Anda di halaman 1dari 1

Nama:

Alhaadi bin Ismail


Kumpulan: PISMP 5A
Soalan : Mengapakah proses morfologi perlu berlaku dalam Bahasa Melayu?

Kita sedia maklum bahawa pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu terjadi
melalui proses pengimbuhan, penggadaan, pemajmukan, dan akronim. Hal ini terjadi
kerana bahasa tidak dapat menampung maksud atau makna yang ingin disampaikan,
sesuatu yang ingin diketahui.

Hal ini sentiasa berlaku kerana untuk memudahkan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar, sebagai bahasa ilmu, dan sebagai bahasa rasmi di Malaysia.
Bahasa perlu berkembang untuk menunjukkan kemajuan sesuatu bangsa. Sekiranya
bahasa bersifat tidak dinamik, nescaya bahasa tersebut akan lupus di telan arus masa.
Contohnya seperti bahasa Yunani. Bahasa Yunani telah lupus kerana sukar untuk
menerima proses penyerapan bahasa lain, dan akibatnya bahasa tersebut menjadi
sukar untuk digunakan untuk berkomunikasi.

Selain itu, proses morfologi perlu berlaku dalam bahasa Melayu supaya katakata yang ada masih relevan untuk digunakan. Hal ini demikian kerana terdapat
setengah-setengah perkataan yang tidak relevan atau tidak sesuai untuk digunakan
pada masa sekarang.