Anda di halaman 1dari 2

CONTOH KARANGAN LAPORAN PERKHEMAHAN

Sekolah kamu telah mengadakan aktiviti perkhemahan unit beruniform. Sebagai setiausaha
Persatuan Pengakap, kamu diminta menulis laporan tentang perkhemahan tersebut.Tulis
laporan kamu itu selengkapnya.

Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Lenga, Muar.

Pada 20 Jun 2013 hingga 21 Jun 2013, Sekolah Kebangsaan Lenga telah mengadakan
program perkhemahan unit beruniform di Kem Bekok. Pasukan beruniform yang terlibat ialah
Persatuan Pengakap, Tunas Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah, dan Puteri Islam.
Sebanyak 120 peserta yang mewakili unit-unit tersebut mengambil bahagian. Mereka diiringi
oleh 20 orang guru penasihat. Semua peserta dan guru menaiki tiga buah bas yang disewa
khas untuk ke kem tersebut yang terletak kira-kira 10 kilometer dari sekolah.

Di kem tersebut, para peserta dibahagikan kepada 12 kumpulan. Setiap kumpulan


diselia oleh dua orang guru pengiring Antara aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan
tersebut ialah merentas halangan, ikhtiar hidup, keselamatan dalam air, pertolongan cemas,
persembahan nyanyian, serta pertandingan reka cipta.
Para peserta perkhemahan menunjukkan semangat kerjasama yang erat umpama aur dengan
tebing. Mereka didedahkan dengan pelbagai pengetahuan yang amat berguna terutama dalam
aktiviti ikhtiar hidup. Mereka belajar mengenal tumbuhan yang dapat dimakan dan yang
beracun, cara memasak, serta cara berlindung di dalam hutan.

Aktiviti perkhemahan ini berjaya mencapai matlamatnya. Para peserta yang terlibat
menunjukkan sifat kepimpinan, keberanian, dan kerjasama mereka selain mempamerkan
disiplin yang tinggi dalam setiap aktiviti, kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lenga, Encik
Ghazali B. Hussin ketika majlis penutupan program tersebut.
Program yang bermanfaat ini akan diadakan lagi pada thun hadapan. Sekalung tahniah kepada
semua yang terlibat dalam menjayakannya.
Laporan disediakan oleh,

siti safiah
....................................................

(SITI SAFIAH BT SAFINGGI)


Setiausaha,
Persatuan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Lenga

Anda mungkin juga menyukai