Anda di halaman 1dari 1

Kek Coklat Tanpa Telur 

by Dayang Jack
Bahan-bahan : loyang kecil
 1 cawan tepung gandum*
 1/3 cawan serbuk koko hitam*
 1 sk serbuk penaik*
 1/2 sk soda bikarbonat*
 1/4 sk garam
 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
 3/4 cawan air kopi panas
 1/3 cawan susu segar
 1 sk esen vanilla
 1 sk cuka / jus lemon

Cara-cara :
1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit
tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *.
Masukkan gula dan kacau rata-rata.
3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan kacau
sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau
mengikut arah pusingan jam.Pastikan air kopi betul2 panas.
4. Tapiskan adunan.
5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama
30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis
oven masing2).
7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak
hiaskan dengan ganache pun ok.

*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.


*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan
tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.

Anda mungkin juga meminati:

Anda mungkin juga menyukai