Anda di halaman 1dari 3

PERNYATAAN PROFESIONAL

NAMA GURU PELATIH: MUHAMMAD NUR FAHMI BIN MUHAMAD KAMIL


PENGKHUSUSAN: BAHASA ARAB DAN PENDIDIKAN ISLAM

Apakah yang diharapkan melalui praktikum ini?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Pertama
kalinya saya ingin memanjatkan rasa penuh kehambahan dan kesyukuran kepada Sang
Pemilik Alam yang masih lagi memberikan peluang nafas untuk saya meneruskan
kehidupan di muka bumi ini. Tidak lupa selawat dan salam buat junjungan besar Nabi
Muhamad S.A.W, ahli keluarga, dan para sahabat baginda. Semoga segala amalan yang
dilakukan di dunia ini diterima oleh Allah.

Banyak perkara atau harapan saya yang ingin saya kecapi melalui praktikum kali
yang pertama ini iaitu selama sebulan bermula 27 Julai hingga 18 September tahun 2015.
Hal ini kerana seperti sedia maklum praktikum merupakan syarat wajib program yang
mesti dilalui oleh setiap guru pelatih. Bagi saya, praktikum ini sangat penting kerana ia
dapat memberi pengalaman kepada guru-guru pelatih sebelum bergelar seorang guru
tetap yang sah.

Antara harapan saya daripada praktikum ini ialah dapat belajar mengawal pelajar
di dalam bilik darjah dengan baik dan terkawal. Hal ini kerana kalau tiada praktikum,
guru pelatih hanya menjalankan pengajaran makro dan mikro hanya bersama rakan
semester sahaja. Jadi sudah pasti suasana dan kematangan berbeza. Melalui praktikum
ini, saya boleh berdepan dan merasai pengalaman sebenar bersama para pelajar di dalam
kelas, dapat belajar cara atau strategi yang perlu digunakan ketika berhadapaan dengan

pelajar kerana tiap pelajar mempunyai latar belakang, sikap, dan kecerdasan yang
berbeza.

Selain itu, melalui praktikum ini saya berharap saya dapat meningkatkan
kemahiran saya dalam berkomunikasi samada antara saya dengan pelajar mahupun
dengan orang lain seperti pihak pentadbiran sekolah, dan sebagainya. Seperti sedia
maklum, di sekolah yang sebenar terdapat pelbagai lapisan masyarakat seperti guru-guru,
murid-murid, tukang kebun, waris-waris pelajar, dan sebagainya. Sebagai seorang bakal
guru, komunikasi sangat penting dan juga kemesraan kerana ia merupakan suatu aspek
yang sangat dipandang oleh masyarakat luar kerana tugas guru sangat besar dalam
menyampaikan ilmu disamping menjadi suri teladan kepada masyarakat lain.

Selain daripada itu, saya berharap agar dapat meningkatkan kreativiti dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Mungkin dengan peluang berinteraksi dengan guru
di sekolah nanti dapat membantu saya menjana idea untuk mengelokkan dan
menambahbaik lagi cara, kaedah, atau stategi pengajaran dan pembelajaran supaya lebih
menarik dan pelajar minat belajar sepanjang proses pengajaran tersebut. Itu merupakan
tanggungjawab guru untuk merancang apa jua idea demi untuk memudahkan pelajar
menguasai isi pembelajaran yang diajar.

Konsep praktikum adalah memberi peluang kepada pelajar mengamalkan


pengetahuan, kemahiran, dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik
darjah dan sekolah. Justeru, dalam tempoh praktikum selama sebulan ini saya dapat
memenuhi keperluan syarat yang ditetapkan bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) sebelum dilantik menjadi guru. Saya akan cuba melaksanakan
praktikum ini sebaik mungkin dengan memnuhi segala perkara yang perlu dilakukan
mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak IPG.

Di samping itu, harapan saya ialah dapat memahami dengan lebih jelas proses
pengurusan sekolah yang perlu dihadapi oleh guru. Tiap guru yang berkhidmat di sekolah
tidak dapat lari daripada tugasan-tugasan guru samada daripada pejabat pendidikan
daerah ataupun daripada pihak sekolah sendiri. Setiap sekolah mempunyai budaya dan
cara bekerja yang berbeza mengikut kepimpinan pengurusan sekolah tersebut.
Pengurusan masa dalam dalam melaksanakan rancangan pengajaran harian, laporan
kokurikulum perlu dirancang dengan efektif.

Akhir sekali, saya berharap saya dapat belajar untuk menguruskan masa dengan
baik apabila saya berpraktikum. Hal ini kerana sebelum ini di IPG saya banyak
menghabiskan masa dengan berehat dan sebagainya. Apabila praktikum, saya dapat
belajar mengurus masa supaya kerja yang ada seperti mengajar, membuat rancangan
pengajaran harian, membuat portfolio, dan sebagainya dapat dilaksanakan dengan baik
tanpa stress.

Kesimpulannya, saya berharap praktikum untuk fasa satu ini dapat memberikan
banyak pengalaman, ilmu, dan kemahiran khususnya dalam menguruskan suatu proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.