Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN

Etika bermula pada zaman purba Greek apabila ahli-ahli falsafah hanya memberikan
tumpuan kepada kebaikan moral.Socrates(469-399B.C.) menggunakan pendekatan yang
mencabar dan menggalakkan rakan-rakannya untuk berfikir tentang kebaikan dan kesihatan
roh .Idea utama Socrates tentang etika adalah berhubung dengan menyakinkan orang lain
agar berakhlak mulia.Socrates mengatakan bahawa kebahagian adalah mustahil diperolehi
tanpa memiliki moral kebaikan dan tindakan yang tidak beretika akan menggangu orang lain
malah beliau menganggap orang yang tidak beretika sebagai orang yang lemah dan
mempunyai psikologi yang tidak sihat.
Etika berasal daripada perkataan ethics yang diambil daripada perkataan ethos.
Ethos bermaksud sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.Etika
boleh dibahagikan kepada dua iaitu normatik dan metaethik. Normatik merujuk kepada
panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang baik dan jahat.Metaethik
pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu analitik dan kritikal. Analitik yang berkaitan dengan
menganalisis semua peraturan yang berkaitan tingkah laku baik dan jahat manakala kritikal
pula berkaitan dengan mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis.Dengan lain
perkataan,etika dapat didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral.
Buchnolz (1989) menyatakan etika sebagai: "is a systematical attempt,through the
use of reason,to make sense of our individual and social moral experience in such a way as
to determined the rules that ought to governed human conduct and the values worth
pursuing in life".
Bagi memberi makna kepada perjalanan moral sosial dan individu,perlu ada satu
sistem yang boleh menggunakan alasan-alasan dan bertindak sebagai satu panduan yang
boleh memberi kebaikan kepada tingkah laku manusia dan seterusnya menjadi kehidupan
itu lebih bermakna.
Mengikut White (1993) pula etika adalah cabang falsafah yang berkaitan dengan
kebaikan moral(virtue moral) dan menilai tindakan manusia.Falsafah etika adalah berbeza
daripada undang-undang,keagamaan,budaya dan pendekatan secara peribadi kepada etika
adalah menerusi kajian tingkah laku tentang moraliti melalui rasional yang dilihat kepada
kehidupan manusia.
Menurut French dan Granrose (1995) etika bermaksud : "A set of normative
guidelines directed towards resolving conflicts of interest,so as to enhance societal well1

being". Untuk membentuk etika yang baik,tingkah laku seseorang itu adalah amat penting.
Seseorang itu perlu ada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku untuk
mengawal dirinya dalam setiap tindakan yang dilakukan.Berasaskan kepada etika yang ada,
maka konflik terhadap keinginan boleh diselesaikan dan seterusnya meningkatkan fungsi
sosial seseorang itu.
1.0

TEORI-TEORI ETIKA

Teori-teori etika boleh dibahagikan kepada berikut;


Teori
Teleologika
l

Teori
Kemahiran
Sosial

TEORITEORI
ETIKA

Teori
Deontologi
kal

Teori
Keperibadian
Mulia

1.1

Teori Teleologikal
Teleologikal berasal daripada perkataan Yunani "telos" yang bermaksud "tujuan" atau

"matlamat". Seseorang ahli teleologis akan menentukan sama ada bercakap bohong adalah
betul atau salah melalui kesan atau akibatnya. Teori teleologikal menganggap tindakan atau
perbuatan yang membawa kebaikan itu adalah bermoral manakala yang mendatangkan
keburukan pula adalah tidak bermoral. Kalau akibatnya baik, maka wajib dilakukan dan
kalau sebaliknya, perbuatan itu tidak harus dilakukan. Ini bermakna kalau berbohong demi
menyelamatkan nyawa seseorang, maka mengikut ahli teleologis, perbuatan berbohong itu
adalah betul dan wajib dilakukan. Akibat yang baik boleh ditafsirkan sebagai suatu tindakkan
yang boleh membuatkan orang lain bahagia serta menguntungkan diri sendiri.
Teori teleologi mengatakan bahawa nilai betul atau salah bergantung kepada
kesan sesuatu perbuatan yang dikenali sebagai konsekuensialisme (consequentalism).
Jadi, kriteria dan piawai asas tentang sesuatu (tindakan atau peraturan) yang baik, benar,
2

salah, jahat dan sebagainya ialah penghasilan nilai bukan moral yang dianggap baik. Bagi
teori ini, kebaikan atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai instrumentalnya. Seterusnya,
sesuatu tindakan atau peraturan dianggap bermoral jika jumlah kebaikan yang dihasilkan
melebihi kejahatan. Namun, pandangan ahli teleologi yang berbeza tentang apa yang
dikatakan baik dan jahat telah menyebabkan wujudnya dua jenis teori teleologi yang
berbeza iaitu Utilitarianisme dan Egoisme.
1.1.1

Teori Utilitarianisme:
Utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya

melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada
setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling
ramai. Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah kesenorokan (sesuatu yang bukan bersifat
moral).
Pengasas Dan Pandangan
Jeremy Bentham (1748-1832) merupakan pengasas bagi teori ini dan seterusnya
dikembangkan oleh anaknya, John Stuart Mill (1806-1873). Jeremy Bentham, mengatakan
bahawa manusia dikuasai dan dipengaruhi kesenorokan serta kesakitan, manakala
kemoralan ialah usaha mencari kebahagiaan, iaitu kesenorokan.
Bagi John Stuart Mill (1806-1873) pula, beliau membezakan antara keseronokan
dengan memasukkan aspek kualiti. Mill mengukur kualiti dan kuantiti sekaligus. Menurut
Mill, petunjuk kualiti keseronokan adalah seperti tinggi/rendah, baik/buruk, baru/lama
objektif/subjektif, dan. Faktor yang boleh mempengaruhi keseronokan pula ialah kecerdikan,
pendidikan, sensitiviti, bermoral dalam tindakan dan kesihatan yang baik.
Beliau memperihalkan utilitarianisme seperti berikut: Prinsip Kebahagiaan Terbanyak
yang menekankan bahawa sesuatu perlakuan itu benar atau baik mengikut kadar atau
perimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu. Kesenorokan
(bebas daripada kesakitan) sebagai natijah atau hasil yang benar, baik dan yang
diidamkan.Utilitarianisme menggangap bahawa sesuatu perbuatan baik atau jahat bolehnya
disukat. Pada peringkat paling rendah dipanggil act utilitarinisme. Kita harus bertanya
kepada diri sendiri mengenai kesan akibat sesuatu tindakan dalam keadaan tertentu ke atas
pihak-pihak yang terlibat sebelum sebarang tindakan diambil. Sekiranya tindakan tersebut
menghasilkan kebaikan maka ia dianggap betul.
Jenis-jenis Utilitarianism:
Act utilitarianism:
Ciri yang pertama adalah merekodkan akibat sesuatu perbuatan sama ada
bermoral atau sebaliknya berdasarkan kajian kes. Ciri ini dipanggil act utilitarianism.
Misalnya aktiviti riadah dengan menonton televisyen mungkin dianggap tidak bermoral
3

kerana masa tersebut sepatutnya digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang bermanfaat
seperti kerja kebajikan.
Hedonistic utilitarianism:
Ciri yang kedua pula ialah mengambil kira kegembiraan, kesan daripada suatu
tindakan dianggap bermoral. Ini kerana Bentham berpendapat, untuk menentukan benar
atau salah

tingkah laku individu, ianya perlu mengambil kira kesan dan akibatnya.

Misalnya tindakan atau perbuatan yang boleh meningkatkan ciri kesetiaan dan
persahabatan, sehingga mencetuskan ciri kegembiraan. Memutuskan persahabatan tetapi
membahagiakan kedua-dua pihak yang terlibat adalah suatu yang dianggap bermoral.
Istilah yang selalunya dikaitkan dengan Teori Utilitarianisme adalah seperti berikut:
(a.) Istilah kebaikan: Pengalaman kesenorokan mestilah dikaitkan dengan kebaikan dan
pengalaman kesakitan dikaitan dengan kejahatan.
(b.)

Istilah

kebahagiaan:

Menyamakan

kesenorokan

dengan

kebahagian

Contoh yang berkaitan:


(i) Pandangan peperangan dalam konsep Utilitarianisme
Dalam memutuskan kemoralan melancarkan peperangan tertentu, seseorang itu
mesti menimbangkan kemudaratan dan kebaikan yang mungkin terhasil. Peperangan
dianggap wajar dari segi moral jika hasilnya membawa kebahagiaan dan kelebihan yang
melebihi kesengsaraan dan penderitaan. Contohnya, utilitarianisme menyokong tindakan
mengebom bandar Hiroshima (walaupun banyak yang tidak berdosa berkoban) untuk
menamatkan perang dunia kedua. Hal ini kerana jika pihak jepun menang, dunia ini akan
hilang sifat kemanusiaan dan kezaliman yang berleluasa.
(ii) Pandangan tentang peraturan yang bermoral
Peraturan yang ditentukan mesti mengutamakan keseronokan bagi semua
yang terlibat. Misalnya, peraturan mewajibkan pelajar-pelajar lelaki memakai tali leher
semasa menghadiri kuliah di dalam kampus perguruan.
(iii) Tindakan mencuri
Kalau seseorang itu mencuri wang daripada seseorang yang kaya dan
kedekut seterusnya diagihkan kepada si miskin dianggap baik, kerana bilangan
orang yang beruntung adalah melebihi daripada seseorang kaya yang kena curi.

Kelemahan-kelemahan teori ini:


4

1. Intensiti keseronokan atau kesakitan adalah sesuatu perkara yang subjektif dan
sukar untuk diukur. Intensiti ini adalah subjektif kerana perasaan setiap individu
adalah berbeza-beza.
2. Kualiti keseronokan atau kesakitan yang dialami oleh seseorang individu adalah
tidak sama dengan orang lain.
1.1.2

Teori Egoisme
Egoisme ditakrifkan sebagai teori yang menggangap nilai itu baik jika

menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk jika sesuatu itu merugikan diri sendiri.
Teori ini telah dipelopori oleh Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 1900).Beliau ialah
seorang ahli falsafah yang mengkritik utilitarianisme. Bagaimanapun, beliau lebih kuat
menentang kemoralan sosial iaitu yang berasaskan tradisi dan peraturan masyarakat.
Nietzche mengenal pasti dua kumpulan besar manusia iaitu kumpulan rakyat jelata
yang miskin dan kumpulan bangsawan yang kaya. Kumpulan rakyat jelata adalah ramai dan
lemah. Kumpulan bangsawan pula terdiri kumpulan kecil tetapi kuat. Oleh itu, rakyat jelata
selalunya menyimpan perasaan benci dan dendam terhadap gologan bangsawan ini.
Hal ini telah menyebabkan kaum bangsawan melihat diri mereka sebagai durjana
dan jahat. Mereka melihat nilai asal mereka (individualisme atau egoisme) sebagai salah.
Usaha rakyat memperkenalkan peraturan moral ini mengandungi konsep seperti
pengorbanan diri, rasa bersalah, suara batin, kepercayaan agama dan lain-lain. Menurut
Nietzsche, mencipta tuhan atau menyedarkan wujudnya tuhan dan agama yang melindungi
golongan rakyat ini adalah hasil daripada pemberontakan. Jadi, rakyat berjaya menjadikan
etika dan kemoralan yang salah itu menjadi benar yang berpunca daripada perundangan
tuhan.
Jadi, sesuatu tindakan itu mesti menguntungkan diri. Nietzsche ialah seorang egois
yang mahu melihat kaum bangsawan untuk berkembang dan menjadi tuan kepada kod
etika, peraturan dan undang-undang moral.

Jenis dan ciri-ciri egosme:


5

satu teori deskriptif


mengatakan bagaimana
orang melakukan
tindakan.

Egosme
Psikologi

Berpendapat bahawa
semua orang adalah
selfish.
Egosme

Memberitahu
(pescribe) bagaimana
mereka perlu
bertindak.

Egosme Etika

Berpendapat bahawa
semua orang perlu
selfish.

Egois biasanya mementingkan diri sendiri dan tanpa mengambil kira kepentingan
orang lain, sebaliknya menindas dan mengeksploitasi orang lain. Egois bersifat tiada iltizam
untuk berbakti kepada masyarakat dan menjalankan kerja sukarela. Mereka benci kepada
pertubuhan atau organisasi. Nietzsche memperakui nilai sesuatu sistem peraturan tetapi
beliau menentang peraturan mutlak. Peraturan mestilah bersifat individualistik.
Contoh yang berkaitan:
i)
Tindakan kegiatan pertubuhan
Kegiatan pertubuhan yang wujud adalah tidak bermoral kerana ianya dianggap sebagai
suatu fahaman baru untuk mempengaruhi orang lain. Contohnya, pertubuhan parti-parti
politik.
ii )
Tindakan peperangan
Kajian kes British menakluki negeri-negeri Melayu sebelum Malaysia merdeka, tindakan
British mengeksploitasi bahan mentah di negeri-negeri Melayu untuk tujuan kepentingan diri.
Dalam keadaan ini, British dianggap golongan bangsawan yang kuat. Manakala orang-orang
tempatan dianggap lemah dan selalunya memberontak menggunakan prinsip ketuhanan
untuk mempertahankan diri. Maka, British memerangi Tanah Melayu untuk menaklukinya
adalah suatu tundakan yang bermoral.

iii )

Tindakan membantu orang lain

Dalam kejadian bot karam, kita tidak sepatutnya menyelamatkan mangsa kerana dikhuatiri
akan membahayakan nyawa diri. Bagi contoh lain, seseorang itu dianggap tidak beretika
6

apabila tindakannya menolong orang tua melintasi jalan raya, tetapi berkesudahan dengan
kecelakaan.
Kelemahan-kelemahan Egosme:
1. Egoisme tidak mengutamakan kemuliaan hati kerana mengutamakan kepentingan diri
sendiri berbanding dengan orang lain.
2. Dalam egosme, peraturannya bersifat individualistik. Ini menyebabkan tiada satu
piawaian atau ukuran untuk menghakimi sesutau tindakan yang dilakukan.
Kesimpulan:
Prinsip

Utilitarianisme

mengutamakan

yang

kesejahteraan

dikemukakan
sebaliknya

mendukung

bahawa

meminimunkan

kita

seharusnya

kesengsaraan.

Dalam

pengajaran Egoisme pula ia menyokong etika individualisme. Oleh itu, dalam kehidupan
seharian, kita mestilah berfikiran matang serta mampu membuat tapisan yang tepat dan
berwaspada dalam menerima fahaman atau pendapat daripada pihak luar.
1.2.0

Teori Deontologikal
Pengenalan
Deontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" yang bermaksud "yang diharuskan

atau diwajibkan". Teori deontologi terdiri daripada pelbagai jenis pandangan yang berbeza.
Teori deontologi menolak apa yang diperakui teori telelogi. Teori deontologi menegaskan
bahawa ada pertimbangan dan fakta yang lain bernilai intrinsik yang menyebabkan
seseuatu perlakuan atau peraturan itu patut, baik, benar dan diwajibkan. Teori deontologi
mementingkan sifat perlakuan atau ciri peraturan itu sendiri. Teori deontologi boleh
dibahagikan kepada dua pecahan iaitu;
i.
ii.

Teori deontologi-lakuan (eksistensialisme) dan


Teori deontolofi-peraturan (prinsip kewajiban).

Immanuel Kant merupakan seorang ahli flasafah German (1724-1804) yang sering
kali dikaitkan dengan deontologi.Beliau pernah mengajar di University of Konigsberg di
bahagian barat Rusia. Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu
tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah
kawalan kita. Akan tetapi motif tindakan kita adalah di bawah kawalan kita. Oleh itu, kita
harus bertanggungjawab secara moral ke atas motif kita untuk membuat kebaikan atau
keburukan.
1.2.1

Eksistensialisme:
Menurut eksistensialisme nilai buruk mesti berasaskan pilihan individu secara

bebas. Sebaliknya, pilihan individu menjadi nilai buruk jika kerana dipaksa. Eksistensialisme
7

boleh ditakrifkan dengan senang, tetapi aliran eksistensialisme yang berlainan pandangan
telah menyulitkan pentakrifan dilakukan iaitu;
a)

Eksistensialisme yang beragama kristian, termaksuk Karl Jaspers dan Gabriel

Marcell, kedua-duanya katolik;


b)
Eksistensialisme ateistik (ateis ialah orang yang tidak percaya kewujudan Tuhan),
termasuk Martin Heidegger dan beberapa oranga eksistensialis Perancis serta Sarte sendiri.
Jean-Paul Sartre (1905-1980) merupakan orang yang mempelopori teori eksistensialisme.
Menurut Sarte, manusia tidak mempunyai penciptanya dan fungsi manusia sudah
ditentukan. Bagaimana manusia itu menjadi bermoral atau tidak bermoral bergantung
kepada pilihan yang dibuatnya dalam pelbagai peringat kehidapannya.
Ciri-ciri Eksistensialisme
Eksistensialisme melemahkan peraturan tradisional dan mutlak yang berfungsi
sebagai

panduan

moral.

Bagi

eksistensialisme,

kemoralan

berasaskan

andaian

"kebebasan". Menurut Satre, jika individu mematuhi peraturan masyarakat secara buta tuli,
dia mempunyai pandangan "mitologi" yang menjejaskan kebebasannya. Mitos ini mesti
dihapuskan dari alam kemoralan.
Tidak dapat dinafikan bahawa individu tidak dapat membuat apa-apa terhadap
hakikat bahawa dia telah lahir, bagaimana dia lahir, dalam abad berapa dia lahir, ibu
bapanya dan lain-lain, tetapi dia boleh menentukan bagaimana dia hendak hidup. Individu
mesti bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri. Aspek
ini sama dengan pandangan Heideggar yang memperkenalkan konsep "kewujudan sah".
Kewujudan ini merujuk kepada individu membuat pilihan dan keputusan moral yang tulen
dan tidak membenarkan dirinya dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan orang lain dalam
membuat pilihan dan keputusan moral.
Golongan eksistensialisme mementingkan kebebasan memilih dalam situasi mereka
berada. Terdapat tiga bentuk kebebasan;

Kebebasan jasmani
Kebebasan kehendak kebebasan moral

Kebebasan moral bermaksud kebebasan bertindak tanpa amanah, paksaan dan


larangan.
Mengikut eksistensialisme, seseorang itu merasakan kewajipannya bukan suatu
yang dipaksa dari luar, tetapi sesuatu yang dikehendaki oleh dirinya sendiri. Dengan
menjauhi semua prinsip dan peraturan moral, individu mesti menggunakan kebebasannya
untuk mendapatkan fakta yang betul berhubung dengan situasi yang dihadapinya, iaitu

menilai secara teliti situasi berkenaan, seterusnya membuat pilihan dan keputusan moralnya
sendiri. Eksistensialisme menekankan pilihan terus daripada sumber asal.
Contoh yang berkaitan:
1. Seseorang tidak dilahirkan sebagai seorang doktor. Sebaliknya, dia memilih untuk
menjadi doktor. Ia adalah nilai baik jika dilakukan kerana pilihan sendiri tetapi menjadi nilai
buruk jika kerana terpaksa. Oleh itu, setiap individu bebas memilih atau menentukan apa
yang disukainya.
2. Menderma kepada mangsa bencana adalah nilai baik jika dilakukan kerana pilihan sendiri
tetapi menjadi nilai buruk jika kerana terpaksa.
3. Menjalankan khidmat sosial di rumah-rumah orang yatim atau orang tua adalah nilai baik
jika ia dilakukan atas pilihan sendiri. Ia akan menjadi nilai buruk jika ia dilakukan atas
paksaan.
Kesimpulan Prinsip Kewajipan
Oleh kerana Prinsip Eksistensialisme memegang pada prinsip bahawa nilai baik atau
nilai buruk mesti berasaskan kepada pilihan individu secara bebas, isu tentang relativisme
akan timbul. Menurut Satre, peraturan dan prinsip adalah terlalu abstrak dan tidak ada
peraturan yang boleh digunakan oleh manusia untuk menentukan apa tindakan yang akan
diambil atau apa yang betul. Dalam keadaan ini, relativisme individu dianggap sebagai
mutlak.
Prinsip Kewajipan:
Prinsip kewajipan telah diasaskan oleh Immanuel Kant (1724 - 1804).Prinsip Kewajipan
menegaskan duty for the sake of duty, iaitu tanggungjawab dilaksanakan semata-mata
kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab.
Ciri-ciri Prinsip Kewajipan;
a)
Perintah Mutlak Tanpa Syarat (Categorical Imperative)
Apabila sesuatu peraturan dibentuk, setiap orang mesti mematuhinya setiap masa
tanpa sebarang pengecualian dan persoalan. Kant menjelaskan bahawa individu yang baik
dari segi moral dengan tekad baik yang mutlak ialah individu yang sentiasa berkelakuan
atau bertindak atas dasar kewajipan atau kerana menghormati undang-undang. Individu ini
akan memilih kewajipan dan kepatuhan kepada undang-undang dan tidak akan memilih
kecenderungan tertentu jika dia terpaksa membuat sesuatu pilihan.
Kewajipan atau undang-undang mutlak ini dikenali, diperihalkan, diperaku
dan digambarkan oleh Kant sebagai satu set prinsip moral. Prinsip moral yang ditetapkan
oleh individu untuk dirinya sendiri misalnya tidak menipu mesti dipatuhi oleh orang lain.
Dengan kata lain, individu itu mesti bertindak sebagaimana dia inginkan orang lain
bertindak. Sebagai kesimpulannya , prinsip moral individu itu sewajarnya melambangkan
undang-undang yang objektif dan sejagat. Dengan ini menjelaskan bahawa Kant

meletakkan konsep pematuhan kepada prinsip sendiri sebagai suatu undang-undang


sejagat adalah formula asas prinsip kemoralan.
b)

Konsep tekad baik (Goodwill)


Sesuatu

tindakan

yang

datang

daripada

kesedaran

untuk

menunaikan

tanggungjawab akan melahirkan perbuatan yang benar dari segi moral.Kant menyatakan
perkara-perkara yang baik ialah membuat sesuatu bakat minda seperti kebijaksanaan dan
kecerdasan pemikiran, keberanian dan kesederhanaan pemikiran. Dalam konteks ini, Kant
tidak mahu menganggap sesuatu tekad itu baik atas sebab apa yang telah atau ingin atau
boleh dicapai dan dihasilkan oleh tekad itu. Motif tunggal tekad baik hanya berlaku apabila
menganggap ia sebagai mengamalkan kewajipan. Ini kerana untuk mengamalkan
kewajipan, sesuatu tekad itu baik kerana batinnya atau semangat dalamannya. Dengan kata
lain, yang baik dan patut diberi pujian moral ialah mengamalkan kewajipan itu semata-mata
kerana amalannya ialah suatu kewajipan. Kant juga menjelaskan bahawa mengamalkan
kewajipan sedemikian adalah serupa dengan bertingkah laku wajar kerana memuliakan atau
menghormati undang-undang.
Contoh yang berkaitan:
a)
Good Will
Seseorang yang menyambung pelajaran selepas mendapat keputusan STPM
atas kesedaran diri sendiri kerana memikirkan ianya satu tanggungjawab adalah satu
perbuatan yang beretika, manakala belajar kerana terpaksa boleh dianggap tidak beretika.
Seseorang pelajar belajar bersungguh-sungguh tekun untuk mendapatkan
markah yang baik dalam peperiksaaan atas kesedaran diri sendiri kerana dia
memikirkannya ialah satu tanggungjawab. Dengan ini, ia merupakan satu perbuatan yang
beretika.
b)
Categorical Imperative
Secara rasionalnya, berbohong merupakan satu amalan atau tingkah laku yang tidak
baik. Ia adalah satu kesalahan kerana ia mungkin akan menimbulkan masalah kepada
orang yang kita bohongi dan kehilangan kepercayaan orang lain terhadap diri kita. Justeru,
sejak kecil kita dididik supaya tidak membohongi orang lain.
Perbuatan meniru atau menipu semasa peperiksaan merupakan satu kesalahan
kerana walaupun menipu boleh membantu

mendapat markah yang tinggi dalam

peperiksaan tetapi tetap dihina orang kerana ia adalah satu tindakan yang tidak adil.
Mencuri merupakan satu kesalahan tidak kira bahan yang dicuri itu besar atau kecil,
mahal atau murah dan sebagainya. Walapun mencuri boleh membantu kita mendapatkan
bahan yang diinginkan atau wang, tetapi kita akan dihina oleh orang lain serta salah di sisi
undang-undang. Tindakan yang sewajarnya akan dikenakan kepada sesiapa yang bersalah.
Kelemahan Prinsip Kewajipan
Sesuatu tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu ialah
tanggungjawab tetapi apabila timbul keadaan dua kewajipan berkonflik,adalah amat sukar
10

untuk memilih yang mana perlu diutamakan. Ini telah menjadikan satu kelemahan kepada
Prinsip Kewajipan.
Kesimpulan:
Prinsip kewajipan menegaskan bahawa tanggungjawab yang kita dilaksanakan sematamata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab. Manakala Eksistensialisme
menyatakan pilihan seseorang individu adalah penting dan untuk menentukan sama ada
nilai tersebut adalah baik atau buruk. Oleh itu, kita haruslah bijaksana dalam membuat
keputusan atau pilihan dalam kehidupan seharian demi kesejahteraan hidup.
Berdasarkan pemahaman saya, Teori Deontologikal ini, dapat saya ulaskan bahawa
setiap tindakan yang dilakukan diletakkan atas niat, tujuan dan motif, bukan pada apa yang
dilakukannya atau kesan dan akibat hasil daripada tindakannya. Setiap tindakan yang
diambil akan mempunyai nilai moral yang baik jika dilakukan atas kerelaan hati dan motif
tindakannya ialah satu tanggungjawab kepada masyarakat bukan kerana paksaan atau
desakan. Sekiranya disebabkan desakan atau paksaan, tindakan tersebut mempunyai nilai
moral yang buruk. Selain itu, setiap tindakan yang dianggap betul dari segi moral tidak
dianggap memadai jika dilakukan semata-mata untuk kepentingan diri. Contohnya seperti
menderma, menderma merupakan satu tindakan yang baik dan setiap individu digalakkan
untuk menderma. Menderma juga dikatakan salah satu tindakan yang bermoral dan
mempunyai nilai yang baik jika dilakukan dengan penuh keikhlasan serta kerelaan hati
penderma. Namun, menderma masih menjadi tindakan bermoral tetapi mempunyai nilai
yang buruk jika berlaku desakan yang memaksa penderma untuk menderma.

1.3

Teori Kemoralan Sosial


Teori Kemoralan Sosial cenderung mengaitkan peraturan masyarakat dengan

konsep etika. Teori Kemoralan Sosial juga dikenali juga sebagai kemoralan konvensional
dan tradisionalisme atau konservatisme dalam kemoralan Ia merujuk kepada standard atau
ukuran moral yang merangkumi nilai-nilai yang mementingkan masyarakat. Individu bukan
sebagai matlamat kemoralan. Nilai atau peraturan ini adalah ukuran dan persetujuan
masyarakat .
Teori kemoralan sosial menerangkan bahawa manusia hidup berkelompok, justeru
soal kemoralan sosial menjadi perkara utama dalam kehidupan. Moral sekular menekankan
perlunya kemoralan sosial dalam menentukan kehidupan seseorang terus berada dalam
11

keadaan harmoni dan sejahtera.


Manusia terpaksa hidup bermasyarakat untuk memenuhi berbagai-bagai keperluan
serta keinginan bagi menjamin kelangsungan hidup. Kemoralan sosial berkait rapat dengan
peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila atau tatatertib
masyarakat.
Peraturan masyarakat biasanya menyerupai tradisi, norma, kebiasaan atau adat,
kod, nilai dan pantang larang. Kesemua ini menjaga kerukunan sosial. Setiap kaum di
negara ini mempunyai adat resam dan pantang larang bagi menjamin keutuhan dan
keharmonian sesebuah masyarakat. Ahli-ahli sosiologi moral berpendapat , adalah menjadi
tanggungjawab setiap individu untuk mematuhi pemerintah sebagai autoriti moral.
Berpandukan maklumat-maklumat di atas , teori kemoralan sosial melihat moral itu
adalah sesuatu yang telah ditentukan oleh masyarakat. Oleh itu, kemoralan atau etika
merupakan sesuatu yang berkaitan dengan peraturan masyarakat.
Teori ini juga sering dikaitkan dengan pantang-larang dan adat sesuatu masyarkat.
Sebenarnya, teori ini juga wujud di dalam ajaran Islam yang melihat moral melalui kaca
mata masyarkat dan kehidupannya selagi tidak bertentangan dengan kehendak shara.
Ini bermakna moral atau undang-undang warisan sesebuah masyarakat secara
automatik akan tertolak jika bertentangan dengan Shariah. Dengan kata lain, Shariah
berperanan untuk memberi had kepada masyarakat supaya sebarang kod etika atau
kepercayaan yang wujud tidak dogmatik dan undang-undang yang digubal tidak menindas
pihak lain. Dalam perbincangan ilmu usul fiqh juga, adat

dan pandangan setempat

merupakan salah satu sumber hukum yang diiktiraf oleh shara.

Kritikan terhadap Teori Kemoralan Sosial


Teori kemoralan sosial merupakan etika yang keterlaluan berlandaskan peraturan
masyarakat dianggap dogmatik dan authoritarian. Teori ini melemahkan autonomi serta
menyekat pertimbangan bebas dan pilihan sukarela.Semua masyarakat mempunyai
peraturan moral masing-masing; nilai, tradisi, undang-undang, adat serta kepercayaan. Ini
bermakna terdapat pertentangan peratutan moral dengan masyarakat lain. Hal ini secara
tidak langsung boleh bawa ketegangan dan konflik.
Bull (1969) pula menyatakan bahawa Teori Kemoralan Sosial membentuk satu
sekatan atau isbat berasaskan apa yang diizinkan atau ditegah oleh autoriti dalam
masyarakat. Walaubagaimanapun,boleh hilang kuasanya jika seseorang itu didapati
menyembunyikan perbuatan buruk yang melanggar peraturan masyarakat. Misalnya di
12

negara kita berzina satu kesalahan, tetapi terdapat orang bersekedudukan yang tidak segan
silu apabila berada di luar negara yang longgar peraturannya.
Kesimpulan Teori Kemoralan Sosial
Berdasarkan pernyataan-pernyataan di atas, dapat saya simpulkan bahawa Teori
kemoralan sosial ialah satu teori yang memberikan maksud tingkah laku yang perlu ada
dalam menjamin manusia terus hidup dalam keadaan aman, harmoni dan sejahtera. Teori
ini merupakan satu teori yang amat penting dan perlu dikaji secara mendalam terutamanya
bagi negara yang mempunyai kaum yang berbilang bangsa dan agama khasnya seperti
Malaysia. Teori ini banyak berkait rapat dengan amalan masyarakat, undang-undang negara
dan amalan sejagat dengan konsep etika.
Teori ini mementingkan nilai yang wujud dalam masyarakat dan bukan individu
dalam mencapai matlamat moral. Mengikut teori ini, peraturan moral dijadikan sebagai satu
kewajipan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah supaya wajib diketahui dan dipatuhi.
Peraturan ini tidak membenarkan sesiapa menilai dan mengkritik peraturan moral ynag telah
ditetapkan oleh masyarakatnya.
Timbul kelemahan yang ketara daripada teori ini antaranya adalah menyekat
kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan yang dibuat oleh masyarakat.
Selain itu juga, banyak berlaku salah faham dan konflik kerana setiap masyarakat
mempunyai pandangan yang berbeza-beza. Seterusnya, teori ini juga memberikan kesulitan
kepada masyarakat baru untuk menyesuaikan diri dengan moral yang sentiasa berubahubah mengikut perkembangan masa dan waktu.
Tambahan pula, teori ini mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti walaupun
perkara itu bertentangan dengan kehendak hati mereka. Perkara yang paling penting sekali,
ialah tidak semua peraturan yang dibuat oleh masyarakat adalah baik dan bagus. Terdapat
juga peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat negatif dan akan membawa keburukan.
Ini bermaksud, jika peraturan itu dibuat dengan keadaan yang akan memberikan kesan
yang positif, maka masyarakat akan banyak menerima. Walau bagaimana pun, perkara
seperti itu adalah sukar untuk berlaku.
Sebagai contoh, undang-undang yang digunakan di dalam kawasan sekolah yang
tidak membenarkan para pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Sedangkan
penggunaan telefon bimbit menjadi suatu keperluan kepada para pelajar terutamanya
semasa berlaku kecemasan. Contohnya, apabila berlaku kebakaran pada waktu malam di
asrama atau kes buli. Maka perkara ini dapat dilaporkan dengan segera seta tindakan dapat
dilakukan secara serta merta.

13

1.4

Teori Keperibadian Mulia


Merujuk kepada sifat peribadi mulia yang membuat seseorang individu menjadi agen moral dan

diterima dalam masayarakat setempat dan global.Teori Keperibadian Mulia mengutamakan sifat peribadi
terhadap suatu kehidupan yang bermoral. Fokus Teori Keperibadian Mulia ialah terhadap sifat peribadi mulia
yang patut ada pada setiap individu.Untuk mengenal pasti sifat peribadi mulia ini, objektif atau matlamat
dalam kehidupan perlu dianalisa.
Konsep keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada abad ke-4
SM. Teori keperibadian mulia ini telah dipelopori oleh Aristotle iaitu seorang ahli falsafah Greek.
Keperibadian mulia didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa . Keperibadian mulia
boleh dibahagikan kepada dua iaitu keperibadian mulia intelektual dan keperibadian mulia
moral.
Aristotle juga berpendapat bahawa keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seseorang
individu secara semula jadi. Ini bermakna seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik
dan jahat sejak ia dilahirkan. Mengikut Aristotle, keperibadian mulia mewajibkan kita
bertingkah laku baik. Sifat-sfat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi
menerusi latih tubi. Tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu kebiasaan,
menyenangkan serta menyeronokkan.

Oleh itu seseorang dianggap mempunyai keperibadian mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri
berikut:
I.

VI.

Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan mengelakkan

II.
III.
IV.

keburukan
Berpegang kepada prinsip
Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan
Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap

V.

kesengsaraan
Memahami dan menyedari bahawa moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh

dipersoalkan
Mempunyai keikhlasan serta kejujuran dari segi nilai.

14

kesusahan

dan

Teori yang dianjurkan oleh Aristotle (384 BC 322 BC) ini telah meletakkan moral
sebagai sesuatu yang sederhana. Ini bermakna sesuatu yang bermoral adalah sesuatu
yang tidak keterlaluan dan mengambil jalan tengah.
Bagi pandangan Aristotle, melakukan sesuatu dengan berlebihan atau berkurangan
adalah jahat dan tercela. Islam dalam pada masa yang sama juga telah menegaskan
bahawa umat Islam yang baik adalah umat Islam yang sederhana. Seperti firman Allah:
Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu
melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas.
(al-Baqarah: 190).
Selain itu, firmanNya lagi:
Dan demikianlah (seperti mana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus),
Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat pertengahan (pilihan lagi adil),
supaya kamu layak menjadi saksi kepada umat manusia (tentang benar dan salah) dan
Rasul itu (Muhammad) pula akan menjadi saksi ke atas kamu. (al-Baqarah: 143).
Dalam isu-isu berkaitan dengan akal dan wahyu, dunia dan akhirat, material dan
spiritual atau individu dan masyarakat, Islam telah menggariskan sesuatu yang sederhana
dan hikmah.
Walau bagaimanapun, Islam tetap menyokong kritikan terhadap teori ini yang
menyatakan bahawa kadar sederhana itu tidak boleh diaplikasikan dalam semua keadaan
terutama sekali bagi kelakuan yang memang jelas tidak baik dan tercela.
2.0

Rumusan dan Perbandingan Keempat-empat Teori

Teori Teleologikal

Teori Deontologi

Teori Keperibadian

Teori Kemoralan

Mulia

Sosial

15

Menjelaskan sesuatu

Teori

nilai sama ada betul

mementingkan

atau

perlakuan atau ciri-

salah

bergantung
keputusan
sesuatu

adalah

kepada ciri
akhir
tindakan.

ini

peraturan

dalam

lebih

Menyatakan bahawa

Mengaitkan

sifat

setiap

peraturan

itu

keperibadian

yang

mulia

masyarakat

merupakan

jalan

konsep

dengan
etika.

menentukan

tengah, iaitu sesuatu

Standard

sama ada nilai itu

nilai yang diamalkan

ukuran

adalah

itu

merangkumi

nilaiyang

betul

salah,
sesuatu
adalah

atau

adalah

tidak

atau
moral

akibat/kesan

berlebihan dan tidak

nilai

perlakuan

juga terlalu kurang.

mementingkan

tidak

masyarakat

dan

dititikberatkan dalam

individu

bukan

teori ini.

sebagai

matlamat

kemoralan.

3.0

Perbandingan Teori Perkembangan Moral Kanak-kanak Oleh Piaget, Bandura


dan Carl Rogers

Piaget

1. Kanak-kanak membina

Bandura

1. Kanak-kanak belajar

Carl Rogers

1. Pembentukan moral

maklumat secara aktif

tentang sesuatu perkara

yang baik adalah melalui

semasa meneroka

melalui proses

model yang boleh

sekeliling. Mereka akan

pemerhatian dan

dicontohi dan

16

mengadaptasikan
pemikiran dengan

peniruan.

berpengalaman seperti

2. Pelajar meniru sesuatu

memasukkan idea baru

kemahiran daripada

meningkatkan

kecekapan demonstrasi

pemahaman tentang

guru sebagai model.

sesuatu perkara.

3. Tingkah laku model boleh

2. Terdapat 3 tahap

dipelajari melalui bahasa,

perkembangan moral
kanak-kanak iaitu tahap

misalan dan teladan.


4. Pelajar memperoleh

deria motor, tahap

kemahiran jika

praoperasi, tahap operasi

memperoleh kepuasan

konkrit dan tahap operasi

dan peneguhan yang

formal.

berpatutan.

i. Tahap praoperasi

5. Proses pembelajaran

Kanak-kanak hanya

meliputi pemerhatian,

berminat terhadap diri

peringatan, peniruan

sendiri dan

dengan tingkah laku yang

mengutamakan

sesuai serta diakhiri

pandangan orang lain.

dengan peneguhan

ii. Tahap operasi konkrit

positif.

Kanak-kanak lebih
berhati-hati dan berminat
pada orang lain.
Perasaan hormat kepada
pihak berkuasa dan
berupaya menerima
peraturan. Mereka juga
telah berupaya membuat
pertimbangan moral.
iii. Tahap operasi formal
Kanak-kanak mengambil
berat tentang kebajikan
dan minat masingmasing. Perasaan hormat
kepada orang lain mula
dititik beratkan. Mereka
beranggapan peraturan
17

ibu bapa, rakan sebaya,


orang dewasa dan
dirinya sendiri.
2. Alam sekitar memainkan
peranan yang penting
dalam menentukan
perkembangan moral
khasnya sebar am,
budaya dan penilaian
masyarakat terhadap
sesuatu tingkah laku.
3. Penilaian individu
terhadap keperluan
asasnya seperti
keselamatan, fizikal,
kasih saying dan
penghormatan diri akan
mempengaruhi
penaakulan moral.

boleh berubah-ubah
berdasarkan kerjasama
dan rasa hormat kepada
orang lain.
Keputusan moral tidak lagi
pada

kehendak

undang-

undang authoritarian tetapi


segala aspek boleh diambil
kira.
Rumusan
Tanggungjawab dan prinsip moral dan kebaikan bermoral atau ciri-ciri tret bukanlah
suatu yang bertentangan antaranya untuk dibuat pilihan tetapi merupakan perkaitan dalam
aspek bermoral.Biarpun apa bentuk falsafah yang dipegang etika dan kebaikan moral
merupakan dua perkarai yang mempunyai perkaitan yang rapat dan saling bertimbalbalik.Memiliki ciri-ciri kebaikan yang berlandaskan kepada panduan dan peraturan etika
membolehkan seseorang itu untuk membentuk dirinya mencapai peringkat berakhlak mulia
dan seterusnya dapat bertindak ke arah kebaikan menerusi alasan-alasan dan berdasarkan
persekitaran yang wujud.Orang-orang yang berakhlak mulia dan beretika pastinya menjadi
sanjungan dan dihormati sepanjang masa.

18

Anda mungkin juga menyukai