Anda di halaman 1dari 12

Tugasan 1 : Dengan merujuk kepada program pengkhususan anda , rancang satu strategi

pengajaran inovatif berasaskan projek. Jelaskan bagaimana strategi tersebut dapat


dilaksanakan dalam konteks bilik darjah di Malaysia selaras dengan pembelajaran abad
ke-21.
Guru yang kreatif dan inovatif akan menjadikan mereka berupaya menjadi guru yang
bermakna. Oleh yang demikian , untuk menjadi seorang guru yang bermakna , maka kita harus
cuba untuk menggunakan strategi yang inovatif dalam sesuatu pengajaran yang dijalankan.
Inovatif adalah kemampuan membuat transformasi atau mencipta sesuatu yang baharu sama
ada dalam bentuk sumber atau kaedah yang relevan dengan perkembangan semasa ke arah
penjanaan dan perkembangan minda yang lebih dinamik. Strategi pengajaran yang inovatif
merangkumi 4 asas penting iaitu Pembelajaran Berasaskan Projek, Pembelajaran Berasaskan
Masalah, Pembelajaran Elektronik (e-learning), Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang
(web). Pengajaran berasaskan projek merupakan kaedah pengajaran di mana guru
menyediakan projek untuk dilaksanakan oleh murid-murid. Guru akan memberikan arahan serta
penjelasan tentang projek yang agak kompleks dan mencabar, yang perlu dilaksanakan. Murid
pula dikehendaki melaksanakan projek secara hands-on dan minds-on serta dengan melakukan
sedikit kajian. Melalui kaedah projek, murid akan belajar untuk menyelesaikan masalah melalui
proses inkuiri, berkomunikasi serta berkolaborasi, mengakses maklumat melalui Internet atau
menghasilkan projek menggunakan perisian komputer, selain menggunakan pemikiran kritikal
dan amalan refleksi untuk memastikan projek terlaksana dengan baik dan hasilnya akan
memberi makna kepada mereka. Melalui kaedah projek, murid akan dapat menyelesaikan
masalah dalam konteks dunia sebenar yang menjadi minat dan perhatian murid. Esei telah
distrukturkan mengikut matlamat projek yang telah dirancang, maklumat asas tentang projek
yang telah dirancang dan juga langkah-langkah untuk menjalankan projek tersebut.
Matlamat Projek
Strategi pengajaran inovatif berasaskan projek yang telah dirancang seperti yang
terdapat dalam esei ini adalah untuk memastikan murid-murid lebih memahami artikel yang
terdapat dalam buku teks. Projek ini akan dijalankan sebaik sahaja artikel buku teks yang
berkaitan dengan tema projek telah diajar. Melalui projek ini, murid-murid berpeluang untuk
mengalami perasaan yang terpapar melalui artikel buku teks. Selain itu, projek yang telah
dirancang juga memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar melalui pengalaman
mereka. Dengan belajar melalui pengalaman, pengetahuan tersebut dapat dikekalkan dalam

minda murid-murid memandangkan mereka sendiri yang mengalami dalam sesuatu situasi.
Matlamat pengajaran ini juga selaras dengan pembelajaran abad ke-21 yang begitu
mengutamakan murid. Selain daripada itu, projek yang telah dirancang juga bermatlamat untuk
memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid-murid. Pada abad ke-21 ini, kerjasama
antara satu sama lain adalah begitu penting dalam kehidupan kita. Dengan adanya kerjasama
antara satu sama lain, kebanyakkan masalah dan tugasan yang kita hadapi dalam kehidupan
dapat diselesaikan dalam masa yang singkat dengan lebih senang dan hubungan yang erat
juga dapat diwujudkan.
Matlamat yang seterusnya adalah untuk mendedahkan murid-murid kepada dunia yang
begitu penuh dengan informasi yang berlainan. Zaman kebelakangan ini, dunia kita dengan
penuh dengan pelbagai cabaran yang baru, jika kita mendedahkan anak-anak kita kepada
dunia ini sejak mereka kecil, hal ini akan menyenangkan masa depan mereka. Hal ini demikian
kerana, mereka telah dilatih untuk menghadapi cabaran yang berlainan sejak mereka kecil lagi
dan secara langsung mereka akan lebih tabah dan berpengalaman untuk menghadapi masalah
dalam kehidupan mereka. Selain itu, projek tersebut juga dapat mendedahkan anak murid kita
kepada industri lama yang telah dikekalkan dari zaman nenek moyang dan supaya mereka
dapat mengekalkan industri lama ini yang sebagai salah satu tradisional yang terdapat dalam
masyarakat kita.
Maklumat Asas Projek
Projek yang dirancang bertema tentang industri yang terdapat pada masyarakat silam
Pulau Pinang dan bertajuk Industri Lama Tradisonal Kita. Projek ini dirancang untuk muridmurid tahun 4 SJKC Chung Hwa Confucian A Pulau Pinang memandangkan dalam buku teks
Bahasa Cina Tahun 4 terdapat satu artikel yang mengenai industri lama. Dengan mengadakan
projek ini, murid-murid tahun 4 akan lebih memahami isi kandungan artikel yang terdapat dalam
buku teks Bahasa Cina Tahun 4. Secara tidak langsung, mereka juga diberi peluang untuk
mendekatkan diri kepada industri lama yang telah dikekalkan dalam masyarakat Pulau Pinang
bertahun-tahun.
Pulau Pinang merupakan salah satu negeri yang bersejarah dalam negara kita. Tidak
boleh dinafikan bahawa Pulau Pinang bukan sahaja menyaksikan perkembangan ekonomi
negara kita sejak abad ke-18 maka kedudukannya yang begitu strategi telah menjadikannya
sebagai salah satu zon perdagangan yang utama sejak abad- ke-18. Oleh hal yang demikian,
kebanyakkan industri lama telah diperkembangkan di Pulau Pinang pada zaman silam. Sebagai

contoh, jahitan batik, penghasilan colok dan colok naga, pembawa beca, penghasilan tang lung
besar Cina, penghasilan kaca, penghasilan besi, penghasilan kasut, tenunan rotan, pembuatan
kuih nyonya, penghasilan keranda, penghasilan patung dan barangan kertas untuk
sembahyang dan lain-lain. Sekarang, industri lama telah menjadi salah satu topik yang
memerlukan kepekaan masyarakat kita. Zaman ini merupakan zaman ledakan informasi, begitu
mudahnya kita mendapatkan informasi dari saluran-saluran yang berlainan, dan secara tidak
langsung kita akan semakin mengetepikan industri lama yang telah banyak memberi
sumbangan dalam ekonomi kita. Sebagai insan yang bersahsiah, kita seharusnya sentiasa
menghargai jasa yang telah diberi oleh nenek moyang kita dengan memahami jasa yang telah
diberi dan mengekalkan apa-apa yang baik dan telah dikekalkan oleh mereka sejak masa
dahulu. Demi mengekalkan industri lama yang telah banyak memberi sumbangan dalam
ekonomi negara kita, projek ini perlu dilaksanakan dalam kalangan anak murid kita.

Langkah-langkah pelaksanaan projek


Projek yang dirancang untuk murid tahun 4 SJKC Chung Hwa Confucian A ini akan dijalankan
sepanjang dua minggu dan terdapat tiga tugasan yang berlainan. Peserta terdiri daripada 30
orang murid kelas 4M dan dibimbing oleh guru Bahasa Cina. 30 orang murid akan dibahagi
kepada 5 kumpulan iaitu 6 orang murid dalam satu kumpulan. Kumpulan yang terdiri akan
dikekalkan sepanjang projek yang mengambil masa selama dua minggu ini. Projek ini
dijalankan baik selepas artikel tersebut telah diajar dalam kelas.
i.

Tugasan 1

Peserta : 30 orang murid 4M

Guru Pembimbing : Guru Bahasa Cina

Tempat pelaksanaan : Sekolah

Tempoh Tugasan : 5 hari

Dalam tugasan satu ini, murid-murid dikehendaki untuk mencari maklumat tentang
industri lama yang terdapat dalam masyarakat Pulau Pinang pada masa silam. Murid-murid
bebas mencari industri lama, sekurang-kurangnya 4 industri lama melalui saluran-saluran yang
berlainan iaitu buku rujukan, internet, majalah, surat khabar dan lain-lain. Tugasan ini diberi
supaya murid-murid dapat memahami industri lama dan memahami konsep ringkas mengenai
industri lama sebelum menjalankan tugasan kedua mereka yang terdapat dalam projek ini.
Dalam kumpulan, murid-murid dikehendaki mengumpul maklumat mengenai 5 industri lama
yang terdapat dalam Pulau Pinang secara teliti dari segi sejarah industri tersebut, perkara yang
perlu dibuat dalam industri tersebut, bahan-bahan yang diperlukan dalam industri tersebut,
pewakil industri tersebut, kedai industri tersebut, dan lain-lain. Selain daripada maklumat asas
mngenai industri-industri lama, murid-murid juga perlu merangka beberapa soalan temu bual
yang akan digunakan dalam tugasan 2 projek ini. Murid-murid perlu bekerjasama dalam
kumpulan mereka untuk menyiapkan tugasan tersebut dengan menapiskan maklumat yang
diperlukan dan berguna untuk menyiapkan projek mereka. Sepanjang proses pengumpulan
maklumat ini, guru berperanan sebagai seorang fasilitator dengan hanya memberi nasihat dan
dorongan kepada murid tetapi tidak mengganggu cara murid mengumpul maklumat serta tidak
membekalkan maklumat kepada murid-murid.
Tugasan 1 ini sesuai dilaksananakan memandangkan tugasan yang diberi sesuai
dengan strategi pengajaran inovatif berasaskan projek. Strategi pengajaran inovatif berasaskan
projek mengutamakan murid dapat belajar dengan sendiri ataupun belajar melalui perbincangan
bersama dengan rakan-rakan. Tugasan ini telah membahagikan murid-murid ke dalam 5

kumpulan dan mereka perlu membincang antara satu sama lain untuk menapiskan maklumat
yang paling penting tentang industri lama. Mereka perlu membaca dengan sendiri mengenai
maklumat yang telah dapat dari pelbagai saluran dan melalui perbincangan untuk memahami
maklumat yang telah dicari. Selain itu, melalui proses perbincangan, semangat kerjasama dapat
dipupuk

melalui

tugasan

tersebut.

Strategi

pengajaran

inovatif

berasaskan

projek

mengutamakan kerjasama antara murid dan tugasan ini memerlukan kerjasama antara murid
untuk menyempurnakan tugasan yang diberikan.
ii.

Tugasan 2

Peserta : 30 orang murid 4M

Guru Pembimbing : Guru Bahasa Cina dan 5 guru lain

Tempat pelaksanaan : Kawasan Bersejarah (Bandar Pulau Pinang)


Tempoh Tugasan : 1 hari (8.00 pagi - 5.00 petang) (Hari Sabtu)
Tugasan 2 ini akan disempurnakan mengikut kumpulan masing-masing. Dalam tugasan
1, murid-murid telah mencari industri lama yang mereka ingin mendalami dan di mana kedainya
terletak. Dalam tugasan ini, murid perlu mencari kedai-kedai ini di kawasan bersejarah (Bandar
Pulau Pinang) dan pewakilnya untuk menjalankan temu duga dengan mereka di samping
melibatkan diri dalam industri lama yang tidak pernah mereka cuba dan lihat. Walaupun dalam
tugasan 1, murid-murid telah mengumpul maklumat mengenai 5 industri lama (satu sebagai
ganti sekiranya pewakil menolak untuk menjalankan temu duga) yang berlainan tetapi mereka
hanya perlu menjalankan temu duga dengan 4 orang pewakil yang mewakili industri lama yang
berlainan sahaja. Maksudnya, mereka perlu berkunjung ke 4 kedai yang berlainan untuk
menjalankan temu duga. Sepanjang hari, setiap kumpulan akan diikuti oleh seorang guru demi
keselamatan murid dan peta Georgetown, laluan Rapid (bagi memudahkan kumpulan yang
telah mencari kedai-kedai yang jarak perjalanannya agak jauh) serta wang sebanyak RM70
(murid bebas menggunakan wang ini untuk apa-apa tujuan) akan diberikan kepada ketua setiap
kumpulan.
Seperti apa yang disebut di atas, setiap kumpulan akan menjalankan tugasan masingmasing. Setiap kumpulan perlu bertemu duga dengan pewakil setiap industri lama berdasarkan
maklumat yang mereka dapat melalui pelbagai saluran dalam tugasan 1. Sepanjang hari ini,
untuk memastikan murid-murid menyempurnakan tugasan mereka dengan sedaya upaya, satu
pertandingan kecil akan dijalankan pada masa yang sama. Sekeping puzzle akan diberikan
kepada setiap kumpulan sekiranya mereka telah berjaya menjalankan temu duga, selepas

menjalankan empat temu duga, mereka akan dapat puzzle yang lengkap (4 keping puzzle).
Puzzle yang lengkap ini akan menunjukkan tempat yang akhir untuk berkumpul, kumpulan
pertama yang tiba di tempat tersebut dikira sebagai pemenang. Kumpulan yang menang boleh
mendapat artikel yang mengenai industri lama yang dapat memudahkan tugasan ketiga
mereka.
Jika berbanding dengan tugasan satu, tugasan kedua ini lebih menguji kebolehan
semua murid. Berbanding dengan tugasan 1, tugasan ini lebih memerlukan kerjasama antara
murid-murid memandangkan mereka perlu menentukan perjalanan mereka dengan sendiri,
mereka perlu menjalankan temu duga dengan sendiri, mereka perlu menggunakan wang yang
diberi secara rasional dan adil. Walaupun tugasan ini jauh susah berbanding dengan tugasan
satu, tetapi tugasan ini lebih memenuhi syarat pengajaran berasaskan projek. Hal ini demikian
kerana, projek ini bermatlamat untuk melatih murid untuk berupaya menyelesaikan masalah
dengan sendiri. Tugasan kedua ini telah banyak memberi peluang kepada murid-murid untuk
menyelesaikan masalah sendiri dengan mengadakan perbincangan dengan ahli kumpulannya.
Jika murid-murid sentiasa diberi peluang untuk menyelesaikan masalah dengan sendiri maka
akan melatih mereka untuk menjadi seorang yang berdikari dan berupaya menyelesaikan
masalah sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Hal ini telah menyediakan murid-murid
kita untuk menghadapi cabaran pada masa kelak.
Selain daripada itu, tugasan kedua ini telah mendedahkan murid-murid secara langsung
kepada industri lama. Melalui tugasan ini, murid-murid berpeluang untuk menjalankan temu
duga dengan wakil industry lama. Mereka dapat merasai kepahitan yang dilalui oleh wakil-wakil,
mengetahui cabaran yang dihadapai oleh wakil pada masa dahulu. Hal ini telah memberi
pengalaman yang konkrit kepada murid jika berbanding dengan apa yang mereka baca dalm
artikel yang terdapat dalam buku teks.
iii.

Tugasan 3

Peserta : 30 orang murid 4M

Guru Pembimbing : Guru Bahasa Cina

Tempat pelaksanaan : sekolah

Tempoh Tugasan : 5 hari

Dalam tugasan ketiga ini, murid-murid dalam kumpulan hendaklah bekerjasama untuk
menghasilkan satu powerpoint ataupun video berdasarkan maklumat yang mereka kumpul baik
melalui temu duga ataupun saluran lain (buku, internet, majalah dan lain-lain). Mereka diberi
tempoh sebanyak 4 hari untuk menhasilkan powerpoint atau video. Selepas penghasilan

powerpoint atau video, satu pembentangan akan dijalankan di dalam kelas. Semasa
membentang, setiap kumpulan perlu memperkenalkan industri lama yang telah mereka
sediakan. Semua murid akan terlibat dalam pembentangan dan juga pemberian markah kepada
setiap kumpulan. Markah akan diberikan berdasarkan maklumat yang dikumpul, cara
mengorganisasi maklumat, dan cara pembentangan.
Pada abad ke-21 ini, kebanyakkan perkara dalam kehidupan kita dapat disiapkan
melalui komputer dan aplikasi yang begitu canggih. Untuk melahirkan insan yang holistik dari
pelbagai segi dan berdaya saing, murid-murid perlu diajar dengan cara manipulasi komputer.
Tugasan ketiga ini juga memenuhi matlamat strategi pengajaran inovatif berasaskan projek
memandangkan strategi ini mendorongkan murid-murid untuk belajar melalui teknologi
maklumat dan komunikasi.
Sepanjang tempoh menyempurnakan projek ini, penilaian formatif akan dijalankan
memandangkan tempoh projek ini hanya mengambil masa selama dua minggu. Penilaian
formatif akan dijalankan dengan cara pemerhatian. Guru Bahasa Cina akan sentiasa memerhati
sama ada setiap orang murid memberi sumbangan dalam projek kumpulan masing-masing,
sama ada semua murid dapat bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulannya, sama ada semua
murid cuba dengan sedaya upaya untuk menyiapkan setiap tugasan yang telah diberi. Penilaian
secara individu akan dijalankan. Guru akan merekodkan prestasi semua murid supaya dapat
mengetahui cara untuk mengatasi masalah setiap murid. Murid yang bermasalah seperti
enggan bekerjasama dengan ahli kumpulan, tidak memberi sumbangan dalam projek kumpulan
dan lain-lain akan diminta untuk mengadakan perjumpaan dengan guru supaya mereka dapat
berubah baik dan menimba ilmu pengetahuan yang baru melalui projek ini.
Kesimpulannya, projek yang dirancang ini sesuai dengan strategi pengajaran inovatif
yang berasaskan projek memandangkan projek yang dirancang berpusatkan murid dan dapat
mendorong penglibatan murid secara proaktif. Tambahan pula, projek ini akan memberi
pengalaman yang langsung kepada murid supaya mereka dapat lebih memahami apa-apa yang
belajar melalui buku teks.

Tugasan 2 : Berdasarkan isu-isu emosi guru yang dipaparkan di media massa, ulaskan
secara kritis bagaimana guru dapat menangani permasalahan stress dengan berkesan.
Tekanan atau stress adalah satu tindakbalas fisiologikal dan psikologikal ke atas
permintaan terhadap seseorang. Ini bermaksud, tekanan yang melanda seseorang akan
menyebabkan fikiran dan fizikal individu tersebut bertindak balas mengikut keadaan dan tahap
tekanan tersebut. Sekiranya tahap tekanan tersebut adalah rendah maka tindakbalas individu
terbabit juga tidak terlalu besar dan begitu juga sebaliknya. Di Malaysia, profesion keguruan
merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. (Ibrahim Ahmad Bajunid,
1995). Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai usaha dijalankan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu usaha dalam meningkatkan mutu sistem
pendidikan di Malaysia. Dengan pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi ini, tugas, peranan dan
tanggungjawab

guru

menjadi

semakin

mencabar.Tekanan

terhadap

guru

memang

berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami


tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan
akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan
pembelajaran seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan.
Bukan sekadar itu, masalah ini akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat
yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikan.
Oleh hal yang demikian, cara-cara yang berkesan untuk menangani permasalahan stress
dalam kalangan guru perlulah kita bincangkan dari masa ke semasa.
Akhbar Berita Harian bertarikh 23 Julai 2007 memaparkan kes dakwaan 22 murid Tahun
Empat Sekolah Kebangsaan Gayang, Tuaran ditampar kerana tidak menyiapkan kerja rumah.
Mengikut kajian, kebanyakkan punca stress timbul adalah kerana kemarahan terhadap
ketidakupayaan diri sendiri. Hal ini banyak berlaku pada situasi guru terutamanya bagi guru
yang baru menerima peranan sebagai seorang guru di sekolah. Bagi guru baru, dalam
kebanyakkan situasi, mereka gagal mengawal anak murid mereka semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Contohnya, murid tidak menyempurnakan tugasan dalam tempoh
yang ditetapkan(seperti apa yang dipaparkan di surat khabar bertarikh 23 Julai 2007). Semakin
lama, hal-hal ini akan mengakibatkan guru tersebut berasa kecewa, sedih dan marah.
Kekecewaan dan kemarahan merupakan salah satu emosi yang akan mendasarkan stress.
Untuk mengatasi masalah ini, guru tersebut seharusnya meningkatkan keupayaan diri dengan

pelbagai cara yang berlainan. Sebagai contoh, guru tersebut boleh membaca buku yang
mengenai cara-cara mengawal keadaan kelas, cara-cara membina hubungan yang mesra
antara guru dengan murid, cara berkomunikasi dengan murid yang berlainan dan sebagainya.
Pada zaman ini, buku-buku mudah didapat baik dari buku kedai mahupun dari internet. Melalui
buku-buku ini, guru tersebut boleh belajar cara-cara yang berlainan untuk mengawal muridnya,
teknik mengajar dan lain-lain daripada guru yang berpengalaman. Selain itu, untuk
meningkatkan

keupayaan

seseorang

guru,

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

telah

mengadakan kursus yang seiring dengan tahap perkembangan pendidikan dunia. Kursuskursus ini telah banyak memberi manfaat kepada guru terutamanya guru yang baru melibatkan
diri dalam bidang pendidikan. Dalam kursus-kursus ini, guru-guru dapat belajar strategi
pendidikan yang terbaru dan berkesan. Dengan meningkatkan keupayaan diri sendiri, guru
akan lebih mudah untuk mengawal tingkah laku anak muridnya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Sekiranya anak murid dapat belajar dengan penuh hati, maka stress
seseorang guru dapat dikurangkan secara langsung.
Menurut apa yang kita lihat dalam surat khabar(5 Jan 2015), seorang guru dari salah
satu sekolah menengah yang terletak di Pulau Pinang cuba membunuh diri kerana guru
tersebut berasa Guru Besar tidak menghormatiya dan menghukum anaknya yang belajar di
sekolah yang sama tanpa sebarang alasan. Namun begitu, guru besar sekolah tersebut telah
menafi dakwaan guru tersebut dan menganggap dakwaan tersebut sebagai fitnah. Dalam
sesebuah sekolah, ketua sesebuah sekolah ialah guru besar dan diikuti dengan Guru Penolong
Kanan 1, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
Sebagai seseorang guru, kita haruslah mengamalkan hubungan yang mesra baik dengan Guru
Besar, guru mahupun pekerja-pekerja biasa seperti kerani. Hal ini demikian kerana sekolah
merupakan tempat bekerja kita, setiap hari kita akan berada di dalam sekolah agaknya
sepanjang 8 jam. Sekiranya kita tidak dapat membina hubungan yang mesra antara rakan
sekerja maka kita akan berada dalam keadaan yang sangat susah. Untuk membina hubungan
mesra dengan rakan sekerja, yang pentingnya kita harus mengamalkan sikap sanggup belajar
dan peramah terutamanya guru yang baru. Sekiranya hubungan yang mesra telah dilahirkan,
kita boleh berkongsi masalah kita dengan rakan sekerjanya baik masalah murid mahupun
masalah diri sendiri. Dengan cara berkongsi, kita akan berasa lebih senang dan lega
memandangkan kita bukan menghadapi masalah tersebut dengan sendiri. Selain daripada itu,
jika kita berkongsi masalah dengan orang lain, kita dapat membincang dengan orang tersebut
tentang langkah-langkah yang berkesan untuk menghadapi masalah. Sebagai contoh,
seseorang guru telah dia menerima aduan daripada ibu bapa murid bahawa dia tidak

menangani masalah dengan adil dalam kelas walaupun dia telah menyelesaikan masalah murid
dengan cara yang adil. Hal ini telah menyebabkan guru tersebut berasa sangat sedih dan
kecewa. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, guru tersebut boleh menerangkan hakikat
tersebut dan meluahkan perasaan yang sebenarnya dengan GPK satu mahupun guru-guru lain
supaya masalah tersebut dapat diselesaikan secara berkesan. Selain itu, guru juga boleh minta
pertolongan dari ahli pakar seperti kaunselor. Kaunselor banyak mempunyai ilmu pengetahuan
tenatang cara menangani emosi kita dan mereka boleh memberi cadangan yang pakar supaya
masalah kita dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Berkongsi masalah kita dengan
rakan sekerja, kawan ataupun ahli keluarga akan lebih baik daripada kita menanggung masalah
dengan diri sendiri memandangkan sokongan dan pertemanan adalah begitu penting bagi
semua orang.
Dalam semua profesion, hanya keguruan sahaja yang tidak ada ditetapkan masa
kerjanya. Tidak ada satu pihak pun yang memperjuangkan hak-hak guru dalam hal ini. Pada
November 2012 kerajaan telah mengumumkan sistem waktu bekerja 9 jam untuk para guru
dimana Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak telah menjadi negeri perintis selama enam bulan
sebelum ianya diperluaskan ke seluruh Malaysia. Untuk menyelesaikan masalah tersebut,
pengaturan masa yang sistematik juga merupakan salah satu cara yang berkesan. Apakah
perkaitan antara pengaturan masa dengan menangani stress? Sejak kecil lagi kita telah diajar
tentang masa itu emas. Setiap orang hanya mempunyai 24 jam dalam satu hari dan 365 hari
dalam setahun. Akan tetapi, banyak perkara perlu kita habiskan dalam masa yang agak singkat
ini. Sebagai seorang guru, banyak kerja perlu disiapkan dengan segera ataupun di masa yang
ditetapkan. Kerja yang banyak adalah punca utama stress dalam bidang pendidikan. Setiap
hari, guru perlu memeriksa buku kerja atau esei murid-murid, membuat penilaian terhadap
prestasi murid, menyertai kokurikulum. Semasa balik ke rumah, guru pula perlu menyediakan
bahan-bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran esok. Pada musim peperiksaan, guru
perlu menentapkan soalan peperiksaan yang sesuai dengan tahap murid-murid. Bagi guru yang
sudah berkahwin, selepas sekolah, mereka masih perlu sibuk dengan kerja rumah. Kerja-kerja
baik yang sekolah ataupun yang rumah memang meletihkan guru dan mengakibatkan stress
guru. Pengaturan masa ataupun menetapkan jadual waktu merupakan cara yang baik untuk
menyelesaikan masalah ini. Pada pendapat kami, jadual waktu hanya bagi hari Isnin ke hari
Jumaat perlu ditetapkan, manakala bagi hujung minggu pula, jadual waktu tidak diperlukan.
Bagi hari Isnin ke hari Jumaat, semua perkara dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan
dalam jadual wakatu, kerja-kerja dapat diselesaikan dalam masa singkat dan lebih cekap. Hal
ini demikian kerana dalam setiap jam kita perlu menyelesaikan kerja yang berlainan dan kita

tidak akan menangguhkan kerja kita. Bagi hujung minggu pula, kita boleh bebas memilih aktiviti
yang suka. Perkara yang disukai dapat meringankan tekanan kita. Contohnya, membeli-belah
bersama dengan sahabat atau ahli keluarga, membaca buka yang berminat, mendengar lagu
yang melegakan hati dan lain-lain.
Sebagai seorang guru, kebanyakkan masa kami akan rasa kami tidak membuat
kesalahan, yang membuat kesalahan hanyalah murid kami. Akan tetapi, sebagai insan, kami
semua membuat kesalahan. Untuk mengelakkan kesalahan ini terus dilakukan, refleksi baik
secara menulis ataupun secara lisan haruslah dijalankan setiap hari. Melalui refleksi, kita dapat
mendapati kesalahan yang kami lakukan dan mengaku bahawa kami telah membuat
kesalahan. Setelah mengenalpastikan kesalahan kami, langkah untuk membetulkan kesalahan
tersebut perlulah dilaksanakan. Sebagai contoh, seseorang guru mendapati salah seorang
muridnya enggan memberi kerjasama semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Selain itu, murid tersebut sering membuat bising di dalam kelas dengan memukul rakan
sekelasnya. Guru tersebut cuba memahami sebab-sebab hal ini berlaku dengan menjalankan
sesi perbualan dengan murid tersebut di depan kelas. Akan tetapi, perbualan tersebut gagal
dijalankan, murid tersebut hanya menangis dan enggan menjalankan perbualan dengan guru.
Guru gagal mengawal keadaan murid tersebut dan berasa sangat risau tentang situasi
semacam ini. Guru tersebut telah membuat refleski selepas sesi perbualan dengan murid
tersebut dijalankan. Melalui refleksi, barulah guru mendapati punca murid tersebut enggan
menjalankan sesi perbualan. Rupa-rupanya, murid ini berasa malu dan marah kerana guru
menjalankan sesi perbualan dengannya di depan semua rakan sekelasnya. Selepas ini, guru
telah cuba untuk menjalankan sesi perbualan dengan murid tersebut di kelas yang kosong.
Situasi menjadi semakin baik, murid mula sudi meluahkan perasaannya. Hal ini telah
membuktikan kepentingan refleksi, refleksi dapat memudahkan cara untuk menyelesaikan
sesuatu perkara. Sekiranya guru tersebut tidak menjalankan refleksi, masalah ini akan menjadi
lebih rumit dan guru akan berasa lebih tercabar dan stress.
Menurut peribahasa orang Cina, matlamat bagai lampu pada waktu malam. Kehidupan
yang kekurangan matlamat yang tetap bagai orang buta yang kehilangan tongkatnya. Dalam
kehidupan kita, matlamat akan memimpin kita ke arah yang cerah. Bagi guru yang berasa
kecewa dengan situasi sekarang, bolehlah cuba menetapkan matlamat yang mudah dicapai.
Sebagai contoh, dalam hari tersebut, saya perlu menyiapkan semua tugasan saya. Dengan
adanya matlamat yang jelas, kami akan berasa lebih berdaya dalam menyelesaikan masalahmasalah. Bukan sahaja boleh menentukan matlamat bagi setiap hari, kita juga boleh

menentapkan malatmat bagi satu tahun. Selepas pertimbangan, seseorang guru tersebut
bolehlah menentapkan beberapa perkara yang perlu dihabiskan dalam setahun ini di dalam
diari ataupun di sekeping kertas dan melekatkan kertas tersebut di tempat yang mudah
dinampak sebagai ingatan. Sebagai contoh, guru X telah menentapkan setahun ini dia perlu
menghadiri kelas Bahasa Korea, dia perlu membaca 50 buah buku yang berlainan, dia perlu
mengadakan satu lawatan bersama dengan anak muridnya ke luar negeri dan lain-lain.
Matlamat-matlamat ini bolehlah disusun mengikut masa yang ingin dilaksanakan ataupun
disusun mengikut kesenangannya. Matlamat ini sebagai sokongan kepada guru tersebut
supaya dia dapat berushaha dengan lebih bersungguh-sungguh. Dengan adanya matlamat
yang jelas, kami tidak akan berasa teragu-ragu dalam kehidupan kita dan akan berasa lebih
berani.

Anda mungkin juga menyukai