Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Serangan udara yang berlaku pada 11 September 2001 ke atas Wordl Trade Center,
Amerika Syarikat merupakan salah satu keganasan antarabangsa yang menjadi mimpi
ngeri bagi penduduk dunia terutamanya keluarga penduduk Amerika Syarikat yang
terkorban dalam serangan tersebut. Serangan berlaku pada awal pagi 11 September
2001, di mana 19 orang perampas mengambil alih pengemudian empat buah pesawat
penumpang komersil yang berada dalam perjalanan ke San Francisco dan Los Angeles
dari Boston, Newark dan Washington, D.C. Pada 8:46 pagi, Penerbangan 11 American
Airlines terhempas ke dalam Menara Utara World Trade Center, disusuli oleh
Penerbangan 175 United Airlines yang merempuh Menara Selatan pada 9:03 pagi.
Sekumpulan
lagi
perampas
menerbangkan
Penerbangan 77
American
Airlines ke dalam Pentagon pada 9:37 pagi, dan yang satu lagi, iaitu Penerbangan 93
United Airlines,terhempas berhampiran Shanksville, Pennsylvania, pada 10:03 pagi,
setelah
para
penumpangnya
bertarung
dengan
perampas.
Sasaran
mutlak
untuk
menceroboh
Afghanistan.
Penggulingan
pemerintahan
Taliban
di
Afghanistan oleh tentera campuran pimpinan A.S. merupakan operasi kedua terbesar
usaha Perang Terhadap Keganasan di luar A.S., dan yang terbesar yang berkaitan
langsung dengan terorisme. Filipina dan Indonesia, antara negara-negara yang
berdepan dengan konflik dalaman dengan keganasan Islam, juga mempertingkatkan
kebersediaan tenteranya.
Di samping itu, negara-negara Islam dan umat Islam di seluruh dunia telah dianggap
berbahaya dan berkemungkinan mampu menjadi pengganas pada masa yang akan
datang. Kawalan ketat juga berlaku di setiap pintu masuk Amerika Syarikat terhadap
orang ramai yang beragama Islam. Terdapat juga pelancong yang beragama Islam
sukar untuk melancong ke Amerika Syarikat disebabkan sifat prasangka negara Amerika
Syarikat terhadap orang Islam yang dianggap sebagai pengganas.