Anda di halaman 1dari 15

3.

0 Faktor-faktor yang membawa kepada kewujudan Kesatuan Eropah


Terdapat pelbagai faktor utama yang secara jelasnya telah membawa kepada penyatuan
negara-negara di benua Eropah. Sehubungan dengan itu, maka wujudlah kesatuan Eropah
yang ada seperti sekarang. Faktor yang terlibat boleh dilihat dari pelbagai aspek. Salah
satunya adalah dari segi penubuhan satu identiti yang sama di bawah penyatuan beberapa
buah negara yang umumnya terdiri daripada pelbagai budaya dan bahasa. Walau
bagaimanapun,ia bukanlah suatu perkara yang mudah bagi merealisasikan impian ke arah
menyatukan komuniti Eropah untuk mewujudkan satu identiti. Justeru, dalam usaha untuk
merealisasikannya, proses ini memerlukan beberapa faktor penting yang mampu dijadikan
sebagai alasan kukuh yang mana boleh membawa kepada penyatuan komuniti Eropah ini.
Antara faktor yang dilihat mampu membantu ke arah penyatuan negara-negara Eropah
adalah faktor geografi dan budaya. Ini kerana kedudukan negara yang berada dalam
keadaan bersepadanan antara satu sama lain telah memupuk kepada penyatuan komuniti
Eropah. Faktor ini juga tidak hanya dilihat dari segi kedudukan negara tersebut sahaja,
malahan turut melibatkan dari segi budaya dan bahasa yang berbeza.
Pada hari ini, warisan budaya Eropah yang semestinya sangat kaya dan pelbagai semakin
berkembang dengan pesat sekali. Dengan sejumlah besar bangsa dimuatkan serta
dipadatkan ke dalam mana-mana kawasan yang kecil di sekitar kawasan di Eropah, didapati
bahawa komuniti di Eropah kuat menyokong dan mempertahankan identiti budaya
individu.The European Capitals of Culture merupakan salah satu program berprofil tinggi
serta sangat penting yang bermula pada tahun 1985. Program ini bertujuan untuk
menonjolkan kepelbagaian budaya yang ada di Eropah, meraikan hubungan budaya, serta
memandu masyarakat Eropah yang jelasnya mempunyai latar belakang berbeza agar dapat
bersama-sama dalam satu komuniti. Selain itu, program ini juga telah menyediakan
rangsangan ekonomi yang berkekalan ke kawasan bandar-bandar dan wilayah,
meningkatkan profil antarabangsa mereka, dan juga menaikkan imej mereka di mata
penduduk mereka sendiri. Tambahan pula, dengan menyokong pendidikan pelbagai bahasa,
Eropah juga turut menguatkan lagi hubungan antara kepelbagaian budaya dan rakyatnya.
Berdasarkan kajian, didapati bahawa kesatuan Eropah mempunyai 24 bahasa rasmi,
manakala benua Eropah pula mempunyai lebih daripada 60 bahasa asli. Seperti biasa,
masyarakat pendatang yang berkembang sudah pasti membawa sekali pengaruh bahasa
baru ke dalam benua Eropah. Antaranya, termasuklah Bahasa Arab, Mandarin dan juga
Hindi. Hasil daripada kajian yang dijalankan pada tahun 2006 di Eropah menunjukkan 53
peratus daripada responden mampu bertutur menggunakan bahasa kedua, dan 28 peratus
pula mampu untuk bercakap menggunakan dua bahasa asing. Dalam masa yang sama,
1

kajian ini juga mendapati bahawa hanya 8 peratus responden sahaja yang menganggap
bahawa pembelajaran bahasa yang pelbagai adalah tidak penting.
Seterusnya, faktor lain yang dapat dilihat adalah dari segi faktor ekonomi. Faktor ini sedikit
sebanyak didapati amat membantu dalam usaha untuk menyatukan Eropah. Bagaimana
ekonomi telah memainkan peranan penting dalam penyatuan Eropah dapat dilihat pada
tahun 1957. Pada ketika itu, sebanyak enam buah negara seperti Belgium, Itali, Jerman,
Belanda, Perancis dan Luxemberg telah terlibat dalam Perjanjian Rome berikutan dengan
kejayaan Komuniti Batu Arang dan Keluli Eropah (ECSC). Perjanjian ini telah memperluas
kerjasama negara dengan adanya penubuhan Komuniti Tenaga Atom Eropah
(Euroatom)serta penubuhan Europe Economic Community (EEC) atau Komuniti Ekonomi
Eropah yang juga berlandaskan kepada konsep pasaran bersama. Melalui Euroatom,
negara berkenaan akan menggembleng sumber untuk memajukan tenaga nuclear bagi
pengeluaran kuasa eletrik dan kegunaan lain yang tidak berbahaya. Bagi EEC pula, ia
berusaha untuk menggabungkan sumber ekonomi negara anggota. Pada tahun 1958,
Euroatom dan EEC mula beroperasi. Kedua-duanya berkongsi badan kehakiman dan
perundangan ECSC. Namun begitu, setiap satunya mempunyai agensi eksekutif yang
berasingan. Pada tahun 1967, ketiga-tiga organisasi ini menggabungkan agensi eksekutif
mereka yang kemudiannya membuatkan ECSC, Euroatom dan EEC dikenali sebagai
Komuniti Eropah (EC). Berhubung dengan perkara tersebut, kita dapat lihat bagaimana
proses ke arah penyatuan komuniti Eropah di bawah aspek ekonomi telah tercetus. Selain
itu, perkara lain yang dilihat mampu membawa kepada penyatuan Eropah dalam aspek
ekonomi adalah wujudnya Pasaran Tunggal. Pasaran Tunggal atau Single Market ini
merupakan suatu sistem yang membolehkan individu mahupun barangan atau
perkhidmatan beroperasi serta bergerak dengan bebas merentasi sempadan negara di
Eropah. Sehubungan dengan itu, melalui pengiktirafan bersama yang menghapuskan
halangan perdagangan, rakyat di Eropah diberi kebenaran untuk menjalankan perniagaan,
bekerja dan belajar di mana-mana negara di Eropah. Namun begitu, setiap negara di
Eropah masih terdapat perbezaan cukai negara.
Di samping itu, faktor lain yang juga dilihat mampu memainkan peranan penting dalam
penyatuan negara-negara di Eropah adalah faktor keselamatan. Selepas menyedari bahawa
pentingnya kewujudan satu badan bersama dalam menjaga ketenteraman dan keselamatan
negara serantau, mereka telah sebulat suara untuk menubuhkan sebuah pakatan bersama
dipanggil Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara atau singkatannya NATO pada 4 April 1949.
NATO merupakan pertubuhan ketenteraan yang diwarisi sejak Perang Dingin bagi
mengimbangi pengaruh Komunis yang semakin berleluasa di Eropah pada ketika itu. Oleh

itu, negara-negara Eropah lain yang agak tergugat melihat keadaan ini memulakan inisiatif
yang didokong oleh Amerika Syarikat untuk menubuhkan sebuah pertubuhan ketenteraan
dengan tujuan memperkuatkan semula Eropah daripada diancam oleh mana-mana kuasa
luar terutamanya Soviet Union. Pertubuhan ini dianggotai oleh 22 daripada 28 negara
Eropah dan penubuhannya juga bertujuan untuk menjamin keselematan serantau. NATO
juga mempunyai organisasi yang tetap dan ibu pejabatnya yang tetap di Brussels. Dalam
masa yang sama, jika dilihat negara lain juga turut menganggotai NATO, namun demikian
pertubuhan ini tetap dikuasai oleh Negara-negara Eropah. Artikel 5 dalam Perjanjian Atlantik
Utara menjelaskan bahawa negara anggota perlu membantu negara anggota lain sekiranya
mereka terlibat dalam serangan bersenjata. Justeru, sudah terang lagi bersuluh bahawa
dasar ini adalah komponen penting dalam menjamin keselamatan negara Eropah daripada
ancaman pihak luar.
Negara-negara Eropah juga memahami akan kepentingan keselamatan domestik dan
pertukaran maklumat antara negara serantau mampu mencegah lebih banyak jenayah
domestik dan mengurangkan kadar ancaman dalaman. Oleh yang demikian, Polis Eropah
atau Europol telah ditubuhkan dalam usaha untuk menangani jenayah terancang
antarabangsa dan juga pengintipan jenayah. Europol bertindak aktif dalam urusan kastam,
imigresen, sempadan, kepolisan rentas negara dan banyak lagi. Tugas mereka yang
sedemikian rupa juga telah memainkan peranan dalam mewujudkan penyatuan Eropah.
Dengan ibu pejabatnya yang terletak di The Hague, Europol berterusan mengeratkan
kerjasama kepolisan antara negara Eropah dengan pembekalan maklumat bersama,
analisis risikan, latihan, perkongsian bank data dan banyak lagi yang dijalankan bersama
oleh wakil dari negara-negara Eropah yang bertugas di Europol.
Faktor seterusnya yang membawa kepada penyatuan Eropah adalah politik. Eropah
sebagai sebuah rantau yang dikurniakan dengan kepelbagaian unik mempunyai pelbagai
jenis etnik dan kaum. Sehubungan dengan itu, setiap negara mempunyai ideologi masingmasing dan cara tersendiri dalam membentuk negara mereka. Walau bagaimanapun,
sebuah rancangan telah dimajukan untuk membentuk sebuah kesatuan Eropah yang lebih
berkesan. Rancangan ini dinamakan sebagai United State Of Europe. Sehingga kini,
perdebatan di kalangan rakyat dan pemimpin masih berterusan bagi melihat adakah
rancangan untuk mewujudkan kerajaan besar di rantau Eropah sebagai sebuah idea yang
baik. Dalam hal ini, Presiden Perancis iaitu Francois Hollande menegaskan bahawa
perlunya kepada sebuah kerajaan yang akan mengawal selia ekonomi Eropah. Pendapat
beliau itu juga turut disokong oleh Canselor Jerman, Angela Merkel yang menjangka

bahawa akan wujud kesatuan politik di Eropah dengan Kesatuan Eropah bertindak sebagai
kerajaan besar kepada United State Of Europe ini.

1.0 Pengenalan tentang Kesatuan Eropah


European Unity (EU) ataupun Kesatuan Eropah merupakan satu kesatuan antarabangsa
yang dianggotai oleh kebanyakan negara di Eropah. Pertubuhan sebelumnya, "Komuniti
Ekonomi Eropah" telah diasaskan pada 1957 melalui Perjanjian Rom. Namun begitu,
Perjanjian Maastricht 1992 membawa banyak perubahan terhadap pertubuhan ini,
terutamanya dalam hal ehwal kewangan, politik dan juga pengenalan nama "Kesatuan
Eropah". Pada hari ini, EU mempunyai 28 negara ahli dan juga terdapat beberapa negara
lagi yang sedang memohon untuk memasukinya.
Jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar setiap negara ahli EU adalah paling banyak di dunia,
iaitu 11.6 trilion euro (AS$15.7 trilion). EU mempraktikkkan konsep pasaran tunggal melalui
dasar perdagangan umum, Dasar Pertanian/Perikanan Umum, dan Dasar Pembangunan
Serantau. Selain itu, mata wang euro pula telah diperkenalkan pada 2004 dan digunakan
oleh 13 negara ahlinya (dipanggil Eurozone). Sejak 1993, EU juga mengamalkan Dasar
Luar Negeri dan Keselamatan yang terhad, dan juga kerjasama yang berkaitan dengan hal
ehwal polis dan kehakiman.
Seterusnya, antara institusi-institusi penting yang terdapat dalam EU adalah Suruhanjaya
Eropah, Parlimen Eropah, Majlis Kesatuan Eropah, Mahkamah Keadilan Eropah dan juga
Bank Pusat Eropah. Di samping itu, melalui Perjanjian Schengen yang telah dipersetujui,
warga EU berhak melabur, bermastautin, bergerak dan bekerja di negara ahli EU lain
dengan bebas tanpa pasport dan pemeriksaan kastam.
Dalam masa yang sama, kesatuan ini juga merupakan pertubuhan serantau (regional
organisation) yang terbesar di dunia.Hak-hak penting kebangsaan negara-negara ahli
seperti dasar kewangan, pasaran dalam negara, dan perdagangan luar semuanya
dipindahkan kepada kesatuan ini. Namun begitu, walaupun EU kelihatan seperti sebuah
kerajaan persekutuan (seperti Amerika Syarikat), kesatuan ini tidak diuruskan seperti
kerajaan persekutuan tetapi berdasarkan "prinsip subsidiariti".
Isu terbesar EU pada masa kini ialah pembesaran kesatuan, penyertaan Euro di negara
anggota yang masih belum menerima mata wang EU ini serta hubungan dengan Amerika
Syarikat. Draf terakhir perlembagaan Eropah telah dicapai pada 18 Jun 2004, dan kini
menunggu pengesahan dari setiap negara anggota.

2.0 Sejarah Kesatuan Eropah


Usaha-usaha ke arah penyatuan negara-negara di Eropah sebenarnya telah berlaku
beberapa kali dalam sejarah benua ini. Usaha ini bermula sejak dari zaman Empayar Rom
lagi, kemudian berlanjutan sehingga zaman Empayar Frankish Charlemagne, sehinggalah
Napoleon dan penaklukan Jerman dalam Perang Dunia II.
Didapati bahawa kebanyakan usaha ini lebih kepada penggunaan kekerasan dan
ketenteraan yang menyebabkan penyatuan tersebut tidak kekal lama serta tidak stabil. Se
hubungan dengan itu, penyatuan pertama yang tidak melibatkan ketenteraan telah
diutarakan oleh Victor Hugo pada 1851. Dorongan serta motivasi untuk mewujudkan
negara-negara Eropah yang membangun dan bebas perang semakin memuncak berikutan
dengan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua yang telah meletus dan jelasnya
telah memberi impak yang cukup besar kepada benua Eropah. Sentimen ini akhirnya telah
membawa kepada kewujudan Komuniti Arang Batu dan Keluli Eropah pada 1951.
Kesatuan yang sebenar telah ditubuhkan pada 1957 melalui Perjanjian Rom dan kesatuan
ini kemudiannya diberi nama sebagai Komuniti Ekonomi Eropah (EEC). Ia dimulakan pada 1
Januari 1958. Seterusnya, kesatuan ini kemudiannya dinamakan Komuniti Eropah dan
akhirnya ditukar kepada Kesatuan Eropah. Kesatuan Sehubungan dengan ini, dapat dilihat
bahawa Eropah telah berevolusi daripada sebuah badan perdagangan kepada persekutuan
ekonomi dan politik.
Sejak 1 Mei 2004, Kesatuan Eropah terdiri daripada 25 negara anggota. Kesatuan ini
dimulakan oleh 6 buah negara iaitu Belgium, Perancis, Jerman, Jerman Barat, Itali,
Luxembourg, dan Belanda. Kemudian, kesatuan ini telah mengalami beberapa kali
pembesaran bermula 1973 sehinggalah 2004 yang menjadikan kesatuan ini terdiri daripada
25 buah negara. Denmark, Ireland, dan United Kingdom pada 1973. Seterusnya, Greece
pada 1981, Portugal dan Sepanyol pada 1986. Kemudiannya Jerman Timur pada 1990.
Hasil daripada penyatuan Jerman Timur dan Barat, ianya telah menjadikan Jerman sebagai
negara terbesar di Eropah yang mana pada masa kini kapasitinya adalah 80 juta orang
penduduk. Seterusnya Austria, Finland, dan Sweden. Pada tahun 2004 Cyprus, Republik
Czech, Estonia, Hungary, Latvia, Lithuania, Malta, Poland, Slovakia dan Slovenia
kemudian pada tahun 2007 pula Bulgaria dan Romania. Croatia pula pada tahun 2013.
Seterusnya, Greenland yang telah diberi hak pemerintahan kerajaan sendiri (home rule)
oleh Denmark, mengambil langkah untuk meninggalkan kesatuan ini pada 1985.

Selain itu, terdapat juga negara yang mempunyai hubungan istimewa dengan Kesatuan
Eropah ini. Sebagai contoh, banyak negara seperti Monaco dan Andorra mempunyai
perjanjian khas dengan kesatuan ini yang secara tidak langsung membolehkannya
mengguna dan menghasilkan mata wang Euro. Dalam masa yang sama, terdapat juga
kawasan negara anggota istimewa yang mempunyai hubungan dengan kesatuan ini.
Antaranya, Pulau Canary dan Isle of Man yang realitinya terletak di luar benua Eropah tetapi
telah diterima sebagai anggota kesatuan ini.

ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Sejarah Kesatuan Eropah
3.0 Faktor-faktor yang membawa kepada kewujudan Kesatuan Eropah
4.0 Pengenalan kepada sistem pendidikan di Malaysia
5.0 Kesan penyatuan Eropah kepada sistem pendidikan di Malaysia
6.0 Lampiran
7.0 Refleksi
8.0 Bibliografi

5.0 Kesan penyatuan Eropah terhadap sistem pendidikan di negara Malaysia


8

Sebagaimana yang kita telah ketahui, penyatuan Eropah ini telah membawa banyak
kemajuan kepada benua itu sendiri. Tidak kiralah samada dari aspek politik, sosial mahupun
ekonomi, banyak kejayaan telah dicapai melalui penyatuan ini. Sehubungan dengan
pencapaian tersebut, ia sedikit sebanyak telah memberi kesan-kesan positif terhadap sistem
pendidikan yang ada di Malaysia sekarang.
5.1 Industri automotif
Antara kejayaan Eropah yang dapat dilihat di mata dunia pada masa kini adalah
melalui industri automotif mereka. Industri mereka ini sudah mencapai suatu tahap
kemajuan yang cukup memberangsangkan di mana mereka telah menggunakan teknologiteknologi yang sangat moden bagi membangunkan industri ini. Sebagai contoh, syarikatsyarikat Eropah yang berasaskan industri automotif yang telah berjaya menaikkan nama
Eropah di mata dunia ialah Ferrari, Ford, BMW, Volkswagen, dan Mercedes Benz. Namanama tersebut sudah tidak asing lagi dalam dunia automotif pada masa kini dan setiap
produk keluaran mereka pasti akan mendapat tempat di hati peminat-peminat automotif di
luar sana yang kebanyakannya meminati kereta. Hal ini kerana, produk-produk keluaran
mereka rata-ratanya mempunyai reka bentuk yang unik, dinamik dan unggul. Selain itu, ia
juga dilengkapi dengan teknologi serba canggih seperti enjin kuasa kuda yang berprestasi
tinggi, sistem yang mesra alam serta menyediakan kawalan yang terbaik kepada pengguna
semasa menggunakannya.
Dalam masa yang sama, produk-produk ini juga telah menempa nama di Malaysia.
Sebagai contoh, selepas menerima anugerah Jenama Paling Berkuasa di Dunia, Ferrari
sekali lagi menempa sejarah apabila dianugerahkan Jenama Terbaik dalam Automotif di
Malaysia bagi tahun 2013-2014. Ia mengungguli kategori kereta sports mewah.
Penganugerahan ini telah dilaksanakan oleh BrandLaureate Brand. Program ini telah mula
diperkenalkan sejak tahun 2005, ia dioperasikan oleh Asia Pacific Brand Foundation (APBF)
iaitu sebuah organisasi yang diwujudkan bukan atas dasar keuntungan tetapi didedikasikan
untuk membangunkan jenama di dalam bidang berkaitan. Ia diterajui oleh bekas Perdana
Menteri ke-empat Malaysia iaitu Tun Dr.Mahathir Mohamad. Anugerah BrandLaureate ini
bertujuan untuk memberikan penghargaan buat jenama yang terbaik di Malaysia dan dunia.
Ia dianugerahkan kepada mana-mana jenama yang layak termasuk daripada syarikat multinasional, syarikat yang disenaraikan dalam bursa saham dan lain-lain. Asalkan jenama
tersebut menepati syarat kelayakan yang ditetapkan oleh APBF.
Di Eropah, antara negara yang bergiat aktif dalam industri ini adalah negara Jerman.
Industri automotif di Jerman adalah merupakan salah satu industri yang paling banyak
9

menggunakan tenaga kerja di negara itu, dengan jumlah keseluruhan pekerja adalah
sekitar 866.000 orang pada tahun 2005. Selain itu, Jerman juga adalah negara pengeluar
kereta yang terbesar di Eropah. Boleh dikatakan 29% daripada jumlah produk Eropah
adalah berasal dari Jerman, kemudian diikuti oleh Peracis sebanyak 18%, Sepanyol 13%
dan Britain 9%. Pada tahun 2009, Kanselor Jerman Angela Merkel mengatakan bahawa jika
Jerman ketinggalan dalam teknologi berkaitan dengan kenderaan elektrik, maka Jerman
juga akan kehilangan pasarannya. Pada masa kini, sudah terdapat 7 perusahaan automotif
yang menguasai industri automotif di Jerman iaitu Audi AG, Volkswagen AG, BMW
AG,Daimler AG, Dr. Ing. h.c. F. Porsche AG, Adam Opel AG dan Ford-Werke GmbH. Setiap
tahun hampir 6 juta kenderaan dihasilkan di negara ini, dan 5.5 juta unit lainnya pula
diproduksi oleh perusahaan Jerman di negara lain. Selain Amerika Syarikat, China,
dan Jepun, Jerman juga merupakan salah satu dari empat pengeluar automotif utama
dunia. Kumpulan Volkswagen sendiri merupakan perusahaan automotif terbesar ketiga
dunia, bersama dengan Toyota dan General Motors.
Daripada kemajuan tersebut, kerajaan Malaysia perlulah menyahut cabaran dengan
berupaya untuk membina sebanyak mungkin industri automotif yang gah seperti yang ada di
Eropah. Jika dilihat pada masa kini, Malaysia sudah mempunyai Proton, Naza dan Perodua
yang tidak kurang hebatnya dari segi teknologi yang digunakan dan menyediakan kualiti
yang bertaraf antarabangsa. Pada masa kini juga, kereta jenama Malaysia juga sudah
mampu menembusi pasaran luar negara. Sebagai contoh Proton sudah berjaya
melancarkan modelnya di beberapa buah Negara seperti Australia, Brunei dan Thailand.
Daripada situ dapat dilihat bahawa industri automotif Malaysia juga mempunyai sengatnya
yang tersendiri.
Namun begitu, dari hari ke hari kita memerlukan inovasi dan idea yang lebih kreatif
bagi melonjakkan lagi industri automotif negara ke suatu tahap yang lebih tinggi dari
sebelum ini. Berhubung dengan perkara ini, sistem pendidikan sangat memainkan peranan
penting dalam menyediakan modal insan yang mampu memacu kemajuan tersebut. Justeru,
suatu jalinan antarabangsa antarabangsa antara Malaysia dan Eropah boleh dikemukakan.
Melalui jalinan ini, kita boleh menghantar pelajar-pelajar Malaysia untuk menuntut ilmu
berkaitan industri automotif di sana dengan harapan pada masa depan, generasi-generasi
tersebut mampu memberi impak yang besar terhadap industri automotif di Malaysia.
5.2 Aeroangkasa
Eropah sememangnya terkenal dengan bidang aeroangkasa. Mereka sudah terkenal
dengan bidang ini sebelum adanya Kesatuan Eropah. Sebagai contoh, Kesatuan Soviet
yang merupakan kesatuan terawal yang wujud di Eropah telah mengeksploitasi bidang sains
10

dan teknologi yang khususnya berkaitan dengan aeroangkasa. Ini dapat dibuktikan dengan
pelancaran satelit buatan pertama manusia, Sputnik 1. Kemudian, membawa hidupan ke
luar angkasa iaitu seekor anjing bernama Laika, dan seterusnya menghantar manusia
pertama keluar ke angkasa iaitu Yuri Gagarin untuk mengorbit Bumi. Pada tahun 1963,
Valentina Tereshkova telah menjadi wanita pertama di angkasa, dan pada tahun 1965,
Alexey Leonov pula telah menjadi orang pertama yang berjalan di ruang angkasa.
Kini, industri aeroangkasa Eropah telah mencapai suatu tahap yang
memberangsangkan. Mereka mempunyai beberapa roket yang mampu diterbangkan ke
angkasa lepas dan antaranya adalah Soyuz. Daripada hal tersebut, tidak dapat disangkal
lagi bahawa teknologi yang ada di Eropah mampu memacu mereka untuk terus
mendominasi industri ini.
Selain itu, beberapa perkembangan terkini seperti penggabungan Boeing dan
McDonnell Douglas serta syarikat-syarikat aeroangkasa dan pertahanan Eropah yang
membawa kepada penubuhan EADS (Syarikat Pertahanan Aeronautik dan Angkasa
Eropah), memberikan gambaran bahawa kejayaan sekumpulan kecil kontraktor bertaraf
dunia akan mampu dicapai melalui integrasi kepakaran yang mencakupi pelbagai disiplin
yang berkaitan dengan aeroangkasa.
Berdasarkan fakta ini, MiGHT (Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi
Malaysia), melalui Pejabat Penasihat Sains, Jabatan Perdana Menteri, telah mengambil
inisiatif menilai situasi industri aeroangkasa Malaysia secara keseluruhannya dengan
memfokuskan senario bagi pembangunannya pada masa akan datang melalui pendekatan
Perkongsian Bestari.
Di samping itu, dalam usaha membangunkan teknologi berkaitan aeroangkasa ini,
Malaysia juga telah menghantar angkasawan yang pertama iaitu Dr. Sheikh Muszaphar
Shukor pada 10 Oktober 2007. Angkasawan pertama Malaysia telah berlepas ke stesen
angkasa antarabangsa menaiki Soyuz TMA-11 pada 10 Okober 2007.Program misi angkasa
Melaysia yang dibuat dengan usahasama dengan RSA menelan belanja RM90 juta
(AS$25juta). Hal ini adalah timbal balik atau pakej pembelian bersama-sama 18 jet pejuang
Rusia jenis Sukhoi Su-30 MKM.
Seterusnya, bidang pendidikan juga mampu menyumbang dalam membangunkan
teknologi aeroangkasa negara. Ianya dapat dijayakan dengan memberi pendedahan awal
kepada pelajar mengenai mata pelajaran berkaitan aeroangkasa di sekolah serta
menyediakan kursus aeroangkasa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) seperti yang telah
diwujudkan di Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan
11

Universiti Putra Malaysia(UPM). Selain itu, dengan menghantar para pelajar untuk
mendalami ilmu kejuruteraan dalam bidang aeroangkasa di luar negara seperti Rusia dan
Amerika Syarikat juga dilihat mampu untuk merealisasikan hasrat negara untuk mencapai
kemajuan dalam industri ini. Program Angkasawan yang sedia ada juga akan menjadi
pemangkin / 'moon shot' kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mempelajari sains dan
teknologi dengan lebih mendalam. Bayangkanlah, 5 juta pelajar akan bercerita tentang
angkasawan melalui program tersebut. Dalam masa yang sama, pelajar-pelajar akan mula
mendalami makna 3G, 4G dan 5G. Mereka juga tahu bahwa itulah graviti dan secara tidak
langsung minat mereka terhadap sains akan bercambah.
Dengan adanya juga dua angkasawan negara iaitu Dr Sheikh Muszaphar Shukor
Sheikh Mustapha dan Dr Faiz Khaleed, mereka ini akan menjadi duta angkasa di mana
mereka akan menjelajah ke sekolah-sekolah di sekitar negara apabila misi mereka berjaya.
Sehubungan dengan itu, ia dapat membantu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Malaysia (Mosti) bagi menyebarkan ilmu berkaitan sains angkasa ke sekolah di seluruh
negara.
Kementerian Pengajian Tinggi juga akan meminta university tempatan supaya
memberi penekanan terhadap bidang sains dan teknologi. Untuk itu, universiti tempatan
memerlukan saintis sepenuh masa yang mampu mengajar dan dalam masa yang sama
mampu melakukan penyelidikan berkaitan bidang ini. Ilmu dan teknologi semuanya bermula
di universiti dan berakhir di pasaran menjadi produk yang mampu menjana pekerjaan. Kita
tidak mahu ilmu dan teknologi yang dicipta ditinggalkan di menara gading dan sebaliknya
mesti diterjemahkan kepada kemakmuran negara, menjana produk, perkhidmatan, peluang
pekerjaan, mengeksport dan menjana pendapatan negara. Ia bermakna kita mesti
menterjemahkan ilmu kepada agenda ekonomi.
Seterusnya, antara usaha lain yang boleh dijalankan bagi pelbagai program
penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi atau badan-badan yang lain.
- Melibatkan keperluan untuk memahami bumi itu sendiri.
- Naluri ingin tahu manusia sentiasa mendesak untuk mencari fosil-fosil yang menyimpan
rekod tentang kehidupan di aeroangkasa.
- Kesemua penemuan ini bakal memberikan gambaran penting tentang permulaan
kehidupan ini daripada sudut pandangan sains

5.3 Bidang sukan


12

Seterusnya, dalam bidang sukan dapat diperhatikan bahawa kebanyakannya didominasi


oleh kuasa Eropah. Dalam sukan bola sepak, sememangnya negara-negara dari Eropah
yang akan menerajui sukan ini sambil diberi tentangan sengit oleh negara-negara Amerika
Selatan. Sebagai contoh, pasukan Jerman telah berjaya merangkul kejuaraan Piala Dunia
bola sepak pada tahun lepas selepas berjaya mengalahkan pasukan Argentina. Negaranegara dari Eropah mampu untuk mendominasi sukan ini kerana mereka sudah mempunyai
sistem yang terbaik dalam menghasilkan pemain-pemain yang mampu menyinar di pentas
antarabangsa seperti Mario Gotze, Cristiano Ronaldo dan Robert Lewandowski. Eropah
juga terkenal dengan liganya yang berprofil tinggi seperti Bundesliga, English Premier
League (EPL), dan juga BBVA. Liga ini bukan sahaja menampilkan pemain dari Eropah
sahaja, namun ia juga menjadi platform bagi pemain-pemain dari benua lain untuk
meningkatkan prestasi mereka ke arah yang lebih tinggi. Di liga Eropah juga, telah banyak
pemain-pemain bola sepak daripada rantau Asia yang mampu untuk menyinar di pentas
tersebut. Berbekalkan dengan pengalaman yang diperoleh, mereka mampu untuk
memimpin pasukan negara mereka untuk menunjukkan prestasi yang memberangsangkan
di pentas antarabangsa. Sebagai contoh, Park Ji Sung yang bermain untuk Manchester
United di EPL mampu untuk membawa Korea Selatan untuk bersaing di peringkat
antarabangsa.
Dalam hal ini, kita dapat lihat bahawa dengan adanya sistem serta infrastruktur yang
berkesan dalam sesebuah negara itu, kemajuan dalam bidang sukan dapat dicapai. Jika
dilihat, di Eropah kemudahan tersebut ada disediakan yang mana mampu memberi impak
positif kepada industri sukan di benua tersebut. Sememangnya ia akan menelan kos yang
tinggi bagi menyediakan kemudahan tersebut, namun begitu melalui jalinan yang wujud
antara Malaysia dan Eropah kita mampu melahirkan atlet-atet serba boleh dengan cara
menghantar pelapis-pelapis muda ke akademi-akademi sukan yang ada di Eropah. Lantaran
daripada itu, lebih banyak ilmu serta pengalaman yang akan diperoleh oleh pelapis-pelapis
tersebut yang kemudiannya akan digunakan bagi melonjakkan nama Malaysia dalam bidang
sukan. Justeru, lebih banyak wajah emas seperti Dato Lee Chong Wei, Dato Nicol Ann
David dan Azizul Hasni Awang mampu dilahirkan pada masa akan datang.
5.4 Industri hiburan
Apabila disebut sahaja kumpulan muzik seperti The Beatles, Adele, Imagine Dragon dan
Spice Girls, kita sudah sedia maklum bahawa kesemuanya adalah dari Eropah. Itu cuma
beberapa contoh sahaja, jikalau ingin dinyatakan kesemua kumpulan muzik dari Eropah
yang telah berjaya menempa nama di mata dunia nescaya akan penuhlah halaman ini
dengan nama artis-artis yang berkenaan. Sehubungan dengan itu, dapat disimpulkan
13

bahawa industri muzik juga telah didominasi oleh Eropah. Artis-artis mereka mampu untuk
memasarkan album ke serata dunia dan syarikat-syarikat rakaman pula mendapat
keuntungan yang berlipat ganda daripada industri ini. Bagaimana mereka melakukannya?
Mereka mampu mencapai sehingga ke tahap ini dengan adanya ilmu yang tinggi tentang
bidang muzik yang mana mereka mampu memanfaatkannya untuk menarik minat
masyarakat.
Industri-industri Muzik di Malaysia juga tidak kurang hebatnya, contohnya artis-artis seperti
Salam Muzik, Bunkface, Shila Amzah dan Pop Shuvit, kesemuanya juga telah berjaya
menembusi pasaran antarabangsa. Pencapaian ini tidak boleh dicapai hanya dengan
memetik gitar di pangkin sambil mengalunkan lagu-lagu kegemaran. Sebaliknya, pelbagai
jenis kemahiran diperlukan bagi membolehkan mereka berada pada tahap tersebut.
Dalam industri perfileman pula, nama-nama besar seperti Michael Bay seringkali berjaya
menghasilkan sebuah karya yang mampu memaparkan sesuatu yang luar biasa untuk
tatapan masyarakat. Sebagai contoh, filem Transformer yang mengisahkan tentang
peperangan antara robot arahan beliau telah memukau peminat-peminat filem di seluruh
dunia dengan persembahan grafik yang mantap. Sekali lagi, dapat dilihat bahawa industry
ini juga telah didominasi oleh Eropah.
Namun begitu, Malaysia juga mempunyai seorang anak watan yang telah berjaya
menempa nama melalui filem-filem arahan beliau. Beliau ialah James Wan anak watan
kelahiran Sarawak. Antara filem arahan beliau adalah Insidious dan baru-baru ini juga telah
ditayangkan di pawagam filem Insidious 3. Kebanyakan filem arahan beliau adalah
berbentuk seram dan kesemua karyanya mampu membawa elemen seram tersebut seperti
benar-benar berlaku. Sehubungan dengan itu, filem-filem seram arahan beliau sering
mendapat tempat di hati peminat-peminat filem seram dan juga sering ditunggu-tunggu.
Pada masa kini, sudah banyak universiti-universiti serta kolej tempatan yang menawarkan
kos berkaitan industri hiburan. Daripada situ dapat dilihat bahawa kerajaan juga sedang
berusaha untuk menyediakan platform kepada anak watan bagi menceburi bidang ini dan
seterusnya mampu untuk melahirkan lebih banyak individu-individu seperti yang telah
dinyatakan bagi menaikkan lagi industri hiburan negara. Secara tidak langsung, situasi ini
menunjukkan bahawa kepesatan industri hiburan di Eropah juga telah menjadi pemangkin
kepada kerajaan untuk menitikberatkan juga pendidikan berkaitan dengan industri hiburan.

14

15

Anda mungkin juga menyukai