Anda di halaman 1dari 7

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SJK(C) YING SING, MALIM NAWAR, PERAK.

KERTAS KERJA
PROGRAM MOTIVASI JATI DIRI MURID 2015

1.0

Pendahuluan
Secara sedar atau tidak ramai murid kurang mempunyai sikap positif ke arah
kecemerlangan. Penghalang kepada kecemerlangan ialah sikap diri murid itu sendiri,
iaitu budaya takut bertanya dan malu tidak bertempat serta mudah terjebak dengan
perlakuan negatif. Dengan adanya sahsiah dan jati diri yang tinggi pada murid-murid,
secara langsungnya murid-murid akan mempunyai disiplin yang baik untuk merancang
serta melaksanakan segala yang baik dalam usaha mencapai kecemerlangan.

2.0

Objektif
2.1 Memupuk sikap yakin pada diri sendiri di kalangan murid.
2.2 Mendedah dan menjelaskan betapa pentingya sahsiah dan jati diri dalam usaha
mencapai kecemerlangan.
2.3 Membantu murid meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk mencapai
kejayaan dalam bidang akadamik mahupun sosial.

3.0

Tema
SAHSIAH DAN JATI DIRI ASAS KECEMERLANGAN

4.0

Anjuran
Unit Bimbingan dan Kaunseling, SJK(C) Ying Sing, Malim Nawar.

1|Page

5.0

Tarikh Dan Masa


Program ini akan diadakan pada 06 Ogos 2015 (Khamis), Pukul 2.00 petang

6.0

Tempat
Program ini akan diadakan di Dewan Sekolah, SJK(C) Ying Sing, Malim Nawar

7.0

Sasaran
Program ini mensasarkan murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 SJK(C) Ying Sing, Malim Nawar

8.0

Perisian Program
Ceramah Motivasi
A. Ceramah motivasi Sahsiah Dan Jati Diri Asas Kecemerlangan kepada murid
tahun 3, 4, 5 dan 6 yang akan disampaikan oleh kaunselor yang berpengalaman dan
berpengetahuan.
Ceramah ini disampaikan oleh Dato See Tien Seng

9.0

Struktur Organisasi
(Sila lihat lampiran A)

10.0

Aturcara Program
(Sila lihat lampiran B)

11.0

Anggaran Belanjawan
(Sila lihat lampiran C)

12.0

Penutup
Pihak sekolah amat mengharapkan semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya
dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari
semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan lainlain lagi. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan.
2|Page

Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan


yang dibuat berjalan dengan lancar serta sempurna.

Disediakan oleh :-

Disemak oleh:-

.......................................................

..................................................

CHIOU PEI SING


Setiausaha
Program Motivasi Jati Diri 2015
SJK(C) Ying Sing,
Malim Nawar.

SEE YIN FEN


Guru Penolong Kanan HEM
SJK(C) Ying Sing,
Malim Nawar.

Disahkan oleh:-

...........................................
WONG FOY KONG AMP., PJK
Guru Besar
SJK(C) Ying Sing,
Malim Nawar.

3|Page

Lampiran A
JAWATANKUASA PELAKSANAAN
PROGRAM MOTIVASI JATI DIRI 2015
AHLI MAJLIS TERTINGGI
PENASIHAT

EN. WONG FOY KONG AMP., PJK.


(Guru Besar)

PENGERUSI

PN. SEE YIN FEN


( Penolong Kanan HEM)

NAIB PENGERUSI

PN. LIM CHEW GUET


( Penolong Kanan Pentadbiran)
EN. HOW CHOON FAH
( Penolong Kanan Kokurikulum)

SETIAUSAHA

CIK CHIOU PEI SING


( Guru Bimbingan dan Kaunseling)

BENDAHARI

PN. TEOH AI MEI

AHLI JAWATANKUASA PENYELARAS UNIT-UNIT


PROGRAM & PUBLISITI

PN. CHAI PIT VOON


PN. THAM WEI YNG

TEKNIKAL DAN
PERALATAN

PN. SITI ADANI BT. ROSLEE

SIARAYA

CIK NG ZHIH WAN

DISIPLIN MURID

SEMUA GURU KELAS


( 3A, 3B, 4A, 4B, 5A, 5B, 6A & 6B)

CENDERAMATA

PN. CHUNG BEOW CHIN

JURUACARA

PN. CHAI YAN KIM

KEHADIRAN IBU BAPA

PN. WONG YIT MENG


CIK WONG YOKE YEE

JURUKAMERA

CIK TAN SIN LING

4|Page

Lampiran B
Aturcara Program (CERAMAH MOTIVASI)
1.45 tgh

Murid berkumpul di dalam dewan

2.00 ptg

Majlis Pembukaan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola:


a) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Kebesaran Negeri
b) Ucapan Aluan Guru Besar

2.15 ptg

Ceramah Motivasi Jati Diri oleh Dato See Tien Seng

4.45 ptg

Upacara penyampaian cenderahati

5.00 ptg

Bersurai

LAMPIRAN C
ANGGARAN PENDAPATAN
Peruntukan

RM

350.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM 350.00

ANGGARAN BELANJAWAN
Bahan Fotostat Ceramah

RM 50 .00

Makanan (Kuih 2 ketul)


( 218 orang murid + 27 pegawai)

RM 245 .00

Runcit

RM 55 .00

JUMLAH KESELURUHAN

RM 350 .00

5|Page

Tugasan Setiap AJK Penyelaras/ Unit


PROGRAM & PUBLISITI
1. Membuat sekurang-kurang 2 poster untuk kegunaan publisiti.
2. Mengeluarkan notis untuk mempelawa ibu bapa turut hadir ke ceramah berkenaan.
TEKNIKAL DAN PERALATAN
1. Menyediakan peralatan ICT seperti projektor, wireless mouse, presenter pointer untuk
kegunaan penceramah.
2. Bersedia untuk masalah teknikal semasa ceramah berlangsung.
SIARAYA
1. Menyediakan peralatan pembesar suara.
2. Memainkan lagu mengikut keperluan dan kesesuaian.
DISIPLIN MURID
1. Mengumpulkan murid mengikut kelas di gelanggang bola keranjang sebelum masuk
ke dalam dewan.
2. Mengambil kedatangan murid.
3. Menjaga disiplin murid sepanjang ceramah dijalankan.
CENDERAMATA
1. Menyediakan sebuah hamper buah-buahan bernilai RM50
2. Menyediakan sepucuk angpao bernilai RM200
JURUACARA
1. Mengaturcara majlis dengan memperkenal penceramah
2. Mengaturcara majlis penyampaian cenderahati
KEHADIRAN IBU BAPA
1. Mendapatkan borang kehadiran ibu bapa dalam aktiviti sekolah (SARANA) daripada
Pn. See.
2. Mewujudkan kaunter mencatat kehadiran ibu bapa di luar dewan.
JURUKAMERA
1. Merakamkan gambar atau video dengan jelas di sepanjang program dijalankan
SETIAUSAHA
1. Menyediakan laporan program dalam masa tempoh 2 minggu selepas program
dilaksanakan.
2. Menyediakan liputan akhbar sekiranya diperlukan.

6|Page

BENDAHARI
1. Menguruskan segala perkara berkaitan kewangan.

7|Page

Anda mungkin juga menyukai