Anda di halaman 1dari 4

KEMAHIRAN ASAS

Hoki memerlukan kepantasan, kekuatan, daya tahan dan kemahiran-kemahiran


yang menarik untuk menjadikan permainan ini seronok dan mencabar.

Bagi

memastikan keseronokan dicapai, kita perlulah mempelajari kemahiran-kemahiran asas


dahulu. Pada tajuk ini, guru pelatih akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas
seperti menggelecek, memukul, menguis dan lain-lain lagi.
MENGGELECEK
Menggelecek merupakan kemahiran asas yang perlu di ajar supaya pemain dapat
mengawal bola dengan baik. Terdapat tiga cara untuk menggelecek iaitu:
CARA MENGGELECEK

BUTIRAN MENGGELECEK
Tangan kiri di hujung kayu hoki
dengan belakang tangan menghadap
ke

luar.

Longgarkan

sedikit

pegangan tangan kanan.


menggelecek longgar

Badan dibongkokkan sedikit dan lutut


dibengkokkan.
Mata

memandang

bola

ketika

membuat tolakan.
Bola hoki harus berada disebelah
kanan dan di hadapan kaki kanan.
Kedudukan kayu hoki 45 ke tanah
Pegangan seperti menggelecek
longgar.
Badan juga seperti menggelecek
longgar
menggelecek rapat

Mata sentiasa memandang ke arah


bola dan sekilas kepada pemain yang
akan

bergerak

situasi padang.

sambil

mengkaji

Bola harus berada ke kanan dan


dihadapan kaki kanan pemain serta
sentiasa menyentuh kayu hoki.
Pemain menukar pegangan dengan
membiarkan kayu hoki berpusing di
dalam tangan kiri ke posisi yang lebih
menggelecek Indian

selesa. Tangan kiri memutarkan kayu


sambil meletakkan ibu jari tangan kiri
ke arah bawah kayu hoki. Tangan
kanan memegang dengan longgar.
Bola berada di hadapan pemain dan
bergerak dalam arah sisian lebih
kurang saiz bahu.
Mata seperti menggelecek rapat.
Badan mengikut pergerakan bola.
Apabila

kaki

menyentuh

tanah,

ketukan bola dari kiri ke kanan dan


dari kanan ke kiri pada masa kanan
menyentuh tanah.
Bagi peringkat pelajar sekolah rendah, kemahiran menggelecek longgar lebih
praktikal untuk diajar. Hal ini kerana kemahiran ini lebih mudah untuk dipelajari dan
senang untuk difahami.

ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGGELECEK LONGGAR

1. Pelajar perlu untuk menggelecek bola mengikut garisan lurus. Gunakan hanya

satu biji bola.


2. Aktiviti dimulakan dengan membahagikan pelajar kepada dua kumpulan sama

rata.
3. Dua kumpulan ini dipisahkan dengan jarak 10 meter di atas satu garisan yang

lurus.
4. Pelajar kumpulan A dikehendaki melalui garisan sambil menggelecek bola.

Pelajar perlu mengawal bola agar dalam keadaan lurus.


5. Pelajar mesti berupaya untuk mengawal bola sebelum pelajar daripada

kumpulan B memperoleh bola tersebut.

A --------------10 meter-------------- B

6. Teruskan latihan dengan menambah jarak antara dua kumpulan tersebut

sehingga pelajar benar-benar mahir.


7. Tingkatkan kemahiran pelajar-pelajar dengan menggunakan skitel.
8. Pelajar dikehendaki berbaris satu garisan dengan skitel berjarak 10 meter.
9. Pelajar pertama akan menggelecek bola hoki ke arah skitel dan membuat

membuat pusingan lalu patah balik ke arah kumpulan pelajar.


10. Pelajar tersebut perlu mengawal bola itu dan memastikan pelajar kedua

memperoleh bola tersebut.

11. Pelajar kedua mengulang semula perlakuan pelajar pertama dan begitulah

seterusnya sehingga pelajar terakhir di dalam kumpulan tersebut melakukan


aktiviti ini.