Anda di halaman 1dari 15

I NS TI TUT P E NDI DI K AN G URU

KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU


MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
Ambilan Febuari 2012

BINA INSAN GURU


LAPORAN PROJEK MENCERIAKAN TANGGA

NAMA

: RAZALI BIN RAMLI

KURSUS

: REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

AMBILAN

: FEBRUARY 2012

NO. KAD PENGENALAN

: 760613-08-5695

NO. TELEFON

: 011 11159768

E-MEL

: zalieacs@gmail.com

PENSYARAH

: PUAN SITI RAPIAH BINTI ABDUL RAHMAN

TARIKH SERAHAN

: 30 SEPTEMBER 2014
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BIODATA

Nama

RAZALI BIN RAMLI

No. Kad Pengenalan

760613-08-5695

Tarikh Lahir

13 JUN 1976

Nombor Telefon Bimbit

011-11159768 / 01110770582

Kos / Kelas

Alamat

RBT Ambilan Feb 2012 (Semester 6)


:

NO 4, KLEBANG BAYU U/1,

TAMAN KLEBANG BAYU, 31200 CHEMOR PERAK


Alamat Sekolah

SK METHODIST ACS,

30200 IPOH, PERAK


Pengalaman:

1998-2002
2003-2004
2005-SEKARANG

Hobi

E-mail

: SK TAMAN SEGAR,CHERAS,
KUALA LUMPUR.
: SK ALAM DAMAI, CHERAS,
KUALA LUMPUR
: SK METHODIST ACS IPOH
PERAK

FOTOGRAFI, KOMPUTER DAN AKTIVITI LUAR


:

razeja07@yahoo.com, zalieacs@gmail.com

ppgrbt2012@gmail.com (e-mail group)

PENGENALAN
Bagi melengkapkan keperluan Program Pensiswazahan Guru (PPG), semua pelajar
diwajibkan menyertai Program Bina Insan Guru. Program ini telah dirangka untuk menerapkan

nilai-nilai hidup secara bermoral dan beragama serta membina daya tahan diri sebagai fokus
utama dalam proses pembinaan insan guru, Sesuai dengan cabaran kerjaya guru masa kini.
Program ini juga mempunyai misi dan visi yang tersendiri dalam membina keyakinan diri untuk
menghadapi cabaran semasa, serta dapat menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam
membentuk jati diri seorang guru. Sehubungan dengan itu,

beberapa matlamat telah

digariskan agar peserta dapat menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman asas secara
praktikal

tentang persediaan pelaksanaan aktiviti luar bilik darjah. Antaranya dapat

meningkatkan kemahiran mengurus sesuatu program yang dirancang dengan baik. Untuk
menyelesaikan tugasan BIG kali ini, kami telah memilih aktiviti menceriakan tangga dan loronglorong dikawasan sekolah dengan bahan berinformasi bersama rakan sekelas ppg rbt iaitu En.
Mahamad Shukri Bin Jusoh dan Pn Engku Nur Azliani Binti Engku Mat yang telah dijalankan di
Sekolah Encik Mahamad Shukri.. Melalui aktiviti ini, saya telah mendapat banyak pengalaman
baru dan saya berharap agar program-program seperti ini akan dapat melahirkan modal insan
dikalangan guru dan murid yang mantap dan seimbang dari aspek rohani, nilai etika, intelek
dan akhlak selaras dengan norma-norma kehidupan.

OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU


1. Menunjukkan nilai murni dan ciri-ciri yang positif kepada masyarakat seperti berakhlak
mulia , bertanggungjawab dan berkerjasama
2. Memupuk semangat kerjasama, kesukarelawanan dan bertanggungjawab dalam
kumpulan.
3. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, masa dan kumpulan dengan berkesan serta
teratur
4. Membantu meningkatkan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui
amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek dalam kehidupan seharian.

LAPORAN PROJEK MENCERIAKAN TANGGA SEKOLAH


PERINGKAT 3 FASA 4

BINA INSAN GURU ( BIG )

Pelaksana

Guru guru yang menyertai program PPG di IPG

Program

MENCERIAKAN TANGGA SEKOLAH

Tarikh

14 Mei 2014

Hari

Rabu

Masa

3.00 petang - 6.00 petang

Tempat

SK TOH INDERA WANGSA AHMAD BATU GAJAH ,


PERAK

Objektif Projek Menceriakan Tangga


1.

Memberi peluang kepada guru (Pelajar PPG) untuk menguruskan sesuatu


projek secara teliti dan terancang

2.

Untuk menjadikan tangga sebagai satu tempat infomasi yang menarik dan
berilmu bagi guru, murid dan tetamu yang berkunjung ke sekolah.

3.

Mendidik murid supaya menyayangi, mencintai alam sekitar dan menjaga


keceriaan sekolah.

Ahli Jawatan kuasa induk dan pelaksana


Penasihat

: Pn. Hjh Dahlia bt Hassan


: En. Mazlan b Baharin

( Guru Besar )
( GPK Pentadbiran )

Pn. Rahmah bt Ismail


( GPK KoKurikulum )
Pn. Halimaton bt Sulaiman
(GPK Petang)
Pengerusi
: En. Md Ali Saifudin b Mustapha
( GPK HEM )
Penyelaras
: En. Mahamad Shukri b Jusoh
( Pelajar PPG )
Pen. Penyelaras 1 : En Razali B Ramli
( Pelajar PPG )
Pen. Penyelaras 2 : Pn Engku Nur Azliani bt Engku Mat
( Pelajar PPG )
Setiausaha

: Cik Rabiatul Adawiah bt. Mohamad

Bendahari
Bacaan doa
Pengacara majlis
PA Sistem &
Dokumentasi
Jamuan

: En. Mohd Aminuddin b Hassan


: En Shahbudin B Abdullah
: Pn. Napsiah Bt Ahmad
: En Mohd Rosdi B Samawardi
En Lukmanul Hakim b Abdullah
: Pn Shahariah Bt Yeab Nordin
Pn. Norlela bt mohd Samsuri
: Cik Farah Hazeelah Bt Md Shukor
Nurulwahida Bt Sharifuddin
: Semua guru mengikut bahagian yang ditentukan

Senamrobik
Keceriaan

Kumpulan sasaran

: Semua guru SK Toh Indera Wangsa Ahmad , Batu Gajah


Murid murid yang dipilih

Strategi pelaksanaan

:- Mengecat dan menceriakan tangga sekolah.


- Menampal dan menambah bahan berinformasi di
kawasan tangga dan lorong.

Alat bantu

: PA Sistem, alatan mengecat.

Sumber kewangan

: Sumbangan dari unit kebersihan dan keceriaan sekolah

Perbelanjaan

: Dianggarkan sebanyak RM 1200.00

PERANCANGAN
Sebelum projek menceriakan tangga dijalankan.

Sebelum projek menceriakan tangga dan lorong sekolah dijalankan, pelbagai


persiapan perlu dilakukan dengan teliti antaranya ialah guru guru PPG perlu
mengadakan perbincangan awal dengan Guru Besar bagi menjayakan projek ini.Ini

kerana penglibatan dari guru dari sekolah lain iaitu Razali Bin Ramli dan Pn Engku Nur
Azliani Binti Engku Mat dalam menjayakan projek ini. Perbincangan awal turut
melibatkan Guru Penolong Kanan HEM, kerana projek ini akan melibatkan
perbelanjaan kewangan dari unit kebersihan dan keceriaan sekolah yang terletak di
bawah pentadbiran HEM. Setelah perbincangan dibuat, pihak pentadbir bersetuju dan
bekerjasama serta memberi masa selama dua minggu kepada setiap bahagian yang
terdapat pada dinding yang dipilih sambil dibantu oleh Razali dan PN Engku Nur Azliani
dengan kerjasama guru-guru SKTIWA untuk menceriakan kawasan masing-masing
mengikut tema yang ditetapkan, dengan peruntukan sebanyak RM 100 untuk setiap
tangga yang akan diceriakan.
Setelah perbincangan dibuat dan diputuskan dalam mesyuarat, AJK setiap
bahagian perlu menjalankan tugas mencari atau menyediakan segala peralatan atau
kelengkapan berkaitan dengan tugas tugas yang telah berikan. Antara tugasan yang
perlu dilakukan seawal yang mungkin adalah dari segi merancang reka bentuk hiasan
tangga mengikut tema yang dikehendaki berpandukan dengan bahan berinformasi dan
membeli peralatan mengecat dengan peruntukan yang diberi. Selain itu, ahli
jawatankuasa yang lain juga turut bertindak dengan menyediakan kelengkapan
bahagian merekamasing-masing.Contohnya ahli jawatankuasa jamuan telah membuat
tempahan makanan lebih awal.

Guru bermesyuarat untuk membincangkan projek yang dirancang

Semasa projek menceriakan tangga dijalankan


Pada jam 3.00 petang seramai 30 orang murid telah mendaftar untuk
membantu guru dalam menceriakan kawasan sekolah. Setelah selesai proses
pendaftaran, murid ini akan diberi taklimat tentang tugas yang perlu dilaksanakan dan
dibahagikan kepada sembilan kumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari tiga orang murid
yang akan bertugas untuk membantu guru disamping dibantu oleh Encik Razali Dan
Puan Engku Nur Azliani

GAMBAR

Mendengar taklimat dari guru

Setelah selesai proses pembahagian setiap kumpulan dan mendengar


taklimat mengenai tugas yang akan dibuat, Guru Besar pula telah memberikan ucapan

semangat kepada semua warga sekolah agar projek ini akan mendatangkan manfaat
yang baik kepada semua pihak.

GAMBAR

Ucapan dari Guru Besar

Setelah selesai ucapan Guru Besar, aktiviti bersenam selama dua puluh minit
dilakukan pada pukul 3.50 petang. Selepas itu, aktiviti menceriakan tangga bermula.
Pelbagai aktiviti dilakukan antaranya mengecat dan menampal bahan bahan
berinformasi mengikut tema yang diberi. Tema-tema tersebut ialah Bahasa untuk

tangga guru tahun 1, Sains untuk tangga guru tahun 2, Matematik untuk tangga guru
tahun 3, Sejarah untuk tangga guru tahun 4, Alam Sekitar untuk tangga guru tahun 5
dan untuk tangga guru tahun 6 ialah Bahasa Inggeris. Tangga untuk guru j-QAF ialah
Pendidikan Islam, tangga untuk guru beredar ialah Seni dan Kebudayaan manakala
lorong untuk guru pendidikan Khas ialah Gambar-gambar Haiwan

GAMBAR

Pada pukul 5.30 petang, aktiviti menceriakan tangga ini telah dihentikan. Semua
murid serta guru dijemput untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan. Tepat jam
6.00 petang, semua guru serta murid bersurai dan pulang.

GAMBAR

GAMBAR
Antara tangga yang ceria dan berinformasi

Kekuatan projek menceriakan tangga


Kejayaan

dalam pelaksanaan projek keceriaan kali ini amat bergantung kepada

elemen seperti berikut :


11. AJK yang berpengalaman

2Perjalanan aktiviti tidak mungkin berjaya tanpa pengurusan yang baik daripada
AJK yang mahir dan berpengalaman serta kerjasama 2 orang guru dari sekolah
lain iaitu Encik Razali dan Puan Engku NurAzliani
3
4
5 2. Peserta Projek
Kesemua peserta projek menceriakan tangga yang terdiri dari guru dan murid
telah menunjukkan semangat kerjasama dan minat yang baik terhadap aktiviti
yang dijalankan. Oleh itu tiada sebarang masalah yang berlaku sepanjang
aktiviti ini berlangsung.

3.Kemudahan dan peralatan yang lengkap


6Semua peralatan yang diperlukan untuk menjayakan projek ini telah disediakan
secukupnya. Justeru itu, semua aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan terancang.
.
Kelemahan projek menceriakan tangga
1. Kekangan masa
Oleh kerana projek ini tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang
singkat, guru guru terpaksa membahagikan masa antara tugas mengajar dan
menyiapkan projek ini. Hal ini sudah pasti akan menambahkan sikit bebanan
tugas guru.

Penutup
Kebanyakan guru dan murid yang terlibat dengan projek ini telah memberikan komen
yang positif dan menunjukkan semangat kerjasama yang baik dalam menjalankan
semua aktiviti sepanjang projek ini berlangsung. Terima kasih juga juga diucapkan pada
rakan sekuliah saya Encik Razali Bin Ramli dan Puan Engku Nur Azliani Binti Engku
Mat yang turut membantu menjayakan projek ini disamping menyiapkan tugasan yang

diberi. Semoga aktiviti yang bermanfaat ini akan dapat diteruskan lagi di masa akan
datang dalam usaha menjadikan sekolah sebagai satu kawasan yang tenang,
menceriakan, berilmu pengetahuan disamping dapat melahirkan guru dan murid yang
seimbang dari aspek rohani, emosi, jasmani, intelek dan sahsiah.

Disediakan oleh,

____________________
(MAHAMAD SHUKRI BIN JUSOH)
Penyelaras projek menceriakan tangga sekolah,
SK TOH INDRA WANGSA AHMAD, BATU GAJAH

REFLEKSI
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan bimbingan dan bantuannya
saya dapat menyudahkan tugasan Bina Insan Guru yang diamanahkan oleh pensyarah
kepada saya dalam masa yang ditetapkan walaupun terdapat beberapa masalah dan
halangan terutamanya dari segi kekangan masa. Bagi pelajar PPG seperti saya,

pengurusan masa yang betul amat penting dalam menyiapkan tugasan ini. Pada
permulaannya, sewaktu menerima tugasan ini, saya berasa sangat bimbang kerana
walaupun masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan tugasan ini mencukupi, tetapi
disebabkan saya masih perlu menyiapkan beberapa kerja kursus yang lain disamping
tugas-tugas harian di sekolah. Lebih-lebih lagi terdapat dua tugasan yang penting perlu
dilakukan untuk Bina Insan Guru ini iaitu bengkel etiket dan sosial serta aktiviti
kemasyarakatan. Justeru itu, saya telah berusaha menyusun jadual peribadi agar
semua tugasan ini dapat disiapkan dengan sempurna.

Namun begitu, terdapat beberapa halangan untuk saya menjalankan aktiviti ini
terutama dalam melibatkan kerjasama dari rakan sekelas iaitu Encik Mahamad Shukri
dan Puan Engku Nur Azliani dalam melaksana projek tersebut di sekolah Encik
Mahamad Shukri. Masalah utama ialah untuk menentukan tarikh yang sesuai dan
perutukan masa serta kebenaran dan kerjasama dengan pihak pentadbir sekolah Encik
Mahamad Shukri kerana saya dan Puan Engku Nur Azliani dari sekolah berlainan.
Alhamdulilah hasil pertemuan dan perbincangan bersama dengan pentadbir sekolah
Encik Mahamad Shukri projek ini terlaksana walaupun terdapat kekangan masa.Oleh
yang demikian, besarlah harapan saya sekiranya pihak IPG dapat memberikan
peruntukkan masa yang lebih lama supaya aktiviti yang bermanfaat seperti ini akan
dapat terus dilaksanakan dengan berkesan
Dengan melaksanakan tugasan dalam program BIG ini, ianya sedikit sebanyak
telah memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki dan menilai diri sendiri serta
kemampuan saya secara tidak langsung. Dengan melakukan refleksi terhadap diri
sendiri saya dapat mengenalpasti kekurangan yang ada pada saya yang seharusnya
saya atasi untuk menjadi seorang guru yang lebih berkualiti dan beriltizam. Contohnya,
saya mesti sentiasa mengamalkan kesantunan berbahasa yang baik semasa mengajar
dan serta cara bergaul dengan rakan sekerja. Ini akan menjadi contoh tauladan terbaik
kepada murid.
Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana berpeluang melalui program BIG
yang banyak memberi saya pengetahuan, dan yang paling penting dapat membantu
saya membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Saya berharap pada
BIG seterusnya, saya akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi

mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang baik. Tidak lupa
setinggi-tinggi perhargaan kepada pihak pentadbir dan guru serta murid SK Toh Indra
Wangsa ahmad, Batu Gajah yang membenarkan saya terlibat bersama dengan rakan
sekuliah Encik Mahamad Shukri Bin Jusoh dan Puan Engku Nur Azliani Binti Engku
Mat bersama-sama menjayakan projek Menceriakan Tangga Sekolah disamping
menyiapkan tugasan Bina Insan Guru yang diamanahkan.....

Disediakan oleh

(RAZALI BIN RAMLI)


760613-08-5695
PPG RBT AMBILAN 2012