Anda di halaman 1dari 7

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENGGUNAAN BAHAN VIDEO DAN AUDIO

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN?

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan


satu P&P yang menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada murid-murid.
Pendedahan ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang dahulunya lebih kepada cara
tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat menarik minat murid
terutamanya dalam pengajaran Kemahiran Bahasa.

Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa


Sebelum membina bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu,
terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan. Perancangan tersebut ialah
berkaitan dengan :
(i)

Penentuan peringkat pengajaran

(ii)

Kemahiran bahasa

(iii)

Penentuan peringkat pengajaran

Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi


menggunakan bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang
sesuai penggunaan bahan video dan audio.

Peringkat pengajaran boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:

Sekiranya penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan hal ini akan menyukarkan guru
dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam kelas.

(i) Kemahiran Berbahasa

Seperti yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran di bawahnya


iaitu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan bahan video dan
audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu mengambil kira kemahiran berbahasa ini
sebelum membina bahan video dan audio. Hal ini kerana sekiranya P&P pada hari itu
memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran membaca, guru
tidak boleh menggunakan bahan audio sebagai bahan bantu mengajar pada hari itu kerana
ianya tidak relevan.

Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio.


Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media
dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks,
grafik, audio, video dan animasi. Selain itu, interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan
proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.

Prinsip pembinaan bahan video dan audio:

Penggunaan elemen teks


Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam
proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain
akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting
dalam menyampaikan P&P.

Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.


Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai
Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran

(murid) dan suasana persembahan.


Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.
Penggunaan elemen grafik dan visual

Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak
bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya.
Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu
proses penyampaian maklumat.
Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan dalam bentuk grafik, ia
mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan
Tambahan pula, ia boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin
disampaikan.

Penggunaan elemen audio


Audio

atau

bunyi-bunyian,

teknologi

yang

membolehkan

sistem

komputer

mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk
membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara
latar atau kesan audio istimewa.

Penggunaan audio dalam membina bahan P&P

bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar
ianya lebih mantap dan berkesan. Sering kali bahan audio dan video ini digunakan untuk
pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan
menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin
dipersembahkan

Panduan menggunakan elemen video


Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan
realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya mempengaruhi
motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi
perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.

Panduan menggunakan elemen animasi


Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan
hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik.
Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi
kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih
mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian,
disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan
perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan
juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai
sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda
pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka. Tambahan pula,
animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk

menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh
disediakan, membahayakan ataupun kemungkinan melibatkan kos yang tinggi.

Membina Bahan Video Dan Audio


Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk memebina bahan audio dan video.
Antaranya ialah:

(i)

Membina bahan video

Langkah 1 & 2

Langkah 3

Langkah 4

Langkah 5

Membina bahan audio

Audio dibina menggunakan easy MP3 sound recorder.

Bahan audio ini hanya memerlukan rakaman dan di rekod melalui perisian yang dipilih. Hasil
rekod tersebut disimpan dan dinamakan sebagai bahan audio untuk memudahkan
pencarian bahan dilakukan nanti.