang sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang
pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan
pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020.
Perpaduan: Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu
perempat daripada masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama murid lain
daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar
memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan suatu
perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia.
Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang
kepada

murid

berkongsi

pengalaman

dan

aspirasi

memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.

demi

membentuk

dan

Kecekapan: Sistem pendidikan Malaysia telah menerimaperuntukan yang tinggi,


namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang
telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap
pelaburan semasa, Kementerian berhasrat untuk memaksimumkankeberhasilan murid
mengikut tahap peruntukan semasa.

Anda mungkin juga menyukai