Anda di halaman 1dari 6

MOHAMAD AIZAT BIN AHMAD SOFI

Kerja kursus pendek ini adalah berkaitan dengan subjek EDU 3105 Teknologi
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (TPP). Untuk menyempurnakan kerja kursus
ini,

kami

dikehendaki

untuk

menghasilkan

Rancangan

Pengajaran

Harian

berdasarkan Model ASSURE, menghasilkan klip video P&P, membuat bahan 2D


atau 3D, dan menghasilkan sebuah blog.
Melalui tugasan ini, saya berpeluang mempelajari cara untuk menghasilkan
bahan 2D. Sebelum menghasilkan bahan 2D, saya dan rakan saya menjadi
kebingungan kerana tidak memahami apakah sebenarnya bahan 2D yang
dimahukan berdasarkan tugasan. Justeru, sebagai langkah mengatasi masalah ini,
kami merujuk kepada pensyarah bimbingan iaitu Puan Zainab apakah ciri-ciri yang
perlu ada bahan 2D tersebut. Setelah mendapat penerangan, barulah kami
memahami ciri-ciri pada bahan 2D tersebut.
Saya juga mempelajari cara untuk merakam video dan cara untuk menghasilkan
sesuatu video yang dapat menarik minat penonton. Untuk tugasan ini, ini adalah
menjadi kekuatan kepada saya kerana saya telah biasa untuk merekod video. Saya
amat berpuas hati dengan hasil video yang saya perolehi untuk digunakan dalam
sesi pengajaran dan untuk dimuatkan di dalam blog. Tambahan pula, saya juga
dapat mengetahui bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran(P&P), penggunaan
video memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan P&P yang berkesan.
Hal ini berikutan kerana jika terdapat murid yang kurang memahami apabila melihat
guru membuat sesuatu demonstrasi, maka guru boleh menggunakan kaedah tunjuk
cara menggunakan video kerana video adalah lebih jelas, menjimatkan masa dan
yang paling utama dapat diulang sebanyak mungkin untuk memudahkan murid
memahami apa yang diceritakan oleh seseorang guru.

Seterusnya adalah pencarian maklumat di dalam internet dan perpustakaan.


Alhamdulillah, pencarian maklumat di internet telah memberikan saya lebih banyak
maklumat dan pendedahan. Namun, masalah yang paling utama yang dihadapi oleh

saya dan rakan seperjuangan saya ialah untuk memuatkan video pengajaran kami
di dalam blog. Masalah ini adalah berikutan dari internet di maktab yang amat
perlahan dan tidak mampu untuk memuatkan video kami di dalam blog. Justeru,
saya dan rakan saya mengambil keputusan untuk mencari langkah inisiatif iaitu
meminta tolong dari senior kami kerana mereka mempunyai kemudahan internet di
rumah mereka. Alhamdulillah, masalah proses memuatkan video di blog berjaya
diselesaikan.
Selain itu, kekuatan yang saya perolehi berdasarkan tugasan ini ialah ia telah
membuka minda saya di mana dengan adanya penggunaan teknologi ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran, guru dapat meningkatkan keberkesanan dan
kecekapan proses P&P semata-mata. Contohnya, guru menghasilkan video yang
berkaitan dengan pemasangan komponen elektrik dan elektronik pada sebuah
komponen kereta yang menggunakan kuasa bateri bersaiz kecil. Justeru, tidak
dinafikan ia adalah ilmu yang amat bermanfaat kepada murid khasnya kerana dapat
mempelajari kaedah dan teknik yang betul untuk memasangkan komponen elektrik
dan elektronik sehingga mampu berfungsi dengan cara yang betul dan amnya
kepada sesiapa sahaja yang melihat video tersebut kerana akan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan tentang komponen elektrik dan elektronik.
Kesimpulan yang dapat saya rumuskan berdasarkan tugasan ini ialah tugasan ini
banyak membantu kami untuk memikirkan sesuatu teknik dan cara pengajaran yang
kreatif dan tidak membosankan pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.Akhirnya kata, saya berharap agar semua yang dipelajari melalui
tugasan kerja kursus pendek ini dapat diaplikasi pada pengajaran saya semasa
praktikum dan juga masa menjadi seorang guru nanti.

(ii) REFLEKSI
RAFIUDDIN BIN ROSLY
Alhamdullillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan keizinannya saya dapat
juga menyiapkan tugasan EDU 3105 dengan jayanya walaupun pada permulaan
terdapa 1001 masalah yang saya hadapi. Namun, dari kerjasama dari rakan rakan
dan pensyarah pebimbing iaitu Pn. Zainab Bt. Ahmad yang tidak pernah mengenal

erti jemu dan letih untuk melayan kerenah dan soalan yang sama dari kalangan
pelajar ini telah membantu saya dan rakan rakan menghasilkan tugasan ini tepat
pada masanya dan mengikut kehendak soalan.
Sebenarnya ini adalah kali pertama saya membuat blog di laman web, jika
tugasan ini tidak meminta menggunakan blog sebagai medium membuat tugasan
mungkin saya tidak mengetahui cara cara untuk membuat blog dan mungkin murid
murid akan menganggap saya sebagai guru yang kolot kerana di zaman sekarang
kehidupan seharian kita lebih berteraskan internet. Mungkin pada akan datang murid
murid tidak perlu membawa beg yang berisi buku teks dan buku latihan tapi
sebaliknya mereka hanya perlu membawa alat elektronik untuk mengakses nota
nota dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Jadi sebagai bakal guru yang
mungkin berhadapan dengan murid murid serba tahu tentang teknologi teknologi
terbaru, saya perlu bersedia dengan menggunakan internet untuk dijadikan medium
pengajaran.
Secara keseluruhannya dapat saya rungkaikan bahawa tugasan ini amat
bermakna dan membina karakter saya sebagai guru di zaman serba canggih.
Namun, di sebalik hasil kerja ini terdapat beberapa masalah atau kelemahan yang
saya hadapi terutamanya adalah saya kurang memahami apa yang dimaksudkan
dengan bahan 2D dan bahan 3D yang diminta dalam tugasan ini. Namun,
sementelah saya berbincang dengan rakan rakan da pensyarah pebimbing, saya
kini memahami. Saya dan rakan rakan juga diminta membuat rancangan
pengajaran harian (RPH) berdasarkan model ASSURE seterusnya membuat video
berdasarkan RPH yang telah dibuat.
Saya sebenarnya kurang jelas berkenaan dengan RPH yang diminta kerana
sepertimana yang kita semua sedia maklum, setiap RPH berbeza dari segi cara
penghasilannya berdasarkan subjek yang diajar. Rekebentuk Teknologi dengan
caranya, Bahasa Melayu dengan caranya, jadi saya dan rakan rakan terpaksa
adaptasi apa yang terkandung dalam Model ASSURE dengan RPH Rekabentuk &
Teknologi.
Topik yang dipilih berdasarkan sukatan Tahun 4 iaitu Reka Cipta. Saya telah
memilih untuk membuat RPH dan video berkaitan pemasangan model kit kereta.
Tajuk ini amat bersesuaian dengan aras murid Tahun 4 kerana berdasarkan

pengalaman saya semasa kanak kanak dahulu, masih segar di ingatan ini ketika
saya bersama rakan rakan bermain kereta mainan ini. Mungkin ketika itu saya
tidak dapat memasang alat ini dengan baik. Oleh itu, saya berharap dengan
wujudnya topik ini di sekolah, guru guru dapat mengajar mereka dengan cara yang
betul kerana pada masa ini mereka aras kognitif mereka akan berkembang dengan
baik. Ketika kanak kanak jugalah merupakan zaman yang paling indah bagi setiap
insan.
Dari segi pencarian bahan bahan untuk menghasilkan tugasan ini,
perpustakaan adalah merupakan tempat pertama dan utama yang pergi kerana
untuk menghasilkan tugasan ini perlu ada panduan dan sumber sumber yang
sahaih. Selain itu, maklumat daripada internet juga banyak membantu saya dan
rakan rakan mnyiapkan tugasan ini.
Pada saya, dengan terciptanya video ini, murid dapat melihat sendiri dan
berulang kali bagaimana demonstrasi pemasangan video kit kereta tersebut. Jika
tidak, guru harus menunjukkan sendiri kepada murid dan ini akan mengganggu P&P
yang dijalankan. Bagi saya juga subjek Kemahiran Hidup ini adalah satu mata
pelajaran yang dapat murid aplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.
Contohnya cara cara menggergaji ataupun memaku dengan betul. Murid dapat
membantu ibu bapa mereka di rumah jika terdapat perkara yang boleh dibantu
mereka. Secara tidak langsung, mereka dapat mempraktikkan apa yang diajar di
sekolah.
Tugasan ini juga dapat mengajar saya bagaimana hendak membuat video,
mengedit video dan juga untuk memuat naik video ke dalam blog. Namun, apa yang
saya dapati, terdapat beberapa kelemahan iaitu apabila ketika hendak memuat naik
video ini, ia memerlukan internet yang agak laju kerana seperti semua warga IPG
sedia maklum tentang status keadaan internet di kawasan IPG terutamanya di kolej
kediaman. Saya dan rakan kumpulan telah mencari inisiatif yang lain dengan pergi
ke KFC di Kangar namun, di sana juga mempunyai masalah internet lalu saya dan
rakan mengambil keputusan untuk ke rumah senior kerana memreka mempunyai
kemudahan internet yang agak laju.
Kesimpulan yang dapat saya buat di sini adalah, tugasan ini memberi
keyakinan kepada saya untuk menempuh setiap cabaran dalam profesion perguruan

terutama sekali apabila saya menjalankan praktikum pada semester akan datang.
Saya berharap segala teknik teknik yang diajar ini dapat saya praktikkan di
sekolah nanti dan saya berharap murid murid tersebut dapat berkembang dengan
baik dar segi jasmani, emosi, rohani dan juga intelek sejajar dengan apa yang
termaktub dalam visi dan misi falsafah pendidikan kebangsaan.

MOHD MUBARRAK BIN BAHDON


Alhamdulillah syukur, setelah sekian lama tertangguh akhirnya tugasan projek EDU
3105 - Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini dapat juga disiapkan sepenuhnya.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini pelbagai kelemahan dan kekurangan diri telah saya
temui dan perkara tersebutlah yang sering membuatkan tugasan projek ini tertangguh
sehingga kelemahan tersebut diperbaiki.
Antara kelemahan yang dapat saya kongsikan adalah kurangnya ilmu pengetahuan
saya dalam penghasilan video. Perkaran ini menyebabkan tugasan projek ini telah tertangguh
dan saya perlu belajar dengan segera bagaimana hendak menghasilkan video yang terbaik.
Bagi memastikan video yang diperlukan dapat disiapkan, saya telah pergi merujuk kepada
pensyarah untuk meminta nasihat dan tunjuk ajar selain daripada bantuan daripada rakanrakan lain. Akhirnya setelah berusaha mendapatkan tunjuk ajar, dapat juga saya siapkan video
tersebut dengan baik. Selepas ini saya akan terus berusaha untuk menimba ilmu berkenaan
penghasilan video ini agar saya dapat menghasilkan video yang lebih baik pada masa akan
datang jika saya diminta untuk menghasilkan video untuk tugasan seterusnya.
Selain itu, kelemahan lain yang terdapat pada diri saya adalah berkenaan dengan
model Assure. Saya amat keliru dalam menyiapkan jadual penerangan langkah penyediaan
Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan model tersebut. Namun setelah berbincang
dengan pensyarah tentang cara yang betul dan sedikit rujukan daripada buku berkenaan
model berkenaan dan cara membuatnya dapat juga saya siapkan penerangan tersebut
walaupun tidak lagi mencapai tahap cemerlang pada pandangan saya. Mulai saat ini saya
akan menumpukan sepenuh perhatian semasa pensyarah menerangkan isi pengajaran semasa
didalam kelas agar perkara seperti ini tidak lagi berulang.

Walaupun banyak kelemahan diri telah saya temui, namun saya tidak berputus asa
untuk mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut untuk menyiapkan tugasan projek ini dan
saya berharap, saya akan terus berusaha untuk menumpukan perhatian semasa berada di
dalam kelas dan terus membuat rujukan secara berteruskan bagi memastikan ilmu yang
diperoleh akan berkekalan dan tidak hanya dapat difahami semasa berada di dalam kelas
sahaja.

Anda mungkin juga menyukai