Anda di halaman 1dari 6

Bagaimanakah cara menjaga kesihatan pergigian yang

baik?
Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik merangkumi
3 langkah pencegahan utama seperti berikut:
1. Penjagaaan kebersihan gigi yang baik :
o Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama
selepas makan dan sebelum tidur malam.
o Guna ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak
semasa memberus gigi. Picitkan ubat gigi sebesar
biji kacang soya sahaja untuk anak yang berumur 2
tahun ke atas.
o Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga
mereka berumur 6 hingga 8 tahun.
o Berkumur-kumur dengan segera selepas makan atau
minum jika tidak berkesempatan memberus gigi.
o Jangan berkongsi berus gigi.
o Tukar berus gigi jika bulu berusnya mula kembang.
2. Makan secara sihat :
o Makan makanan yang seimbang. Lebihkan buahbuahan dan sayur-sayuran segar.
o Elakkan menambah gula ke dalam minuman kanakkanak. Sekiranya menggunakan botol susu, pastikan
minuman tersebut tidak mengandungi gula.
o Jangan sekali-kali mencelup puting botol susu ke
dalam gula atau manisan.
o Elakkan minum minuman berkarbonat dan jus buahbuahan bergula kerana kandungan gulanya tinggi.
o Bacaan lanjut :Pengambilan gula dan kesihatan
pergigian
Pemeriksaan pergigian secara berkala :

Bawalah anak anda berjumpa doktor pergigian atau jururawat


untuk pemeriksaan seawal usia untuk membiasakan mereka
dengan suasana klinik pergigian.
Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali
setahun tetapi bagi mereka yang berisiko tinggi mendapat
kerosakan gigi ( karies gigi ), pemeriksaan lebih kerap mungkin
diperlukan.
Segera dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor
pergigian jika berlaku kecederaan gigi atau mengalami masalah
pergigian.