Anda di halaman 1dari 1

Teknik memancing sebarau (umpan hanyut)

Sebarau merupakan sejenis ikan pemangsa air tawar yang bersisik di peraian
Malaysia. Ia merupakan pemangsa yang agresif dan sangat gemar bermain di kawasan
yang berarus. Lincah, cergas dan agresif ketika memburu anak-anak ikan atau udang kecil.
Kepalanya seakan-akan kelah tetapi badannya lebih leper dan mempunyai ekor merah
berbentuk V dan berbingkai hitam, di badannya terdapat satu belang hitam seakan-akan
tali pinggang hitam taekwando.
Untuk memancing ikan ini, kesabaran dan skill yang betul di perlukan untuk
mendaratkannya. Ini kerana sifat ikan ini yang lebih suka berada di kawasan air berarus
dan sangat sensitif dengan kehadiran manusia. Boleh juga memancing menggunakan cara
biasa dengan menggunakan batu ladung tetapi ia bukanlah cara terbaik untuk memancing
sebarau ini.
Terdapat 2 cara terbaik untuk memancing sebarau iaitu dengan menggunakan
gewang (casting) atau dengan mengggunakan umpan hidup. Namun penggunaan umpan
hidup adalah yang terbaik daripada yang terbaik. Dalam penggunaan umpan hidup untuk
memancing sebarau ini, teknik umpan hanyut lebih berkesan kerana ia membuatkan umpan
Nampak seperti anak ikan yang bebas dan semulajadi. Untuk memancing umpan hanyut,
batu ladung tidak boleh digunakan kerana ia akan membuatkan umpan tenggelam di dasar
sungai.
Sebaiknya tali utama dihubungkan dengan Chili yang bersaiz kecil dan perambut
yang halus dengan panjang lebih kurang sehasta. Gunakan mata kail yang lebih kecil untuk
tidak membebankan umpan dan seterusnya menyebabkan umpan mati. Mata kail pula
sebaiknya dicangkuk di bahagian mulut umpan (anak ikan) untuk membuatkan umpan
berenang secara normal, jika mata kail dicangkuk di bahagian atas ikan, ini akan
membuatkan ikan berenang secara melintang bila terkena arus, ini akan mencacatkan
umpan dan sekaligus akan membuatkan si sebarau merasa curiga dan tidak membaham
umpan.

Anda mungkin juga menyukai