Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

PROJEK TAPAK PERHIMPUNAN BERBUMBUNG


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL TELOK DATOK
1. PENDAHULUAN
Tapak perhimpunan merupakan suatu tempat dimana para guru
serta

murid-murid

berkumpul

menjalankan

perhimpunan

mingguan

mahupun bulanan. Antara peranan penting tapak perhimpunan adalah


ianya merupakan tempat di mana para murid dan guru-guru dikumpulkan
bagi menyalurkan segala informasi berguna yang berkaitan sekolah. Di
sini juga merupakan tempat untuk memberitahu guru bertugas bagi
minggu tertentu, melatih dan mendidik disiplin diri para murid, memberi
bimbingan dan nasihat serta menyampaikan ilmu yang mungkin tidak
disampaikan dalam kelas. Selain itu tapak perhimpunan juga merupakan
tempat di mana kebolehan para murid diasah untuk bercakap atau
menyampaikan sesuatu di khalayak ramai bagi membentuk keyakinan
dalam diri para murid.
Tapak perhimpunan berbumbung memberikan banyak maanfaat
kepada murid-murid. Jika berlaku masalah hujan yang turun tiba-tiba
sewaktu perhimpunan berlangsung, murid-murid terpaksa berlari ke kelas
masing-masing yang agak jauh dari situ khususnya murid-murid tahap
dua. Hal sedemikian berkemungkinan boleh mengakibatkan kecederaan
lain. Jika adanya tapak perhimpunan berbumbung, masalah sebegini
dapat dielakkan. Selain itu, pelbagai program-program sekolah boleh
dijalankan di tapak perhimpunan berbumbung kerana ianya melindungi
murid-murid dari cuaca panas dan hujan.
2. RASIONAL
2.1 Tapak perhimpunan yang sedia ada tidak ada lindungan untuk muridmurid dari cuaca
panas dan hujan.

3. OBJEKTIF
3.1

Membina tapak perhimpunan berbumbung di tapak perhimpunan

supaya murid-murid SJK (T) Telok Datok tidak lagi terdedah kepada
cuaca panas atau hujan ketika berkumpul di tapak perhimpunan
sebelum sesi persekolahan bermula.
3.2

Aktiviti

sekolah

dapat

dijalankan

dengan

lancar

dan

tidak

tertangguh walaupun keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.


4. SASARAN
4.1 Semua warga SJK(T) Telok Datok, Banting.
5. KEPERLUAN
5.1 Tapak perhimpunan berbumbung
6. TAPAK PERHIMPUNAN YANG SEDIA ADA
Lampiran A
7. LAKARAN TAPAK PERHIMPUNAN BERBUMBUNG
Lampiran B
8. PENUTUP
Projek tapak perhimpunan berbumbung ini sangat diperlukan oleh
sekolah supaya murid-murid mendapat manfaat. Diharapkan projek
tapak perhimpunan berbumbung ini dapat dilaksanakan oleh pihak
tuan.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


Saya yang menurut perintah,

..

Lampiran A
GAMBAR TAPAK PERHIMPUNAN YANG SEDIA ADA

LAMPIRAN B
LAKARAN TAPAK PERHIMPUNAN BERBUMBUNG
PELAN / UKURAN :

PENTAS / TIANG BENDERA

BLOK A

BLOK C

TAPAK PERHIMPUNAN

PELAN TAPAK PERHIMPUNAN BERBUMBUNG : (Pandangan


Hadapan)

BLOK C

BLOK A