Anda di halaman 1dari 65

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

MODUL
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME
GURU BAHASA MELAYU

PEDAGOGI BAHASA MALAYSIA abad 21

MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA


MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

2015

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

Bahagian Pendidikan Guru


Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2 6, Blok 13
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

Hak Cipta Bahagian Pendidikan Guru


Kementerian Pendidikan Malaysia

ii

2015

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

PENASIHAT
1.
2.

Puan Rosnarizah binti Abdul Halim


Dr. Shariffah Sebran Jamila binti Imam

Bahagian Pendidikan Guru


Kementerian Pendidikan Malaysia

PENYELARAS
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia

Razlee bin Mohamad

PANEL MODUL
Dr. Maridah binti Alias

IPG Kampus Raja Melewar

Zaleha binti Fadzil

IPG Kampus Pendidikan Teknik

Mohd Asri bin Abdul Razak

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Bakhtiar bin Omar

IPG Kampus Dato Razali Ismail

PANEL PEMURNI MODUL 2015


Ab. Rahim bin Md. Yasin

IPG Kampus Pendidikan Teknik

Dr. Abd Khahar bin Saprani

IPG Kampus Bahasa Melayu

Zawahir bin Ismail

IPG Kampus Bahasa Melayu

Hamidah binti Abd Hamid

IPG Kampus Bahasa Melayu

Dr. Maridah binti Alias

IPG Kampus Raja Melewar

Jalalludin bin Ibrahim

IPG Kampus Raja Melewar

Datin Mastura binti Berawi

IPG Kampus Raja Melewar

Nor Alizah binti Alias

IPG Kampus Ilmu Khas

Dr. Habibah binti Mohd Samin

IPG Kampus Ipoh

Noorliza binti Abdullah

IPG Kampus Ipoh

Sarimah binti Ahmad

IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

Fauzi bin Salleh

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Rosnan Mahmud bin Zahidin

IPG Kampus Tuanku Bainun

iii

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu


Sharifah Noora binti Syed Tahir

SMK Bukit Rahman Putra

Jasmi bin Bachik

SMK Dang Anum

Dr. Noor Hayati binti Che Mat

SK Sungai Kantan

Dr. Nazirah binti Mohd Nordin

SK Sungai Serai

Zul Hazmi bin Hamad

SJK(T) Ladang Repah, Tampin

2015

PANEL PENILAI MODUL 2015


Nasri bin Ramli

JPN Negeri Sembilan

Mat Hassan bin Abdullah

JPN Melaka

Mohd Hassany bin Hashim

JPN Kelantan

Zulkafly bin Othman

JPN Pulau Pinang

Junaidah binti Kamarudin

JPN Selangor

Mohd Rosle bin Said

PPD Sabak Bernam, Selangor

Nor Hayati binti Mohd Shaharim

PPD Petaling Perdana

Noorazam binti Ahmad Nadzir

PPD Port Dickson, Negeri Sembilan

Dr. Hj. Raja Othman bin Raja Ismail

PPD Petaling Perdana, Selangor DE

Ibrahim bin Yunus

PPD Jempol, Negeri Sembilan

Jiani binti Jaman

PPD Petaling Perdana, Selangor DE

Mohd Zaki bin Abd Rahman

PPD Hulu Langat, Selangor DE

Zaleha binti Md Jadi

SMK Bandar Baru Sungai Long, Cheras

Nor Azalina binti Mohamed Adam

SMK Puteri, Seremban

Sartini binti Mohd Nor

SMK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya

Rosesilawati binti Mohd Jab

SK Putrajaya Presint 16(1), Putrajaya

Zamzam binti Abd Karim

SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor

Noorbaity binti Hussin

SK Putrajaya Presint 16(2), Putarajaya


iv

2015

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

KANDUNGAN

1. Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

2. Teknik dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

19

3. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

36

4. Peta Pemikiran-i-Think

59

5. Didik Hibur

72

6. Tatabahasa

104

7. Elemen TMK

143

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

vi

2015

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA


MALAYSIA DI BAWAH DASAR
MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS
Tajuk

Strategi Pengajaran Bahasa Malaysia Berkesan

Topik

Pengenalan : Pembelajaran Abad 21 dalam Mata Pelajaran


Bahasa Malaysia

Personel

Penceramah

A. Objektif
Pada akhir kursus ini, peserta dapat:
1. menjelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran abad 21.
2. mengenal pasti, membina, mengurus sesuatu pengajaran dan pembelajaran dengan
aplikasi pedagogi pembelajaran abad 21.

B. Kandungan Kursus
1. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam PdP Bahasa Malaysia
2. Pembelajaran Secara Kontekstual
3. Merentas Kurikulum
4. Kolaboratif
5. Teknologi Maklumat dan Media
6. Pembelajaran Berasaskan Projek/Modul
7. Penyelesaian Masalah
8. Pentaksiran secara Telus
C. Kaedah
1. Syarahan
2. Perbincangan
3. Aktiviti latih amal (hands-on)
4. Pembentangan

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

D. Bahan Pengajaran
1. Modul
2. Nota
3. Slaid Perisian Persembahan
4. LCD
5. Komputer
6. Papan putih
7. Pen Papan Putih
8. Kertas sebak
E. Rumusan / Refleksi
Setelah selesai mengikuti kursus ini, peserta diharap memahami konsep pedagogi dalam
pembelajaran abad 21 untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Malaysia secara berkesan dalam kelas di sekolah masing-masing..

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

1.0 Latar Belakang


Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global
yang semakin sengit, kita tidak boleh lalai. Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan
perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk
melonjakkan pencapaian semua murid. Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan
transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap
murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad 21.
Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan
kakitangan dan kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami
dan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran. (Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia, 2013)
Sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,
pembelajaran abad 21 merupakan suatu bentuk transformasi dalam sistem pendidikan
negara yang menuntut perubahan, terutamanya dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad 21 ini bermatlamat untuk
menganjak paradigma kehidupan masyarakat dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai
pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa (Tan Sri
Datuk Dr. Madinah Mohamad, 2014).
Kerajaan komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk
tempoh 15 tahun akan datang. Tranformasi pendidikan ini bermatlamat
melengkapkan setiap murid di negara kita dengan segala kemahiran baharu
yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan menangani cabaran
abad 21. Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara termaju didunia,
sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang
berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran
kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan
diperingkat global.
- YAB Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin
1.1

Definisi Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21


Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) abad 21 merujuk kepada beberapa
kompetensi teras, iaitu kolaboratif, celik digital, kemahiran berfikir dan penyelesaian
masalah. Bernet Berry (2011) menjelaskan pembelajaran abad 21 sebagai suatu
bentuk pembelajaran yang memerlukan pelajar menguasai isi kandungan dan
menghasilkan, mensintesis (penyatuan/penggabungan) dan menilai maklumat
daripada pelbagai mata pelajaran dan sumber yang luas dengan memahami dan
menghormati budaya yang berbeza. Mereka (murid) diharap dapat mencipta,
berkomunikasi, bekerjasama serta celik digital selain mempunyai tanggungjawab
sivik.
Murid perlu disediakan dengan kemahiran menangani cabaran dunia
pendidikan yang terdedah kepada pelbagai interpretasi dan kontroversi yang
mencabar pemikiran individu. Semua mata pelajaran perlu menekankan ciri
pengajaran dan pembelajaran abad 21 termasuklah mata pelajaran Bahasa
Malaysia.

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

Hasil pendidikan abad 21 adalah seperti yang berikut.

1.2 Perbandingan Ciri Pengajaran dan Pembelajaran Abad 20 dan Abad 21

1.2.1 Banding Beza Ciri-Ciri Kelas


a) Kelas Tradisional
a.
Susunan kerusi meja adalah rigid dan mengikut baris demi baris
Interaksi guru-murid hanya boleh dilakukan sehala
b.
Menggunakan kaedah syarahan dan kaedah secara kelas
c.
Penglibatan murid dalam aktiviti PdP amat kurang
d.
Potensi JERI+S sukar untuk dikembangkan
b) Kelas Futuristik
i.
Mempunyai ruang pembelajaran termasuk ruang persendirian
untuk murid-murid, ruang untuk aktiviti dan ruang untuk bahanbahan pembelajaran
ii.
Persekitaran bilik darjah yang positif supaya murid dapat melalui
proses pembelajaran dengan baik.
iii.
Murid berasa tenang, seronok dan bermotivasi untuk belajar
iv.
Kemudahan TMK
4

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

1.2.2 Contoh Bilik Darjah Pendidikan Abad 21


Konsep bilik darjah abad 21 yang akan dibangunkan adalah dengan:

Mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran kreatif hasil usaha


murid supaya menarik dan bermakna
Suasana atau iklim bilik darjah dapat merangsang murid untuk bersaing, belajar
secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif.
Bilik darjah yang dicadangkan ialah.

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

Fizikal bilik darjah abad 21 yang dicadangkan ialah


i.
Murid duduk dalam kumpulan (empat hingga enam orang).
ii.
Sudut OPEM dan Kriteria Kejayaan di papan tulis.
iii.
Sudut Parking Lot
iv.
Sudut hasil kerja murid
v.
Sudut maklumat
vi.
Ruang santai

2015

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu


1.3

2015

Peranan Guru dalam Pembelajaran Abad 21


i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Bina persekitaran pembelajaran kondusif yang konstruktif.


Merangsang pemikiran kritis secara latih amal (hands-on) & latih
minda (minds-on).
Menggalak pembelajaran aktif pelajar secara koperatif dan
kolaboratif.
Menggalak kreativiti & inovasi pelajar berbantukan TMK.
Menyerap inovasi dalam PdP berbantukan TMK.
Memberi maklum balas dan penilaian secara berkesan dan
berterusan.

1.4 Prinsip Pembelajaran Abad 21

10

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

11

2015

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

12

2015

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

13

2015

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu


1.5

2015

Elemen Pendidikan Abad 21


Terdapat beberapa elemen dalam kemahiran abad 21 seperti yang berikut.

1.6

Kreatif dan inovatif


Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
Komunikasi dan kolaborasi
Literasi maklumat
Literasi teknologi maklumat dan komunikasi
Fleksibiliti dan keupayaan menyesuaikan diri
Berinisiatif dan mempunyai haluan diri
Kemahiran sosial dan antara budaya
Produktiviti dan akauntabiliti
Kepimpinan dan tanggungjawab

Ciri-ciri Guru Abad 21


Dalam abad 21, banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru. Menurut Zamri
Mahamod (2011), sering kali terdapat kegagalan guru untuk menerapkan pelbagai
kemahiran yang diajar, terutamanya kemahiran-kemahiran alaf 21. Di samping itu, para
guru juga perlu beralih kepada beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan
pembelajaran untuk abad 21 amat mencabar. Guru-guru untuk abad 21 memerlukan
beberapa ciri tertentu seperti berikut:
1.
Guru perlu menguasai subjek iaitu penguasaan kandungan kurikulum.
2.
Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran.
3.
Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi murid.
4.
Memahami psikologi pembelajaran iaitu Cognitive Psychology.
5.
Memiliki kemahiran kaunseling.
6.
Menggunakan teknologi terkini tidak kira semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran mahupun di luar sesi tersebut.

Rajah : Ciri-Ciri Guru Abad 21


14

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

1.7

2015

Ciri-ciri Murid Abad 21


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.

Berupaya menghubung kait pelajaran dengan keadaan sekeliling.


Bijak menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah.
Yakin untuk berkomunikasi.
Berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan membuat kerja yang
diberikan oleh guru dan juga berani mencuba.
Dahagakan ilmu dan sentiasa ingin untuk menimba ilmu.
Mempunyai perasaan ingin tahu.
Bijak dan kreatif menjana idea serta fleksibel.
Tidak pernah berputus asa.
Sentiasa mendengar dan membuat refleksi
Berkemahiran kritis dan mampu menguasai kemahiran literasi.
Mampu berfikir sendiri dan membuat inisiatif.
Mampu bekerja dengan orang lain dan membuat perubahan.
Mempunyai keperibadian yang tinggi serta berintegriti di dalam mahupun
di luar bilik darjah.

15

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

1.8 Kemahiran Alaf 21 enGauge Skills


Pandangan tentang kemahiran-kemahiran alaf 21 daripada perspektif enGauge Skills (NCREL
& Metiri Group 2003) boleh dikongsi bersama-sama dan empat komponen kemahiran alaf 21
yang perlu dikuasai oleh guru dan murid. Guru-guru boleh memberikan penekanan kepada
kemahiran alaf 21 yang diketengahkan. Kemahiran alaf 21 enGauge Skills digambarkan seperti
rajah yang berikut;

Rajah : Kemahiran Alaf 21 enGauge Skills


Kemahiran Alaf 21 dilandaskan kepada Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan yang
menuntut sistem pendidikan kita untuk menyediakan sumber manusia berkualiti dan cemerlang.
Antara ciri pendidik yang berkualiti ialah:

1.9

kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi),


kekuatan minda,
menguasai subjek / kepakaran dalam sesuatu bidang (subject matter expert)
mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran), dan
menggunakan teknologi maklumat terkini.
Kemahiran Pengajaran Abad 21

PdP alaf 21 juga mengambil kira kemahiran yang dicadangkan oleh The Partnerships 21st
Century Skills (2008) untuk memupuk kemahiran generik dalam kalangan murid. Kepekaan
guru-guru terhadap kemahiran ini amat penting bagi memastikan semua kemahiran dapat
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai
adalah seperti berikut;

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Kemahiran mengubah suai dan bertanggungjawab.


Mengamalkan sifat bertanggungjawab, fleksibel dan toleransi
Kemahiran berkomunikasi
Mahir menggunakan alat-alat telekomunikasi.
Kemahiran kreativiti dan sifat ingin tahu yang kuat
Dapat menjana, melaksanakan dan menyampaikan idea baharu
Bersikap terbuka dan sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain.
16

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

viii.
ix.
x.
xi.

2015

xvi.
xvii.

Kemahiran berfikir secara sistematik dan kritikal


Berkebolehan menganalisis dan membuat hubung kait fakta yang diberikan.
Kemahiran literasi media dan informasi.
Berkebolehan mengakses maklumat, menganalisis, mengurus, menilai dan
mengintegrasikan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai media.
Kemahiran interpersonal dan kerjasama. mempunyai sifat
kepimpinan, dapat
mengadaptasi dan bekerja dengan produktif di samping itu mengamalkan sikap empati
dan menghormati kelainan pendapat.
Kemahiran mengenal pasti masalah dan penyelesaiannya.
Kebolehan untuk mengenal pasti, menganalisis dan menyelesaikan setiap masalah
yang dihadapi.
Kemahiran pengurusan kendiri, iaitu mengawasi dan menilai keperluan kendiri serta
mengenal pasti sumber-sumber yang diperlukan.
Kemahiran tanggungjawab sosial
Mengambil kira kepentingan masyarakat, beretika di sekolah dan dalam masyarakat.

1.10

Pedagogi Abad 21

xii.
xiii.
xiv.
xv.

Guru-guru dalam perkembangan profesionnya harus menguasai kemahiran pedagogi yang


seiring dengan trend perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang terus
berkembang. Pembangunan profesionalisme perlu ke arah pembinaan pengetahuan dan
kemahiran Pedagogi Abad 21 dengan menjadikan diri sebagai guru yang resourceful seperti
yang dirumuskan dalam rajah yang berikut;

Rajah : Pedagogi Abad 21


17

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu


1.11

Amalan Pengurusan dalam PdP Abad 21

1. Komunikasi Isyarat (The Quiet Signal)

2. Papan Putih Mini

3. Program Bintang

18

2015

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA


MALAYSIA DI BAWAH DASAR
MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS
Tajuk
Topik
Personel

Pedagogi Bahasa Malaysia Abad 21


Teknik dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Penceramah

A. Objektif
Pada akhir sesi peserta dapat;
1. memberikan penerangan tentang pelbagai teknik dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia;
2. membimbing guru dalam proses pemerolehan ilmu dan penguasaan kemahiran berfikir
aras tinggi berdasarkan kaedah dan teknik yang dipelajari;
3. mencipta inovasi berdasarkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang
terdapat dalam modul.
B. Kandungan Pengajaran
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Amat penting
bagi seorang guru mengambil kira beberapa perkara seperti pendekatan, kaedah dan teknik
yang hendak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sesebuah kelas
pada abad 21 ini. Guru yang kreatif akan memikirkan pelbagai kaedah pengajaran yang sesuai
dan selaras dengan keperluan, minat, dan kebolehan murid.
C. Kaedah
1. Syarahan
2. Perbincangan
3. Aktiviti latih amal (hands-on)
4. Pembentangan

D. Bahan Pengajaran
1. Modul
2. Nota
3. Slaid Perisian Persembahan
4. Borang penilaian
5. LCD
6. Komputer
7. Papan putih
8. Pen Papan Putih
9. Kertas Sebak
E. Rumusan/Refleksi
Peserta dapat melaksanakan tugasan mengikut langkah-langkah dan teknik yang
disarankan.

19

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD 21


2.0 Pengenalan
Pengaplikasian pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran
mestilah melihat kepada kepelbagaian pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Dalam
konteks pendidikan, kaedah dan teknik merupakan satu perancangan atau siri tindakan guru
semasa melaksanakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan
berkesinambungan yang perlu dituruti dengan saksama bagi mencapai objektif pengajaran.
Menurut Zamri Mahamod (2012), dalam melaksanakan kepelbagaian kaedah pengajaran
dan pembelajaran, guru Bahasa Melayu perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan.
Selepas kaedah yang hendak digunakan dipilih, barulah guru merancang teknik yang boleh
melengkapkan kaedah tersebut seperti teknik bercerita, latih tubi, menghafal dan
seumpamanya. Usaha mengenal pasti dan memilih kaedah dan teknik yang sesuai dapat
memenuhi pendekatan yang digunakan yang disebut sebagai strategi. Kaedah pengajaran
membolehkan guru-guru mengajarkan bahasa mengikut cara yang betul lagi terancang.
Kajian-kajian yang telah dilakukan sebelum ini menjelaskan bahawa pengajaran bahasa
akan lebih berkesan apabila guru mampu menggunakan kaedah-kaedah dan teknik yang
telah disarankan dalam bidang pengajaran bahasa.
Menurut Burton, Donelson, dan Haley (1975), pendekatan dan kaedah yang sesuai
ialah pendekatan dan kaedah yang memberikan peluang kepada murid untuk berusaha
sendiri dalam pembelajaran. Guru sebagai pembimbing manakala murid sebagai pelakon.
Tujuannya ialah, murid-murid mendapat pengalaman dan berpeluang menerima,
menerapkan dan menyatukan nilai-nilai yang dipelajari itu kepada personaliti mereka melalui
pengalaman yang dialami.
Perkara ini jelas terbukti apabila Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025 yang memberikan penekanan kepada kemahiran berfikir murid. Setiap murid perlu
mempunyai semangat ingin tahu dan belajar tentang cara untuk terus mendapatkan
pengetahuan sepanjang hayat, mampu menghubung kait pelbagai pengetahuan bagi
mewujudkan pengetahuan baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran
kognitif yang penting:
Pemikiran Kreatif dan Inovatif: kemampuan menginovasikan, menjanakan
kemungkinan baharu, mencipta idea atau pengetahuan baharu;
Penyelesaian Masalah dan Penaakulan: keupayaan meramal masalah dan
mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi mencari penyelesaian,
dan akhirnya membuat keputusan; dan
Keupayaan Belajar: keupayaan memacu pembelajaran sendiri, dengan kemampuan
menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat.
Yang berikut ialah pelbagai kaedah dan teknik pengajaran bahasa yang boleh digunakan
oleh guru dalam pengajaran mereka.
2.1

Pendekatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran


2.1.1

Pendekatan Konvensional
- Berpusatkan guru
Guru menggunakan teknik seperti syarahan, demonstrasi, bercerita serta
pengajaran secara kelas. Pendekatan ini tidak memberi peluang kepada
palajar untuk mengambil bahagian dalam sesi P&P. Murid hanya mendengar
sahaja apa yang disampaikan oleh guru.

20

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu


2.1.2

2015

Pendekatan Abad 21
- Berfokuskan murid
Pendekatan berpusatkan murid. Aktiviti PdP lebih menarik dan berkesan.
Murid berpeluang untuk: mengambil bahagian serta memberi pendapat
dan idea berkenaan dengan topik yang dipelajari dan mampu
menyampaikan apa yang ada dalam fikiran mereka. Aktiviti PdP seperti
lawatan, penyelesaian masalah, projek, simulasi dan bermain. Pelajar
terlibat secara latih amal (hands-on) dalam aktiviti PdP.
- Berfokuskan bahan
Guru perlu lebih kreatif dalam mencari dan menggunakan bahan-bahan
pengajaran. Guru perlu menggunakan sudut dan ruang bilik darjah,
Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan Bahan Bantu Belajar (BBB). Guru juga
perlu menggunakan sumber seperti bahan dari internet, audio visual,
gambar, graf, carta, dan poster.

2.2

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21


2.2.1
2.2.2
2.2.3
2.2.3
2.2.4

Pembelajaran Koperatif
Penyelesaian Masalah
Kontekstual
Kajian Masa Depan
Konstruktivisme

2.2.1 Pembelajaran Koperatif


-

Tumpuan utama memfokuskan kepada pencapaian akademik dan penerimaan


kepelbagaian kemahiran sosial.
Pembelajaran aktif yang mengubah situasi pembelajaran pasif kepada
pembelajaran yang dinamis serta berpusatkan pelajar.
Satu pasukan yang heterogen,saling bergantung, tidak bersaing sesama
sendiri ke arah pencapaian matlamat yang sama.
Mengapa Perlunya Pembelajaran Koperatif?
Pembelajaran koperatif diperlukan kerana :
Positive Interdependence: kebergantungan positif
Individual Accountability: akauntabiliti individu
Equal Participation: penglibatan seimbang
Simultaneous Interaction: interaksi bersemuka
Enam konsep utama pembelajaran koperatif
Dijalankan secara berpasukan
Menggerakkan inisiatif individu dan ahli kumpulan
Mengurus dan menentukan pembahagian tugasan setiap ahli
kumpulan.
Meningkatkan interaksi sosial dan komunikasi ahli kumpulan.
Menggalakkan budaya inovatif dalam pencetusan idea.
Prosedur Aplikasi Pembelajaran Koperatif dalam PdP
Menyampaikan isi pengajaran baru
Memberi tajuk tugasan
Memberi struktur pelaksanaan tugasan
Mengagih kumpulan (Kagan Cooperative learning: Rally Robin &
Round Robin)
Mengagih tugasan bagi mencapai hasil pembelajaran
Membimbing kelompok pelajar dan perbincangan
Proses: Pengumpulan dan pembentangan bahan tugasan
21

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

Maklum balas/penilaian oleh guru


Memberi penghargaan

- Contoh aktiviti pembelajaran koperatif:


Fan-N-Pick (Kipas dan Pilih)
Three Stray One Stay (Tiga Sesat Satu Tinggal)
Travelling File (Fail Bergerak)
Jigsaw Puzzle
Teams-Games-Tournament (TGT) / Pertandingan-Permainan Berpasukan
Pembelajaran Bersama
Kajian Berkumpulan
Kumpulan Membantu Individu
Think-Pair-Square / Fikir-Berpasangan-Berkumpulan
Think-Pair-Share / Fikir Berpasangan Berkongsi
Pair Check / Semakan Berpasangan
Team Present To Other Team / Kumpulan Bentang Pada Kumpulan
Lain
Two-box induction / Dua Kotak Induksi
Three-Step Interview (Tiga Langkah Temuduga)
Rotating Review (Kajian berputar)
Find-Someone-Who (Cari seseorang)
Value Lines (Garis nilai)
Who am i? (Siapa saya?)
Gallery Tour (Galeri Pelancongan)
Match Mine (Padankan Saya)
Inside-Outside Circle (Dalam Luar Bulatan)
Talking Chips (Cip Bercakap)
Trade-A-Problem (Bina Suatu Masalah)
Window Pane (Anak tetingkap)
The Yarn Yarn (Benang-Benang)
Blind Sequencing (Urutan Tunanetra)
2.2.2 Penyelesaian Masalah
-

Fokus utama berkisar kepada pencapaian akademik dan penerimaan


kepelbagaian kemahiran sosial.
Fokus pada pengalaman dan kemahiran melalui daya usaha murid
sendiri.
Bermula dengan bertanya soalan, cari penyelesaian, peroleh
pengetahuan dan pengalaman sambil mencari maklumat untuk
selesai masalah dan seterusnya membuat refleksi.
Berpeluang menjalani proses pembelajaran secara langsung dan
autentik.
Mengapa Kaedah Penyelesaian Masalah diaplikasikan dalam PdP
- Mengembangkan rasa ingin tahu (intellectual curiosity).
- Mengembangkan kemahiran berfikir.
- Menyesuaikan diri untuk mengambil tindakan mengikut situasi.
- Menjadi asas kepada pendekatan bersistem dalam menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan.
- Menggalakkan pembelajaran kendiri.
- Mengukuhkan kemahiran belajar.
- Mengembangkan nilai-nilai sosial yang positif.

22

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu


o

2015

Prosedur Aplikasi Penyelesaian Masalah Dalam PdP


Langkah 1 : Mengenal pasti Masalah
Langkah 2 : Merancang Cara Penyelesaian
Langkah 3 : Mengumpul Maklumat
Langkah 4 : Mengkaji / Analisis maklumat
Langkah 5 : Membuat Rumusan

2.2.3 Kontekstual
-

2.2.4
-

Menyediakan situasi PdP yang melibatkan pelbagai pengalaman dalam


konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi.
Berasaskan aktiviti, pembelajaran pengalaman sendiri, sesi latih amal
(hands-on) dan latih minda (minds-on) seminar, bengkel dan program pelajar
melakukan sendiri projek.
Pelajar diberi motivasi dalam perbincangan masalah berbantukan bahan
yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman.
Pelajar dapat mengaitkan dengan pengetahuan asas yang ada pada mereka.
Maklumat yang dicari dan dikumpul melalui pengalaman sendiri dapat
membantu menjanakan idea, mengukuh serta menilai apa yang difahami.
Kepentingan Pembelajaran Kontekstual
Membantu pelajar mengaitkan kandungan pembelajaran kepada
situasi sebenar dan mencari makna tentang apa yang dipelajari
secara latih amal dan latih minda.
Pembelajaran berlaku apabila pelajar berupaya memproses maklumat
atau pengetahuan baru yang memberi makna kepada mereka.
Pelajar faham sesuatu yang dipelajari dalam situasi yang lebih luas
yang berkait dengan isu sebenar.
Pembelajaran mengikut konteks berlaku apabila pelajar mengaitkan
pengetahuan dan pengalaman dalam kehidupan.
Elemen Dalam Kontekstual
R (Relating (hubung kait)
pengalaman hidup dgn pengetahuan baru
E (Experiencing (alami) penerokaan, penemuan, mereka cipta)
A (Applying (aplikasi)
aplikasi pengetahuan dan maklumat dalam situasi lain)
C (Cooperating (kerjasama)
kerjasama dan komunikasi)
T (Transfering (memindahkan)
pengetahuan sedia ada, menggunakannya , bina baru)
Prosedur Aplikasi Kontekstual Dalam PdP
Motivasi pengenalan Isu perbincangan sumber PdP
Pemahaman- Penerangan konsep dan perbincangan kelas
bacaan dan melakukan contoh kajian
Kemahiran - Aktiviti latih amal menyelesaian masalah
Penilaian - Ingat kembali dan Penilaian Kemajuan
Kajian Masa Depan
Strategi saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid
menghadapi pelbagai cabaran hidup dan perubahan
Mengupayakan murid mengambil bahagian dalam merangka masa depan
mereka secara berkaedah, bermakna dan bertanggungjawab
Mengajar bersikap futuristik agar lebih kritis dan sentiasa membuat
perancangan sebelum berbuat sesuatu
23

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu


-

2015

Memberi murid kesedaran dan merangsang pelajar berfikir tentang isu,


masalah dan peluang yang bakal dihadapi
Pelajar diasuh dan dibimbing konsep dimensi masa depan yang berubah
dengan pembaharuan dan inovasi. Contohnya persekitaran, kehidupan anda,
apa pilihan anda, seluruh dunia, negara, masa depan : perubahan, masa kini
: trend utama dan masa lalu : perspektif.
Kemahiran KMD dalam PdP
a. Kemahiran Khusus
i.
Membuat Ramalan
ii.
Menjangka Akibat
iii.
Mengendali Perubahan
b. Kemahiran Asas
i. Pemahaman Konsep Masa Depan
ii. Pengumpulan Maklumat dan Analisis Trend
iii. Ramalan dan Analisis
iv. Penggunaan Imaginasi dan Kreativiti
v.
Strategi Mengatasi Kebimbangan
vi.
Proses Inovasi Sosial
vii.
Pembinaan Senario
viii.
Penjelasan Nilai dan Masa Depan
ix.
Pemahaman Dimensi Kemapanan

- Kepentingan Kajian Masa Depan (KMD)


a) Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal
berkaitan masa depan
b) Berkomunikasi secara berkesan tentang hal berkaitan masa depan
c) Membina sikap dan nilai tentang masa depan
d) Pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan
e) Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal berkaitan
masa depan
- Empat Prinsip Dalam KMD
a) Prinsip Perubahan
b) Prinsip pandangan jauh
c) Prinsip Perancangan Strategik
d) Prinsip Pengupayaan
- Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Kajian Masa Depan:
Perancangan Seorang Guru
a) Perancangan Yang Strategik
b) Isu dan Tema Yang Relevan
c) Berpusatkan pelajar
d) Aplikasi Sebagai Projek, Kerja Kokurikulum atau Sepanjang Hayat
e) Peranan Guru Sebagai Fasilitator
- Prosedur Aplikasi KMD Dalam PdP
o Tajuk & Konsep
o Senaraikan kemungkinan yang akan berlaku (masa depan)
o Sediakan eviden-eviden bagi asas kemungkinan
o Cadangkan langkah langkah penyelesaian/ penambahbaikan / pelan
tindakan
o Pembentangan/ Simulasi/ Hasil kerja

24

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

- Contoh/ Sumber PdP


Tema: Malaysia Negaraku
Kemerdekaan Semangat patriotik
Perpaduan rakyat
Keharmonian negara
- Kemungkinan berlaku jika negara kita kehilangan
kemerdekaannya?
- Senaraikan kemungkinan apa yang bakal berlaku?
- Kaitkan kemerdekaan dengan kejayaan dan masa depan
- Sumbang saran untuk mendapatkan pandangan pelajar
- Guna gambar negara-negara yang sering dilanda kekacauan
- Cadangan
- Bina senario masa depan jika langkah tidak diambil
- Pelan tindakan mengekalkan kemerdekaan
- Refleksi
2.2.5

Pembelajaran Konstruktivisme
Konstruktivisme ialah satu pendekatan pengajaran berdasarkan
penyelidikan
tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan
penyelidik berpendapat bahawa setiap individu membina
pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada
orang lain. Pendekatan Konstruktivisme dalam pendidikan merupakan
satu inovasi tentang gaya pengajaran dan pembelajaran pada masa
ini.
Konstruktivisme menekankan kepada peranan murid dan guru
sebagai pembimbing sahaja. Kelebihan pendekatan ini ialah murid
berpeluang membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling
pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran
terbaharu. Perkaitan ini dibina sendiri oleh murid. Pendekatan
Konstruktivisme sangat penting dalam proses pembelajaran kerana
murid digalakkan membina konsep sendiri dan menghubungkaitkan
perkara yang dipelajari dengan pengetahuan yang sedia ada pada
mereka. Hasilnya, murid dapat meningkatkan pemahaman mereka
tentang sesuatu perkara.

25

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

2.3 MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM


Kaedah pembelajaran model konstruktivisme Lima Fasa Needham
(Needham, 1987) kepada kumpulan sasaran yang merangkumi lima
fasa berikut:
1.

Orientasi:
Guru menyediakan suasana pembelajaran untuk merangsang
dan menimbulkan minat murid terhadap pelajaran. Pelbagai
cara dilakukan untuk mendapatkan perhatian murid. Antaranya
ialah dengan menunjukkan tayangan video, keratan akhbar,
teka teki, lakonan dan simulasi.

2.

Pencetusan Idea
Guru merancang pelbagai bentuk aktiviti seperti perbincangan
kumpulan, menggunakan kaedah peta konsep serta membuat
laporan dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada
dengan pengetahuan baharu yang akan mereka pelajari. Murid
akan berbincang dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman
yang sama serta interaksi yang rapat sesama mereka. Guru
perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dengan
membekalkan bahan pembelajaran dan membimbing murid
untuk membuat pembelajaran inkuiri atau pembelajaran
berasaskan masalah yang diberi.

3.

Penstrukturan Semula Idea


Guru menyediakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur
untuk membolehkan murid mencabar idea asal mereka atau
idea rakan, dan membina struktur pengetahuan sendiri yang
lebih bermakna dan berkesan. Dalam fasa ini, kemahiran
berbahasa akan membantu murid membuat pengubahsuaian
atau penyusunan semula idea mengikut urutan dan setiap satu
idea mempunyai kesinambungan idea yang tersusun dan
terancang. Peranan guru pula ialah mengukuhkan konsep atau
idea yang tepat kepada muridnya.

4.

Aplikasi Idea
Murid akan mengaplikasikan pengetahuan baharu dengan
menyelesaikan masalah dalam situasi baharu. Situasi ini dapat
mewujudkan pemahaman yang baharu dan menggalakkan
proses inkuiri di dalam diri murid.

5.

Refleksi
Murid
membandingkan
pengetahuan
asal
dengan
pengetahuan baharu dan merenung kembali proses
pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea
mereka. Murid juga boleh membuat refleksi untuk melihat
sejauh manakah idea asal mereka telah berubah. Guru boleh
menggunakan kaedah penulisan kendiri, perbincangan
kumpulan dan catatan peribadi murid untuk meneliti atau
memantau tahap pemahaman murid-muridnya.
26

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

Ciri-Ciri Pembelajaran Konstruktivisme

27

2015

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme

28

2015

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2.4

2015

Kaedah Pembelajaran Koperatif


2.4.1

Susun Suai (Jigsaw Puzzle)


Model pembelajaran ini merupakan sebuah model pembelajaran koperatif
yang menitikberatkan kerja kumpulan kecil. Kumpulan kecil seramai 4-6
orang akan diwujudkan di dalam kelas. Mereka akan bertanggungjawab dan
melaksanakan semua tugasan dalam kumpulan mereka. Menurut Rusman
(2008:205) model pembelajaran jigsaw juga dikenali sebagai pembelajaran
koperatif dan kolaboratif. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap ahli dalam
kumpulan akan diberikan isu dan masalah yang berbeza untuk dibaca dan
difahami. Namun setiap masalah yang sama akan dibincangkan dalam
kelompok yang telah ditetapkan dan akhirnya mereka akan menerangkan dan
membahaskan isu tersebut dalam kumpulan asal mereka.
Langkah-langkah Pelaksanaan
Guru mengedarkan bahan bacaan kepada setiap ahli kumpulan. Bahan
bacaan hendaklah berbeza antara ahli dalam kumpulan tetapi semua isu
dan masalah adalah sama untuk semua kumpulan.
ii. Apabila selesai membaca dalam tempoh yang diberikan, ahli kumpulan
akan bergerak membentuk kumpulan yang mendapat isu atau masalah
yang sama. Mereka akan berbincang untuk kefahaman yang lebih luas.
Mereka juga dikehendaki menyediakan laporan dan maklumat supaya
mudah untuk dikongsi dalam kumpulan asal.
iii. Mereka akan kembali semula ke kumpulan asal. Setiap ahli akan
menerangkan isu/masalah kepada ahli kumpulan mengikut giliran yang
ditetapkan. Mereka turut melakukan perbincangan dan penyoalan.
iv. Guru melakukan aktiviti merumuskan semua hasil pembelajaran. Guru
juga boleh melaksanakan penilaian yang sesuai.
i.

Contoh Pelaksanaan

29

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

1. Guru akan mengajarkan tatabahasa bertajuk Golongan Kata. Sebagai


contohnya, murid ada 20 orang. Bentuk 4 kumpulan seperti dalam Rajah
1. Kumpulan ini ialah Kumpulan A, Kumpulan B, Kumpulan C dan
Kumpulan D. Dalam kumpulan asal ini Pelajar 1 menerima wacana Kata
Nama Am, pelajar nombor 2 menerima wacana Kata Nama Khas, pelajar
nombor 3 menerima wacana Kata Ganti Nama dan pelajar nombor 4
menerima wacana Kata Kerja.
2. Seterusnya, pelajar membentuk kumpulan baharu mengikut nombor
murid. Murid yang bernombor sama duduk dalam kumpulan yang sama
dan melakukan perbincangan. Mereka membaca dan memahami wacana
itu. Mereka boleh merujuk bahan sokongan seperti kamus, buku glosari
dan ensiklopedia, serta melalui internet. Mereka memproses dan
mencerna maklumat melalui perbincangan dan sumbang saran. Akhirnya
mereka arif dan menjadi pakar tentang masalah/isu yang diperoleh.
3. Setelah menjadi pakar Kata Nama Khas, Kata Nama Am, Kata Ganti
Nama dan Kata Kerja, mereka kembali ke kumpulan asal. Setiap ahli
pakar akan menyampaikan maklumat kepakaran mereka kepada empat
orang rakannya. Rakan-rakan boleh mengemukakan pertanyaan. Pakar
hendaklah
menjawab
pertanyaan
itu
dengan
menyerlahkan
keterampilannya sebagai pakar. Kemudian diikuti pula oleh pakar
seterusnya sehingga habis.
4. Setiap kumpulan asal yang telahpun berkongsi kepakaran itu hendaklah
membuat rumusan dan refleksi. Refleksi wajar menyerlahkan nilai murni.
2.4.2

Model Rakan Pemikir


Apakah yang dimaksudkan dengan Model Rakan Pemikir? Model ini
memberi penekanan kepada pengetahuan para pendidik menterjemahkan
pengetahuan isi kandungan secara pedagogikal yang berkesan dengan
memahami konteks dalam persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah.
Mereka hendaklah mempunyai pengetahuan isi kandungan subjek,
pengetahuan pedagogi subjek, pengetahuan ciri setiap pelajarnya,
pengetahuan tentang kepercayaan terhadap pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan serta penilaian rakan dalam kumpulan. Model
ini banyak melibatkan cara penyampaian secara berkesan terhadap sesuatu
30

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

idea, analogi kukuh, ilustrasi menarik, contoh-contoh tepat dan munasabah,


penerangan jelas dan bermakna serta tunjuk cara berkesan agar sesuatu isi
pelajaran dapat difahami oleh pelajar secara mudah.
Di samping itu, Model Rakan Pemikir memberi fokus membantu
pendidik bahasa meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka.
Model ini menggunakan model terapan untuk menerapkan kemahiran generik
melalui pelbagai pendekatan, antaranya pembentangan hasil kerja
perbincangan, kerja berpasukan, pencarian maklumat, pembelajaran aktif,
pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran
berasaskan masalah dan pembinaan bahan secara kreatif dan efektif.
(Maridah:2010) Model ini disediakan secara terancang dan tersusun bagi
memantau dan menilai pelajar secara efektif. Penggunaan pelbagai kaedah
dan teknik pengajaran dapat membantu guru menyampaikan pengajaran
dengan berkesan. Kegiatan pengajaran yang berpusatkan kepada pelajar ini
akan dapat membantu pelajar menghayati kandungan pelajaran dan
meningkatkan daya afektif dan kreativiti mereka seterusnya meningkatkan
minat dan memupuk bakat pelajar terhadap Bahasa Malaysia.

Selanjutnya, satu sistem penilaian rakan dalam kumpulan diwujudkan


bagi menilai komitmen pelajar sewaktu aktiviti berkumpulan dijalankan.
Menurut Brown (1999), penilaian rakan dalam kumpulan sangat membantu
dalam melengkapkan maklum balas formatif pelajar, terutamanya apabila
mereka melaksanakan tugasan yang diberikan. Ini penting untuk peningkatan
kendiri pelajar dan khususnya membantu guru yang tidak dapat menilai
beberapa aspek sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Pada masa ini, pendidik mempunyai beban tugas yang sangat mencabar
dalam proses pengajaran dan bentuk ilmu pengetahuan yang pelajar mereka
terima. Pendidik yang baik akan menunjukkan rasa tanggungjawabnya
terhadap apa yang dipelajari oleh pelajar-pelajarnya.

Bagaimanakah penggunaan Model Rakan Pemikir


dapat
meningkatkan kualiti pendidik seterusnya berupaya menghasilkan pelajar
yang cemerlang? Model ini dapat menyumbang kepada kaedah pengajaran
yang menitikberatkan pembelajaran yang bermakna bertujuan untuk
membantu pelajar;
i.

menggunakan strategi dan kemahiran belajar untuk mengakses dan


memilih maklumat daripada pelbagai sumber yang relevan dengan
tugasan yang diberikan.

ii.

melaksanakan kolaborasi dengan rakan-rakan dalam kumpulan dan


pihak-pihak yang terlibat secara optimum bagi menghasilkan kerja
dan persembahan yang berkualiti.

31

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

iii.

mengamalkan pemikiran reflektif dalam interaksi lisan semasa sesi


kolaborasi dengan guru/pensyarah, rakan dalam kumpulan dan pihakpihak tertentu serta dalam penulisan reflektif.

iv.

menilai rakan-rakan dalam kumpulan mereka


berasaskan borang penilaian yang disediakan.

dengan

telus

Penilaian kendiri adalah penting. Justeru, para pendidik bahasa


menyediakan rubrik yang lengkap tentang aspek-aspek yang dinilai dalam
mata pelajaran tersebut. Rubrik akan membantu pelajar melakukan penilaian
kendiri dari peringkat awal proses pembelajaran hingga menghasilkan satu
produk akhir.
Komputer ialah alat kognitif yang penting dalam model ini. Literasi
digital dapat mencabar pemikiran pelajar kerana apabila belajar dengan
komputer, komputer menjadi rakan intelektual (Jonassen, 2005). Pelajar perlu
mempunyai kemahiran belajar cara belajar.
Melalui Model Rakan Pemikir ini, secara tidak langsung dapat
meningkatkan motivasi setiap pelajar dalam kumpulan untuk berusaha
memberi komitmen sepenuhnya dalam aktiviti berkumpulan dan seterusnya
menghasilkan bahan pembelajaran yang bermutu. Ringkasnya, Model Rakan
Pemikir memberi tumpuan kepada lima komponen yang berikut;
i.

inventif;
Murid mengumpulkan maklumat melalui perbincangan

ii.

inovatif;
Murid berbincang berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui
perbincangan dalam kumpulan dan mengaitkan pemikiran kreatif dan
inovatif
dengan
pemikiran lateral.
Tujuannya adalah untuk
menyelesaikan masalah dan melihat sesuatu berdasarkan pelbagai
perspektif bagi menyelesaikan masalah tersebut dan mencetuskan
idea baharu berdasarkan panduan yang diberikan oleh guru.

iii.

informatif;
Untuk memantapkan kreativiti dan inovatif murid di dalam bilik darjah,
mereka digalak menggunakan alat-alat berfikir iaitu Peta Pemikiran
i-THINK untuk membantu mereka
memahami fakta-fakta dan
maklumat yang diperoleh dalam langkah inventif. Murid digalakkan
untuk mencatat nota dengan menggunakan peta pemikiran.
Melakarkan peta pemikiran yang sesuai menggunakan maklumat
yang diperoleh. Membina tiga (3) soalan mengikut aras Taksonomi
Bloom aras KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) untuk diajukan
kepada rakan sewaktu sesi pembentangan. Penggunaan peta
pemikiran membantu murid berfikir secara lebih terbuka, kreatif, dan
inovatif.

iv.

inferens
32

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

Sesi pembentangan - Ahli kumpulan yang ditetapkan sebagai


pembentang akan melakukan pembentangan dalam kumpulan yang
ditetapkan. Pembentangan akan dilakukan serentak untuk semua
kumpulan. Mereka akan menggunakan peta pemikiran yang telah
dibincangkan dalam kumpulan masing-masing. Selepas sesi
pembentangan, pembentang akan mengajukan soalan kepada ahli
dalam kumpulan untuk dibincangkan bersama.
v.

intelektual.
Semasa pembentangan, kumpulan yang mendengar akan membuat
penilaian terhadap pembentang berdasarkan senarai semak yang
dibekalkan oleh guru. Dari senarai semak tersebut, setiap ahli dalam
kumpulan juga akan membuat refleksi tentang hasil dapatan dalam
langkah inventif, inovatif, informatif, dan inferens mereka.

Kerangka Aktiviti 1
Tajuk

Model Rakan Pemikir

Objektif

Pada akhir sesi peserta dapat;

Tempoh
Persediaan

i.

menyemaikan budaya membaca dalam kalangan guru,

ii.

menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada


dan pemahaman konsep baharu secara mendalam,

iii.

mengakses maklumat daripada pelbagai sumber, memilih


maklumat yang relevan dan mengorganisasi maklumat secara
sistematik dan bermakna,

iv.

menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi (High Order


Thinking Skills) dan membina pemikiran sendiri (independent
thought),

v.

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme


keguruan secara berterusan,

vi.

menggalakkan suasana pembelajaran yang melibatkan


interaksi sosial untuk meningkatkan mutu pembelajaran,

vii.

dapat menilai secara telus pencapaian


pencapaian rakan-rakan dalam kumpulan, dan

viii.

merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.

viiii.

menggunakan peta pemikiran i-Think secara maksimum.

sendiri

dan

2 jam
:

Para peserta telah menyediakan bahan pembelajaran dan


bahan rujukan berdasarkan tajuk yang telah diberikan. Peta
Pemikiran i-Think, Borang Penilaian, Komputer Riba.
33

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

Kerangka Aktiviti 2
1. Guru mengajar/memberi kuliah/menggunakan modul.
2. Membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan. (5 orang).
Lantik ketua dan tentukan giliran pembentangan.
3. Minta peserta berkongsi maklumat dalam kumpulan dan sediakan bahan
pembentangan. Bahan pembentangan yang perlu disediakan ialah,
Peta Pemikiran i-Think yang menarik
Sekurang-kurangnya 3 soalan KBAT yang akan digunakan dalam sesi
perbincangan.
Soalan-soalan ini akan digunakan setelah sesi pembentangan selesai.

Pergerakan Pembentang

Kumpulan 1

Kumpulan 2

Pembentang

Pembentang

Pembentang

Kumpulan 4

Pembentang

Kumpulan 3

X Pembentang yang telah dilantik oleh kumpulan


Pembentang ini akan bergerak ke kumpulan yang ditetapkan
apabila sesi pembentangan.

34

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

4. Pembentang yang telah dilantik akan bergerak ke kumpulan yang ditetapkan.


Contohnya : Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 2
Kumpulan 3
Kumpulan 3
Kumpulan 4
Kumpulan 4
Kumpulan 1
5. Sesi perbincangan berdasarkan soalan-soalan aras pemikiran tinggi yang
disediakan.
6. Rakan dalam kumpulan mengisi borang penilaian untuk menilai pembentang.
Borang-borang yang telah lengkap diisi akan diserahkan kepada pembentang.
7. Rumusan oleh fasilitator.
8. Sesi tamat.
Kesimpulannya, sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan untuk
melahirkan murid-murid cemerlang, yang berfikir secara kreatif, inovatif, dan kompetens
selaras dengan pembentukan modal insan bagi mengisi keperluan negara maju. Modal
insan yang dilahirkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran
menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baharu, mempunyai
ketahanan serta mampu untuk menghadapi dunia global yang sering berubah-ubah.
Pelbagai kaedah koperatif yang boleh digunakan sebagai panduan. Sila layari web yang
diberikan.
1.

Think-Pair-Share
http://www.colorincolorado.org/educators/content/cooperative/

2.
3.
4.
5.

Search-Pair-Share
Round Table
Knotty Problems
Model Student Teams
http://www1.umn.edu/ohr/prod/groups/ohr/@pub/@ohr/documents/asset/ohr_
89185.pdf

6.

Model Student Teams Achievement Divisions (STAD)


http://www.academia.edu/5124516/The_Impact_of_STAD_Strategy_on_FL_
Reading_Achievement_of_Low-_Average-_and_Highachieving_Students_in_Al_balqa_Applied_University
http://www.infonomicssociety.org/IJCDSE/The%20Effect%20of%20Student%20Teams%20Achievement%
20Divisions%20as%20a%20Teaching%20Strategy%20on%20Grade%2010%20Lear
ners%20Economics%20Knowledge.pdf

7.

Coorperative Integrated Reading and Composition (CIRC)


http://ies.ed.gov/ncee/wwc/pdf/intervention_reports/wwc_circ_062612.pdf
http://ies.ed.gov/ncee/wwc/interventionreport.aspx?sid=109

8.
9.

Learning Together
Group Investigation
http://www.ascd.org/ASCD/pdf/journals/ed_lead/el_198912_sharan.pdf
http://www.keansburg.k12.nj.us/cms/lib02/NJ01001933/Centricity/Domain/163
/Intro_to_Coop_Learning.pdf

35

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA


MALAYSIA DI BAWAH DASAR
MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS
Tajuk

Strategi Pengajaran Bahasa Malaysia Berkesan

Topik

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP BM

Personel

Penceramah

A. Objektif
Pada akhir sesi peserta dapat;
4. memberikan penerangan tentang pembudayaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam
kalangan guru dan murid;
5. membimbing guru dalam proses pemerolehan ilmu dan penguasaan kemahiran berfikir
aras tinggi berdasarkan kehendak sukatan pelajaran;
6. menggunakan dan mengamalkan pemikiran aras tinggi semasa pengajaran dan
pembelajaran.
B. Kandungan Pengajaran
Kemahiran berfikir aras tinggi perlu menjadi satu budaya dalam kalangan guru dan murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan
instrumen berfikir dapat
membantu guru meningkatkan amalan berfikir aras tinggi, dalam usaha membudayakan
kemahiran tersebut.
Alat berfikir aras tinggi dan Peta Pemikiran i-THINK dipersembahkan dalam 8 bentuk grafik
mudah untuk diguna pakai serta mempunyai proses pemikiran tersendiri. Penggunaan peta
pemikiran ini boleh disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran.

C. Kaedah
5. Syarahan
6. Perbincangan
7. Aktiviti latih amal (hands-on)
8. Pembentangan

36

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

D. Bahan Pengajaran
10. Modul
11. Nota
12. Slaid Perisian Persembahan
13. Borang penilaian
14. LCD
15. Komputer
16. Papan putih
17. Pen Papan Putih
18. Kertas sebak
E. Rumusan/Refleksi
Peserta dapat melaksanakan tugasan mengikut langkah-langkah dan teknik yang
disarankan

37

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran

3.0 Latar Belakang


Dalam pembinaan dan pembangunan negara kita sebagai negara baharu, iaitu sesudah lepas
daripada belenggu penjajahan, bahasa Melayu menjadi salah satu asas jati diri bangsa
Malaysia yang berbilang kaum, menjadi bahasa perpaduan, menjadi lambang dan tanda
kewujudan sebuah negara bangsa yang berdaulat (Awang Sariyan, 2004).
Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menjelaskan bahawa
sistem pendidikan di Malaysia berhasrat untuk melahirkan setiap murid yang mempunyai enam
ciri utama bagi mengupayakan mereka bersaing di persada antarabangsa. Ciri-ciri murid yang
ditetapkan untuk dibina oleh setiap pendidik kepada setiap murid sekolah adalah seperti yang
berikut:

1.

Identiti nasional

2.

Kemahiran berfikir

3.

Pengetahuan

4.

Kemahiran memimpin

5.

Kemahiran dwibahasa

6.

Etika dan Kerohanian

38

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

Data tentang pencapaian murid Malaysia dalam pentaksiran peringkat antarabangsa, analisis
keperluan guru dan murid sekolah-sekolah di Malaysia oleh Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dan
laporan UNESCO tentang pendekatan pengajaran guru dijadikan sebagai asas pertimbangan
untuk membangunkan dan melaksanakan program KBAT.
Profil pencapaian murid Malaysia pada peringkat antarabangsa yang telah diperoleh
melalui keputusan pentaksiran antarabangsa iaitu TIMSS (Trends in Mathematics and Science
Study) 2007 dan PISA (Programme for International Student Assessment) 2009 menunjukkan
bahawa potensi kemahiran berfikir dalam kalangan murid sekolah perlu digilap. Laporan
TIMSS dan PISA menjadi input utama bagi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merangka
strategi sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi negara supaya berada dalam kelompok
negara sepertiga di atas.
TIMSS mentaksir domain kandungan dan domain kemahiran kognitif, iaitu pengetahuan,
aplikasi dan penaakulan dalam matematik dan sains. PISA mengukur pencapaian murid yang
berumur 15 tahun dan ke atas dalam literasi matematik, literasi sains, dan literasi membaca.
Tujuannya adalah untuk melihat tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan oleh remaja untuk menjadi anggota masyarakat yang berjaya.
Profil pencapaian dalam TIMSS (2007) menunjukkan bahawa pencapaian murid
Malaysia adalah baik dalam domain pengetahuan dan aplikasi tetapi lemah dalam domain
menaakul atau kemahiran berfikir aras tinggi. Kedudukan Malaysia dalam PISA (2009) pula
menunjukkan bahawa Malaysia berada dalam kelompok 20 negara terkebawah daripada 74
buah negara dan 60 peratus daripada murid Malaysia gagal mencapai tahap minimum untuk
mengambil bahagian dalam kehidupan secara efektif dan produktif.
Seterusnya, dapatan kajian analisis keperluan oleh AIM pada tahun 2011 menunjukkan
bahawa kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru dan murid di Malaysia adalah
rendah. Guru-guru sedar bahawa kemahiran berfikir adalah penting tetapi mereka tidak
bersedia dan kurang kemahiran tentang cara menyepadukan kemahiran berfikir dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (Kestral Education, 2011).
Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana untuk membangunkan
generasi alaf baru. Sistem pendidikan memerlukan usaha-usaha strategik yang boleh
meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi agar dapat
menangani cabaran abad 21. Sebagai seorang guru, aspek berikut perlu difahami dengan jelas
supaya pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dapat disampaikan secara berkesan.

3.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

39

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

3.2 Kemahiran Abad 21


Budaya kerja profesional guru ialah tabiat kerja yang mementingkan kecemerlangan, kualiti dan
menekankan kerja sepasukan. Ahli-ahli dalam kumpulan pasukan mempunyai hubungan yang
erat, sepakat, sefahaman, dan bertanggungjawab melaksanakan program yang dirancang. Satu
daripada sifat guru ialah,
.pencinta ilmu, sentiasa hauskan pengetahuan dan oleh itu, sentiasa berterusan belajar. Guru
juga merupakan gedung ilmu bagi murid untuk belajar. Guru akan sentiasa mencetus,
memupuk semangat belajar, serta menekankan bahawa pendidikan merupakan satu proses
yang berterusan sepanjang hayat.
(Kementerian

Pendidikan

Malaysia,

1990:166)

Budaya inilah yang ingin diterapkan kepada murid-murid supaya mereka mempunyai ciri-ciri
yang berikut:
i.

mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat;

ii.

berilmu pengetahuan luas, mendalam, dan terkini;

iii.

menguasai, mengamalkan, menghayati, dan berkongsi ilmu;

iv.

menjana, mencetus, mengembang, dan menyumbang ilmu;

v.

mengamalkan penyelidikan;

vi.

menjalin kejeleketan dalam kumpulan dan organisasi; dan

vii.

menitikberatkan kerja berpasukan untuk menjayakan aktiviti organisasi.

Guru bahasa perlu memiliki kualiti peribadi yang baik dan mampu menggariskan perancangan,
kaedah, dan aktiviti untuk menjayakan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, dalam milenium ke-21, banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru. Menurut
Zamri Mahamod (2011), sering kali terdapat kegagalan guru untuk menerapkan pelbagai
kemahiran yang diajar, terutamanya kemahiran-kemahiran abad 21. Murid-murid sepatutnya
sudah boleh menyatupadukan kemahiran-kemahiran abad 21 khususnya ketika belajar di dalam
dan di luar kelas.
Pandangan tentang kemahiran-kemahiran abad 21 daripada perspektif enGauge Skills
(NCREL & Metiri Group 2003) boleh dikongsi bersama-sama dengan empat komponen
kemahiran abad 21 yang perlu dikuasai oleh guru dan murid. Guru-guru boleh memberikan
penekanan kepada kemahiran abad 21 yang diketengahkan.
Kemahiran Abad 21 dilandaskan kepada Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan
yang menuntut sistem pendidikan kita untuk menyediakan sumber manusia berkualiti dan
cemerlang. Antara ciri pendidik yang berkualiti ialah:

kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi),


kekuatan minda,
menguasai subjek / kepakaran dalam sesuatu bidang (subject matter expert)
mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran), dan
40

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

menggunakan teknologi maklumat terkini.

Pengajaran dan pembelajaran pada abad 21 perlu juga mengambil kira kemahiran-kemahiran
yang dicadangkan oleh The Partnerships 21st Century Skills (2008) bagi tujuan memupuk
kemahiran generik dalam kalangan murid. Kepekaan guru-guru terhadap kemahiran ini amat
penting bagi memastikan semua kemahiran dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai adalah seperti yang berikut;
1. Kemahiran mengubah suai dan bertanggungjawab.
2. Mengamalkan sifat bertanggungjawab, fleksibel dan toleransi dalam hubungan dengan
masyarakat.
3. Kemahiran berkomunikasi
4. Dapat memahami, mengurus dan berkebolehan untuk berkomunikasi secara berkesan.
Mahir menggunakan alat-alat telekomunikasi.
5. Kemahiran kreativiti dan sifat ingin tahu yang kuat
6. Dapat menjana, melaksanakan dan seterusnya menyampaikan idea baharu kepada
orang lain serta bersifat terbuka. Sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain.
7. Kemahiran berfikir secara sistematik dan kritikal
8. Berkebolehan menganalisis dan membuat hubung kait fakta-fakta yang diberikan.
9. Kemahiran literasi media dan informasi.
10. Berkebolehan mengakses maklumat, menganalisis, mengurus, menilai dan
mengintegrasikan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai media.
11. Kemahiran interpersonal dan kerjasama.
12. Berkemahiran untuk bekerjasama, mempunyai sifat-sifat kepimpinan, dapat
mengadaptasi dan bekerja dengan produktif di samping itu mengamalkan sikap empati
dan menghormati kelainan pendapat.
13. Kemahiran mengenal pasti masalah dan penyelesaiannya.
14. Kebolehan untuk mengenal pasti masalah, menganalisis dan cuba menyelesaikan
setiap masalah yang dihadapi.
15. Kemahiran pengurusan kendiri.
16. Mengawasi dan menilai keperluan kendiri serta mengenal pasti sumber-sumber yang
diperlukan.
17. Kemahiran tanggungjawab sosial
18. Bertindak dengan mengambil kira kepentingan masyarakat, beretika di tempat kerja dan
dalam masyarakat.

3.3 Konsep Berfikir


Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap
sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang
wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi
dan metakognisi terhadap proses yang dialami.

3.3.1 Definisi KBAT


Kemahiran berfikir aras tinggi ditakrifkan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk
menghadapi cabaran baharu (Tuan Jah Tuan Yusof, 2015). Menurut Onosko dan Newman
(1994) dalam Tuan Jah Tuan Yusof (2015) KBAT merujuk situasi yang memerlukan seseorang
individu penginterpretasi, menganalisis dan memanipulasikan maklumat untuk menjawab
soalan atau menyelesaikan masalah yang tidak boleh disempurnakan hanya dengan
mengaplikasikan pengetahuan sedia ada secara rutin. Menurut Zevin (1995) dalam Tuan Jah
41

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

Tuan Yusof (2015) KBAT juga boleh didefinisikan sebagai kemahiran memproses maklumat
sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baharu dan asli. KBAT ialah
keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai semasa membuat
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan
berupaya mencipta sesuatu.
Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak
manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperoleh melalui tafakur.
Menurut Edward de Bono (1976) - Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat
pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Manakala
Onosko & Newmann (1994) pula mentakrifkan KBAT sebagai penggunaan potensi minda
untuk menangani cabaran baru. KBAT memerlukan seseorang memahami, menterjemah,
menganalisis,mentafsir dan memanipulasikan maklumat.
Rumusannya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu
(Bahagian Pembangunan Kurikulum)

3.3.2 Konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi


Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan
berupaya mencipta sesuatu. KBAT dilihat sebagai proses kitaran daripada pemikiran aras
rendah (KBAR) kepada pemikiran aras tinggi (KBAT). Konsep KBAT telah memasukkan ciriciri berfikir secara kreatif, kritis, logik dan metakognitif. Memerlukan seseorang menyelesaikan
masalah yang tidak kerap berlaku dan pelbagai bentuk soalan atau dilema yang tidak pasti
keputusannya. Dengan menggunakan KBAT, murid mampu memberikan penjelasan, membuat
keputusan, menyelesaikan masalah, menginovasi, mencipta dan menunjukkan hasil akhir
mengikut konteks yang diperlukan.

3.3.3 Alat Berfikir

Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan.
Pemikiran kita menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan
sesuatu.

Di sini dikemukakan empat alat yang boleh digunakan untuk meningkatkan


keterampilan berfikir iaitu :
Soalan dan penyoalan
Peta pemikiran
Peta minda
Pengurusan grafik
Alat-alat berfikir ialah instrumen yang boleh membantu kita membuat pengurusan
lisan, mengurus pemikiran secara visual dan terkawal.

42

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

3.3.4 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Menurut Philips (1997) cara guru bertindak mempengaruhi pencapaian akademik dan tahap
berfikir murid.

Kemahiran berfikir ialah asas kepada proses pendidikan.


Keupayaan seseorang berfikir boleh mempengaruhi cara pembelajaran, kepantasan
serta keberkesanan pembelajarannya.

43

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

44

2015

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

3.4 Cara Pelaksanaan KBAT

3.4.1 Tahap Pemikiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Kemahiran berfikir aras tinggi merujuk empat tahap kemahiran teratas dalam Taksonomi Bloom
edisi semakan (Anderson & Krathwohl) iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.

45

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

Kemahiran
Berfikir
Aras
Tinggi

Kemahiran
Berfikir
Aras
Rendah
TAKSONOMI BLOOMS (SEMAKAN ANDERSON & KRATHWOHL 2011)

3.4.2 Tujuan Diperkenalkan KBAT


KBAT diperkenalkan bertujuan untuk mengubah amalan hafalan kepada pemahaman,
meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak menganalisis, menilai dan
mencipta), mewajarkan penyelesaian dan penemuan untuk penyiasatan saintifik. KBAT ini
penting untuk menghasilkan modal insan yang cergas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi
cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia. Pengajaran KBAT dapat
meningkatkan pencapaian akademik dan membantu murid dalam perkembangan intelektual.

3.4.3 Ciri Item KBAT


a)

Stimulus:
Menggunakan stimulus secara ekstensif (contoh: petikan, gambar rajah, graf)
menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritikal

(b)

untuk

Pelbagai tahap / aras pemikiran:


Mentaksir pelbagai aras pemikiran dalam domain kognitif

(c)

Konteks yang baharu:


Konteks yang merujuk situasi baharu yang tidak lazim kepada murid. Bertujuan
merangsang murid berfikir dan bukannya menyatakan apa-apa yang telah
dipelajari semula di dalam bilik darjah

46

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu


(d)

2015

Situasi sebenar dalam kehidupan harian:


Mencabar murid untuk menyelesaikan suatu masalah kehidupan sebenar dengan
menggunakan pembelajaran daripada pelbagai disiplin

(e)

Item tidak berulang:


Item pelbagai/berbeza setiap tahun melangkaui bahan buku teks

3.5 Konsep Pentaksiran


Pentaksiran ialah proses mendapatkan maklumat menggunakan pelbagai kaedah dan
pendekatan sama ada formatif, sumatif, formal dan informal, dalaman dan luaran bagi
mendapatkan evidens yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya membuat penghakiman
tentang sesuatu produk pendidikan.
Proses ialah satu susunan langkah / tindakan / operasi yang bertertib dan terarah yang
digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.
Maklumat ialah evidens yang menggambarkan prestasi murid dalam sesuatu perkara yang
ditaksir.
Penghakiman merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan murid.
Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai / adab yang
diperoleh murid setelah melalui proses pendidikan

3.5.1 Langkah Penggubalan Item KBAT


1
2
3
4
5
6
7

Tentukan konstruk, konteks dan aras kesukaran


Tentukan jenis item
Rancang penggunaan stimulus yang berkaitan dengan konteks untuk mengukur
konstruk
Tentukan jenis evidens (fakta, konsep, generalisasi, keupayaan menilai dan rasional)
Tulis item
Tulis Peraturan Pemarkahan/rubrik penskoran
Menilai item menggunakan prinsip 9 poin

Konstruk yang diukur dalam instrumen pentaksiran bagi suatu mata pelajaran yang dikenal
pasti berdasarkan dokumen kurikulum mata pelajaran tersebut.

47

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

3.5.2 KATA KUNCI DALAM PEMBINAAN SOALAN KBAT

Kompleksiti
Pemikiran

Bahasa Pemikiran

Kata Kunci

Saya boleh ingat maklumat

Mengecam, mengulang,
menyenaraikan.
menggambarkan, mengenal
pasti, namakan

Memahami

Saya boleh ingat dan menjelaskan


idea dan konsep

Mentafsir, menjelaskan,
memberi contoh.
meringkaskan, membuat
kesimpulan, menunjukkan
pemahaman, menterjemah

Mengaplikasi

Saya boleh menggunakan


pengetahuan dalam keadaan serupa
atau baru

Melaksanakan, menunjukkan,
menjalankan, menggambarkan,
gunakan

Menganalisis

Saya boleh mengekstrak keluar ideaidea penting

Mengingat

Menilai

Mencipta

Saya boleh membuat beberapa


pertimbangan dan keputusan

Saya boleh memikirkan idea-idea


baru dan cara-cara baru untuk
menggunakan maklumat

48

Membandingkan, sebaliknya,
mengklasifikasikan, menyusun
Menyemak,
mempertimbangkan, menguji,
membuat keputusan, membuat
hipotesis
Mereka bentuk, mencipta,
merancang,
membina, menghasilkan

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

3.5.2.1 MENGINGAT
Kata Kerja yang
boleh

Contoh Soalan

Contoh aktiviti dan hasil

Apakah yang berlaku selepas...?


Berapa banyak...?
Siapakah itu yang...?
Namakan...?
Terangkan apa yang berlaku di...?
Siapa yang memberitahu...?
Beritahu kenapa...?
Cari maksud bagi...?
Apakah yang...?
Yang manakah benar dan salah...?

Buat satu senarai tentang peristiwa-

digunakan
memberitahu
menyenaraikan
menggambar
menghubung kait
mengesan
menulis
mencari
menyatakan
menamakan

peristiwa utama ..
Buat satu garis masa peristiwa.
Buat satu carta fakta.
Senaraikan fakta yang anda boleh ingat.
Senaraikan kesemua.... Dalam cerita ini.
Buat satu carta untuk menunjukkan...
Buat satu teka silang kata/teka-teki
(acrostic)
Deklamasikan satu puisi.

3.5.2.2 MEMAHAMI

KATA KERJA YANG


BOLEH DIGUNAKAN

CONTOH SOALAN

CONTOH AKTIVITI DAN HASIL

menerang
menginterpretasikan
menggariskan
membincang
mengesan
meramal
menyatakan semula
menterjemah
membanding

Nyatakan dalam perkataan


sendiri ...
Beri gambaran ringkas ....
Apakah yang akan berlaku
selepas ini ...?
Pada pendapat anda siapa..?
Apakah perkara utama ...?
Siapakah watak utama..?
Apakah perbezaan antara..?
Beri contoh untuk menyokong
jawapan anda.
Apakah definisi...?

Cari atau lukis gambar yang


menerangkan peristiwa.
Terangkan pendapat anda tentang idea
utama.
Sediakan satu jalur kartun yang
menerangkan urutan peristiwa.
Tulis dan lakonkan pementasan
berdasarkan jalan cerita

menggambarkan

Ceritakan semula dalam perkataan


sendiri
Lukiskan satu aspek yang anda suka
Tuliskan ringkasan
Sediakan satu carta alir untuk
menggambarkan urutan peristiwa
Sediakan satu buku mewarna

49

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

3.6.2.3 MENGAPLIKASI

KATA KERJA
YANG BOLEH
DIGUNAKAN

CONTOH SOALAN

CONTOH AKTIVITI DAN HASIL

menyelesaikan
menunjukkan
menggunakan
membuat ilustrasi
membina
meramal
melengkapkan
menilai
mengklasifikasikan

Tahukah anda peristiwa lain di


mana..?
Bolehkah perkara ini berlaku
...?
Himpunkan mengikut
perwatakan

Bina satu model yang akan menunjukkan


bagaimana ia berfungsi.
Bina satu diorama untuk menceritakan
sesuatu peristiwa.
Ambil beberapa keping gambar untuk
menunjukkan sesuatu perkara.
Bina sebuah model tanah liat.

menggambarkan

Dapatkah anda
mengaplikasikan kaedah ini
dengan pengalaman sendiri?
Apakah soalan yang akan
ditanya...?

Apakah faktor yang anda ubah


jika..?

Daripada maklumat yang


diterima, bina satu set arahan
untuk ..
Adakah maklumat ini berguna
jika anda ada...?

Rangka satu strategi pemasaran produk


anda menggunakan strategi yang
diketahui sebagai panduan.
Pakaikan anak patung dengan pakaian
kebangsaan/tradisional.
Lukis mural berdasarkan perkara yang
sama.
Tulis buku teks tentang

3.5.2.4 MENGANALISIS
KATA KERJA
YANG BOLEH
DIGUNAKAN

CONTOH SOALAN

CONTOH AKTIVITI DAN HASIL

menganalisis
membezakan
menilai

Peristiwa manakah akan


berlaku..?
Sekiranya ... berlaku, apakah
peleraian yang akan berlaku?

Bina satu set soal selidik untuk


mengumpulkan maklumat

Apakah persamaan .. dengan


..?

Bina satu carta alir yang mempunyai


peringkat kritikal

Apakah hasil lain yang


mungkin...?
Himpunkan mengikut
perwatakan

Bina satu aktiviti susun suai (jigsaw)

membanding
menyiasat
mengkategorikan
mengenal pasti
menerangkan

50

Reka satu iklan untuk menjual satu produk

Bina satu salasilah keluarga untuk


menunjukkan perhubungan

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu


memisahkan

2015

Tuliskan satu biografi seseorang

mempromosi

Apakah faktor yang anda ubah


jika..?

Sediakan laporan ..

Anjurkan satu majlis lengkap dengan


Kenapa perubahan ini berlaku? susun atur, langkah, rekod yang
diperlukan
Banding perubahan yang anda
kemukakan dengan yang
Nilaikan hasil seni persamaan dan
disampaikan.
permasalahan
Terangkan apa yang
sepatutnya berlaku apabila..?
Apakah persamaan..?
Apakah masalah yang
mungkin timbul?
Apakah motif..?
Apakah titik perubahan ...?

3.5.2.5 MENILAI
KATA KERJA YANG
BOLEH
DIGUNAKAN

CONTOH SOALAN

mengadili

Adakah terdapat satu penyelesaian


yang lebih baik untuk ...
memilih memutuskan Nilaikan ...
membenarkan
Bolehkah anda mempertahankan
membahaskan
kedudukan anda tentang ...?
Adakah anda berfikir ... adalah baik
mengesahkan
atau sesuatu yang buruk?
Bagaimana anda akan
berhujah
mengendalikan ...?
mengesyorkan
Apakah yang mengubah ...
menilai
Adakah anda akan mengesyorkan?
membincang
Adakah anda percaya?
Adakah anda seorang ... orang?
mengutamakan
Apakah perasaan anda jika ...?
Adakah berkesan ...?
memberi kadar
Apakah pendapat anda tentang ...?
menentukan

51

CONTOH AKTIVITI DAN


HASIL

Sediakan satu senarai kriteria


untuk menilai ... menunjukkan.
Jalankan perbahasan tentang
isu kepentingan khas.
Buat buku catatan 5 peraturan
anda anggap penting.
Meyakinkan orang lain.
Membentuk panel untuk
membincangkan pandangan,
misalnya "Pembelajaran di
Sekolah."
Tulis sepucuk surat kepada ...
memberi nasihat mengenai
perubahan yang diperlukan
di ...
Sediakan kes untuk
membentangkan pandangan
anda tentang ...

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

3.5.2.6 MENCIPTA
KATA KERJA YANG
BOLEH DIGUNAKAN

CONTOH SOALAN

CONTOH AKTIVITI DAN


HASIL

Mencipta

Adakah anda boleh


mencipta?

Cipta sebuah mesin untuk


tugasan tertentu

Mengapa tidak mengarang


sebuah lagu..?

Reka bentuk sebuah


bangunan untuk menempatkan
kajian anda

Mereka
Mengarang
Meramal
Merancang
Membina
Mereka bentuk

Dapatkah anda melihat


penyelesaian jika?
Jika anda mempunyai akses
kepada semua sumber ,
bagaimana anda akan berurusan
dengan ...?

Mengembangkan
imaginasi
Mengusul
Menjana
Mencipta formula

Mengapa tidak anda


merangka?
Adakah anda mempunyai cara
tersendiri ?
Apakah yang berlaku jika.?

Cipta suatu produk baru.


Berikan nama dan merancang
kempen pemasaran
Menulis tentang perasaan
anda berhubung
dengan.........?
Tulis rancangan TV,
rancangan permainan,
pertunjukan boneka, main
peranan, lagu atau pantomim
tentang ...?

Berapa banyak carakah anda


boleh cipta ..yang baharu dan luar
biasa untuk..?

Reka bentuk rekod, buku,


atau penutup majalah untuk
...?
Jual idea. Merangka satu cara

Bolehkan anda tulis resepi baharu


untuk hidangan yang sedap?

untuk ... ?

Bolehkan anda bina kertas kerja


untuk

52

Reka satu rentak atau


meletakkan perkataan baru
kepada melodi yang
dikenali....?

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

3.6 CONTOH SOALAN ITEM KBAT BAHASA Melayu

53

2015

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

54

2015

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

55

2015

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

56

2015

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

57

2015

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

3.7 Alat-alat Berfikir

1. Edward De Bono 6 Thinking Hats


http://www.debonogroup.com/six_thinking_hats.php
2. Peta Minda (Tony Buzan)
http://www.tonybuzan.com/about/mind-mapping/
3. Diagram Tulang Ikan (Ishikawa)
4. Analisis SWOT
http://www.mindtools.com/pages/article/newTMC_05.htm
5. Carta T
http://www.globaleducation.edu.au/resources-gallery/resource-gallery-templates.html
6. Carta Y
http://www.globaleducation.edu.au/resources-gallery/resource-gallery-templates.html
7. Diagram Lotus
8. Peta Pemikiran

58

Anda mungkin juga menyukai